CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

22 September 2013

This is My Love Story.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..

*Pertama sekali, post ini ditulis demi memenuhi janji org terhadap rakan2. Org telah ditanya dan diminta oleh beberapa org rakan2 dulu untuk buat satu post khas dalam blog ni tentang my own love story. Tapi dengan satu syarat, post tu cuma akan wujud HANYA setelah org selamat bernikah. Makanya setelah selamat seminggu, Fatihah Nasiha, Nadiah Abu Bakar, Radhiatul Mardhiyah, Mohd Amir, geng 13 gadis cantik, dan rakan2 lain yang rajin bertanya sejak dulu, post ini dihasilkan untuk korg :)*


Org ingat lagi, saat org mula2 berkongsi secara indirect kat twitter & fb tentang hubungan serius org dengan seseorang (ketika itu sudah diperingkat merisik & bertunang), org mendapat agak banyak respon daripada kawan2. Ada yang terkejut dengan berita tiba2 ini, tak kurang yang bertanya bertubi2, dan ada juga yang melahirkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah.

Sebab apa?

Sebab majority diorang tahu yang sejak dulu lagi, org tak pernah bercinta, atau ayat lainnya 'bercouple' dengan mana2 lelaki, sejak dari zaman sekolah, sehinggalah menginjak zaman universiti, dan sehinggalah org mula bekerja. Kawan lelaki tu ramai je, tapi just rapat macamtu jela, tak pernah bercouple or bercinta pun. Kerana prinsip org yang tidak sukakan satu hubungan yang tidak pasti penghujungnya. Hubungan yang melalaikan dan tidak diredhai Allah (tapi tak bercouple tak bermaksud org tak pernah minat or suka org ye.. tu lain)

Malah jujur org katakan, org TIDAK berusaha mencari dengan bersungguh2 pun siapa jodoh org sebenarnya, meskipun ketika itu usia org sudah hampir menginjak suku abad. Usia normal dimana rakan2 seusia org sudah menemui pasangan hidup dan membina kehidupan baru bersama pasangan masing2. Orang selalu cakap yang jodoh tu tak datang bergolek, kita sendiri yang kena cari siapa jodoh kita, kan?

Dan org ingat lagi bila ibu ngan baba kerap kali tanya bila agaknya org akan bawak bakal menantu bertemu dengan mereka kat rumah, org sekadar jawab,

'Kalau dah ada, nanti org bawak. Belum jumpa lagi nak buat macam mana.. Takpun susah sangat ibu dengan ba carikanla untuk org, hehe,' kata org sambil tersengih kepada kedua ibu bapa org. Dari riak wajah mereka, org tahu mereka risau sebenarnya. Melihat betapa tidak seriusnya org dalam soal mencari pasangan hidup.

Namun hakikatnya, apabila berdoa ketika usai solat, org selalu meminta kepada Allah agar mempertemukan org dengan jodoh org, apabila tiba masa yang sesuai, dan apabila org benar2 dah bersedia bergelar seorang isteri. Kerana jauh disudut hati, org dapat rasakan yang jodoh org tu sebenarnya tak jauh pun dari org, cuma org tak tahu siapakah dia. Mungkin tu je sekelumit usaha org, dalam mencari jodoh sendiri. 



Dan org langsung sama sekali tak menyangka, doa org, daripada hambaNya yang sering alpa dan leka ini, benar2 dimakbulkan Allah. Beberapa hari sebelum usia org bertukar 25 tahun menjelang tahun baru 2013 (usia target org untuk menamatkan zaman bujang), secara tiba2 datang seorang lelaki bertemu dengan org kat kaunter farmasi time kitorg sama2 ditakdirkan bertugas pada malam yang sama. Meminta sendiri nombor telefon daripada org, walaupun menurutnya dia boleh mendapatkan nombor org senyap2 daripada operator hospital. Menghubungi org keesokan harinya, malah menyatakan hasrat untuk menghantar rombongan meminang ketika baru kali pertama org keluar makan berdua bersama dengannya (kali pertama mula2 dulu ditemani oleh seorang kawan).

Cepat kan? Sekelip mata je berlaku semua ni, dengan izin Allah. In less than a month.

Dia merupakan seorang doktor, medical officer (MO) berusia 28 tahun yang bertugas di hospital tempat org bekerja sekarang. Doktor yang hari2 bertemu muka dan bertembung dengan org kat kawasan hospital yang kecil tu atas urusan kerja. Siapa sangka, insan yg org tunggu2 untuk muncul dalam hidup org selama ni, sebenarnya sangat dekat dengan org. Hari2 berada berhampiran org, cuma org je yang tak sedar selama ini.

Rupa2nya, dah lama sebenarnya dia memerhatikan org dari jauh. Sejak pertama kali dia melihat dan menegur org kat tempat thumbprint time balik suatu ketika dulu (mengikut ceritanya la). Dan dia pernah membuat pengakuan kepada cikgunya ketika kami bertiga minum bersama, yang org merupakan cinta pandang pertamanya (masa tu baru pertama kali tau). Sungguh org tak sangka, penampilan org yang serba comot dan sederhana kat hospital ni mampu meraih perhatian seorang doktor. Org yang agak low profile dan senyap dikalangan staf2 hospital, rupanya kehadiran org disedari oleh seorang doktor kat hospital tempat org bekerja.

Pertama kali kami berbual bersama di thumbprint hospital :)

Saat dia bertanya samada dia boleh masuk meminang lepas dapat tahu yang org still single, org terkedu sekejap melihatkan betapa seriusnya dia menyatakan hasrat hatinya dengan jujur tanpa berselindung. Dua kali org tanya samada dia serius dengan soalan tu, dan dua kali jugaklah dengan yakinnya dia menjawab 'serius'. Maka secara spontannya tanpa berfikir panjang, org mintak dia jumpa ibu dengan baba kat rumah. Mintak izin dari diorang. Kerana org masih milik ibu bapa org since org ni anak sulung perempuan. Dengan harapan pemintaan org tu akan membuatkan tahap keseriusan dia berkurang tentang isu masuk meminang org ni.

Dan dia akhirnya mendapat peluang untuk bertemu juga dengan ibu ngan baba time mereka datang melawat org kat Batang Kali, tempat org menginap sewaktu hari bekerja. Ketika ditanya direct oleh baba apa sebenanya motif dia mendekati org, dengan jujur dia menyatakan bahawa dia ikhlas mendekati dan berkawan dengan org dengan niat untuk membina masjid bersama. Baba dengan ibu terkejut seketika time tu, sebab mungkin tu pertama kali mereka bertemu dengan seorang lelaki yang benar2 ikhlas dan serius nakkan anak dara mereka yang seorang ni.

Daripada rakan sekerja yang berurusan hanya atas urusan professional, kali ini org perlu melihat dan menerimanya sebagai seorang yang lebih dari sekadar kawan. 24 tahun org hidup single, bebas tanpa sebarang komitmen, maka tak senang untuk org menerima kehadirannya dalam hidup serta hati org dengan sekelip mata. Pernah sekali org menangis, sebab hati org ni degil sangat untuk terima dia meskipun org nampak betapa ikhlasnya dia berusaha memenangi hati org. Terasa kejamnya diri ni sebab tak dapat balas kasihnya kepada org (dulu sendiri jugak yang suruh dia terus jumpa ibu baba. Sapa suruh cari pasal, kan?)


 

Hati org yang pada mulanya kosong tanpa secebis pun perasaan kepadanya, (org susah nak jatuh hati sebenarnya) akhirnya dengan izin Allah, dia berjaya membuatkan hati org terbuka untuk menerimanya. Melihat senyap2 betapa lemah lembutnya dia melayan pesakit2 kat wad, melihat bagaimana dia menjadi seorang cucu yang sangat bertanggungjawab dan penyayang kepada neneknya (dia tinggal berdua bersama neneknya pada hari bekerja), melihat kesopanannya kepada kedua ibu bapanya dan juga ibu bapa org, dan mendengar sendiri pujian yang diberikan kepadanya oleh doktor2 lain dan staff2 nurse wad yang dijaganya, membuatkan org bertambah yakin yang org tak memilih insan yang salah.

Malah dia juga berperangai sopan, tak pernah mengambil kesempatan dengan menyentuh org walaupun sedikit (kalau tak sengaja terlanggar cepat2 minta maaf), tak berkira langsung soal duit (kalau boleh setiap kali keluar dia je nak belanja), sangat mengambil berat, simple orangnya dan tak pernah bercintan cintun sama je macam org, membuatkan org kagum dengannya dan sememangnya org tak jumpa satu sebab pun untuk tak menerimanya sebagai seorang suami.

Apa yang lebih meyakinkan org, sebaik sahaja ibu melihat gambarnya pertama kali kat fb (gambar Jamuan Raya Farmasi 2012), ibu terus cakap wajah kitorg berdua ada iras. Begitu juga kata2 staf2 farmasi yang baru nak tahu tentang hubungan kitorg, yang mengatakan wajah kitorg macam abang ngan adik je. Dan tu jugaklah komen yang diberikan oleh pakcik dan makcik org, sepupu2 org yang pertama kali melihatnya bila kitorg bertembung di luar hospital, serta makciknya juga apabila kitorg semua berkumpul buat pertama kali sewaktu majis merisik kat rumah org. Orang selalu kata kalau berjodoh, muka saling tak tumpah. Org percaya tu ^__^

Kurang dua bulan dari tarikh kitorg baru berkenalan, dia menghantar rombongan merisik ke rumah org. Majlis merisik yang sekaligus bertukar menjadi majlis bertunang. Pada waktu ni org baru je nak terima surat posting untuk Full Registered Pharmacist (FRP) dan ramai sangat batch org yang dapat Sabah. Mungkin sebab ni dia cepat2 nak mengikat hubungan kitorg, sebelum org dipanggil ke sana. Tapi tak apa, walaupun tak sampai dua bulan mengenalinya, org dah yakin dengan keputusan untuk memilihnya sebagai suami. Sebab org dah tetapkan dalam hati, org nak mengenalinya luar dan dalam dengan lebih lanjut dengan cara yang betul, iaitu selepas kitorg bernikah nanti. Dan jauh disudut hati org yakin, dialah lelaki terbaik yang pernah Allah hadirkan dalam hidup org, walaupun kejap je sebenarnya tempoh org mengenalinya. Kurang dari setahun pun.


Sepanjang tempoh kitorg saling mengenali hati budi masing2, kitorg cuba memelihara diri sebaik yang mungkin. Kitorg BUKANLAH pasangan yang terbaik menurut tuntutan islam, yang tak berdating, tak saja2 telefon atau mesej tanpa urusan penting, yang tak keluar berdua. Org akui ada gak kadang2 kitorg keluar makan & tengok wayang sama2 macam couple lain (berdua atau ditemani adik beradik). Kadang2 tak sengaja terpulang ke rumah pada waktu malam. Tapi kitorg berusaha untuk tak sesekali melampaui batas yang ditetapkan agama. 

Rutin sesebuah couple yang sentiasa mengucapkan 'I love you', or 'saya sayangkan awak' kepada satu sama lain pada setiap harikitorg langsung tak pernah ucap walaupun sekali. Kitorg sama2 rasa awkward kalau dah ucapkan cinta dan sayang sebelum kahwin (honestly, org tak selesa sebab tak biasa langsung). Gelaran sayang2 manja2 sesama sendiri pun kitorg tak ada dan tak pernah guna. Abang pun org tak pernah panggil walaupun dia tua 3 tahun dari org. Kitorg gak tak berbalas sms hampir setiap masa dan bergayut berjam2 setiap hari macam couple lain. Kalau ada benda penting nak dibincang, paling lama pun telefon dalam 15 minit. Walaupun kitorg kat tempat kerja yang sama, seboleh-bolehnya kitorg cuba untuk tak mengacau satu sama lain time kerja. Cuma ada la lepas waktu kerja pukul 5, kitorg minum petang atau dinner sekali, ataupun sekadar melawat dan menghantar makanan kalau salah sorang dari kitorg on-call malam. Tu pun kitorg rasa dah cukup.

Bertunang dengan doktor kat hospital yang sama, org memang tak dapat elak daripada jadi buah mulut dan perhatian seluruh isi hospital yang kecil itu, antaranya para doktor, staff nurse, penolong pegawai kesihatan, seluruh warga farmasi malahan operator, pekerja2 Radicare, dan temasuklah gak org yang paling tinggi jawatannya kat hospital tu, iaitu Pengarah Hospital. Tiba2 je nama 'Wawa tunang Dr Asraf' dicari2 dan dikenali oleh hampir semua orang kat setiap unit dalam hospital. Kadang2 org rasa kelakar lak bila asyik dapat usikan nakal serta ucapan tahniah daripada diorg, malah diorg ada cakap betapa sepadannya kitorg ni kalau benarlah kitorg ni berjodoh.

Dan akhirnya bila org dapat tau yang org tak dapat pun posting ke Sabah dan dapat kekal bertugas kat hospital yang sama, iaitu kat Hospital Kuala Kubu Bharu untuk FRP lepas setahun org buat latihan kat sini, kitorg sama2 rasa gembira dan bersyukur sebab urusan perkahwinan kitorg akan lebih dipermudahkan. Malah, sorang staf farmasi pernah cakap kat org, dia gembira melihatkan urusan membina masjid kitorg sejak dari awal begitu senang, seolah dipermudahkan. Org hanya mampu tersenyum sambil mengucap syukur tak terhingga kepada Ilahi. Ternyata Allah itu sebaik2 perancang.


Org akhirnya sedar, susunan Allah itu sangat cantik. Benarlah kata org, jika kita telah ditakdirkan untuk satu sama lain, walau beribu batu jauh terpisah, kita tetap akan dipertemukan, pada tempat dan saat yang betul. Kalaula org atau dia tak kerja sekali malam tu, mungkin dia takkan cuba approach org sampai bila2 dan hubungan kitorg mungkin kekal hanya sebagai doktor dan pharmacist hinggalah ke hari ini. Kalau la org atau dia tak ditugaskan bekerja kat HKKB, mungkin kitorg takkan dipertemukan, dan masih berusaha mencari jodoh masing2 sehingga kini. Dan kalau la org tak ditakdirkan untuk menjadi seorang pharmacist dan dia pun tak ditakdirkan untuk menjadi seorang doktor, mungkin takdir hidup dan aturan jodoh kitorg lagi jauh berbeza daripada sekarang. Ternyata ada sebab dan hikmah kenapa Allah menjadikan susunan hidup kita seperti ini dan itu. Org mengerti akhirnya. Allah itu Maha Besar.

Allah tak bagi terus segala apa yang kita mahukan, tapi Allah bagi apa yang sebenarnya kita perlukan. Dia Maha Tahu. Kalau dulu org selalu je berangan nak dapat suami yang hensem, bijak pandai, kaya, romantik dan sempurna serba serbi macam dalam drama, Allah bagi kat org seorang lelaki yang sederhana, simple, sedap mata memandang wajahnya, kerja sebagai seorang doktor yang sentiasa sibuk dengan kerjayanya, dan alhamdulillah stabil kewangannya. Orangnya tenang dan matang, kontra dengan org yang 'berangin' dan kebudak2an. Rasional orangnya, berlawanan dengan org yang senang dipengaruhi emosi. Sangat mengambil berat, lain betul dengan org yang selalu je tak ambil kisah. Malah hobi dimasa lapang dan fahaman politik kitorg pun jauh bebeza. Org yang langsung tak pandai nak buat keputusan sendiri, mendapat dia yang perlu membuat keputusan hampir setiap masa pada waktu kerjanya. Ketidaksempurnaannya pula merupakan sedikit kelebihan yang ada pada diri org, namun kitorg masih ada banyak persamaan. Dan itulah yang membuatkan kitorg cepat serasi antara satu sama lain.


Kini, pada tarikh 14 September 2013, pada tarikh keramat ini, kitorg berdua akhirnya ditakdirkan Allah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri. Khairil Asraf bin Amir, nama yg Allah telah catatkan sebagai jodoh org di Luh Mahfuz sejak org berada dalam kandungan lagi, kini telah sah menjadi suami, imam, dan bapa kepada bakal anak2 org nanti dengan sekali lafaz. Dengan yakinnya lafaz akad itu diucapkannya, seyakin saat dia mula2 melamar org dulu. Selepas ni, kitorg akan teruskan lagi sesi perkenalan antara satu sama lain dengan lebih mendalam, dan banyak lagi tentang diri dia yang ingin org explore sendiri dan pastinya akan jadi lebih interesting untuk diketahui selepas ni. Dan Insyaallah, segala janji yang org pernah coretkan untuk dia dalam post di blog org suatu ketika dulu, akan cuba org penuhi sebaik yang mungkin. Bukan sekadar hanya kata2 tulisan semata.

Semoga dengan sesi exploration diri masing2 selepas bernikah ini, akan membuatkan rasa cinta antara kitorg menjadi lebih mekar dan subur dan sentiasa dalam keredhaan Allah. Semoga kitorg sama2 dapat menempuhi bahtera rumahtangga ini bersama sehingga ke akhir hayat. Dan semoga hubungan kitorg akan berkekalan sehingga ke jannah, insyaallah. Mohon korg semua doakan kebahagiaan kitorg ye :)




Dan sebagai penutup cerita, si tulang rusuk yang sibuk mencari pemiliknya dalam diam, akhirnya sudah dipertemukan dengan izin Allah. Alhamdulillah, kini pencarian berakhir :)


Sekian dari org, Raden Azwani binti RM Pujaseti, dan inilah dia kisah cinta org. Yang pertama dan yang terakhir, harapnya :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...