CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Review Drama. Show all posts
Showing posts with label Review Drama. Show all posts

24 January 2011

Ayoub


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt



Bila tengok drama Ayoub di Slot Samarinda TV3, diri ini terasa sangat kerdil...

Sewaktu kecil.. 
Ayoub sanggup ambil jantung pisang subuh2 kerana ibunya teringin nak makan.. 
Ayoub sentiasa menjaga solatnya serta patuh dan taat kepada ibunya...
Ayoub selalu beri bunga dan buat bunga rampai sebagai hadiah agar ibunya gembira..
Ayoub selalu membantu guru kelasnya yg kurang pendengaran ketika di sekolah..
Ayoub memberi makan setiap hari kepada Man Sewel yg tak dihiraukan penduduk kampungnya....
Ayoub sentiasa menjaga kebajikan Nek Wa yg diabaikan oleh keluarganya sendiri..
Ayoub menjaga haiwan yg berada di kebun ibunya, walaupun sekadar seekor siput babi..
Dan Ayoub sentiasa bersyukur walaupun dia anak yatim dan hidup susah bersama ibunya..

Apabila dewasa.. 
Ayoub masih lagi setia menjaga ibunya, Nek Wa dan Man Sewel dengan sabar dan ikhlas..
Ayoub memberi pekerjaan kepada seorang bekas budak sekolah jahat yg dipinggirkan..
Ayoub memberi makanan, minuman & buku2 cerita kepada budak2 kampung..
Ayoub cuba menyelamatkan kucing yg dilanggar dengan lorinya tanpa sengaja..
Ayoub bekerja keras membuka syarikat sendiri walaupun sering diperlekehkan oleh keluarga sepupunya yg kaya..
Ayoub membelikan minuman kepada pekerja2 yg menyapu di tingkat bawah pejabatnya.. 
Ayoub belanja seorang lelaki yg tak dikenalinya makan sempena ulangtahun perkahwinan lelaki itu.. 
Ayoub memberi hadiah dengan ikhlas kepada pak imam, guru kelas & pakcik yg sering membantunya.. 
Ayoub tolong melunaskan hutang kad kredit pekerjanya yg hampir muflis..
Ayoub menyediakan dana untuk bantuan perniagaan kepada penduduk kampungnya..
Ayoub masuk kedalam longkang untuk mengambil kunci kereta gadis yg tak dikenalinya..
Dan Ayoub sangup membantu membetulkan basikal di masjid sehingga bajunya kotor walaupun dia ingin bertemu bakal bapa mertuanya..

Akhirnya.. 
Ayoub bertemu jodoh dengan seorang penulis terkenal yg baik hati dan merupakan anak seorang jutawan..
Ayoub semakin berjaya dalam perniagaannya dan dia juga bergelar seorang jutawan..
Ayoub menjadi dermawan ternama dan sering muncul di kaca televisyen..
Ayoub menerima anugerah Tokoh Filantropi Asia di luar negara..
Ayoub dikurniakan sepasang cahayamata yg comel dan cergas..
Ayoub hidup bahagia bersama isteri dan anak2 dalam kehidupan yg serba sederhana..
Dan Ayoub masih lagi tidak lupa berbakti kepada mereka yang memerlukan.. 
Dan sifat baik hati, suka menolong dan rendah dirinya masih lagi sama seperti dulu tidak berubah.. 

Namun ujian Allah datang melanda..
Ayoub kehilangan ibunya dan Nek Wa setelah mereka pergi menghadap Ilahi apabila selesai solat..
Ayoub difitnah mencabul kehormatan anak2 yatim yang dibantunya..  
Ayoub kematian dua org anaknya serta muka isterinya cacat akibat kemalangan yg disengajakan..
Ayoub dianiaya sehingga mendapat penyakit kulit menyebabkan setiap inci kulitnya melepuh dan berbau busuk..
Ayoub dikhianati oleh pekerja dan org kuat syarikatnya sendiri..
 Ayoub kehilangan syarikat yg diusahakan olehnya dan bapa mertuanya kepada org lain..
Ayoub menceraikan isterinya tanpa rela isterinya kerana tidak mahu membebankannya..
Ayoub meminggirkan diri dan tinggal keseorangan di sebuah rumah di dalam hutan..
Dan Ayoub mula menyalahkan Allah dan hampir membuat perjanjian dengan syaitan kerana sudah berputus asa..
Semuanya angkara sepupunya sendiri yg cemburu dan penuh hasad dengki dengan kejayaannya..  

Tapi Allah itu Maha Adil..

Ayoub didatangi oleh insan2 yang pernah dibantunya dulu dan mereka sudi menjaganya…
Ayoub dibantu monyet2 di hutan yang menghantar buah kepadanya setiap hari tanpa diketahuinya..
Ayoub menangis dan bertaubat setelah membaca buku kisah Nabi Ayub AS yg hampir sama dengan dirinya..
Ayoub menurut pesanan ibunya di dalam mimpi dan akhirnya penyakit kulitnya sembuh sepenuhnya..
Ayoub kembali kepada bekas isterinya yang masih lagi setia berada di sisinya..
Dan sepupunya itu mati dalam keadaan terseksa, hina, dan penuh aib sebagai balasan terhadap apa yg telah  dilakukan terhadap Ayoub selama ini..
Dan Ayoub masih sudi memaafkan, berdoa dan mengebumikan jenazah sepupunya itu...


Bila anda terasa diri anda mula leka dengan urusan dunia, anda terasa anda hidup di dunia ini tanpa matlamat yg jelas, dan anda masih lagi terumbang ambing mencari sinar hidayah dalam kehidupan, cubalah tonton drama ini. Sarat dengan pengajaran dan menginsafkan.


Dan semoga lebih ramai lagi insan semulia Ayoub di dunia ini yang boleh kita jadikan contoh dan ikutan.


Sekian post kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Assalamualaikum wbt...



p/s : Terima kasih amir sebab sudi downloadkan drama ini untuk org. I really appreciate it :)


02 September 2010

Syurgamu Ramadhan..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Lame betul org xupdate blog kan? habis dah bersawang blog ni.. ni sume sebab minggu ni org ade 3 test sekaligus.. tiap2 malam lepas balik terawih kat surau org study sampai tertido2. Harini org dah habis test semua. Maka malam ni org decide nak melepak je tanpa buat ape2..

Malam ni org teringin nak share drama yg kitorang satu rumah duk follow sejak beberapa minggu lepas. Syurgamu Ramadhan kat channel tv3. Jalan cerita dia best. Kisah seorang Datuk bernama Halimaton yang sanggup buang anak sendiri yang bernama Marlia daripada keluarga, sebab anak dia xnak kahwin ikut pilihan hati dia. Bila anak dia dah mati, cucu2 dia dibawa pulang ke rumah oleh anak kedua dia yang bernama Yassin sebab diorang tinggal sebatang kara. Waktu ni pun Halimaton tu masih lagi taknak terima cucu2 dia. Ada lagi manusia ego macam ni kat dunia ni ek...

Mula2 folow drama ni, kitorang banyak menangis sebab banyak sangat scene sedih. Nak2 scene Marlia dengan suami dia meninggal kena langgar. Amin, anak kedua diorang ada telefon nak mintak maaf tapi xsempat. Suzana pulak xsempat cium tangan mak dia. Yassin yang dah terpisah daripada kakak dia selama 17 tahun pun xsempat jumpa kakak dia. Tau2 dah meninggal kena langgar. Time ni memang sedih gile la. Nak2 tengok empat2 beradik tu menangis kat kubur mak ayah diorang. Baca komen2 page tv3 kat fb memang ramai gak la yang nangis.. Ingat org sorg je yg emo..

Kemudian Yassin bawa empat2 beradik tinggal dekat rumah dia tinggal dengan wife dia, Aishah dan juga Halimaton. Halimaton ni sampai la ni kitorang follow dia masih lagi xnak accept cucu2 dia. Asyik mengelak je, xnak berbuka kat rumah. Satu lagi tarikan drama ni ialah Aishah. Aishah ni memang sorang isteri yang sangat tahpape dalam cerita ni. Kurang ajar, xpuasa, gedik, rupa2nya Aishah ni pilihan mak dia. Yassin ni xmau jadi anak derhaka, jadi dia kahwin jugakla dengan Aishah ni.. Sian2.



Setakat yg kitorang follow, ada 3 lagi episod last minggu depan. Tryla layan drama ni, serius best. Org plan nk tengok balik drama ni sebab xfolow dari mula, org folow dari episod 4. Kalo nak download rase2 banyak website ade. Takpun tengok je balik kat website tv3 tu ek.

Oklah, time kasihla baca coretan org ni. Selamat menyambut hari raya semua~ Maaf zahir dan batin :)

13 May 2010

Kau Yang Ilhamkan Bahagia~

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...


Hari ni berakhir sudah drama 23 episod kat tv3 yang penulis duk follow start lepas habis final exam. Actually drama ni air kat tv time penulis tengah exam, so penulis memang xfollow langsung. Tapi dulu asal bukak fb je penulis perasan ramai betul member2 penulis letak status pasal drama AdaMaya ni. Ramai lelaki pulak tu. Pelik2. Penulis pun curious lalu google la kejap pasal drama ni. No wonder. Jalan cerita menarik. 2 orang yang boleh dikatakan musuh gak la tiba2 kena kahwin lepas ditetapkan oleh parents. Pastu pelakon muka sume leh tahan. Sein Ruffedge yang jarang berlakon bila jadi Adam memang menarik perhatian. Smart tengok Sein asyik berkepit ngan DSLR. Memang ramai pmpuan 'terjatuh hati' kat watak Adam ni. Lisa Surihani yang berlakon as Maya pulak, faktor utama kenapa ramai lelaki kat luar sana follow drama ni (serius penulis pelik sangat kenapa ramai lelaki follow drama melayu nih. patutla pun). Then adik Mia Sara sebagai Amani yang jadi anak diorang pun teramatla comel. OST pulak memang dah sedap (lagu latar blog penulis ni) Pendek kate sume pasal drama ni mampu menarik perhatian la. Kira jadi fenomena jugak la selepas drama Nur Kasih dulu. Nasib baik member dah download. Dapat la penulis follow sejak episod 1 yang dah miss.

Mula2 tengok, penulis pun 'terjatuh hati' gak kat watak Adam. Lelaki idaman semua wanita. Suami yang hensem, caring, penyabar, penyayang, kelakar, amanah, setia, sume ade la. Maya memang tak suka dia mula2 sebab dah ada bf nama Dani, tapi Adam tetap sabar dan layan Maya dengan baik. Akhirnya Maya jatuh cinta dengan Adam lalu diorang dapat Amani. Cerita jadi seronok sekejap sampaila last2 Maya curang balik kat Adam sebab Dani asyik goda dia. Maya pulak penulis tak berapa suka sebab buta dengan kasih sayang Adam & xtetap pendirian. Nasib baik ending drama ni dia sedar jugak. Watak yang dibenci, of course la Dani, perosak rumah tangga orang. Kelakar betul sampai kat fb pun ade grup benci Dani ni. Beribu pulak yang join. Penulis sekadar baca post dan tumpang gelak je la. Kat fb mcm2 grup yang wujud pasal drama ni. Ada grup suka Adam la, benci Maya ngan Dani la, suke Amani la, yang masuk bukan skit2 pulak tu. Beribu beratus orang yang join. Kalau yang grup AdaMaya tv3 kat fb pulak 128k yang join.. ramai tu.. punyela hebat penangan drama ni, kalah Nur Kasih dulu..

Tadi episod last, awal2 lagi penulis dah tercongok depan tv pas balik keje. Ibu ngan adik penulis pun join sekali. Banyak scene2 hari ni yang mengalirkan air mata, especially bila Maya mohon ampun kat Adam kat pameran fotografi solo Adam. Adam yang mula2 malas dah nak layan last2 maafkan Maya lepas sedih tengok Maya menangis nak rak sambil peluk Amani. Adam pegang muka Maya sambil cakap 'saya dah lama dah maafkan awak..' lalu dia cium dahi Maya. Syahdu2. Ada jugak scene bila Maya bukak kotak Adam bagi, dalam tu ada cek RM300k duit yang Adam kumpul untuk Maya tunaikan impian dia keliling dunia. Paling best, ada jugak novel cinta Adam buat khas untuk Maya, tajuk dia 'Kembara Mencari Cinta'. Nasib baik happy ending. Rasa tak rugi follow cite ni walaupun banyak rumours kata Adam akan mati di ending cite. Nasib baik tak. Tapi bila part ending Dani meroyan tu, penulis rasa ramai penonton sure puas hati, hahaha.

scene syahdu...huhu

Cerita ni selalu buat penulis terfikir, ada ke lelaki seperti Adam yang digambarkan dalam drama ni cukup sempurna wujud kat dunia ni? Akur bila parents suruh kahwin, jaga amanah parents dan mertua dengan baik, caring dengan isteri yang melayan dia acuh tak acuh, pandai ambil hati isteri, sangat penyayang dengan anak, setia dan sabar dengan isteri, malah sudi maafkan dan terima kembali isteri yang pernah curang.. Penulis belum pernah jumpa dan kenal sesape lagi, kalau betul ada, penulis memang kagum dan teringin nak jumpa lelaki macam ni. Menonton drama ni jugak membuatkan penulis terasa nak merasai percintaan selepas kahwin... Memang dari dulu penulis ada pendirian macam ni tapi lepas tengok drama ni makin kuat pulak pendirian tu. Kita tengok je la nanti macam mana..hehe

Oklah, panjang pulak post pasal drama ni. Tapi bukan penulis je suka drama ni. Kalau tengok ape2 website, fb ke, twitter ke, blog2 ke, ramai lagi yang duk gila kat drama ni tak kisahla lelaki ke, pmpuan ke, orang tua ke, budak2 ke, sume suke. Sampai insan2 yang tak pernah layan drama melayu pun tergesa2 balik keje nak tengok drama ni pukul 6 setengah. Tadi lepas habis episod last, bila penulis bukak fb leh kate banyak gak status cakap pasal drama AdaMaya ni. 'Kembara Mencari Cinta' pun ramai duk buat status. Lepas ni xperlu la penulis terkocoh2 balik rumah nak layan drama petang2. Boleh fokus layan badminton. Cuma maybe penulis rindu la nak tengok watak Adam lagi, huhu...

Sekian, wassalam..

29 July 2009

Light of Love..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Light of Love, or bahasa melayunya Nur Kasih, drama yg menjadi sebutan ramai baru2 ini. Org tak terkecuali. Baru je layan 3 episod sekali harung semalam. Apa yg specialnya dgn drama yg diarah oleh Kabir Bhatia ni? Em, personally, org rasa kekuatan cerita ni of course pada jalan ceritanya. Walaupun Kabir Bhatia kata ni bukan drama dakwah, tapi unsur2 islamik dalam drama ni la yg menarik begitu ramai penonton. Berapa kerat je drama melayu kat malaysia yg ada unsur2 islamik kan? Sikit sangat. Leh kira ngan jari. Kalo drama melayu asyik2 cite korporat, cite datuk ngan datin, tu yg peminat drama melayu tak ramai..


Em, drama ni mengisahkan dua beradik yg berlainan karakter. Aidil yg digambarkan baik, bertanggungjawab, taat, kuat agamanya, sgt berbeza dgn adiknya Adam, yg mempunyai sifat berlawanan dgn Aidil. Begitu juga dengan Nur Amina yg digambarkan seperti Aidil versi perempuan, lain sifatnya dengan adiknya Siti Sarah yg manja, nakal, walaupun tidaklah berperangai seperti Adam. Tapi Allah takdirkan Nur berkahwin dengan Adam, walaupun Aidil yg sebenarnya menyukai Nur. Adam pula langsung tidak menyukai Nur, malah menyukai Katrina di Australia, manakala Sarah menyukai Aidil. Nur pula, tak disangka2, menyukai Adam sejak zaman sekolah lagi. Betapa rumitnya kisah cinta bersegi2 ni kan?

Other that that, org suka pelakon2 crita ni. Meskipun wajah2 baru yg ditampilkan, ternyata dorg sume terer brlakon dgn baik. Begitu juga dengan syot2 dalam drama ni. Serius cantik. Org suka bila cameraman menarik kamera ke tepi atau menjauh dari para pelakon bila babak tu nak tamat. So syot yg terhasil jadi sangat cantik dan kreatif..

Satu lagi tarikan drama ni, lagu 'Nur Kasih' yang dinyanyikan oleh Yasin & Eena Houzyana. Lagu ni belum ada yg full version kat internet, meskipun ramai yg asyik tercari2. Lagu ni sedap, lirik dia menusuk jiwa. Antara bait lirik dia yg org suka:

'Lewat ini kurasakan
kasih kian kudambakan
resah hati yg kupendam
pada takdir dan harapan..'

Lirik ni macam menyuarakan isi hati Nur dan Aidil yg pasrah terhadap takdir yg menimpa diri keduanya. Menyintai insan yg langsung tidak pernah sedar akan kehadiran cinta itu. Pedih kan?

Ha, watak feveret org dalam ni bukanla Nur Amina, tapi ibu Aidil dan Adam, iaitu Hajah Khadijah. Watak beliau sebagai isteri dan ibu yang sangat taat, lemah lembut walupun tegas dalam drama ni sangat menyentuh hati org. Di sini org letak dialog2 beliau dalam drama ni :

'Adam dan Aidil tak sama. Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga. Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagi tu, takkan berbunga, bang. Malah jadi layu. Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur. Dia perlukan matahari, tapi kita beri air, bang…' - Hajah Khadijah

'Isteri org, ada intan berlian... isteri abang?' - Ustaz Hassan
'Isteri abang ada abang...' - Hajah Khadijah

Oklah. takat sini dulu. Ish, asal buat review je msti nk panjang2. Sian korg nk baca nnti. Org hope review ni mmbantu korg yang ragu2 nk follow drama ni ke tak, hehe. Belum terlambat lagi bagi korg yg baru nk follow. Jumaat ni dah episod 10. Bolehla org tengok sebab ada kat umah.. =) Sekian.. Assalamualaikum wbt..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...