CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

18 August 2013

In Less Than A Month...

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt...


Sedar tak sedar, dah empat bulan berlalu dari tarikh akhir org update blog ni. Sudah agak lama blog ini terbiar lama tidak diusik. Hingga diri sendiri pun lupa pernah ada blog sendiri.

Bukan tak ada cerita menarik yang nak dikongsi. Banyak. Terlalu banyak. Sampai tak tahu nak mula dari mana. Sampai tak tahu nak cerita yang mana satu dulu.

Tapi ada satu cerita yang ingin org kongsi di sini. Satu cerita yang boleh kata agak penting peranannya dalam hidup org buat masa ni.

Kurang dari sebulan dari tarikh hari ini, org akan memasuki satu fasa baru dalam kehidupan. Fasa yang sentiasa ditunggu2 oleh anak2 dara yang masih bujang. Fasa perkahwinan.

Rasa macam mimpi. Setahun yang lepas, pada tarikh hari ini, org masih lagi si single yang terkontang kanting di hospital menjalani kehidupan sebagai seorang pelatih. Sebagai seorang anak sulung yang duduk berjauhan dari rumah atas dasar kerja. Yang langsung tak terfikir soal 'kahwin'.

Dalam masa setahun, segalanya berubah. Allah takdirkan berlakunya satu pertemuan, yang membawa kepada perkenalan, pertemuan dua keluarga, pertunangan, dan insyaallah seterusnya kepada pernikahan dan perkongsian dua jiwa. Takdir yang org sendiri tidak menyangka akan berlaku dalam sekelip mata.

Sejujurnya, jika ditanya, diri ini masih belum bersedia untuk menjadi isteri seseorg. Yang WAJIB menjaga kebajikan, menjaga makan minum, memenuhi kehendak, memelihara kehormatan diri, menjadi tulang belakang, menjadi peneman suka dan duka, susah dan senang, hanya kepada seorang lelaki yang bergelar SUAMI.

Namun, hidup kita sentiasa bergerak ke hadapan. Sedia atau tidak, kita perlu tempuhinya kerana masa berjalan tanpa berhenti. Ketika menempuhi kehidupan baru itulah, kita sendiri akan belajar banyak perkara baru setiap hari dan menjadi lebih bersedia. Jika nak ditunggu saat betul2 bersedia, mungkin ketika itu sudah terlalu lewat. Itulah pesanan tunang org yang sentiasa org pegang hingga kini.

Buat rakan2 yang membaca, doakan urusan kami untuk membina masjid ini dipermudahkan. Benar kata org, tidak mudah membina sebuah masjid, kerana sentiasa ada halangan dan dugaan daripada syaitan yang cuba menghalang. Alhamdulillah, segala dugaan yg diterima kami bersama2 cuba menghadapinya dengan sabar dan tabah.

Dan buat rakan2 yang ingin meraikan hari gembira ini bersama kami, jemputlah hadir ke rumah org di Klang pada 15 September ini. Kehadiran anda semua bersama keluarga atau pasangan masing2 amatlah org alu2kan. Bagitau alamat kat org kalau nak org poskan kad ye :)




Sekian, bertemu dalam post akan datang. Post memenuhi janji buat rakan2 yang bertanya dulu. Mungkin itu post pertama org sebagai seorang isteri nanti. Insyaallah.

Wassalam.


p/s : dup dap dup dap.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...