CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

17 December 2009

Huhuhuhu....

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Petang ni lepas je habis praktikal, penulis pun mengayuh basikal untuk pulang macam biasa. On the way balik tu, tiba2 penulis terlihat satu 'benda' sedang menggelupur di tepi jalan. Bila penulis lalu je tepi 'benda' tu, penulis terus paling kepala dan tengok...

Rupa2nya 'benda' yang dimaksudkan tu ialah anak kucing yang baru je kena langgar. Sedang menggelupur dan berdarah2. Tengah bertarung dengan maut. Ya Allah, penulis terus paling kepala ke tempat lain. Tak sanggup nak tengok 'benda' tu. Aduyai, nape la benda yang paling aku tak nak tengok, yang itu jugak yang aku tengok akhirnya? huhu..

Penulis terus teringat, dulu masa mula2 masuk uitm, penulis pun penah tengok benda macam ni. Time tu tengah beratur ramai2 nak balik kolej lepas minggu orientasi. Penulis tengok ada sorg abang tu tengah seronok main kucing kat tepi jalan. Pastu bila ada kereta lalu, tiba2 je kucing tu dengan selambanya pegi tengah jalan. Penulis lihat dengan mata kepala sendiri macam mana kucing tu kena gelek ngan tayar kereta tu. Tak sempat nak buat apa, penulis terus nangis kat situ gak. Abang yang main ngan kucing tu pun macam nak nangis, dia pun angkat kucing yang tengah menggelupur tu ke tepi. Disebabkan tengok kejadian macam tu, penulis trauma berhari2 sampai sekarang.. Dan selalu penulis berdoa tak terlihat lagi benda seperti itu, malangnya hari ini tertengok jugak...

Pastu bagi mengilangkan rasa tak sedap hati lepas tengok kejadian tu, penulis pun pergila ke cc untuk online kejap.. Lepas je penulis duduk, baru penulis perasan yg insan yg duduk sebelah penulis ni adalah mamat psycho yang penulis duk elak berbulan2 yang lepas. Ya Allah, napela penulis duduk sebelah dia hari ni? Aihh... penulis pun buat2 tak tau dan terus online seperti biasa dengan harapan dia tak perasan kehadiran penulis...

Penulis bukak je facebook, bukak friend request, tengok2 ada plak mamat ni add. Alamak... Pastu penulis terus tutup dan bukak website lain plak. Pastu bukak balik facebook tengok2 dia dah anta mesej la pulak.. rupa2nya dia perasan penulis ada kat sebelah dia.. Aduh... penulis tak berani nak baca mesej tu sebab dia ada kat sebelah. Penulis terus log out facebook dan sampai saat penulis nak balik, dia stil ada kat sebelah penulis, tak cakap apa2. Penulis terus angkat kaki dan balik.. Apelah nasib...

Gitula kisah hidup penulis pada hari ni... Tak berapa nak best. Esok penulis last praktikal, harap2 esok jauh lebih baik daripada hari ni, InsyaAllah... Wani... Fighting!

Sekian, wassalam...

10 December 2009

Sumber Idea?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Pada suatu hari, tatkala penulis sedang asyik melayan laptop, tiba2 henfon penulis berbunyi menandakan ada mesej masuk...

'Terima kasih.. :-)' ringkas je bunyi mesej tersebut.

Eh? Penulis berfikir sekejap. Terima kasih? Untuk apa? Penulis try recall tapi still xtau, lalu penulis pun membalas mesej yang dihantar oleh kawan penulis tersebut.

'Em, untuk apa?'

Kawan penulis pun balas. Beliau kata beliau nak express appreciation je utk sumting yang penting, tapi sebabnya biarlah rahsia. Ala2 siti nurhaliza pulak. Ok. fine. Takpelah. Disebabkan kawan penulis tu xmau bagitau sebab, penulis pun balas je dan kata 'Welcome'.

Akhirnya, kawan penulis tu pun beritau yg sebab beliau ucap thanks adalah kerana beliau baru je bukak blog penulis ni dan baca. Beliau kata blog penulis ni dah beri idea kat beliau untuk isi novel yang ditulisnya. Wah, rupa2nya kawan penulis ni tengah tulis novel...

Penulis terus tergelak. Bagi idea? Dari blog yang sekadar repekan semata ni? Hahaha. Agaknya kawan penulis tu tengah tulis novel genre komedi @ kelakar kut. Lalu penulis pun bertanya..

'May I know genre novel tu?'

'Cinta Islamik,' jawab kawan penulis tu.

Erk... cinta islamik? Macam xde kaitan langsung je....

Hehe. Tak kisahla. Buat kawan penulis tu, terima kasihla sebab jadikan blog penulis ni sebagai sumber idea walaupun sedikit. Banyak lagi blog2 bagus kat luar tu kalau nak dijadikan sumber idea @ rujukan. Bukan senang nak tulis novel ni. Dulu penulis pernah tulis cerpen waktu sekolah menengah. Sekarang ni pun adela sikit, kawan2 pun ada certain yg pernah baca. Sedangkan sekadar tulis cerpen pun penulis rasa susah, apatah lagi nak tulis sebuah novel, huhu..

Buat kawan penulis tu, gudluck la ye dalam penghasilan novel tu. Kalau dah siap nanti cepat2 bagitau penulis tau. Teringin gak penulis nak baca hasil tulisan budak law, hehe.. =)

Sekian repekan kali ini. Wassalam...

03 December 2009

Bila Ibu Bapa Berbicara Tentang Jodoh Anak…

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt…

Baru2 ni, pada waktu malam, penulis bersama dengan ibu dan ba berehat di ruang tamu. Penulis sedang menonton drama di tv, ibu sedang membaca majalah, ba pulak sedang belek2 kad jemputan kahwin yang berkeping2 di tangan.

‘Hm, time cuti sekolah ni sume org sibuk nak kahwin, Hujung minggu je kena pegi kenduri kahwin,’ kata ba.

Haahla. Minggu depan sepupu penulis nak kawin. Minggu satu lagi anak sedara ibu pulak. Minggu seterusnya anak kawan ba pulak. Seronoknya makan nasi minyak tiap2 minggu. Free pulak tu.

Tiba2 ibu pun bertanya…

‘Along, ingat lagi dengan anak kawan ba yg nama syahir tu?’

Penulis berfikir sejenak. Oh, abang syahir. Tua 3 tahun dari penulis. Penulis 1st time jumpa abang syahir dalam 2 tahun lepas, time ofis ba under uitm buat family day kat pulau redang. Kami satu keluarga, termasukla lecturer2 & student2 praktikal kat ofis ba sume join. Abang syahir tu student & anak kawan rapat ba yg merupakan lecturer gak kat fakulti ba. Lagipun abang syahir tu abang kepada junior penulis tahun 2 kat fakulti farmasi, jadi penulis kenal sangat.

‘Oh, abang syahir anak pakcik nazir tu? yang pakai spek suka senyum tu? Kenapa? dia pun nak kawin gak ke bu?’ penulis bertanya dengan mata still melekat kat tv. Best pulak layan drama anugerah skrin ni kat tv3 ni…

‘Ibu cakap dekat ba kalau syahir tu jadi menantu kita, hui, seronoknyee….’

Erkkk, terbeliak kejap mata penulis. Kenapa ibu tiba2 cakap hal ni pulak? Ish2. Terus penulis pandang muka ibu. Terlupa kejap drama kat tv tu.

‘Eh, ibu ni. Tiba2 je. Kenapa pulak nak abang syahir tu?’

‘Along tau, syahir tu hafal Quran lebih 20 juzuk tau. Dulu dia tu student maahad tahfiz. Along tengok dia masa family day dulu, kan baik, sopan je budaknya. Muka dia pun boleh tahan. Mana nak cari lagi lelaki macam tu sekarang? Lagipun ibu ngan ba dah kenal rapat mak ayah dia,’

Penulis terkejut. Wah, tak sangka… Bukan calang2 orang rupanya abang syahir tu. Masa family day tu memang nampak abang syahir tu baik. Dia selalu tolong angkat beg penulis dan adik beradik penulis yang berderet2 dan berat tu. Penulis ingat, masa bertembung dengan penulis kat mana2 waktu tu, abang tu suka senyum. Abang tu pun tak berapa sosial dengan student2 perempuan, xmacam student2 lelaki lain. Ba pun nampak paling rapat ngan abang tu berbanding student lain. Tapi..

‘Haha. Takpelah bu. Kalo ibu nak dia jadi menantu, ibu kenenkan je la abang syahir tu ngan ana or aja. Org tak mau,’ penulis bersuara acuh tak acuh.

Tiba2 ba pulak join sekaki…

‘Ana tak sesuai dengan syahir tu. Ana tu degil sangat. Aja pulak lasak sangat. Ba tengok syahir tu paling sesuai ngan along je,’ ba berkata dengan selambanya sambil mata still atas kad kahwin. Penulis mula tak senang duduk.

‘Ba ni. Tah2 abang syahir tu dah ade gelfren. Suka2 je nak kenenkan org ngan anak bujang org lain. Lagipun manela org layak ngan abang tu…’

‘Em, ke…. along dah ada ‘kawan’?’ ibu terus tanya bila penulis ye ye tunjuk reaksi tak berminat.

‘Eh, mana ada bu. Ibu tengok org ni ada gaya macam ada ‘kawan’ ke?’ penulis tanya sambil berseloroh. Terkejut bila ditanya soalan macam tu tiba2.

‘Tu ana ngan aja duk kacau along ngan mamat tu la, mamat ni la…’

‘Ibu ni macam tak kenal je ana ngan aja tu. Diorg kan suka selongkar henfon org. Pastu kawan2 org dalam tu sume diorg cakap pakwe. Ibu rasa kalo org ada pakwe, org biar henfon org sepah2 bagi diorg selongkar ke? hehe..’

Ibu sengih je..

‘Takde, ni ha, wak madi sibuk duk korek cerita along dari ibu ngan ba. Dia sibuk tanya along ni dah berpunya ke belum?’ kata ba pulak.

‘Eh, nape pulak ngan wak madi tu?’

‘Yela, anak dara dia 2 org dah tergedik2 nak kawin. Dia pelik tengok along rileks je. Padahal anak dia tu dua2 lagi muda dari along…’ Haha ba ni, selamba je kata anak buah dia gedik…

‘Ba ngan ibu ni macam tak kenal anak sendiri je. Diorg lain, org lain… Lagipun, org penah gedik ke? Hehehe’

‘Hahaha, Tapi dalam semua anak2 ibu, along la yang paling perahsia. Dari kecik sampai sekarang tak penah nak share ape2 ngan family. Sebab tu ibu tanya ni. Manela tau kan, senyap2 je…’

Ish, bahaya2. Tak boleh diam je ni. Parah jadinya nanti. Penulis terus buat2 pegi toilet pastu terus masuk bilik. Tak taula nape penulis langsung tak selesa nak bincang pasal hal ni ngan parents. Lagipun ni la 1st time penulis bincang sekali ngan ibu ngan ba pasal benda ni. Tak selesa langsung…

Hm, kalau sorg perempuan tu umur dah cecah 21, mesti pasal jodoh jugakla yang ditanya orang. Kalau bukan parents tanya, sedara mara yang tanya. Bukan sikit sedara mara ngan kawan2 ibu ngan ba yang tanya penulis dah ada ‘kawan’ ke belum. Mungkin sebab penulis anak sulung perempuan dalam family yang paling perahsia kut bak kata ibu.. haha

Penulis mula berfikir… Perlu ke nak cari ‘kawan’ sekarang? Bahaya kalau parents dah mula kenen2 ngan anak org ni… Uish….

(Tak perlu kuttttt…Buat dek je laaaa… bisik hati kecil penulis akhirnya)

Hahaha. Sekian saja karutan kali ini. Wassalam…

25 November 2009

Praktikal Bermula..


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Hari ni 25 November. Dah 3 hari penulis menjalani praktikal di farmasi. Awal pagi, selepas bersarapan, lepas tangan ibu dicium, penulis lalu memakai headphone, on MP4 & mengayuh basikal ke farmasi. Jarak sepanjang 1.5km tak terasa panjang. Penulis seronok menaiki basikal, menghirup udara segar pada waktu pagi, mendengar lagu2 korea feveret sambil melambai insan2 yg dikenali spnajang prjalanan...hehe

Tepat jam 10 pagi, penulis pun sampai ke farmasi. Mr Siva, my bos, baru je bukak kunci pintu farmasi. Lepas greet good morning, penulis pun masuk sambil tolong Mr Siva kemas2 apa yg patut. 5 minit kemudian, Yuga, Aunty Thelaga, Aunty Annie ngan Aunty Ili pun sampai.. (Yuga ngan aunty Thelaga staf, Aunty Annie promoter, Aunty Ili plak cleaner). Penulis pun greet mereka dengan good morning serta senyuman.. =)

Maka bermulalah kerja2 penulis.. Bila patient datang mintak ubat, kena record ubat apa diorg mintak, demographic diorg, apa yg Mr Siva suggest & nasihat kat dorg, dan juga indication ubat yg diberi. Sume tu kena masuk log book. 1 case note per day. Tapi dah 3 hari ni penulis salin dekat 15 case notes. Takpela kalo lbih skit kut...

Dalam 3 hari ni jugak, penulis berkesempatan membuat kerja2 lain, macam packing cream ngan tablet, tlong lap meja, jadi operator jawab telefon, dan yang paling penulis suka, boleh tolong cek blood pressure, cholesterol n glucose level patient2 yang nak. Seronok bila Mr siva bagi kepercayaan buat benda2 ni...

Dan yang penulis lagi suka, dalam tempoh 3 hari ni, penulis banyak jumpa kawan2 lama dan juga bekas2 cikgu sekolah rendah dulu. Syukur ada lagi cikgu yg masih ingat nama diri ini.. Ada makcik2 melayu yg suka bila penulis buat praktikal.. Mereka kata mereka bangga bila ada anak melayu nk jadi pharmacist.. Penulis pun rasa seronok...Bila lunch time, penulis beli food skali ngan staf2. Seronok bila ada org melayu, org india, org cina ngan org indon dalam grup kitorg. Macam2 ada. Diorg pun baik dan kelakar. Penulis rasa bertuah diberi peluang bekerjasama ngan mereka sume...

Pernah org sembang2 ngn Mr Siva. Org tnya pendapat beliau tentang kerja sebagai pharmacist kat hospital ngn bukak farmasi sendiri, apa pndapat beliau? Mr Siva pun cakap kalau bukak farmasi kena kerja lebih masa, gaji pun xmenentu. Kalo keje hospital waktu kerja fixed n gaji pun tetap. Beliau kata kalo perempuan better keje hospital. Nnti senang nk spend time ngn family. Penulis pun lama berfikir, hmmm... betul gak tu...

Oklah, sekian update utk kali ini. Di kesempatan ini penulis ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha. Jangan makan daging banyak2 sangat, especially daging kambing... Nanti cholesterol level naik...hehe

Wassalam.. =)

19 November 2009

Pulang ke rumah...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Sudah hampir seminggu berada di rumah baru penulis berkesempatan utk mengupdate blog. Itupun disebabkan ada permintaan. Internet di rumah tak dapat berfungsi dengan baik, menyebabkan penulis terpaksa ke cc berhampiran untuk online. Dapat menatap semula wajah keluarga tersayang, menghirup udara di rumah (walaupun xsenyaman puncak alam) dan bermain semula dengan kucing2 merupakan perkara yg sangat2 menyeronokkan penulis.. =)

Oh ye, minggu depan hari isnin bermulalah praktikal penulis di farmasi. Perlu ke persediaan dibuat? perlu ke dibelek nota2 lama @ buku2 @ MIMS sebagai persediaan? tapi diri ini sangat malas nak buat itu semua... Ish... macam mana ni ye?

Dan satu perkara, disebabkan jarak farmasi yang agak hampir dengan rumah, penulis membuat keputusan untuk menaiki basikal sahaja ke farmasi, bukan menggunakan kereta. Seronoknya pagi2 mengayuh basikal ke tempat kerja, macam zaman dulu2 pulak. Dapat bersenam setiap hari disamping menjimatkan duit minyak kereta. Parking pun xpayah susah2 nk cari. Betul kan? =)

Sila doakan penulis berjaya menempuhi 3 minggu praktikal dengan baik. Best atau sebaliknya kita tunggu update yg akan datang. Takat sini dulu. Wassalam...

09 November 2009

Rahsia Hati si Gadis Yang Ingin Single...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alkisah sebuah cerita...

Si jejaka mengeluh. Surat yang dikirim kepada si gadis dipulang kembali. Beserta jawapan yang sangat ringkas kepada isi surat yang panjang berjela. 'Maaf. Tidak berminat.' Hajat si jejaka untuk menyunting si gadis sebagai teman istimewanya musnah sama sekali. Si jejaka mula mengenangkan si gadis. Ayu wajahnya. Bijak pula. Lemah lembut, sopan santun malah kuat agamanya. Siapa yang tidak mahu?

Si jejaka lalu menilai dirinya. Rupa rasanya sudah sedap dipandang. Berjawatan tinggi malah boleh dikategorikan sebagai pelajar terbaik di dalam kelas. Beragama, berbudi bahasa dan berperibadi baik bak kata orang. Kenapa si gadis menolak dirinya?

Ketahuilah si jejaka di luar sana, apabila si gadis menolak untuk menjalinkan sebarang hubungan cinta, mungkin bukan disebabkan si gadis tersebut jual mahal atau terlalu memilih. Akan tetapi, mungkin juga disebabkan perkara-perkara di bawah ini:

1) Si gadis ingin menyimpan sekeping hatinya, hanya untuk milik jodohnya, atau dengan erti kata lain, bakal suaminya satu hari nanti. Si gadis inginkan hati yang diberikan kepada bakal suaminya nanti suci tanpa pernah dimiliki oleh mana-mana lelaki yang tidak berhak...

2) Si gadis tahu bahawa hukum bercouple itu adalah HARAM. Walaupun mungkin hanya sekadar ikatan hati tanpa melibatkan sebarang sentuhan antara lelaki dan perempuan, si gadis tahu bahawa jika sekadar merindui sahaja sudah melakukan zina hati. Dan hukum menghampiri zina adalah haram..

3) Si gadis tidak mahu rasa cintanya kepada Allah SWT, para Rasul, ibu bapa, keluarga dan rakan-rakannya menjadi tidak adil disebabkan rasa cintanya terhadap seorang lelaki yang belum pasti menjadi miliknya satu hari nanti..

4) Si gadis mungkin juga memendam perasaan terhadap si jejaka. Jika bukan jejaka tadi, mungkin terhadap jejaka lain. Bohong jika dikatakan si gadis tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap mana-mana lelaki. Setiap wanita dilahirkan dengan perasaan untuk menyayangi dengan sangat mendalam. Namun perasaan malu dan ketinggian maruahnya menyebabkan si gadis memendam sahaja perasaannya dan berserah kepada Allah tentang jodohnya..

5) Si gadis mungkin merasakan si jejaka bukanlah insan yang tepat untuk dirinya. Baik dari semua segi. Naluri seorang perempuan selalunya tepat. Lantas jodohnya juga diserahkan kepada Allah untuk ditentukan..

Ketahuilah juga wahai si jejaka, pada seorang gadis, apabila si jejaka :

1) Sentiasa mendoakan kesejahteraan, keselamatan dan kebahagiaan si gadis di dalam solatnya..
2) Memberikan kata-kata semangat apabila si gadis hampir berputus asa..
3) Sentiasa berkata-kata yang menyenangkan dan menggembirakan hati si gadis tatkala dirinya sedang sedih dan gelisah..
4) Begitu mengambil berat tatkala si gadis sedang sakit..
5) Sentiasa meminjamkan telinga, memberikan nasihat dan pandangan apabila si gadis sangat memerlukannya..
6) Mengingati tarikh lahir si gadis dan mendoakan yang terbaik pada hari jadinya..
7) Membantu si gadis seikhlas hati tanpa mengharap apa2 balasan apabila diperlukan..
8) Dan akhirnya si jejaka memberitahu si gadis akan keinginannya untuk melamar si gadis pada masa yang sesuai..

Tiada apa lagi yang diperlukan oleh si gadis daripada si jejaka tersebut. Semua perkara di atas sudah lebih daripada cukup. Tiada kata2 sayang, manja, rindu dan ayat2 romantik diperlukan. Hanya sekadar perbuatan yang membuatkan si gadis tahu bahawa si jejaka menyayangi dirinya seikhlas mungkin tanpa mengharapkan sebarang balasan...

Selalunya si gadis senang tertarik kepada si jejaka yang tidak sewenang-wenangnya mengungkapkan perkataan sayang, kerana sesungguhnya ungkapan sayang daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan, baik sebagai kawan atau lebih daripada itu, amat tinggi nilainya. Dan biarlah hanya insan yang benar-benar berhak sahaja yang menerima ungkapan sayang daripada kita. Jangan biarkan ungkapan sayang daripada kita langsung tidak membawa sebarang makna kepada insan yang berhak mendapatnya kelak..

Sekian. Wassalam...

p/s : Si gadis dan si jejaka di atas tiada kena mengena dengan sesiapa yg masih hidup ataupun yg sudah meninggal dunia. Jika ada hanya kebetulan sahaja. Harap maklum.

18 October 2009

Exam oh exam...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Saya selaku penulis dan pemilik blog ini dengan ini mengumumkan bahawa kerja2 mengupdate blog akan dihentikan buat sementara waktu sehingga satu tarikh yg akan diberitahu kelak. (Pebenda la ayat ni...). Sila doakan kejayaan saya. Semester ini sgt2 tough. Satu cabaran dan ujian oleh Allah buat saya yg lemah lagi hina ini...

Terima kasih. Sekian, wassalam..

07 October 2009

Bila Exam Semakin Hampir..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Lama dah org try nk update blog tapi nk sign in pun xboleh. Nmpaknya internet di puncak alam ni suka menguji kesabaran org. Nak check email pun xboleh, apatah lagi nak mendownload. Xpe2. Sabar je la wani. Dia nak suruh study, jangan lagha, exam final dh dekat...

Em, jadual final dh keluar. 30 Oktober ni dh stat. Tapi org blum mula study lagi. Mggu dpan ada drug delivery system punya test, ujung minggu ni plak org kena balik nk jumpa mr siva, tuan punya pharmacy tmpat org buat praktikal sbab nk bg business card. Em, bila nk stat study ni? Subjek2 sem ni suma leh tahan mencabar. Pharmacognosy, financial management, pharm biotech...etc2.. (-_-')

Maka, bila dah hampir final, maka berlakulah perkara2 seperti di bawah ini:

1) Kelas bertimbun2. Mana2 lecturer yg xcukup jam bg lecture suma nk buat kelas ganti. Stat 8.30 pagi, habis jam 5.00 petang. Lunch kadang2 kena skip.
2) Lab bnyk yg baru nak mula minggu ni disebabkan masalah2 teknikal. Jadi bnyk lab2 report yg perlu disubmit.
3) 14 Oktober : meeting tahunan sophys. So saat2 akhir ni bnyk keje tertunggak sophys yg perlu disetelkan. ( tak sabarnye nk letak jawatan~)
4) Assignment2 lain bnyk yg perlu disubmit sebagai course assessment subjek2 tertentu (kelas vet especially..)
5) Ujung minggu xdapat balik umah. Perlu stay utk study dan mengabihkan keje2 grup (Nasib baik mmg jarang balik pun...)

Ada juga janji2 yg xdapat nk ditunaikan disebabkan kesibukan melampau yg xdpt dielakkan. Tang janji ni org mohon maaf bnyk2. Mintak ditunda dulu ya, sory sgt2. Sampai satu saat pada masa yg sesuai org akan tunaikan janji tu, cuma org xtau lagi bila waktunya. Harap sapa2 yg berkenaan sudi menunggu ye.. Insyaallah, org pegang pada janji..

Sekian celoteh kali ini. Org kena btulkan balik time table ngn planner, planner dh serabut sgt2, sama je mcm tuan dia gak. Doakan org kuat dan tabah ye. Wassalam...

29 September 2009

Kenangan Persiapan Menjelang Raya..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Walaupun raya dh seminggu berlalu, org teringin nk share gmbar2 yg diambil menggunakan kamera henfon baru ana sewaktu persiapan menjelang raya yg lalu.. (actuallynya malas nk naip panjang2, tu yg letak gmbar je ni, hehe...) Silalah tengok ye, walaupun gmbar muka org xde pun dalam gambar2 kat bawah ni, huhu..

1) Sewaktu sesi mencuba baju raya, 2 hari sebelum pulang ke kampung (adik2 lelaki sahaja yg terlibat.. yg pmpuan duk tuka sarung kusyen sofa time ni)

Redha ni terlebih excited plak. Taula baju tu masuk ngan dia.. hehe

Shahmi ngan bajunya yg dipilih sendiri. Aiyooo, kuningnyeeee...

Gambar candid ni ana snap time shahmi tgh try baju baru smbil tengok tv. Shahmi kata ada gaya model. Susah betul dapat adik yg perasan ni, ish...

2) Sewaktu sesi memasak kat dapur, 1 hari sebelum balik ke kampung.. Ana yg kebosanan tiba2 masuk ke dapur dan snap gmbar2 ni. Bukannya reti nk tlong kitorg kat dapur ni, hish.


Rendang in the making.. tunggu kuah kering je tu...

Kuah kacang. Tensen betul buat benda ni. Nak meletus je kejenya. Berparut2 tangan dibuatnya..

3) On the way pulang ke kampung.. menaiki Honda Odyssey ba =)


Aja, Shahmi, Redha ngan Ana..

Ibu ngan Ba..

Melihat matahari terbenam di samping sawah padi yg luas terbentang.. Maha Suci Allah..

Sekian, itu sahaja gmbar2 yg dapat dikongsi bersama. Memandangkan bulan syawal masih lagi lama, jom kita ramai2 puasa enam...=)

Sekian.. Wassalam...

17 September 2009

Suasana Dalam Kelas Menjelang Hari Raya...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Em, lama gak org xupdate blog.. Keadaan internet di kolej dan juga rumah yg er... menyedihkan membuatkan org kepatahan semangat nk update. Macam biasa, suara insan2 yg minta org update terpaksa la org abaikan buat sementara waktu (ayat bajet, hehe). Tapi, hari ni org lepak kat ofis ba, ba pun bagi pakai internet. Thnx ye ba~

Semalam, hari rabu, kelas org pnuh dari 8.30am ke 4pm. Disebabkan hari khamis ramai dh nak balik kmpung, maka semua kelas pun diforward ke hari rabu. 2 jam pertama, kelas pharmacognosy dengan Dr Adnan. Sronok dengar beliau sebut 'bunga lawang' jadi 'bangga lawang', hehe.. Bunyi mcm 'bangla' pun ada. Lepas kelas beliau, kelas Dr Mina. Beliau kata nk ajar buat graf, tapi beliau xmuncul2 pun. Maka kelas pun menjadi riuh rendah seperti biasa. Dan gmbar2 dibawah diambil oleh jo untuk memenuhi kekosongan waktu beliau. Org lak mcm biasa, mencuri gmbar2 daripada jo utk diletakkan ke sini. Thnx untuk yg kesekian kali ye jo ~

Maka, inilah gmbar2 yg dapat disertakan di sini...

Kesian tgok sid, edy dan bulat tertido kepenatan. Ni org2 kuat majlis berbuka dgn anak2 yatim smalam. Edy pengarah prog, sid ngan bulat xhabis2 melapah kmbing bakar utk diberi kpd anak2 yatim dari mula majlis smpai ke akhir. Terima kasih bnyk2 kat diorg ni. Yg amir ngn zati, xtaula dorg smbang apa tu. Hal raya kah? hehe..

Jo, ayu n nadiah. Dorg buat2 tido ni, jgn tertipu. Org yg snap gmbar ni stelah diminta oleh mereka ber3, hehe.. Kalo betul dorg tido xde nye cun macam ni.. =p

Lagi gmbar insan2 yg tertido kepenatan. Ayu yg tgkap gmbar ni, jadi org pun xkenal sape insan2 kat atas ni.. Tapi ni adalah pemandangan biasa dlm dk kalo lecturer xde..hehe..

Em, gmbr org ngan soya. Novel tu zati baru je bagi dlm kelas. Disebabkan xdpt tido, org pun bacalah novel tu kjap. Nasib baik xtdo, kalo x sure2 Jo snap gmbar gak, huhu...

Ha, disebabkan kebosanan yg teramat sangat, video 'Salam Perantauan' ini berjaya dirakamkan menggunakan henfon baru yuh. Org yg time tu tgh mmbaca novel dan mendengar mp4 sekadar menjadi pelakon tambahan seketika tanpa suara yg blur di hujung video, haha... Video ni dhpun diupload oleh yuh di facebook dan mendapat respon yg baik daripada penonton, haha. Korg ni kelakar la, bosan sgt la tu... Ni la video lbih kurg 3 minit yg dirakamkan..



Oklah. Cukuplah takat sini. Org nak balik kmpung dah pasni. Tah bila nk update lagi. Org nk ucap slamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin ye.. Kalo balik kmpung, hati2 di jalan raya. Ingatlah org yg tersyg, ok? Korg2 yg nk dtg beraya umah org kat klang, sila infom awal2 ye. Jgn main terjah je, bahaya nnt. Nanti org ngan ibu buat lontong mcm dulu, hehe. Korg msti nk kan? =p

Sekian, assalamualaikum wbt...

06 September 2009

Berbuka Puasa Beramai2 di Kl...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Semalam, org join berbuka puasa beramai2 kat kedai makan kat kl berhampiran um ngan batchmate spm 05 mrsm terendak. 30+ org gak yg join, ramai tu.. sebab org xpnh join reunion or buka puasa ramai2 tahun2 before ni (last time 2006), so bila tgok muka mmber2 skrg ni bnyk je yg dh lain. So far, majlis berbuka puasa berjalan dengan lancar dan meriah, cuma part ending ada berlaku sumting yg xbest. Tapi xpe, abaikan je yg tu. Kat sini org letak gmbar2. Nasib baik Muja bwk dia punye nikon D60. So, lets the pictures tell the story...

On the way ke kedai makan, lepas habis solat maghrib dulu kat surau.. kitorg grup yg paling last smpai, huhu.. Tapi xpe, dapat bnyk food lebih..hehe

Geng2 blok I kat skola dulu.. Org, Syae, Mai, Diba...

Meja pertama, budak2 pmpuan...

Meja kedua, budak2 lelaki...

Meja ketiga, budak2 pmpuan, meja org..

Cupcakes comey lagi sedap..

Gmbar bramai2 yg diambil oleh abang meja sebelah.. gegar gmbar ni..

Atas escalator pun smpat bergmbar.. time ni kitorg cari tmpat lepak2 lpas berbuka puasa...


Malam tu org pun pulang semula ke shah alam.. Nasib baik Aus ada jadi bodyguard kitorg mlm tu.. Tapi agak lmbat jugak la smpai sbab tiba2 je hujan turun lebat sangat kat kl tu dan kitorg sesat lagi cari jalan pulang.. Alhamdulillah akhirnya selamat juga smpai.. Semalam xdapat terawih jemaah, so terpksa la buat terawih sndiri malam tu... Lpas hadir majlis mlm tu, org look forward plak utk majlis buka puasa ex terendak batch kitorg next year.. Time kasih kepada ann, s.i dan wark sbab organize bnda ni.. =)

sekian. wassalam~

p/s : Gmbar2 ni org xltak size asal krn beberapa sbab. Kalo ada ex trendak nk gmbar2 ni ke, nnt ym org ye.. org ada lg gmbar2 lain =)

04 September 2009

Kenapakah???

Bismilahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Em, 6 hari xupdate, ada plak mmber yg request org update. Tiba2 rasa dihargai, hahaha... Ada jugak yg rajin follow blog org ni rupanya.. Tapi xtau la nk update ape.. So org terpikir nk cerita sikit apa yg berlaku spnjg 6 hari org xupdate blog... Bleh ye?

Beberapa hari lepas, org diserang insomnia. Naik katil pkul 12, tapi xleh tido smpai pkul 2. Lalu org pun abihkan keje2 yg xsetel smpai pukul 3 lebih. Then tido kejap 1 jam, pastu bgun sahur. Lepas bangun sahur, xleh tido sampai ke pagi. Dan pagi tu ada kelas pukul 8.30 pagi pulak..

Kat kelas, sesi angguk2 pun bermula. Dengar lecture stengah jam, pastu zzzzz... time break, zzzzz... lepas habis break, lecture 10 min, zzzzz... keadaan ni berlarutan smpai la ke tengahari. Nasib baik xada lecturer yg tegur. Pastu balik bilik, zzzzz.... Malam tu lepas balik terawih, zzzzz lagi sampai ke pagi...

Org ingat hari tu je jadi mcmtu, tapi keadaan ni berlarutan smpai hari ni. Even tadi time En Meor duk explain pasal industrial training kat kelas, org smpat tertido 10 minit. Pastu bila sesi soal jawab, ayu yg duduk sbelah org kena soal. Org time tu baru bangun tido, trus blur soalan apa En Meor tanya kat ayu. Lepas tu tiba2 nama org plak dipanggil utk mnjwb soalan. Nasib baik time tu tak tido. Dan nasib baik usaha org 'menggoreng' jawapan kepada soalan tadi diterima dengan baik oleh En Meor. Lepas tu terus mata tak ngantuk sampai habis kelas..

Persoalannya, kenapa org jadi mcm ni? Org xde jawapannya... Ada je yg time mlm org tido awal, pagi tu still jadi bnda yg sama. Badan lesu, otak pun xberapa nk function, semangat hilang, mata asyik ngantuk je. Sebab puasa? xmungkin... minggu lepas xjadi mcm ni pun. Tapi org assume presentation ngan test yg melambak minggu lepas, ditambah dengan beberapa event yg perlu dihandle, menyebabkan otak org jadi penat sbab terlebih kerja. Tapi bleh terima ke alasan tu? Tak rasa boleh diterima...

Kepada sesiapa yg ada suggestion utk menyelesaikan masalah org ni, cadangan anda amatlah dialu2kan. Nak marah ke, nak bagi nasihat ke, pun org terima dengan hati terbuka. Sila jangan tiru aksi2 org seperti di atas ye. Tu jelas menggambarkan kelemahan org dalam mengurus masa.. huhu
Diharap org boleh terus memperbaiki diri selepas ini... wassalam...

28 August 2009

Eh... dayah bagi award rupenye...


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...


Actuallynya, org dah lama perasan post dayah tentang 1st award dia beberapa hari yg lepas. Tapi org xpenah perasan nama org ada dlm list 10 penerima award seterusnya tu. Tadi baru perasan.. Time kasih ye dayah sbab sudi bg org award ni... ok, jom kita buat apa yg dia nak...

nyatakan 5 fakta menarik mengenai pemberi award ini

1) 1st thing yg org notice pasal dayah ni is muka dia. Mula2 org ingat dayah ni ada mix chinese sbab mata dia sepet skit mcm org cina... =)

2) Dayah ni sempoi & klakar orgnya.. Nak2 kalo dia masuk geng dia, ngan aten, husni, kak sha, ska, kak ros.. Abis gamat jadinya.. Selalu lak tumpang gelak bila dengar diorg ni buat lawak..hehe
3) Dayah ni terer gila bab design mendesign ni... logo SOPHYS latest pun dia yg design.. Ramai gila puji logo tu cantik.. Mesti dayah kembang giler ni..

4) Dayah ada psp warna itam, dia ada bawak kat kolej. Org baru je tau sbab dia ltak gmbar dlm blog dia.. (teringat psp org kat umah kaler pink yg dah slamat diambik pencurik, huhu)

5) Em.. apa lagi ek? Ha, dayah rasa2nya the only student yg berjaya snap gmbar ustaz bahasa arab kitorg yg dikatakan hensem sangat tu pastu letak dlm blog dia... tahniah2...


setiap blogger harus menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya

Em, 10 fakta? apa nak letak? org amik yg mana org terpikir je la ek…

1) Anak sulung dari 5 beradik. Tapi sering disalah sangka sebagai anak ke-3 disebabkan mempunyai 2 org adik yg terlebih tinggi. (adik ke3 pun nak potong tinggi gak, huhu.. jadi anak ke-4 la lepas ni nmpaknye)

2) Selalu bermonolog dengan diri sendiri dan kucing2 dirumah ketika keseorangan tanpa disedari…(org normal ok...jgn risau)

3) Tak tahan sejuk. Selalu diserang selsema terutama pada waktu pagi dan lepas mandi. Tisu wajib dibawak ke kelas kalau ada kelas pagi..

4) Suka pakai sneakers pergi mana2, xkira la time pakai baju kurung ke, seluar ke, pegi kelas ke, pegi majlis formal ke, masuk lab ke, suka hati je… hehe. Janji kasut bertutup okla kan?

5) Sangat senang terkejut dan senang melatah. Kawan2ku, kasihanilah kawanmu yg seorang ini... Jangan la sergah2 @ cucuk pinggang @ jerit tiba2 kat dia, huhu..

6) Tak berapa suka pegi shopping. Tak suka window shopping gak, buat lenguh kaki je.. Tapi kalau join member2 pegi shopping, benda yang wajib dibeli : at least satu buku.

7) Tak suka menulis nota atas kertas kajang @ test pad @ kertas bergaris @ yg sewaktu dengannya melainkan lecturer yg nak. Kertas A4 kosong mnjadi pilihan hati.

8) Tak percaya cinta pandang pertama. Tapi percaya kalau jumpa dengan jodoh sendiri, Allah akan bagi petunjuk itulah orangnya. Samada dapat cepat atau lambat je..

9) Tak pernah bercouple dan tak suka istilah tu sejak zaman skolah lagi, setelah selalu berkongsi ‘penderitaan’ member2 yg pernah bercouple. (x tuju kat sape2 ye ni..) Prinsip org : kalau nk bercouple, biarlah sekali seumur hidup.. Tak perlu bazir masa ngan air mata...

10) Sentiasa memakai cincin pemberian ibu di jari manis belah kanan. Tak pernah tanggal sejak beberapa bulan yg lepas. Satu2nya cincin yg terselamat daripada diambil perompak yg pernah masuk rumah dulu..


anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya,dan describe tentang mereka

em, kawan2 org xramai ada blog... diorg suka jadi pembaca dan pengomen je... org pilih 5 cukupla ek?

1) Affan - Bakal doktor yg sdg berjuang di bumi mesir.. student medic yg agak 'gila-gila' yg pernah org kenal.. (sorry ye affan, ni 1st impression org kat affan, hehe)

2) Aus - Klasmate org time form 4 di mrsm. Budak laki pertama yg panggil org wawa. Rajin gak kacau org kat kelas dulu, nak2 kalo dia perasan org tgh termenung.. =p

3) Jo - Roomate org di kolej Angsana, juga di Kristal dulu. Gila komik dan juga kpop. Team gelak bersama2, hehe..

4) Kak Anum - Klasmate org yg sangat terer bercakap di khalayak ramai & mmpunyai self-confidence yg tinggi...Kagum sungguh ngan akak ni... (xtau akak layan ke x award2 ni, tapi xpe la ye kak?)

5) Deeb - dormmate semasa di mrsm.. geng sembang org dulu.. suka kat kucing mcm org gak.. org still owe mcD ngn deeb ni.. (bila nk bayar ni deeb? nanti xlepas langit ke7, huhu)

Ok. Done. Sape2 yg org beri award tu sila la jawab ye, walaupun dh pernah terima award dari org2 lain dulu. Kali ni org yg bagi, xpela jawab lagi ye? hehe... Takat sini dulu, wassalam... =)

24 August 2009

Ya Allah...Bantulah hambaMu ini...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Di dalam dewan Angsana, ketika seluruh isi dewan sedang bersolat terawikh.. tatkala imam sedang larut dalam kekhusyukannya membaca bacaan2 solat...maka berlakulah monolog bersama diri sendiri yang tidak diingini...

imam : siraatal lazi na an 'amta alaihim...
monolog diri ini : aduyai...kenyangnya perut.. kat umah ada lagi baki kuih tu...

erk... apa aku duk fikir ni? fokus...fokus...

(beberapa minit kemudian...)

imam : fa ja 'alahum ka a'sfim ma'kul...
monolog diri ini : em, slide presentation nak kena touch up lagi tu..bnyk kurang..

wani....fokus!

(beberapa minit kemudian..di rakaat yg lain...)

imam : ihdinas siraatal mustaqim...
monolog diri ini : malam ni study resp system, esok study cvs pulak..

wani!! kenapa dengan kau ni? tolonglaaa fokus!

(beberapa minit kemudian lagi... di rakaat yg lain juga...)

imam : kul ya~ ayyuhal kaafirun...
monolog diri ini : zzzz.... ngantuknya... (sambil menguap)

Beginilah keadaan diri penulis yg xsudah2 berperang dengan diri sendiri untuk terus fokus dan khusyuk di dalam solat terawikhnya yg hanya sebanyak 8 rakaat tu... 8 sahaja, bukannya 20! Dan apabila pulang ke bilik, penulis berfikir sendirian.. adakah solat begini yg akan dibawa oleh malaikat ke langit untuk dipersembahkan pada Allah? Layakkah solat begini untuk diterima oleh Allah? Solat yang didalamnya terselit hal2 keduniaan... Hal2 yang langsung tak bersangkut paut dengan isi2 bacaan di dalam solat tersebut? Adakah Allah akan memandang solat hambaNya yang seperti ini??

Ya Allah, hambaMu yang sangat lemah ini dengan rasa rendah hati, bermohon padaMu.. .Kau kuatkanlah imanku, Kau tetapkanlah hatiku, Kau lindungilah diriku, agar aku dapat terus-terusan melakukan solat kepadaMu dengan khusyuk, tawaduk, dan istiqamah, tanpa dipengaruhi oleh hal2 keduniaan yg sungguh melalaikan lagi mengalpakan ini...

Ya Allah, hambaMu ini sedar Ya Allah, ibadahnya sentiasa dipenuhi dengan kekurangan... kekurangan disebabkan fikirannya mudah sahaja melayang melupakan diriMu tatkala mulutnya masih membaca ayat2 pujian untukMu.. oleh itu Ya Allah, Kau ampunkan dosa2ku, Kau kuatkanlah azamku untuk terus memperbaiki solatku, untuk terus menetapkan hati dan fikiranku hanya satu-satunya untukMu tatkala aku bersolat menghadap dan menemuiMu, supaya di akhirat kelak, solatku ini boleh aku jadikan sebagai bantuan, sekiranya Engkau ingin mencampakkan aku ke dalam api nerakaMu, Ya Allah...

Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Engkau mendengar setiap doa hamba2Mu... Dan Engkau tidak pernah berlaku zalim terhadap hamba2Mu Ya Allah.. Ya Allah, Kau kabulkanlah doa hambaMu yang hina ini... Hanya kepadaMu lah tempat hambaMu yang hina ini mengadu... Aminnn...Ya Rabbal 'Alamin...

p/s : Anda diharap untuk tidak meniru monolog2 dan sikap penulis yang alpa seperti di atas...

Wassalam...

20 August 2009

Saya nak diorg...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Ramadhan semakin berkunjung tiba. Maka kembalilah semula saat2 manis ketika bangun beramai2 utk bersahur, pergi ke bazar ramadhan, buka puasa dengan macam2 jenis makanan dan diakhiri dengan solat terawih berjemaah di surau. Di sini org ingin ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua muslimin serta muslimat di luar sana. Semoga ramadhan kali ini membawa lebih banyak rahmat dan keberkatan untuk diri kita semua, InsyaAllah...

Beberapa hari lepas, org jatuh cinta pandang pertama. Bukan ngan sorg, tapi 9 org. Sebab tertengok gambar diorg & baca cerita pasal diorg dalam website. Huhu, terus tertarik. La ni tengah merindui 9 org tu. Belum jumpa lagi dah rindu sangat. Macam mana ni? Sapa2 kat luar tu, kalo dh jumpa diorg ni, inform kat org cepat2. Kalo nak bagi terus diorg ni kat org, lagi bagus.. hehe..


1) Salju Sakinah oleh Zaid Akhtar
2) Tautan hati oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin


Tetralogi oleh Andrea Hirata :


Trilogi oleh Taufiqurrahman Al Azizy :

Tapi next week ada 2 test, plus 2 presentation. Bila nak keluar jumpa diorg ni? huhu. Takpe la, asalkan dapat jumpa pun dah cukup. Nanti bila free, bila lapang2, org akan cari masa nk berkenalan ngan diorg ni, sorg demi sorg... Tapi bila tu? hmmm... Tunggu je la nanti. Selagi tak jumpa, org takkan lupa kat diorg ni punye... mesti!

Oklah. Sory kali ni macam mengarut skit. Selamat berpuasa semua. Jumpa lagi nanti ye~
Wassalam..=)

16 August 2009

Marathon di Puncak Alam...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Terpaksa turun untuk marathon pada jam 7.30 pagi sedangkan malam tu tido jam 3.00 pagi sangat2 la melesukan badan. Tambahan lagi, apabila terpaksa berlari (actually berjoging) sejauh 4km di bawah panas terik matahari dengan kaki melecet, menyelitkan diri di kalangan ratusan insan yg turut sama berlari, naik bukit yang agak curam, menghadapi kerenah insan2 yang suka block laluan org lain, dan paling menakutkan, melihat ramai insan yg jatuh pengsan dan kaki cramp. Syukur, semua ni tak sia2 bila peserta 50 terawal yg tiba diberikan hadiah. Alhamdulillah...

Terima kasih kepada penyumbang koleksi medal org, dan juga kepada syarikat yg sponsor kad potongan 5% untuk tiket balik kampung ke mana2 destinasi selama setahun kepada semua peserta top 50 (yg for sure org xkan pakai utk balik kmpung yg sekadar kat klang... ramai plak kwn2 org yg nk chop kad ni, hehe...)

Ok. Jom study. Esok pagi ada test. Nasib baik kaki xbuat hal. Takat sini dulu. Wassalam.. =)

14 August 2009

In The Jungle with Prof Weber..

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
Hari ni post letak gambar je. Gambar yg diambil di hutan simpan di blkg fakulti OM. Lawatan beramai2 utk mengenal pelbagai jenis tumbuhan yg diiringi oleh Prof Weber. Dah penat mendaki bukit, mnuruni bukit, masuk lubang, jatuh terduduk, badan calar balar, tudung teretas, baju kotor kena tanah, badan lencun dibasahi hujan, kalo stil subjek pharmacognosy xterer2, xtaula nk ckp ape...=p

Kredit to mamarazi berjaya, Jo ngan Zati kerana snap gmbar2 ini...

dr kiri : mira, syu, yuh, aida, org, siti, tikah, prof weber... mana la yg lelain ni?

saja amik gmbar kasut sbelum pegi sementara msih lagi cun.. (gmbar selepas xdiambil sbab terlalu huduh, hehe)

dengar2, prof weber tgh explain tu... seriusnya muka prof..

sedang mghayati deduri di atas pohon kayu nibong (tah pape je)

wah, sume duk fokus.. tapi masi pndg camera, siti dh sakit pinggang, syu plak sengih aje..

tmpat wild boar berkubang.. (pnat org translate berkubang tu ape kat prof weber, hehe)

mira ngan jo smpat brgambar bajet comey... kat blkg tu sume dah cekak pinggang, fathi plak dah bising, huhu..

ngan kak anis, try fokus mndengar komen prof weber, tapi insan2 blkg kami ni.. (sila smbung sndiri =p)

pmndangan tangga batu caves dari dalam hutan...

awan hujan datang, nsib baik dah keluar hutan baru hujan... hujan lebat plak tu..

gmbar terakhir beramai2 di atas bukit setelah berjaya keluar dari hutan.. (fokus kat 2 org insan yg sedang menyorok tu..=p)

Prof weber kata bole je kalo kitorg sndiri nk masuk hutan pasni...xajak lecturer pun xpe.. tapi jgn masuk sorg2.. bahaya... kitorg sume wonder, bila la agaknya nak msuk hutan tu balik? hehehe...

sekian, assalamualaikum wbt..=)

12 August 2009

Alfatihah & Tahniah...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Hari ni jam 2.00pm ada Majlis Anugerah Dekan. Majlis yg menyampaikan penghargaan kepada student2 Fakulti Farmasi yg cemerlang, yg mndapat CGPA 3.5-4.00 time exam last sem. Majlis-wajib-hadir yg paling org tak nak pegi. Sebab nama org takde dlm senarai insan2 terpilih tu. Dah 2 kali CGPA org hampir2 mencecah 3.5. Jadi bila melihat insan2 terpilih menerima anugerah diatas pentas, hati org rasa pedih. Cemburu ke? Marah ngan diri sendiri ke sbab xleh jadi secemerlang dorg? Org tak ada jawapannya. Takpela wani. Sabar2. Next time try lagi. Jangan give up!

Majlis dimulakan dengan bacaan Alfatihah buat Allahyarham Ahmad Ashraf Sulaiman, klasmate kami yg telah pulang ke rahmatullah awal julai yg lalu disebabkan accident. Seminggu je lagi sblum start sem baru. Rupa2nya arwah antara penerima Anugerah Dekan. Malah, arwah merupakan pelajar yang mendapat Anugerah CGPA tertinggi dalam batch kami, dengan CGPA 3.92. CGPA yang agak sukar dicapai oleh pelajar2 Farmasi biasa. Hebat. Ibu bapa arwah, mewakili arwah, dijemput naik ke pentas untuk mengambil anugerah bagi pihak anak mereka. Malah, pihak majlis juga menjemput kedua ibu bapa arwah untuk memberi sepatah dua kata. Kami sebagai pelajar2 part 5 bangun untuk menghormati kedua ibu bapa arwah.

Sebaik sahaja ibu arwah memegang mikrofon, suasana serta merta menjadi senyap sunyi. Tiada sebarang bunyi kedengaran. Semua menumpukan perhatian terhadap 2 org insan yg berada di atas pentas tu. Dan sebaik sahaja suara ibu arwah bergema memberi salam, sungguh jelas kedengaran suara itu menggigil menahan sebak. Serta merta air mata terus bertakung kat mata org. Sayu sungguh suara tu. Suara seorang ibu yang telah kehilangan seorg anak, yg merupakan satu2nya anak yg dimiliki. Suara seorang ibu yang redha bahawa anaknya yang terlebih dahulu dijemput oleh Allah.

Ibu arwah mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menerima anugerah mewakili arwah anaknya. Ibu arwah sempat bercerita tentang cita2 arwah ketika mereka bersama2 menunaikan umrah di mekah. Arwah begitu teringin membuka farmasi di sana, untuk membantu mereka yg sukar berkomunikasi di farmasi disebabkan kebanyakan farmasi di sana diterajui warga arab. Setiap kali ibu arwah bercerita tentang impian2 itu, getaran suara beliau semakin jelas kedengaran. Pasti menyentuh hati sesiapa jua yg mendengar.
Banyak kali juga ketika bercerita, ibu arwah terdiam seketika menahan sebak. Berperang menahan gelodak perasaan. Saat itu, bapa arwah menepuk2 belakang ibu arwah untuk menenangkan beliau. Waktu itu air mata org dah tak dapat ditahan. Tumpah laju hingga jatuh ke baju. Ramai juga yang mengalirkan air mata. Masing2 memandang wajah arwah yang terpampang di atas skrin. Suasana dalam dewan menjadi semakin sunyi, semakin hening.

Orang lihat sebelah kanan. Org nampak betapa rakan2 arwah, klasmate org, yg kesemuanya lelaki, sedang bersusah payah mengetap bibir mengawal perasaan. Sedaya upaya berusaha menahan air mata daripada tumpah. Mata mereka digenangi air. Yang perempuan, masing2 mengelap air mata dengan tangan sendiri dan tisu. Mata mereka semua merah dan berair. Org terus tunduk. Tak sanggup lagi nak tengok sekeliling. Takut kalau2 tengok mereka, air mata ni makin laju mengalir, tak dapat ditahan2 lagi.

Sebelum menamatkan ucapan, ibu arwah menyampaikan quote yg sentiasa dipegang oleh arwah. 'Man get and forget, but Allah give and forgive'. Betapa bermaknanya kata2 itu. Selepas ibu bapa arwah turun dari pentas, majlis diteruskan, tapi dalam suasana yang sedih dan sugul. Masing2 mula mengimbau dan mengingati kembali kenangan2 bersama arwah. Lebih2 lagi kami pelajar part 5 yang rapat dengan arwah.

Org xterkecuali. 2 kali berkerja dengan arwah dalam menganjurkan program, dan arwah juga merupakan slh seorang AJK dalam SOPHYS, membuatkan hubungan org dgn arwah agak baik. Kami saling bekerjasama. Bila diberikan tugas, arwah ada menghubungi org, minta dibantu. Terutama dlm urusan surat menyurat. Setelah org bantu, arwah begitu bersungguh-sungguh mengucapkan terima kasih. Bila arwah ada buat silap dalam melaksanakan tugasnya, arwah ada menghubungi orang memohon maaf kerana katanya, telah menyusahkan org. Ternyata arwah antara insan2 yg berperibadi mulia yg pernah org temui. Dikurniakan akhlak yg terpuji, serta kepandaian serta kegigihan luar biasa, ternyata arwah Ashraf merupakan satu insan yang sukar dicari dalam seribu....

Alfatihah buat Allahyarham Ashraf. Kepada Allahyarham Ashraf, tahniah diatas kejayaanmu. Sama2 lah berdoa semoga roh Ashraf ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. Amin....
Sekian. Wassalam.

11 August 2009

Perubahan...


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Bebaru ni org call ibu, nk beritau xdapat balik ujung minggu ni sbab nak join aktiviti kolej pringkat uni. Ibu kata xpe je, ibu paham. Lagipun ana balik. Lama sembang2, then tiba2 ibu kata sumting yg buat org terkedu kejap..

'Along, ibu perasan la kan, suara along dlm telefon makin lama makin dalam la. Makin matang. Anak ibu ni dah besar la...'

Ahahahaha. Org trus gelak. Kalo lelaki tu ye la kalau dah matang suara jadi dalam. Kalau prempuan? Setau org suara prempuan pun smakin besar semakin berubah, tapi obvious kah? Sampai boleh dengar dalam telefon?

'Haha. Ibu ni kan.. Orang sakit tekak ni, tu suara jadi lain,' org berdalih walaupun sebenarnya xde la sakit tekak mana pun.. batuk2 skit je.. entah kenapa tiba2 diserang rasa malu bila ibu kata macam tu.

'Betul la long. Bukan suara along je. Banyak dah perangai along yg berubah skrg ni ibu perasan. Nak2 time along cuti seminggu kat rumah haritu,' Ibu menyambung lagi. Masuk ke satu topik yg kitorg xpenah bincang pun sebelum ni. Matang. Ingatkan nak lari dari topik ni, tapi ibu makin excited pulak. Tapi ayat last tu menarik perhatian org.

'Ye ke bu? Apa ye org buat?' Org cuba memancing isi hati ibu. Org try gak flashback apela yg org buat kat umah haritu... tapi xde la rasa bnda pelik pun yg org buat. Xsangka seminggu kat rumah ibu banyak perhatikan org..sebab org lama xbalik umah ke? Xde la lama sgt kut rasanye..

'Ye la, kalo dulu along cakap ngan adik2 kadang2 marah2 je. Tapi skrg ni cakap pun dah lembut. Makin mesra dah ngn dorg. Makin rapat dah ngan shahmi ngan redha. Lama dah ibu tak tengok along marah adik2 lagi,' Org ketap bibir dengar ayat ibu.

'Ibu, dulu tu dorg nakal, suka buat bising, suka sepah2, org marahla.. sekarang ni dorg dah besar, dah baik, buatpe nak marah2 dorg lagi kan? hehe..'

'Hehe. Tu satu. Lagi satu, dulu along nak buat keje umah kdg2 kena suruh. Pastu siap ibu repair balik. Skrg ni xpayah dah suruh2, dh pandai buat sendiri. Keje pun makin bagus dah,' Ibu kata lagi.

'Oh, ye la bu. Ana ngan aja xde. Sape lagi nk buat kalo bukan org? Xkan shahmi ngan redha?' Org gelak, ibu pun gelak.

'Em, apa lagi ye... Ha, ibu perasan dlu along duk berkepit ngan mp4 ngan henfon kehulu kehilir. Sekarang dah tak. Ibu nmpak asyik berkepit dengan novel je pulak. Pastu sejak bila rajin pakai kain batik kat rumah ni?' Ibu gelak lagi. Org pun join sama.

'Tu pun dikira matang ke bu? hahaha..' Teringat plak kat rumah tu org pakai kain batik sebab seluar org sume dah xde dlm almari. Aja bawak pegi asrama la tu. Bukan nak bgtau. Lama2 pkai kain batik ibu sronok la pulak.

'Hehe, xkisahla long. Ibu tau anak sulung ibu ni dah besar. Dah boleh diharap. Sbab tu ibu xrisau tinggalkan along ngan ana ngan shahmi bertiga masa ibu ngan ba balik kmpung aritu,'

Org diam, xtau nak cakap apa. Malu sekali lagi bila ibu kata mcmtu. Jarang dalam telefon or kat rumah kitorg sembang benda2 macam ni. Ni boleh la nk dikira 1st time. 1st time org mendengar sndiri isi hati seorang ibu tentang perubahan anaknya yg semakin dewasa.

'Along dah 21, dah semakin besar. Fikiran pun dh semakin matang. Bukan ibu je perasan tau. Ba ngan ana pun ada cakap haritu..' Org terkejut. Oh, dorg ni mengumpat aku ye, hehehe..

'Rasa pelik pulak bila ingat2 balik. Dulu2 ibu selalu dukung along bawak jalan2. Sekarang ni tengok2 along dah lagi besar dari ibu pulak. Pelik tapi sronok tengok anak2 berubah semakin besar depan mata sendiri,' smbung ibu.

'Lagi 5 tahun nanti, along nak kawin pulak. Tu, kak anum, abang amin, azi, sepupu2 along tu sume sibuk dah nk bertunang bulan ni ngan bulan depan. Ibu rasa kalo along nak gak dah boleh la ni..' Aih...ibu cakap topik ni pulak. Lantas org terus berusaha menukar topik, dan akhirnya berjaya.. nasib baik..

Perbualan org ngan ibu pada haritu buat org berfikir, kita ni semakin lama semakin tua, usia bertambah, fikiran pun berubah, begitu juga dengan tingkah laku kita. Mungkin kadang2 kita xperasan, tapi family kita, kawan2 kita, org yg dkat dgn kita, perasan perubahan tu...

Bila dah semakin tua, tanggungjawab kita semakin besar. Tanggungjawab pada family, pada status kita sebagai pelajar, pada negara, bangsa dan yang paling penting sekali agama dah jadi semakin besar. Bila usia dah bertambah, tu tandanya kita semakin menghampiri mati. Dah bersediakah kita nak menghadapi semua ni?

Umur 21 dah masuk kategori dewasa. Semakin banyak benda menanti kita kat depan, yg kita xtahu bila & bagaimana rupanya. So sama2 la kita preparekan diri utk menghadapi semua2 tu. Sentiasalah berdoa semoga Allah bersama kita tatkala kita berjuang demi menunaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah di muka bumi ni... Agar di akhirat kelak kita tak akan dipersoalkan kembali tanggungjawab kita itu oleh Allah...InsyaAllah..

Teringat dulu2 masa kecik bila ba asyik berkerut & org tnya kenapa, ba kata mcm ni..

'Tak senang jadi org dewasa ni wani...' Hmm...

Sekian...Wassalam..=)

07 August 2009

Assignments...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Hari ini hari Jumaat. Selalunya waktu mcm ni org kat kelas blaja cardiovascular system. Tapi hari ni kelas kensel. Siti, aida ngan yuh pegi shah alam. Meronggeng bak kata dorg. Jo ngan tikah pun gi shah alam ptg ni, ada tournament netball. Dorg awal2 pagi dh pegi practice, lalu skrg ni masing2 tertido kepenatan. Org janji nk kuar ngan shanaz, tp pkul 3 pm nanti. Lambat lagi. Lalu org stranded keseorangan di bilik. Berfikir apa la nak buat ni? Hm...

Lalu org trus terpikir nk mghabiskan assignment yg mula melambak. Di sini org listkan assignment2 tu, biar xde kwn2 org yg tertinggal, hehe..

1) Financial Management - Time Value of Money - submit pada Rabu 12 Ogos 09 (susah gila soalan.. 2 je pun)
2) Respiratory & Renal System & Pharmacotherapeutic - Bronchitis, Pneumonia, Expectorant, Antitussive & Mucolytic agent - submit pada Jumaat 14 Ogos 09
3) Pharmaceutical Biotech & Bioengineerg - Presentation & report utk topik Jermasia Goat - 2 weeks from now (utk ahli grup yg brkenaan shaja)
4) Intro to Veterinary Pharmacy - Produce 70-80-pages book about The Biology of Tiger - submit pada bulan Oktober

Hmmm, nmpak mcm skit. Tapi napa org rasa serabut sgt? 'Ko ni kan org busy, tetiap mggu meeting.. Mana tak serabutnya,' kata kawan org. Sabar je la wani. Kalo dah nama student, study je la kejenya. Xstudy, buat assignments. Tu je la. Nk buat apa lagi kan? So sila kuatkan semangat anda & jgn tensen2... ok?

Sekian. wassalam...

05 August 2009

Solat Diakhir Waktu...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Lama rasanya tak update blog.. Skrg ni mcm dah malas nk online sbab tenet sgt slow dan sgt menguji keimanan & kesabaran.. Nasib baik subuh2 ni laju skit.. Kalo tak entah bila la nk bukak..

Semalam, org baca novel kak jeeb. Terbitan alaf 21, tajuk dia Bayangan Rindu. Actually org xbrapa gemar novel alaf 21 sbab slalu crita cinta dia heavy & memberatkan kepala je (pada pendapat org la), tapi sebab dah xde novel lg nak dibaca dikala kebosanan melanda, maka org pun pinjam gak la.. And dalam novel ni org jumpa satu input menarik yg org rasa nk share kat sini...

Rupa2nya ada crita kalau kita lewatkan solat. Jika kita berpuasa, amalan kita akan smpai terus pada Allah. Tapi jika kita bersolat, ada 'posmen' pula yg hantar amalan kita kepada-Nya. 'Posmen' itu tak lain adalah para malaikat.

Setiap kali kita solat, ada malaikat yg hantar amalan kita kepada-Nya. Ia kena melalui 'tol-tol' di setiap lapisan langit. Malaikat juga yg menjaga 'tol-tol' ini. Jika kita solat pada awal waktu, tidak perlu bayar 'tol', atau kata lainnya tidak ada sekatan. Tidak ada jam. Malaikat terus sampaikan amalan kita pada Allah SWT utk dinilaikan.

Jika kita solat pada akhir waktu, tak perlu bayar 'tol' juga. Tapi sekatannya... masyaAllah. Di langit pertama, penjaga 'tol' marahkan 'posmen' kita. Disoalnya, kenapa lewat 'pos'kan amalan kita? Merayu-rayu 'posmen' malaikat kita minta diberi laluan, tapi penjaga langit pertama tak hiraukan, sebaliknya amalan lewat solat tadi dicampakkan balik ke bumi, lalu jatuh berderai...
Maka tidak smpailah amalan kita pada Allah SWT seolah-olah kita tidak solat juga. Jadi, bersedialah kita menerima pembalasannya, jika tidak di akhirat, di dunia... Hilang duit, hati risau, ujian bertimpa-timpa...

Bila baca part ni, org insaf sgt. Org pun manusia jugak, tak lari dari melakukan kesilapan2 macam ni. Org tau kat luar sana ramai je insan yg suka lengah2kan solat, kadang2 smpai nk masuk waktu solat yg seterusnya pulak. So kwn2, sama2 la kita amik iktibar daripada kisah di atas ye... Kasihankan malaikat yg menjadi 'posmen' kepada amalan2 kita. Berusaha nk membawa amalan kita kepada Allah tapi di pertengahan jalan kena marah pula. Berdoalah moga2 dosa kita yg sebelum2 ni diampunkan oleh Allah SWT.. Amin...

Sekian. Tak taula bila update yg seterusnya. Masuk minggu ke4 kat kampus ni, kesibukan tu dah makin jelas terasa. Sampai ketemu lagi. Wassalam... =)

01 August 2009

Happy Friendship Day...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Hari ini, 1 Ogos, merupakan hari Friendship Day sedunia (xtau apa nama melayu dia, hehe). Org ambil kesempatan ni utk wish Happy Friendship Day buat sume kawan2 org. Kat sini org tujukan ucapan ni khusus untuk kawan2 rapat org yang majornya merupakan rakan2 pre degree & sama rumah sewa ngan org selama stahun lebih sejak kat kristal lagi. Diorg ialah Yuh, Tikah, Ayu, Siti, Shahnaz, Jo, Aida dan tak terkecuali kawan org yg slalu jadi pendatang, Syu (jgn marah Syu, hehe)

Kat sini tbe2 rasa nk share apa 1st impression org kat dorg ni masa 1st time jumpa, waktu zaman mude2 time pre degree dulu, hehe.. Tahun 2006, 3 tahun lepas..

Yuh : Senyapnya roomate aku ni... Diam je.. (time ni blum dgr lagi yuh cakap & buat lawak)
Tikah : Dia ni baik la.. nakla roomate ngan dia nanti.. (last2 mmg seroomate kat kolej =))
Ayu : Tingginyee.. Kalah budak2 laki.. (tengok sambil mendongak)
Siti : Lawa la dia ni.. Putih.. tapi napa muka sedih je.. (sory ye siti..=p)
Shahnaz : Kecik gila dia ni. Sombong pulak tu.. Spek dia, em... (sory gak shahnaz =p)
Jo : Haha, tengok dia ni gelak aku pun nak gelak.. (time ni tengok Jo gelak ngan Syu)
Aida : Comel.. sopan.. lemah lembut.. prmpuan melayu terakhir betul.. (=))
Syu : Semangat betul dia ni gelak. Cantik je geng ngan Jo.. (hahaha)

Nilah gambar insan2 di atas.. (shanaz xde, mmg dia ni cameraphobia. Post b4 ni ada pic die)


berdiri dari kiri : aida, siti, syu
duduk dari kiri : tikah, ayu, yuh, jo

Ni je? tak.. ada lagi.. kali ni geng komander plak, hehe.. Budak pre yg jadi komander ada 3 org je.. Hana, Masi, Aishah.. 1st impression org kat dorg ber3 ni plak?


Hana : Muka baik.. Ada gaya macam mak orang gak.. (hana, soryyyy)
Masi : Garang la muka dia ni.. Susah nk tengok dia ni senyum.. (ok sangat jadi komander, hehe)
Aishah : Ramah... Semangat la dia ni bercerita.. (hehe)

Gambar dorg ber3 dengan Kak Jeeb, komander merangkap klasmate org juga...
Dari kiri : Hana, Kak Jeeb, Masi, Aishah

Haha, mcm2 1st impression org kat dorg ni kan.. Moral of the story kat sini :
1) Dont judge a book by its cover.. Selak2 dalam buku tu skali...
2) Tak kenal maka tak cinta, hehe..

Org juga nk wish Happy Friendship Day juga buat semua rakan2 klasmate org, rakan2 skolah lama org, dan sape2 jugalah rakan2 yg mengenali diri ini. Kpada korg sume, org hope friendship kita kekal selamanya.. Tak kisah la 1 tahun lagi, 10 tahun lagi, meskipun 100 tahun lagi (kalo pnjg umur), org hope this friendship will never end, only till death do us apart.. InsyaAllah...
Till then. Assalamualaikum wbt.. =)

31 July 2009

Marilah berdoa..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Seandainya sewaktu kita menadah tangan berdoa, kita mendengar satu suara...

'Terima kasih kerana menghubungi Baitullah. Sila pilih bahasa anda'

Sebut 1 untuk Bahasa Melayu
Sebut 2 untuk Bahasa Arab
Sebut 3 untuk Bahasa Inggeris
Sebut 4 untuk lain-lain bahasa

Kemudian, kita mendengar pula yang ini :

Sebut 1 untuk 'Permohonan Hajat'
Sebut 2 untuk 'Mengucapkan Kesyukuran'
Sebut 3 untuk 'Mengadu Nasib'
Sebut 4 untuk 'Berkongsi Kesedihan'
Sebut 5 untuk lain-lain

Atau..bagaimana pula jika kita mendengar seperti ini..
'Harap maaf. Semua pekerja kami iaitu para malaikat sedang sibuk melayan pelanggan. Sila tunggu sebentar. Anda akan dilayan sebentar lagi,'

Atau mungkin juga ini...
'Sistem kami menunjukkan anda telah membuat satu permohonan. Sila datang semula pada esok hari,'

Atau...
'Harap maaf. Servis kami tidak beroperasi pada hari Ahad. Sila hubungi kami selepas jam 9 pagi pada esok hari. Terima kasih,'

Alhamdulillah, Allah mengasihi dan menyayangi kita. Kita dapat menelefonnya setiap saat. Allah menerima setiap panggilan kita tanpa tercicir walau satu pun. Dia mengetahui siapa pemanggil-Nya secara peribadi. Setiap hari, Allah menerima panggilan berjuta-juta banyaknya. Dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.

Tiada had masa. Tiada pencarian 'coverage'. Tiada talian sibuk. Tiada caj dan bil. Tiada operator pengantara mahupun perantaraan bahasa. Berdoalah tanpa jemu! :-)



p/s: Sesungguhnya insan yang tidak berdoa selepas solatnya merupakan insan yang sombong terhadap Allah...

29 July 2009

Light of Love..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Light of Love, or bahasa melayunya Nur Kasih, drama yg menjadi sebutan ramai baru2 ini. Org tak terkecuali. Baru je layan 3 episod sekali harung semalam. Apa yg specialnya dgn drama yg diarah oleh Kabir Bhatia ni? Em, personally, org rasa kekuatan cerita ni of course pada jalan ceritanya. Walaupun Kabir Bhatia kata ni bukan drama dakwah, tapi unsur2 islamik dalam drama ni la yg menarik begitu ramai penonton. Berapa kerat je drama melayu kat malaysia yg ada unsur2 islamik kan? Sikit sangat. Leh kira ngan jari. Kalo drama melayu asyik2 cite korporat, cite datuk ngan datin, tu yg peminat drama melayu tak ramai..


Em, drama ni mengisahkan dua beradik yg berlainan karakter. Aidil yg digambarkan baik, bertanggungjawab, taat, kuat agamanya, sgt berbeza dgn adiknya Adam, yg mempunyai sifat berlawanan dgn Aidil. Begitu juga dengan Nur Amina yg digambarkan seperti Aidil versi perempuan, lain sifatnya dengan adiknya Siti Sarah yg manja, nakal, walaupun tidaklah berperangai seperti Adam. Tapi Allah takdirkan Nur berkahwin dengan Adam, walaupun Aidil yg sebenarnya menyukai Nur. Adam pula langsung tidak menyukai Nur, malah menyukai Katrina di Australia, manakala Sarah menyukai Aidil. Nur pula, tak disangka2, menyukai Adam sejak zaman sekolah lagi. Betapa rumitnya kisah cinta bersegi2 ni kan?

Other that that, org suka pelakon2 crita ni. Meskipun wajah2 baru yg ditampilkan, ternyata dorg sume terer brlakon dgn baik. Begitu juga dengan syot2 dalam drama ni. Serius cantik. Org suka bila cameraman menarik kamera ke tepi atau menjauh dari para pelakon bila babak tu nak tamat. So syot yg terhasil jadi sangat cantik dan kreatif..

Satu lagi tarikan drama ni, lagu 'Nur Kasih' yang dinyanyikan oleh Yasin & Eena Houzyana. Lagu ni belum ada yg full version kat internet, meskipun ramai yg asyik tercari2. Lagu ni sedap, lirik dia menusuk jiwa. Antara bait lirik dia yg org suka:

'Lewat ini kurasakan
kasih kian kudambakan
resah hati yg kupendam
pada takdir dan harapan..'

Lirik ni macam menyuarakan isi hati Nur dan Aidil yg pasrah terhadap takdir yg menimpa diri keduanya. Menyintai insan yg langsung tidak pernah sedar akan kehadiran cinta itu. Pedih kan?

Ha, watak feveret org dalam ni bukanla Nur Amina, tapi ibu Aidil dan Adam, iaitu Hajah Khadijah. Watak beliau sebagai isteri dan ibu yang sangat taat, lemah lembut walupun tegas dalam drama ni sangat menyentuh hati org. Di sini org letak dialog2 beliau dalam drama ni :

'Adam dan Aidil tak sama. Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga. Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagi tu, takkan berbunga, bang. Malah jadi layu. Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur. Dia perlukan matahari, tapi kita beri air, bang…' - Hajah Khadijah

'Isteri org, ada intan berlian... isteri abang?' - Ustaz Hassan
'Isteri abang ada abang...' - Hajah Khadijah

Oklah. takat sini dulu. Ish, asal buat review je msti nk panjang2. Sian korg nk baca nnti. Org hope review ni mmbantu korg yang ragu2 nk follow drama ni ke tak, hehe. Belum terlambat lagi bagi korg yg baru nk follow. Jumaat ni dah episod 10. Bolehla org tengok sebab ada kat umah.. =) Sekian.. Assalamualaikum wbt..

27 July 2009

Pulasan... =)


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..

Em, nape tajuk buah pulasan? Sebab kat umah org sekarang ada berbakul-bakul buah pulasan yg tunggu nak dimakan @ diberi orang lain je... seronok~ Personally, org lagi suka makan buah pulasan dari rambutan, sebab org rasa buah pulasan lagi manis. Nak bukak pun senang, pulas je (tu yg diberi nama pulasan kan? hehe) Xpayah nak gigit @ pakai pisau macam nak bukak rambutan..

Ni nak cerita, hari jumaat haritu pulang je dari kampus (ditutup seminggu tiba2 utk cuti mid term yg diawalkan) org ngan family direct balik umah atuk kat Batang Kali, Hulu Selangor sebab atuk call ibu kata sekarang ni musim buah pulasan. Meh la balik kampung kutip buah, kata atuk. Haritu dah musim durian, la ni pulasan pulak. Seronoknya kalau ada dusun kat kampung ni... Macam2 buah leh makan.. =)

Masuk je dusun buah atuk pada hari sabtu, org tengok pokok pulasan sume dah berbuah merah. Tak sabarnya nak petik buah satu2. Nasib baik pokok dia rendah je. Tak payah panjat pun. Orang ngan ibu, ba ngan redha (ana, aja, shahmi ada hal xleh ikut) pun mengutip buah di setiap pokok guna gunting buah (xingat ape nama dia) dari pukul 10 pagi ke 2 petang.. Dan ni la hasilnya...


Banyak kan? Penuh satu boot kereta..Sebenarnya banyak lagi yang xsempat nak amik. Ba kata kalo ada time minggu depan kita balik lagi kutip the rest. Dusun ni pun ba dah beli dari atuk, kiranya sume buah dalam dusun ni kitorg leh amik. Atuk xkisah tolong jagakan. InsyaAllah, kalo by ujung minggu ni stil banyak lagi n still elok, org bwk skit gi kolej. Tapi kalo buah dah xelok or habis, org mintak maaf ye.. next musim buah pulak org try bawak ye..=)


Ok, takat ni dulu. Nak makan buah lagi. Hope glucose level org xnaik la makan buah banyak sangat, hehe. Sampai ketemu lagi. Assalamualaikum.. =)

24 July 2009

Tahniah~

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Disini org ingin mengucapkan tahniah kepada siti, shahnaz dan hana kerana terpilih antara 5 org yg mewakili part5 dalam pertandingan public speaking antara batch fakulti farmasi yg akan diadakan pada rabu petang tak lama lagi. Kelas rep kitorg, mad sapri yg adakan undian ni. (kena undi, xrasa ada yg volunteer nk join) Cara pilih dia? guna buku pharmacology je. Buka buku randomly, tengok num page die, then check num kat attendance list. Org tu le kena. Jimat masa. Kalo x macam mane nak pilih 5 org dari 103 kalo pakai undi biasa kan? Kepada siti, shahnaz n hana, gudluck~ nanti time korg public speaking, sure kitorg datang sokong.. =)



Ha, tadi mar bagitau, kampus induk uitm shah alam dah kena tutup seminggu sebab kes H1N1. Kiranya, banyak jugalah uitm kat malaysia ni dah kena tutup. Pastu dengar cite, kampus puncak alam ni pun kena tutup seminggu, start minggu depan. Rasa2 berita ni dah sahih. Kalo macam tu, org akan extend cuti kat rumah smpai seminggu la nampak gayanya..

Sekian. Time kasih kerana membaca. Assalamualaikum.. =)

23 July 2009

Sabar je la...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..

Hari ni xde cite best.. cite xbest adela.. petang tadi time nak beli dinner untuk budak2 umah, org kuar ngan housemate iaitu siti, tikah, ngan yuh. 4 org je. Lepas smpai kat umah, kitorg pun makan. Siti makan lambat skit, xjoin kitorg. Bile dia nak makan, sekali meal dinner dia ada telur dadar je. Nasi xde. Lauk daging siti order pun xde. Kitorg pun baru je perasan. Siannya siti..huhu. Nasib baik siti kata dah kenyang (yeke siti?) Shahnaz pulak order mihun dapat nasi. Tomyam die xsedap plak tu. Terus perut dia rase xsedap. Hish.. Em, maybe silap kitorg gak, xcheck dulu before balik. Tapi kalo nak check 9 menu kat situ, lama kut... So, kedai makan yg kitorg pegi tu = banned!

Kat sini saje nak letak gambar. Macam biasa, kredit to jo sbab snap gmbar2 ini. Org tukang curik je.. (thnx again jo~)

Gambar ni diambil dari ofis fakulti di tingkat 10. Atas bukit tu kolej Rafflesia, pastu tangga batu caves, pastu PSB (Plaza Satelit B) kat bawah..

Lepas turun tangga batu caves, lalu PSB, pastu ade bridge lagi, jalan cross fakulti sains kesihatan, then baru sampai fakulti farmasi. Jauh skit la kan?

Gambar ngan ayu berlatarkan kolej2 kediaman (Blkg tu sume kolej Rafflesia, yg belah2 kiri tu sume Angsana, kolej org)

Minyak ni tadi time kitorg blaja pharmacognosy. Prof weber bawak. Dia kata minyak ni patut xleh jual. Ingredient xde, indication xde, registration number xde.. mcm2 la. Tapi org suka nama dia. Cap kambing gurun. Patut kena tambah 'cap ibu kambing gurun & anak' sebab ada 2 ekor, hehe.

Saje je letak gambar meja sendiri. Tgh xde keje, hehe..

Ok. Takat ni dulu. Wassalam.. =)

21 July 2009

Cerita hari ini..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Em, bukak je blog org ni, org terus gelak sendiri. Nape? Sebab org baru perasan blog org ni colorful sangat. Background itam, tulisan plak ade biru, pink, ijau, kuning, oren, kelabu. Sume kaler ade. Xpela kan? Meriah la skit... Hehe

Cite org hari ni, em...Hari ni punye kelas ada 3, ade Pharm Biotech, 3rd language iaitu arab, dan juga subjek elektif yg org amik iaitu Veterinary Pharmacy. Kira jadual org full la arini dari pagi sampai petang..

Cakap pasal kelas arab, sejak minggu lepas heboh satu batch part 5 fakulti farmasi mengatakan ustaz kitorg, iaitu ustaz faisal tu hensem. Muda lagi pulak tu. Pastu time kelas minggu lepas ramai pulak batchmate org language lain duk lalu lalang tepi kelas. Selalunya kalo lalu, diorg lambai kat kitorg dlm kelas ni, tapi haritu mata sorg2 duk jeling kat ustaz je (nmpak sebab dinding transparent). Budak2 laki pun sama. Siap buat port luar klas lg. Benda ni buat org senyum sorang2. Hahaha. Em, ustaz hensem ke? tak pun rasanya.. maybe ada rupe sikitla, sbab mata ustaz besar. Tu yg nmpak comel skit kut... (agaknya la) Dayah ade kata nk snap gmbar ustaz curi2, tp mission failed pulak. Kalo x maybe leh gak upload kat sini, hehe..

Kelas veterinar, 20 student je, subjek elektif, so ramai xnk amik. Nape org amik? Sbab org suka sangat kat haiwan. Rumah org pun memang dah bnyk pet. Org rasa haiwan adalah salah satu makhluk Allah yg unik yg best utk diexplore. Mereka lahir mungkin tanpa akal, tapi mereka dilahirkan dengan kasih sayang. Kita xleh deny fakta tu.. Cuba tengok mcmana haiwan jaga anak. Haiwan pun xpenah buang anak. Kalo haiwan buang anak pun kita faham, mereka makhluk xberakal. Tapi kalo manusia?? Hm.. Pastu tengok macamana bila haiwan sayang pada manusia. Sanggup redah beribu batu nk jumpa tuan die balik. Sanggup korbankan nyawa nak lindungi tuan die. Buat kita terharu, kan? Maka kita patut menyayangi mereka juga.. Memang dulu org pnah bercita2 nk jadi vet tp ba plak xsokong.. ba kata lebih baik berbakti pada manusia. Xpela, blaja skit2 cmni pun jadila ek..

Ha, harini org naik tangga batu caves tu dua kali...Pagi n petang.. Plus, harini org puasa tanpa bersahur, huhu. Leh imagine mcm mana pnatnya org hari ni? Xpe2 wani, kuatkan semangat~

Takat sini dulu. Jumpe lg nanti. Assalamualaikum.. :-)

20 July 2009

Kelas terakhir Dr Mina...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..

Semalam, (ptutnye 'hari ni' sbab after 12.ooam) org tido lebih kurang pukul 2.ooam. Agak lambat jugalah utk org yg ada klas jam 8.3oam nanti. Baru jam 12.28am org nk naik ke katil, tibe2 my big bos call, mntak buat surat urgent, hntar kat timb pengarah HEP, nk by tomorrow morning. Baik bos, arahan diterima. Dengan lemah (sbb otak dah mindset nk tido) org pun bukak laptop n taipla surat yg diminta tanpa banyak soal... xpela wani, memang ur duty kan?

Time buat surat jugalah, my lady bos pulak call. Nak bagi takwim SOPHYS time tu gak, sebab maybe esok beliau tak dpt menghadirkan diri ke kelas.. (nape ye kak mun? hehe) Jam menunjukkan 12.40am. Ok. Boleh. Xde hal. Kak Mun pun datang antar takwim. Dan time org buat surat sambil mengisi takwim (nak hantar kpd penasihat SOPHYS rabu ni), someone menghantar mesej gudnite pula. Jadi pada waktu itu, org menaip surat, mengisi takwim dan membalas mesej pada waktu yg sama. Terer x? hehe.. =p Setelah sumenya selesai lebih kurg jam 2.00am, org pun tido..

Jam 5.00am pulak, org terjaga. Pastu lgsung xleh tido. Xpelah. Pegi sahur. Pastu xboleh tido gak lagi. Sape suruh sahur minum nescafe? Mana nak tidonye.. Akhirnya pas bersahur sampaila ke 8.30am, org xdapat lelapkan mata. Jadi, org tido hanya 3 jam semalam. Org kena tido paling kurang 4 jam baru otak leh function well keesokan harinya. Xpe2.. Sabar ye wani. Mulakan hari anda dengan senyuman, meskipun senyuman itu palsu semata-mata.. =) (hehe..)

Kelas Dr Mina, or nama penuhnya Dr Minaketen Tripathy yg berasal dari India, adalah kelas yg ditunggu2 sume pelajar fakulti farmasi part 5 setiap pagi Isnin (yeke? haha) Kelas beliau bermula jam 8.30am dan berakhir jam 10.20am. Hari ni hari terakhir kelas beliau sebab next week lecturer lain pulak masuk utk topik lain. Hari ni beliau menyambung tajuk agglomerates utk subjek drug delivery system II. Beliau pun mula bercerita pasal method2 penghasilan agglomerates. Mula2 stil bleh fokus, tapi then baru org perasan untuk setengah jam pertama, slide kat depan tu tak berubah2 pun. Still slide yg sama. Hebat sungguh Dr Mina ni...

Macam biasa, sesi soal jawab diadakan mcm minggu2 lepas. Luckily org xkena. Otak xberapa nk function time2 ni. Kalo kena, maybe jawapan yg diberikan tah apa2 jadinya. Then, lepas 1 jam, otak mula terasa penat. Selalunya jam 9.30am, mana2 lecturer akan bagi break 5minit, tapi Dr Mina tiada tanda2 nak berhenti bersyarah. Org tengok keliling. Semakin ramai mengeluh penat, bergerak kesana-sini macam cacing kepanasan. Org tak terkecuali. Pinggang dah lenguh. Tapi xpe. Fokus2. Kjap lagi beliau bagi break la tu..

Jam menginjak ke angka 10.00am. Still belum ada break. Dr Mina semakin laju bercakap. Belum pernah rasanya beliau mengajar selaju ini. Bercakap tanpa henti dan tanpa penat. Orang dah mula pelik. Mungkin nk kejar masa. Maklumlah, ni kuliah terakhir dgn beliau. Daripada 1 word yg org miss, lama2 jadi 1 sentence, hinggalah semakin bnyk sentence yg org miss, lalu org pun letak pen. Tak masuk apa2 dah. Dr Mina sangat khusyuk bersyarah sehinggakan ada student angkat tangan utk mintak repeat pun beliau xperasan. Akhirnya semakin ramai org meletak pen dan bersandar pada kerusi. Maybe dah penat macam org gak. Even ada gak yg tido depan beliau smpai ditegur. Akhirnya kak Ainul mengangkat tangan minta break 5minit. Mujur Dr Mina nmpak. Tapi break yg diberi hanya 3minit. Xpela...Janji ada break...

Kuliah disambung selepas break. Kali ini okla sikit. Boleh fokus balik. Tapi ramai gak yg xleh nk fokus even dah bagi break. Maybe skejap sangat kut. Jam 10.22am, kelas tamat. Sebelum menamatkan kelas, Dr Mina menunjukkan slide yg tertera 'Long Questions' dimana terdapat 7 soalan di atasnya. Beliau meminta kami menyalin dan menjawab di rumah. Alamak, baru simpan pencil case. Xpela.. Lalu org pun salin la soalan2 tersebut..

Beginilah serba serbi cerita org waktu kuliah yang pertama pada hari pertama pada minggu ketiga di Puncak Alam ni. Orang perasan, stiap kali kelas Dr Mina je mesti ada yg tak hadir. Sejak sem lepas lagi. Xpela. Maybe diorang ada reason sendiri.. (Atau maybe melarikan diri kerana takut disoal?) Em, entahla.. no comment..

Sekian sahaja post pada hari ni yg banyak mengarut aje. Org nk qadha tido. Jam baru 11.31am. Lama lg nk zohor. Org puasa pada hari ni. Doakan org terus bertahan ye! Wassalam..:-)

19 July 2009

Ketika Cinta Bertasbih...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..

Pada jam 7 am, org, Aida n Jo pegi berjogging. Kitorg ambil kesempatan ini utk menghirup udara segar di Puncak Alam pada waktu pagi. Org sempat meninjau pemandangan bukit bukau n hutan belukar di sekitar kampus. Hati mengucap syukur kpd Allah kerana diberi peluang untuk menikmati dan menghayati keindahan ciptaan Allah pada pagi Ahad yg dingin ni. Ada hikmahnya kenapa Allah menetapkan org untuk belajar kat sini, yang jauh berbeza daripada kesibukan bandaraya Shah Alam. Untuk diberi peluang belajar sambil menikmati keindahan ciptaan Allah yang masih lagi belum dicemari oleh tangan2 manusia... dan juga untuk sentiasa bertasbih memuji dan mengingati kebesaran Allah yang Maha Kuasa agar org tidak mudah alpa dengan segala suruhanNya.. InsyaAllah... :-)

Pulang ke bilik, mata org tertumpu ke arah sebuah novel yang terletak di celah2 nota2 orang. Tajuknya? 'Ketika Cinta Bertasbih vol 2' (vol 1 dipinjam oleh Hana) yang ditulis oleh salah seorang penulis feveret org, Habiburrahman El Shirazy @ Kang Abik dari Indonesia. Tiba2 tergerak hati nk share review org tentang novel yg org dah baca 2 kali ni, hehe.. (1st time baca online, then baru baca novel). Xpe ye?

Novel ni mengisahkan seorang mahasiswa berumur 28 tahun bernama Azzam, seorang anak yatim berasal dari Indonesia yg belajar di bumi Mesir. Selain belajar, dia bekerja sebagai pembuat tempe dan penjual bakso di sana untuk menanggung pengajian adik2nya di Indonesia. Bekerja untuk menampung keluarga dari jauh setelah kematian ayahnya menyebabkan Azzam terkandas di bumi Mesir selama 9 tahun, tanpa pernah pulang walau sekali pun kerana tak dapat menamatkan pengajiannya. Namun Azzam tidak pernah mengeluh akan nasibnya. Malah dia bersyukur kerana diberi peluang untuk memerah keringat menyara keluarga, walaupun bukan di bumi sendiri. Surat yang selalu dikirim oleh adiknya, Husna sentiasa membakar semangatnya untuk bekerja lebih kuat. Hal ini membuatkan orang kagum dan terfikir.. masih adakah lagi lelaki yang bertanggungjawab dan tabah seperti Azzam yang masih wujud di muka bumi ini? Kalau adapun, berapa kerat yg tinggal agaknya?

Kisah Azzam diwarnai dengan beberapa orang akhwat iaitu Elliana, gadis yang berfikiran moden, cantik, kaya, pintar dan ternama, Anna Althafunnisa, gadis idaman hampir setiap lelaki yang ingin dilamar Azzam tetapi sudah terlambat, Husna, adik Azzam yg dikurniakan bakat menulis luar biasa, dan juga beberapa mahasiswi lain seperti Tiara dan Cut Mala. Selain Azzam, diselitkan juga watak Furqan, rakan Azzam yang kaya raya, kuat agamanya dan bijak, Fadhil, rakan serumah yang menaruh hati pada Tiara, dan juga beberapa mahasiswa lain yang serumah dengan Azzam. Setiap dari mereka mempunyai kisah sendiri, yang menjadikan jalan cerita novel ni sangat menarik dan jauh berbeza daripada novel2 lain kerana meskipun watak dalam novel ini banyak, cerita setiap satunya disampaikan dengan begitu indah dan unik.

Novel pertama mengambil latar bumi Mesir, manakala novel kedua keseluruhannya mengambil tempat di Indonesia setelah Azzam berjaya pulang ke sisi keluarganya. Dalam novel kedua juga, watak Husna, adik Azzam yang hanya diperkenalkan melalui surat dalam novel pertama diperluas dan diketengahkan lagi, malah dipertemukan dengan Anna. Ending novel ini pulak berjaya membuatkan org menangis, bukan sebab sedih, tapi gembira. Betapa hebatnya penangan novel2 ni kan? (ke org yg emosional sgt? =p)

Novel ini juga sudahpun diangkat menjadi filem, sama seperti Ayat2 Cinta, novel oleh penulis yg sama. Filem ni dah keluar di Indonesia pada 11 Jun yang lalu. Org sgt berharap agar diberi peluang untuk menonton filem ni. Ingin sekali melihat imaginasi2 yang org cipta sepanjang mengikuti novel ini direalisasikan..

Watak Azzam, Anna, Elliana, Furqan dan Husna di dalam filem (sory kecik, xjumpa yg besar..)

Em, lupe nk crite... watak feveret org? Anna Althafunnisa... Gadis yg patut dijadikan role model oleh setiap insan bergelar muslimah. Nama dia cantik, kan? Tapi bukan takat tu je. Penulis menggambarkan Anna sebagai seorang gadis yang mungkin hampir sempurna, dikurniakan dengan kecantikan wajah yang memegunkan setiap lelaki yg memandangnya, kelembutan kata-kata namun masih lagi terselit ketegasan, keteguhan pada agama, keindahan budi bahasa serta kebijaksanaan luar biasa. Anna gadis yang tidak banyak berkata-kata, namun jika sekali dia membuka mulut, ayat2 & perkataannya boleh menyihir sesiapa sahaja. Begitulah gambaran yg diberi oleh Kang Abik tentang watak Anna dalam novelnya, yang membuatkan org agak susah nk membayangkan watak Anna ni dalam kehidupan realiti.. Soalan yg sama berlegar di fikiran, masih adakah seorang gadis sesempurna Anna di atas muka bumi ini? (bilakah saatnya org boleh dan mampu menjadi sehebat Anna? Em...)


Oklah, setakat ini dulu. Harap2 review org ni dpt menarik minat org ramai utk membaca novel2 ni. Sape2 ade rase nk pinjam bgtaula org, tp nama masuk waiting list la, hehe. Jumpa lagi di lain waktu. Assalamualaikum wbt..:-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...