CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

12 September 2011

10 Nasihat/Kata2 Semangat untuk Mereka yang Kena Dump


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..



Selamat hari isnin buat semua pembaca blog 'Apabila Jejari Mula Menari'. Memandangkan ramai student IPTA kembali ke kampus pada hari ni, selamat kembali ke kampus org ucapkan & gudluck untuk sem baru buat mereka yang berkenaan. Actuallynya org ada nak buat post pasal kenangan2 org masa belajar dulu, tapi bukan masa sekarang. Tunggulah lepas org habis tulis yang tu, nanti org post ye :)

Berkenaan dengan tajuk post kali ni, org taktau la kenapa baru2 ni macam dah berpakat2 la pulak kan, ramai kenalan org yang ada masalah dengan bf/gf diorang. Yang dah break lepas bertahun2 bercinta pun ada. Dan ada diantara diorang yang share masalah diorg kat org, walaupun diorg tau org takde pengalaman pasal benda2 macamni. Entahla, mungkin sebab diorg tau org ni macam takde perasaan pasal hal2 jiwang2 ni, so org suka bagi komen direct pasal relationship diorang tu.

So untuk kali ni, org dedikasikan post ni buat insan2 yang kecewa dalam hubungan percintaan.  Lebih2 lagi bila insan2 ni yang ditinggalkan oleh ex bf/gf masing2. Mesti lagi sakit kan rasanya? Harap2 post ni dapatlah membantu insan2 yang 'sakit' tu mengubati luka di hati masing2.. (Ecehhhh...)


***

1) 'Dah tak ada jodoh, nak buat macam mana kan? Terimalah hakikat tu, yang dia bukan untuk ko. Mungkin ada insan lain kat luar tu yang sebenarnya menunggu untuk dipertemukan dengan ko. Kalau ko ngan ex ko tu memang ada jodoh, dia tetap akan kembali kat ko, kahwin dengan ko, walaupun korg clash 10 kali pun. Jangan risaulah'


2) 'Kadang2 tak semua benda yang kita nak kita akan dapat. Banyak benda kat dunia ni yang dipinjamkan sementara je kat kita, termasuklah perasaan cinta dan sayang. Bila perasaan tu      hilang ditarik balik, kita kena redha. Mencintai tak semestinya memiliki. Kalau itu yang dia nak, dan itu yang buat dia bahagia, kita kena lepaskan dia'


3) 'Bersyukurlah yang korg tu dah break sekarang. Tu maksudnya dia tak boleh accept kekurangan diri ko. Dia tak boleh terima diri ko seadanya. Dia tak boleh nak jadi setia. Cuba imagine kalau dia mintak break lepas korg dah kahwin, lepas dah ada anak. Tak ke susah?'


4) 'Tak payahla nangis. Buang air mata je untuk insan yang dah tak sudi dengan ko. Kita nangis teruk2, dia happy je dengan org lain, tak ingat langsung pun kat kita. Buat apa ko nak terkejar2 dekat org yang dah tak sudi kat kita? Buktikan kat ex ko tu yang ko pun boleh berjaya, hidup bahagia tanpa dia'


5) 'Cubalah kuatkan hati. Kalau umur kita ni panjang lagi, kita akan face macam2 lagi masalah kat dunia ni. Kalau setakat masalah cinta pun kita dah menangis, frust nak rak, macam mana kita nak hadapi masalah2 lain yang lebih besar dalam hidup kita? Cinta bukanlah segala2nya. Banyak lagi benda lebih penting kita kena fokus dalam hidup'


6) 'Anggaplah semua yang berlaku ni ada hikmahnya. Mana tau kalau2 korg bercinta nak rak, lama2 nanti korg terjebak dengan hal2 tak senonoh ke, kan? Bersyukurlah yang korg dah break sekarang. Mungkin Allah nak pelihara diri ko dan ex ko daripada perkara2 yang keji dan mungkar'


7) 'Mungkin Allah saja je 'pinjamkan' ex-bf/gf ko tu sementara dalam hidup ko. Nak bagi pengajaran kat ko. Supaya nanti bila ko dah jumpa the right one, ko akan lebih menghargai si dia. Dan ko takkan ulangi kesilapan yang sama, macam apa yang ko pernah buat kat ex ko dulu'


8) 'Tak salah kalau nak menangis, tapi janganlah sia2kan air mata kita tu. Ia sangat2 berharga. Kalau ko nak nangis untuk dia hari2 sampai bengkak mata, ko takkan dapat apa2. At least kalau ko nangis sebab ingatkan Allah, mata ko yang basah tu dipelihara daripada disentuh api neraka'


9) 'Mungkin ex bf/gf ko rasa yang dia tak layak untuk ko. Atau dia takut terheret ko sama untuk melakukan dosa. Kalau betul, ko patut rasa bertuah sebab pernah berkongsi rasa sayang dengan insan macam ni. Kalau memang korg ada jodoh, pada waktu yang sesuai dan tepat dia akan datang cari ko balik. Doa banyak2 ye'


10) 'Hal2 tentang hati & perasaan ni memang tak boleh dikawal. So banyak2lah doa kat Allah supaya dibuang perasaan yang ada dalam hati tu. Kembalikan rasa cinta tu kepada pencipta rasa cinta itu, iaitu Allah SWT. Dan dia akan memberikan rasa cinta itu kepada insan yang betul2 menghargainya, InsyaAllah :)'


***

So nilah dia antara nasihat2 yang org selalu bagi kat member2 bila diorg mintak pendapat atau share masalah diorg kat org. Ada yg berunsur sarcastic, ada yang berunsur agama sikit, dependsla kat situation diorg tu macam mana. Dan biasanya lepas org bagi nasihat2 macamni, kalau diorg tak sudah2 lagi nak mengadu & menangis, org buat tak layan je. Kejam kan org ni? Tapi pada org, kalau dah kata2 semangat pun tak mampu nak mengubati kesedihan diorg, mungkin hanya masa je yang mampu memulihkan.

Dan kalau ada diantara kawan2 korg pun yang frust bercinta, cubalah bagi ayat2 macamni kat diorg. Kadang2 kita ni takla pandai sangat nak pujuk2 ni kan, tapi sebagai kawan, at least kita kena cuba bantu kawan kita tu kurangkan rasa sedih diorang kan?


Ok jumpa lagi untuk post akan datang. Terima kasih ye sebab sudi baca. Assalamualaikum wbt :)


p/s : Rasa sakit bila memendam perasaan tanpa disedari langsung oleh org yg disukai, lebih sakit lagi daripada rasa sakit akibat putus cinta. Tu pendapat org la :D

9 comments:

Anonymous said...

hehe stuju sgt ngn ayt terakhir ko "Rasa sakit bila memendam perasaan tanpa disedari langsung oleh org yg disukai, lebih sakit lagi daripada rasa sakit akibat putus cinta". ak rs ak in situasion yg pling worst sum1 can be pn xmenangs bkn men rak smpai mata bengkak so org2 len pn trima je la everythg happen put on faith on Allah SWT fates =)

nadzwareina said...

tau xpe syu.. dlm bnyk2 kisah yg aku dgr, kisah ko ngn ct yg pling sadis aku rasa.. sbr bnyk2 ye.. kalau ada jodoh korg xkemana.. aku doakan yg trbaik utk ko :)

Anonymous said...

haha lek ar..ak msih ok je..insha allah sama2 bersbr menunggu jdoh masing2 =)

Atiqah Wadiah said...

mayn ada himah di sblk kejadian yg b'laku tuh..cinta pd Allah adlh cinta yg hakiki :)

Sha said...

ak suke point ko no 4 n 8..hehe

buat malu je dok terkejar2 pd yg xsudi..

tajul said...

nice.nsht ko cm dtg dr pngalaman.haha..^_^.yg part pendam prsaan 2,ak phm seksa die.cm kna sembelit.hehe..=P

nadzwareina said...

atiqah : stuju.. cinta pada Allah cinta hakiki yg xpernah mengecewakan :)

syae : tula, aku xfaham dkat girl2 yg duk terkejar2 kat lelaki yg xsudi.. sgt memalukan kaum aku rasa huhu

tajul : aku xde pngalaman break up ke ape sbb aku xpenah couple.. tp pngalaman pendam prasaan tu bnyk sgt so aku leh paham sakit die mcmane.. hehe

tajul said...

haha..prsaan pendam la plg best dlm byk2 prsaan.XD

zulmh89 said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...