CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label My Friends. Show all posts
Showing posts with label My Friends. Show all posts

02 September 2012

Selepas Sebulan Sehari...

Bismillahirrahmnirrahim...Assalamualaikum wbt..


Harini dua september 2012. Sebulan sehari dari tarikh kali terakhir org update blog ni. Kalaula blog ni ada application sawang timbul kat blog kalau lama tak update, sure dah tak nampak ape dah tulisan atas blog org ni kena tutup dengan sawang huhu.


Sebulan dah berlalu. Apa benda best yang jadi?


Bulan ramadhan, org sambut kali pertama sebagai seorang government servant. Penat tu toksah cakapla. Nak2 bila kena jaga kaunter farmasi dari pagi sampai petang. Tekak kering duk explain pasal ubat2. Lenguh kaki pun ye jugak bila asyik2 kena pergi merayau sana sini dalam farmasi atau kat ward kena handle perkara berkaitan ubat. Yang bestnya bila dekat2 buka puasa, pegi kat bazar ramadhan kat tengah2 pekan KKB. So muka2 warga hospital jugakla yg memenuhkan bazar tu. Doktor2, MA, staff nurse, patient2. Kalau dah bosan sangat beli kat bazar, masak je kat rumah. Tapi lagi banyak beli la sebenarnya. Penat le katekan (alasan). Pastu buka puasa reramai. Kejap ngan staf hospital, kejap ngan bebudak UiTM, kejap ngan bebudak sekolah rendah. Time terawih pegi masjid KKB. Takpun berjemaah ngan housemate kat rumah. Seronok.

Sambut raya tahun ni, kali pertama org bagi duit raya kat anak2 buah. Perasaan bila diorg beratur panjang2 pastu salam sebab nak duit raya, memang seronok tak terkata. Sebelum berbaris tu awal2 lagi diorg terus serbu bila nampak org kuar bilik pegang sampul angpau. Kelakar je diorang ni. Lepas make sure sume anak buah dua2 belah dapat, rupa2nya banyak lagi sampul angpau tak habis. Silap bajet lah pulak. Dan raya ketiga org dh pun start kerja balik so tak dapatlah nak beraya lelama sangat.

So sekarang ni, musim open house. Tiap2 minggu kena balik sebab nak pegi beraya rumah sedara, takpun pegi open house undangan kawan2. Dan sambil memenuhi undangan open house, memenuhi undangan perkahwinan pun ye jugak. Bila bukak fb je ada je notification jemputan ke majlis perkahwinan.


Dan bila org pikir2 balik, ramai member org yang dah bertunang & berkahwin rupanya.

Kalau buat list, memang ramai la. Kalau yang single mingle lagi ni memang boleh kira dengan jari (termasuk org la tu)

Sebenarnya rasa pelik bila tengok kawan2 sendiri, nak2 yang kita kenal sejak kecik, sejak sekolah rendah, teman main sama2, teman belajar sama2, dulu comot sama2, bergaduh sama2, sekarang dah cantik berhias tengah bersanding atas pelamin. Dan bersamanya ada seorang pasangan hidup yang sedang menemani di sebelah. Pasangan hidup yang Allah dah tulis sejak azali.

Serius, rasa pelik sikit. Rasa macam slow2 diri ni masuk ke zaman baru. (padahal memang dah tukar zaman pun tapi sendiri tak sedar)

Dan oktober ni, umur org genap 24 tahun. Dan seingat org, bila umur ibu 24 tahun, ibu dah pun bernikah dengan ba. Dan apa progress org? Jangankan tunang, boyfren pun tak wujud lagi.

Pastu tiba2 pikir, hm.. mungkin betulla kut aku ni dah terlambat sikit (sikit okeh, baru 24) Mungkin kali ni org betul2 kena serius cari teman hidup org yang mungkin sedang berlegar2 berkeliaran kat luar sana tu. Taktaula dia yang sesat atau org yang sesat tak jumpa jalan, yang pasti sekarang ni kitorg still belum ditakdirkan untuk bertemu antara satu sama lain la.


Atau mungkin dah je bertemu muka, cuma masih belum bertemu hati, nak buat cemana kan?


Haha takpelah. Tang pertemuan tu org serahkan pada Allah nak tentukan bila. Biar Allah decide bila masanya yang sesuai untuk org atau 'org tu' akan mula memainkan peranan penting dalam lovestory org yg Dia tulis.


But still, org akan mula berusaha slow2. Takdelah duk menanti dia nak datang bergolek. Tang jodoh pun kena usaha gak kan. Kalau dulu setakat nak pass exam universiti sanggup berusaha bermati2an, takkan nak duduk tengok je pasal soal masa depan kan? Tapi macam mana org nak usaha tu, biarlah org simpan sendiri eh :)




Ketika Allah menginginkan dua hati bersatu, Dia akan menggerakkan kedua-duanya. Bukan salah satu - Ustaz Don Daniyal



Ok cukuplah org merapu sampai sini. Jumpa dalam post akan datang eh. Assalamualaikum :)


01 August 2012

Wahai Kamu2 Yang Teristimewa...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Manusia. Khalifah Tuhan di atas muka bumi. Yang Allah ciptakan dengan pelbagai rupa dan ragam. Ada yang muda, ada yang tua. Ada lelaki, ada perempuan. Ada yang indah wajahnya, ada yang sedap mata memandang, dan ada yang biasa2 saja. Ada yang menyenangkan sekali tatasusilanya, ada yang punya hati yang busuk dan perangai yang menyakitkan hati. Allah menjadikan manusia itu lain2 sifatnya. Agar dunia ini meriah dihiasi dengan pelbagai kancah hidup yang mungkin boleh dijadikan pedoman dan iktibar buat sesama sendiri.

Kadangkala dalam ramai2 manusia yang Allah takdirkan untuk mewarnai hidup kita, sejak kita kecil hinggalah sekarang, pasti ada diantara mereka yang bisa menarik, bukan sekelumit, tapi hampir sepenuhnya perhatian kita. Yang mampu menjadikan dirinya sendiri sebagai sebuah memori yang memilih untuk menetap dalam fikiran kita sehingga bila2. Yang kadangkala selepas berbelas atau berpuluh tahun berlalu, dia masih punya tempat dalam ingatan kita. Atau mungkin ia pernah berhenti seketika, namun ia tidak pernah hilang.

Dan sudah tentu, org juga ada.



Org masih ingat lagi seorang rakan tadika org, dia berbangsa cina. Kami sangat rapat, setiap masa di tadika kami bersama. Org ingat nama penuhnya. Org ingat lagi dimana rumahnya. Namun sayang, selepas masuk sekolah rendah, dia hilang tanpa khabar berita. Org pasti, jika kami bertemu dimana2, mungkin kami sudah tidak mampu mengenali satu sama lain. Hampir 20 tahun berlalu, sudah tentu begitu banyak perubahan yang kami lalui. Namun masih, dia ada lagi berlegar dalam memori org.

Masuk zaman sekolah, universiti dan alam pekerjaan, ramai lagi insan2 yang menjadi penyumbang kepada memori buat diri ini. Mereka yang buat org menangis, mereka yang buat org marah, mereka yang buat org ketawa. Mereka yang tidak berhenti mengusik org, mereka yang sentiasa memberi senyuman manis kepada org, mereka yang secara tiba2 mengeluarkan kata2 yang tidak sepatutnya kepada org, masih ada yang segar dalam ingatan ini.

Namun org akui, dalam ramai2 manusia yang org pilih untuk disimpan sebagai memori dalam kotak fikiran org, masih ada diantara mereka yang org asingkan, dan kategorikan sebagai 'istimewa'.

Ya, istimewa. Istimewa pada tafsiran diri org sendiri. Istimewa kerana mereka ini berbeza daripada insan2 lain dalam memori org. Mereka ini yang punya sesuatu yang tidak dimiliki oleh mereka yang lain.




Ada diantara mereka ini adalah istimewa bukan sahaja di mata org, tapi juga di hati. Bagaimana? Dengan hanya melalui cara mereka menyebut nama org yang mungkin kedengaran agak unik itu. Atau dari mimik wajah mereka yang tersenyum saat menyebut nama org. Juga ada yang istimewa dari segi perilaku mereka yang cukup indah di mata org. Hampir sempurna, tanpa ada cacat cela dalam melaksanakan suruhan Allah. 


Atau wajah mereka yang suci dan bersih di mata org, sehingga kadangkala org sendiri cemburu melihatnya. Mungkin juga personaliti sesetengah mereka, yang pada org amat misteri dan menarik sekali untuk diexplore sendiri oleh diri ini. Atau melalui bakat mereka yang sememangnya semulajadi dan mengagumkan mereka yang melihat. Dan ada juga diantara mereka ini, istimewa dimata org, hanya melalui sikap selamba dan cara ketawa mereka yang bersahaja. 

Dengan sesekali mengingati insan2 istimewa inilah, org mampu tersenyum sendiri secara tiba2. Terasa gembira dan seronok apabila teringat, juga secara tiba2.



Kadangkala org bersyukur, kerana ditakdirkan untuk dipertemukan dengan mereka ini. Mereka inilah yang mewarnai dan menghiasi hidup org, dan ada yang mampu mendorong diri org untuk berubah menjadi lebih baik. Meskipun insan2 ini  tidak pernah tahu betapa istimewanya mereka di mata dan hati org, org berharap dengan keistimewaan2 mereka itulah, mereka juga mampu menggembirakan insan lain dan menjadi pembakar semangat untuk insan lain juga berubah ke arah yang lebih baik.

Jauh disudut hati, org juga berharap yang org pernah mendapat tempat yang istimewa dalam memori dan hati sesiapa jua insan di luar sana. 


Dan mampu menggembirakan insan itu dan membuatnya tersenyum, walaupun hanya sekadar sesekali mengingati diri ini. Meskipun cuma sesaat :)
-nadzwareina-


p/s : Mungkin salah seorang daripada insan2 istimewa di atas ini, adalah kamu?


30 March 2012

Apa Yang Buat Saya Rindu Zaman Belajar?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Sedar tak sedar, dah hampir 5 bulan org meninggalkan zaman universiti dan memasuki fasa pekerjaan. Cepat betul masa berlalu, tak terasa pun dah hampir 5 bulan. Kerja kat hospital semakin menimbun, dan bila balik rumah, rasa nak rehat je & tidur cepat. Org sedar, bila mula bekerja, org dah hilang satu enjoyment in life. Enjoyment yang org rasa waktu belajar dulu, yg org dah tak rasa sekarang. Rasa enjoy ketika melepak dengan kawan2 sesuka hati kita, pergi ke mana2 je yang kitorg nak dan pada bila2 masa. Sekarang ni rasa agak susah dah nak buat balik benda2 tu semua akibat kekangan kerja. Betul kan insan2 yang bekerja?

Ada sekali, org terbelek2 semula album2 lama kat facebook. Tengok betapa happynya muka2 kitorg waktu zaman belajar. Tak perlu nak stress melampau (except time nak exam ngan VIVA je). Terasa nak kembali ke zaman tu balik dan enjoy semula kehidupan as a student. Tapi apakan daya, hidup perlu maju ke depan. Habis zaman belajar, masuk zaman pekerjaan. Sambil melalui zaman pekerjaan, kita akan lalui satu fasa perkahwinan pulak. Eh?

Oklah, cukuplah melalut dalam 2 paragraphs di atas. Kat sini org list down apa yg buat org rindu zaman2 universiti dulu :)


1) Duduk dalam dewan kuliah (disamping itu tidur, baca novel, main handphone, laptop, PSP etc..)

Org sangat rindu nak duduk dalam dewan kuliah balik, berkumpul seisi kelas esp waktu pagi. Waktu pagi la selalunya, boleh nampak ramai student duk terlelap nak2 bila dapat lecturer boring yg ajar subjek dry (org tergolong dlm insan2 yg wajib tidur pada waktu pagi hehe). Bila lecturer tak masuk, time tu lah sume org main internet kat laptop ngan henfon masing2 (mentang2 dapat wireless free), baca novel la, yang bawak game main game la. Tapi yang paling best, kitorg satu kelas melantak jajan yang dijual oleh businesswoman dalam kelas kitorg, iaitu Ili Nadhirah hehe.




2) Meronggeng aka berjimba-jimba bersama teman2 serumah.

Biasanya habis kelas, kitorg beramai2 akan decide nak makan mana. Kalau memang free sampai malam, apa lagi, sasaran yang dituju mestilah ke shopping mall seperti Sunway Pyramid, OU, The Curve, JJ Bt Tinggi, paling koman JJ Bt Raja. Bila dah keluar pegi sana bukan takat makan je lagi, adela beberapa aktiviti tambahan macam tengok wayang, shopping beg, shopping kasut, tak pun window shopping je. Pastu dah petang2 sikit ataupun malam, baru ingat nak balik, hehe. Takpun kalau tak keluar, layan tv sama2 kat rumah. Takpun pegi pasar malam borong makanan ngan tudung sama2. Pastu rotate makanan satu bulatan. Hu rindu2.




3) Beraktiviti bersama rakan2 sekelas.

Kelas org agak ramai, dalam 100 lebih semuanya. Dan of course dalam 100 lebih org ni ada beberapa grup kecil yang lain. Melalui aktiviti2 kelas atau persatuan la kitorg boleh bercampur dan masuk je mana2 geng, asalkan kerja yang nak dibuat tu boleh settle on time. Takpun kalau ada member sekelas kahwin, maka satu kelas akan buat konvoi beramai2 menuju ke rumah pengantin. Dan melalui aktiviti2 ni jugaklah akhirnya kitorg tau perangai masing2 yang selama ni tak pernah diexpect, yang pendiam rupanya kecoh gila, yang pemalu rupanya kuat gelak, macam2 lagi la. Dan akhirnya kitorg boleh masuk & kamceng dalam mana2 geng tanpa perlu rasa janggal & tak selesa. Kan seronok?




4) Trip di hujung semester bersama geng2 serumah/sekelas.

Setiap kali cuti sem menjelma, mesti ada je plan yang akan dibuat oleh kitorg, nak bercuti kat mana, sape nak jadi projek manager. Pastu buat discussion kat fb ngan YM, plan aktiviti nak buat apa, berapa lama nak pergi. Semangat je. Alhamdulillah selama empat tahun belajar, org dah selamat join trip2 pergi langkawi, pangkor, terengganu, johor, perlis, kuantan, melaka, dengan member2 sekepala. Cuma tak sampai sabah sarawak lagi je. Tu pun InsyaAllah ada dalam plan lepas habis PRP hehe.





5) Semangat kerjasama antara classmates menjelang musim peperiksaan.

Bila exam semakin hampir, maka soalan2 past year pun akan dicirculate dan difotostet oleh seisi kelas. Dan yang lagi bestnya, dalam kelas kitorg ada geng yang terdiri daripada student2 smart yang akan tolong buatkan skema jawapan dan upload ke dalam email batch (yup kitorg ada email batch sendiri, dimana kitorg share username & password). Skema jawapan ni kitorg panggil MIB (Modul InsyaAllah Berjaya) hehe. Selain skema jawapan, ada jugak student yg rajin buat short notes & upload jugak. So bila nak exam MIB & short2 notes ni la yang banyak membantu kitorg study. Dan yang bestnya, ada banyak kali jugak soalan exam yg keluar sebijik sama dengan MIB yang dibuat. Apa lagi bila habis exam semua kuar dewan tersenyum lebar la, hehe.






So inilah dia antara kenangan2 waktu belajar yang org takkan lupa. Actually banyak lagi, macam PBL tiap2 minggu, trip pergi hospital masing2 waktu pagi, tapi org shortkan. Bila dah masuk alam pekerjaan ni mungkin lain dah sikit pengalaman dia. Kenangan yang lain pulak yang akan org kutip & simpan. Tapi tak kisahlah walau kat mana pun kita berada, sentiasa hargai apa jua yang ada dan sesiapa yang sentiasa berada di sekeliling kita, sebab benda2 ni nanti akan jadi sebuah memori & akan kita kenang2 balik satu hari nanti :)



Till then. Assalamualaikum.

06 February 2012

Allah itu Sebaik-baik Perancang...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Syukur Alhamdulillah, pada 5 Februari 2012, bersamaan hari lahir Rasulullah SAW pada tahun 1433 Hijrah ini, seorang rakan sekelas org, Kak Munirah Ismail merangkap 'my lady boss' waktu zaman universiti dulu telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Mohd Hafiz Hussin. 


Pergi ke majlis perkahwinan yang diadakan di Bukit Mahkota Club House di Kajang, kitorg terlopong seketika menatap keindahan warna tema majlis itu. Warna pink lembut dan putih, dan suasana majlis yang tenang namun meriah ditambah lagi dengan keindahan taman serta tasik, membuatkan majlis itu kelihatan sungguh elegan.


*Kredit gambar kepada Izzati*

Melihatkan kak Mun tersenyum gembira di atas pelamin apabila gambarnya diambil jurufoto, org teringat kembali saat2 kitorg baru sahaja dilantik dalam Mesyuarat Tahunan Fakulti pada tahun 2009 dulu, saat kitorg masih belajar di tahun tiga. Kak Mun dilantik melalui kertas undi oleh hampir seluruh pelajar fakulti untuk menjadi Timbalan Presiden Persatuan, manakala org pula dilantik menjadi Setiausaha.

Selepas dilantik, saat kitorg sedang stay back di fakulti untuk menyiapkan kerja persatuan kitorg iaitu SOPHYS (Society of Pharmacy Students), Kak Mun berkongsi tentang perasaannya ketika awal2 dilantik dulu. Kak Mun bercerita, dia menangis kerana terpaksa memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden tanpa rela hati. Tambahan lagi, bekerja bersama seorang sahabat baiknya dalam persatuan itu, menyebabkan dia risau persahabatan mereka tergugat apabila terpaksa mencampur adukkan urusan kerja dalam persahabatan mereka.

Org mendengar tanpa berkata apa-apa. Namun org faham perasaan Kak Mun, kerana sejujurnya, org pun tak berapa rela hati memikul jawatan Setiausaha persatuan. Risau kalau2 banyak masa yang sepatutnya digunakan untuk study banyak dihabiskan dengan urusan2 persatuan.

Tapi kitorg sudah diberikan amanah. Amanah oleh seluruh pensyarah dan pelajar2 setiap batch Fakulti Farmasi UiTM. Rela hati atau tidak, kitorg tetap kena menjalankan tugas yang perlu kitorg lakukan, demi fakulti. Dan syukur Alhamdulillah, pada tahun itu persatuan kitorg mendapat anugerah persatuan terbaik di universiti. Sedar tak sedar, dah setahun kitorg memegang jawatan dan pada mesyuarat seterusnya, kitorg melepaskan jawatan yang dipegang kepada junior pula.

Dan apabila mendengarkan berita Kak Mun sudah mahu bertunang dulu, org pun merajinkan diri untuk mencungkil cerita Kak Mun dengan bakal tunangnya. Kak Mun bercerita, pertemuan pertama dia dengan bakal tunangnya adalah pada National Research & Innovation Competition di USM Penang. Kak Mun, serta beberapa ahli2 persatuan mewakili fakulti ke pertandingan itu, manakala bakal tunang Kak Mun mewakili fakultinya. Dan telah ditakdirkan Allah, booth mereka menghadap satu sama lain.



Habis pertandingan, bakal tunang Kak Mun secara bergurau mendekati Kak Mun untuk meminta nombor telefon, namun Kak Mun meminta agar mereka berkawan di FB terlebih dahulu. Melalui perkenalan itulah, akhirnya hubungan mereka mekar, sehingga tiba ke fasa seterusnya iaitu pertunangan dan InsyaAllah perkahwinan.

Walaupun hanya dua kali bertemu dan tidak mengenali suami Kak Mun secara peribadi, tapi org tau dia ni baik orgnya. Pernah sekali Bro Hafiz tumpangkan org dari Puncak Alam ke Shah Alam. Dia juga sanggup pergi rumah Kak Mun dan mengajar Kak Mun memandu kereta, sampai Kak Mun mahir. Org ingat lagi awal2 dulu, agak heboh antara kawan2 duk cakap bakal tunang Kak Mun hensem orangnya. Org yang pernah jumpa live, memang mengaku kehenseman bro Hafiz. Bro Hafiz yang kehilangan ibu bapa sejak kecil lagi, hidup berdikari dengan bantuan saudara, dan mungkin ini salah satu sebab kenapa Kak Mun tertarik kepadanya. 

'Akak, akak ingat lagi dulu akak cite awal2 jadi timbalan pres SOPHYS dulu akak duk nangis je?' tanya org kat Kak Mun waktu kami praktikal sekali kat Hospital Kajang.

'Ingat. Kenapa Wawa?'

'Kalaula akak tak dilantik jadi timbalan pres dulu, mesti akak tak jumpa dia pun kan?' org tanya Kak Mun sambil senyum.

Kak Mun terdiam seketika. Tak lama kemudian Kak Mun mengukir senyum.

'Tulah kan,' sambung Kak Mun lagi sambil terus senyum.


***

Kadangkala kita menghadapi pelbagai kesulitan dalam hidup. Kadangkala tak semua perkara yang berlaku dalam hidup sama dengan apa yang kita inginkan. Sampai kita sendiri tertanya2 lalu mengeluh, kenapa hidup kita perlu begini dan begitu? 

Kita lupa, yang Allah itu sebaik-baik perancang.

Setiap apa yang Allah aturkan dalam hidup kita, pasti ada sebab dan tujuannya. Insan2 yang Allah hadirkan dalam hidup kita, pasti ada tugas dan fungsi mereka dalam kehidupan kita. Perkara2 yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada kesannya dalam kehidupan kita pada masa akan datang. Jika bukan pada esok lusa, mungkin dalam tempoh belasan atau puluhan tahun akan datang.

Jadi usah mengeluh dengan kehidupan kita pada hari ini. Sebab mungkin berkat kesabaran dan ketabahan kita menghadapi kesusahan2 itu, kelak kita akan gembira dan bahagia dengan kehidupan kita pada masa akan datang. Dan mungkin juga kesulitan2 yang kita hadapi dalam hidup, sebenarnya adalah cara Allah menemukan atau mendekatkan kita dengan jodoh kita, tanpa kita sedari. 


Sekian untuk kali ini. Jumpa dalam post akan datang. Assalamualaikum wbt :) 




p/s : Tolong doakan semoga cinta Kak Mun dan suaminya Bro Hafiz  kekal sampai ke syurga ye :)


09 January 2012

A Memory : 11 Years Ago...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..



Masa kecik2 dulu orang sangat nakal. Org pernah cerita tentang memori2 zaman org kecik2 dulu kat post ni. Masa sekolah rendah darjah 6, ada macam2 benda yang org buat. Dan segala apa yang org buat, org akan share dan tulis dalam sebuah diari.

Dan yang bestnya, diari ni org share dengan sorg besfren org masa tu, nama dia Siti Habibah. Dalam diari ni la kitorg tulis segala cerita yang berlaku masa kitorg darjah 6 dulu. Cerita yang menarik yang kitorg rasa agak worth it untuk dikongsi, kitorg akan tulis bersama. Dan kitorg akan bergilir2 bawak diari ni balik rumah untuk ditulis pada hari tu.




Sekarang, 11 tahun dah berlalu. Dah masuk tahun yang ke12 pun. Diari ni yang pernah hilang lama suatu ketika dulu kini dah dijumpai semula. Org tak boleh berhenti senyum bila baca balik benda2 yang kitorg buat bersama masa darjah 6 dulu. Ada yang kelakar, sedih, menggeramkan, macam2 la.




Kalaula...kalau dapat kembali semula ke zaman ni, dan mengulangi semula perkara2 yang kitorg lakukan dalam diari ni, kan ke seronok? ^^


28 August 2011

Hadiah Raya : Homemade Pineapple Tart from Mr Simon Malik :D


Bismillahirramanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Org selalu tak greet dulu pembaca2 blog org ni selain bagi salam je kan? (blog ni ada pembaca ke? haha) So kali ni org greet dulu ye. Hai pembaca blog semua. Apa khabar? Yang nak beraya tu dah settle sume persiapan?

Actually time nak menaip post kali ni, kat org punya draft ada 3 lagi post yang org tak habis tulis lagi. 3 draft tu org nak cite pasal malam terakhir org terawih kat surau Al Ikhwaniah, kisah pakcik pengemis yang org jumpa kat bazar, ngan ucapan raya untuk pembaca2 blog ni (bajet artis pulak hehe) Tapi tiga2 post tu tak habis tulis. Lepas taip satu dua perenggan, org macam hilang idea pastu stop. Bila buat post lain pun sama jugak. Jadila tiga2 tu post yang tak terpublish. Nasib baik yg ni terpublish jugak :D

Oklah. Ni macam dah tersimpang topik. Actually saje nak share kat korg yg harini org dapat satu balang tart nenas yang dibuat sendiri oleh member org ni. Nama femes beliau dikalangan member2 ialah Simon Malik, tapi org kenal sejak kecik dengan nama Adam. Kitorg dulu sekolah rendah agama sama, tapi baru last year jumpa balik. Beliau ni sorg blogger, so entah camne org tercome across blog beliau ni, so org folow la.

Dan actually hadiah tart ni bukan saje2 je Adam nak bagi org (siapalah saya ni kan tetiba nak bagi free tanpa sebab hehe) tapi org dapat sebab menang contest teka teki yang beliau buat. Beliau ni suka buat contest2 menguji minda kat blog beliau tapi dulu2 punya contest sume based on logic so org memang takleh jawab. Tak reti. Bila part teka teki ni org bolehla sikit2, tu yg alhamdulillah menang pulak. So kalau korg rajin pegila try jawab contest2 kalau beliau ni ada buat. Hadiah dia best2 gak.

Org dah rasa time berbuka tadi. Sedap. Jangan main2, tart nenas ni beliau buat sendiri tau. Dah expert kut, siap cipta formula sendiri lagi hehe. Ada kawan lelaki korg buat kuih raya sendiri? Kalau org, Adam ni la yg first org jumpa kut. Pastu harini gak org dapat dua kad raya daripada klasmate org. Kad raya yang real punya. Seronok bila pagi2 sabtu ni banyak pulak gifts yang org dapat.

*Pagi2 takleh makan, so amik gambar je la dulu hehe*

Dikesempatan ini org nk mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri buat pembaca2 blog 'Apabila Jejari Mula Menari' ni. Org mintak maaf atas segala salah dan silap kalau ada apa2 penulisan org ni mengguris hati korg ke, buat korg terasa ke, tersinggung ke. Kalau ada org mungkin tak sengaja. Sorry sangat. Buat yang shopping last minit tu, banyak2 la bersabar ye. Yang akan bergerak pulang ke kampung, jangan lupa baca doa & pandu dengan berhati2. InsyaAllah kalau org dah balik rumah nanti org bagitau. Boleh korg datang beraya. Beraya rumah org konfem dapat duit raya tau. Tak tipu.

Ok, takat sini dulu. Jumpa di post akan datang. Time kasih sebab sudi baca. Assalamualaikum wbt :)

23 July 2011

Alhamdulillah.. Seorang Sahabatku Telah Berhijrah.. :)

Bismilahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..



Org dah bercuti seminggu dari berblogging sebab org pergi bercuti dengan kawan2 kat langkawi & perlis. Tapi entry kali ni org bukan nak cerita pasal vacation tu. Kali ni org nak cerita pasal salah seorang member baik org merangkap ex-roomate, ex-housemate, dan ex-classmate yang bernama Shahnaz.

Org pernah buat entry pasal Shahnaz kat sini dan sini.

Dan bila pertama kali jumpa Shahnaz setelah sekian lama pada hari isnin lepas sebab kitorg menaiki bas bersama2 ke perlis, org terkejut besar. Masa tu mata memang tak lepas dari asyik pandang wajah Shahnaz, sampai dia malu dan pegang pipi sambil tersipu2. Shahnaz bagitau yg
org member 1st yg tau tentang perubahan imej dia. Org pulak laju je message Ayu, member kitorg kat perlis dan beritahu tentang perubahan Shahnaz ni, sebab masa tu rasa excited sangat.

*Macam nilah reaksi Shahnaz setiap kali kitorg nak ambik gambar dia*

Shahnaz yang dulunya tak bertudung, dengan rambut pendeknya yang macam2 style, kadang2 fesyen boyish cut, kadang2 fesyen bulat macam cendawan (jangan marah Shahnaz ni org lain yang cakap :p) kini dah bertudung litup. Serius nampak comel sangat. Tak tipu.

Dalam hati Allah je tau betapa happynya org rasa lepas melihat perubahan Shahnaz. Sebab dalam geng kitorg seramai 12 org tu, Shahnaz sorg je yang tak bertudung. Kadang2 sampai kitorg pun terlupa lalu asyik bersembang pasal topik tudung dan menutup aurat yang mungkin kadangkala ada membuat Shahnaz terasa. Serius kitorg terlupa. Sorry ye Shahnaz kalau ada masanya kitorg pernah terlepas cakap ke, kitorg betul2 tak sengaja time tu.

Tapi walaupun Shahnaz yang dulunya tak bertudung, Shahnaz tak pernah pakai pakaian yang seksi dan menjolok mata. Kalau keluar rumah, Shahnaz tak pernah pakai baju berlengan pendek. Blaus & skirt apatah lagi, memang bukan taste Shahnaz. Shahnaz lebih selesa dengan imej yang ringkas, berbaju T dan berseluar jeans.

Shahnaz pernah share dengan org dulu, bila tiba masanya, dia akan terus bertudung tanpa bukak2 lagi. Dia takmau jadi macam sesetengah org yang kejap bertudung, kejap bukak. Shahnaz berpendapat perbuatan tu macam mempermainkan tuntutan agama. Dan alhamdulillah, lepas bertudung, memang Shahnaz mengotakan kata2nya dulu. Hampir seminggu di langkawi & perlis, tak pernah sekalipun Shahnaz keluar tanpa memakai tudungnya.

*Gambar candid Shahnaz di tepi pantai. Credit to Ayu*

Dulu org memang dah jangka yang Shahnaz memang akan bertudung. Kalau bukan waktu kerja, mungkin selepas dia kahwin. Sebab ibu dan kakak Shahnaz bertudung. Tapi org tak jangka secepat ni. Benarlah Allah itu berhak memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Bila kadang2 org terbaca tentang seksaan Allah diakhirat kelak kepada wanita2 yang mempamerkan rambutnya lepada umum, dimana rambut mereka dibakar hingga ke kulit kepala sehingga menggelegak otak mereka, terus terang org katakan kadang2 fikiran org teringat kat Shahnaz. Tipu kalau sebagai seorang sahabat baik, dalam 5 tahun org mengenali Shahnaz tak pernah sekalipun org berdoa semoga Shahnaz terbuka hati untuk bertudung. Sebab tu org happy sangat lepas melihat perubahan Shahnaz sekarang. Seolah2 melihat sendiri satu doa yang pernah diungkapkan sekian lama dulu telah dikabulkan Allah, Alhamdulillah.. :)

Shahnaz yang memang sedia comel, terus bertambah kecomelannya selepas bertudung. Bentuk muka Shahnaz yang bujur memang sesuai & nampak cantik dengan tudung yang dipakainya. Nampak ayu dan hilang terus imej tomboynya dulu. Seronok bila kat pasar malam kat langkawi kitorg berpeluang shopping tudung dan memilih tudung bersama2, dimana peluang ni kitorg tak dapat semasa di Puncak Alam dulu :)

*Gambar feveret org. Comey kan? Comey kan? :D*

Kepada Shahnaz, tahniah sebab menjadi insan yang dipilih oleh Allah untuk berhijrah kepada yang lebih baik. Tak semua org diberi peluang macam tu, hanya insan2 bertuah sahaja. Semoga keikhlasan hati Shahnaz berubah demi mendapatkan keredhaan Allah akan dibalas dengan limpahan rahmat dan rezeki yang tak terhingga daripada Allah, InsyaAllah :)

Sekian untuk kali ini. Terima kasih sebab sudi baca. Assalamualaikum wbt :)


p/s : Shahnaz baru je kehilangan atuknya akibat heart attack pada hari khamis lepas. Mari kita sama2 sedekahkan Alfatihah buat arwah atuk Shahnaz ye.


12 June 2011

Rakan2 Facebook yang Kukagumi..


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..



Zaman sekarang ni semua org mesti ada facebook. Student2 u, budak2 sekolah menengah, surirumah even menteri sekalipun mesti ada facebook. Member2 facebook kita pulak selalunya mesti beratus2 org, start dari member skolah rendah, menengah, matriks, universiti, tu tak masuk jiran2 sekampung, sedara mara atau mutual fren yg kita tak berapa kenal sangat. Tapi dalam ramai2 tu, mesti ada yg menarik perhatian korg disebabkan beberapa kelebihan yang ada kat diri diorg yang takde kat member2 korg yang lain kan?

Melalui post kali ini org hanya ingin berkongsi dengan pembaca semua (blog ni ada pembaca ke? hehe) tentang insan2 yang jadi member org kat facebook dan pada masa yg sama org kagumi secara diam2 disebabkan beberapa ciri yg diorg ada. Sebenarnya ada ramai, tapi org shortlist seramai 4 org jela ye :)



Izyan atau org panggil dari dulu Yan ialah member org masa form 2 ngan form 3. Kitorg ni member satu geng yang agak rapat jugakla. Yan ni lahir kat Scotland, dan english dia sangat bagus. Yan wakil sekolah dan zon untuk english debate, dan Yan pun termasuk dalam kategori best student sekolah. PMR dia 9A dan akhirnya kitorg terpisah bila Yan pindah SMAP Kajang & org lak masuk MRSM time form 4. Org tak tau Yan punya keputusan SPM berapa, tapi org tau dulu Yan masuk Kolej Mara Banting. Dan sekarang Yan belajar kat Royal College of Surgeon Ireland. Hebat kan? Personally, org rasa Yan ni sangat baik & helpful. Yan pun dikurniakan seraut wajah yg comel, org ingat lagi Yan dulu diminati oleh sorg klasmate kitorg selama 3 tahun. Yan pun seorang yang berpegang teguh dengan tuntutan agama. Orang suka sangat baca status Yan kat facebook, semuanya berunsur tazkirah dan renungan. Kira Yan ni insan pertama dalam hidup org yg org jumpa mempunyai pakej lengkap la. Cantik, baik, alim, bijak. Kagum sungguh org dengan Yan ni.

2) Nurul Aida Md Rosly


*Aida kat kiri*

Aida ni klasmate org sejak 2006. Pada tahun 2008 rasanya baru kitorg jadi rapat sejak kitorg serumah. 1st skali tentang Aida yang menarik perhatian org ialah wajah dia yang bersih dan comel. Aida tak pernah pakai makeup, tapi wajah dia sangat cantik. Aida sorg gadis yang sopan dan lemah lembut. Org ingat lagi Aida pun pernah ada sorg admirer yg terdiri daripada klasmate kitorg. Aida ni kira masuk kategori perempuan melayu terakhir la. Kat rumah sewa Aida yang paling rajin kemas rumah & masak. Aida ni pun kategori student2 bijak jugak la, banyak kali gak Anugerah Dekan yang Aida pernah dapat. Aida sorg yang sopan, Aida sentiasa pakai pakaian longgar dan stokin kalau keluar rumah. Satu lagi perkara pasal Aida yg menarik perhatian org ialah Aida tak pernah keluar rumah malam, apatah lagi nak pergi tengok wayang malam2. Setakat ni tak pernah sekalipun org dengar ada org yg mengumpat pasal Aida sebab perlakuan Aida sangat menyenangkan org lain. Aida kira insan kedua yg org jumpa ada pakej lengkap la.

3) Hami Asraff Ab Halim

Hami ni seorg blogger yang agak famous disebabkan tulisannya yang hebat dan penuh dengan info2 berkaitan Islam dan tazkirah walaupun cara penulisannya santai. To be honest, org tak pernah jumpa Hami ni in person, cuma org tau Hami ni berumur 26 tahun, anak keempat daripada 6 beradik dan pelajar course electrical engineering kat UiTM Shah Alam. Org tak ingat macamana org boleh sampai kat blog Hami, tapi 1st time baca post Hami tentang blognya dipromote oleh seorg doktor, org terus stick dengan blog Hami dan baca semua postnya dari mula sebab nak tau apa kelebihan nukilan Hami ni. Dan betul apa org lain cakap, blog Hami ni sangat bagus dan ayat2 Hami dalam blognya boleh kata agak indah dan sesuai dijadikan renungan bersama. Org add Hami kat facebook dan follow Hami kat Twitter. Alhamdulillah, Hami pun tak sombong, dia selalu balas komen2 dan twitter yang dia dapat dengan mesra walaupun sebahagian besarnya dariada insan2 yang dia tak kenal. Satu kelebihan Hami, dia dikurniakan wajah yang handsome, org pernah terbaca nukilan Hami tentang beberapa blogger yang minat Hami dan menulis tentangnya di blog masing2. Baru2 ni Hami kehilangan ayahnya, dan apabila Hami mencoretkan tentang ayahnya kat blog org rasa sayu sangat dan pernah menangis bila terbaca. Susah nak menulis sesuatu yg boleh menyebabkan pembacanya menangis kan?

4) Ooku Bushido Aka Muhammad Aizuddin Abdullah

Ooku Bushido ni nama fb kepada kawan org ni, nama di Aizuddin. Org panggil Aizuddin ni Ai. Kitorg pernah satu sekolah menengah masa form 1 sampai form 3, tapi kitorg tak pernah bertegur sapa sebab lain kelas. Bila jumpa kat fb, org tak kenal pun Ooku ni siapa, so org approve je sebab dia ramai mutual fren satu sekolah ngan org dulu, tapi kitorg tak pernah tegur. Baru tahun lepas kitorg bertegur sapa kat chat kat fb. Ai ni belajar kat Universiti Al Azhar kat Mesir, dan benda yang org paling kagum tentang beliau ni ialah beliau ni seorang Hafiz Al Quran. Walaupun seorg Hafiz, Ai ni berbeza daripada Hafiz2 lain yang org pernah jumpa. Ai jenis yang sempoi. Ai terer main gitar, dan bila waktu hangout ngan kawan2 dia, Ai ada je main snooker ngan pergi karaoke. Dekat fb pun Ai selalu je bertegur sapa dengan kawan2 perempuan, taklah begitu antisosial. Tapi Ai kata dia sentiasa mantain hafazan Al Quran dia, supaya tak dilaknat balik oleh Al Quran. Ai lah kiranya kawan 1st org yang hafal Al Quran. Tak semua org boleh hafal kan?


Oklah, cukuplah sampai sini ye. Dah panjang sangat pulak ni. Bukan niat org tulis pasal diorg ni sebab nak mengampu atau membodek diorg, tak. Diorg ni tak tahu pun rasanya org tulis pasal diorg kat sini. Cuma org saje terasa nak share siapa insan2 yang buat org kagum dengan diorg secara senyap2, walaupun ada diantara diorg ni yg org tak pernah lagi jumpa. InsyaAllah lepas ni kalau ada sesiapa lagi yg buat org kagum org pasti menukilankan pasal korg kat blog org yang tak seberapa ni :)



Terima kasih sebab sudi baca. Assalamualaikum wbt.



p/s : Eh follower dah lebih 100 la. Terharu. Terima kasih buat insan2 yg sudi follow blog picisan org ni :)

30 April 2011

Huh, Roommateku Ada Stalker??



Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Sebenarnya sekarang ni org tengah dalam musim exam. So org malas nk update blog ni dan blog ni dah terbiar lebih 2 minggu. Ingatkan lepas habis final exam baru nak sambung balik berblogging. Tapi tadi org nampak something yg menarik perhatian yg menyebabkan org terasa nak update blog ni sekarang jugak. Apa dia?

Tadi masa tengah tengok blog sendiri, org klik kat Feedjit Live, kotak pink kat kiri blog ni. Kat situ org saje nak tengok insan2 yg datang membaca blog org yg tak seberapa ni berasal dari mana. Tiba2 mata org tertumpu kat something :



*ok gambar ni memang sangat kecik. sila klik untuk tengok ye*

Anda semua nampak apa yang saya nampak? Ada sorg pengguna Google Chrome berasal dari Klang yg type nama kawan org yg bernama Shahnaz, lengkap dengan fakulti dan universiti mana kat Google dan akhirnya terdirect hingga ke blog org. Kan dah kantoi kat situ, hehe.

Org rasa maybe Shahnaz ni ada admirer, pastu admirer dia ni bosan2 pegi type pulak pasal Shahnaz ni kat Google. Tu yg akhirnya boleh sampai kat blog ni sebab dulu org penah buat entry pasal Shahnaz ni. Tapi ni just tekaan je. Mana la tau kan tah2 org yang taip nama Shahnaz tu family dia ke, long lost friend dia ke kan? Lagipun Shahnaz ada admirer dari Klang ke? Yang org tau admirer dia sorang je la. Tu pun bukan la dari Klang. Sape ye?

Tapi kalau ada admirer lain tak la pelik. Shahnaz ni comel kut. Meh org nak promote skit roommate org yg comel lote ni hehe.


Sebenarnya banyak je lagi yg org jumpe yg pelik2 kat Feedjit tu. Ada gak yang type nama org, ada gak yg type nama blog org, tu yg last2 sampai kat blog org ni. Tapi org takde idea nak teka sape. Buat insan yang menaip tu, sudi2la perkenalkan diri kat org, boleh? Teringin gak nak tau sape yg rajin menaip nama penuh org ngan nama blog org ni kat Google tu hehe. Siap lebih dari sekali pulak tu. Rajin betul.
Oklah, cukupla sampai sini ye. Org tengah mode exam sekarang, baru habis satu paper. Pasni org ada paper pada tarikh 3, 6, ngn 9hb Mei. Doakan org ye. Gudluck utk sape2 yg tengah exam kat luar tu :)

Assalamualaikum wbt.

p/s : Shahnaz jangan mara aku letak gambar ko yg comey ni kat blog aku hehe.
p/s 2 : Buat insan yang menaip nama Shahnaz ni, perkenalkan la jugak diri anda tu kat org, bole? ^_^

10 April 2011

Finishing School : Lots of Memory Created :)


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Semalam, bertarikh 9 April, kesemua student final year pharmacy UiTM diwajibkan utk menghadiri finishing school. Bila tengok tentatif, pagi2 banyak sangat ceramah. Lepas tu member2 uni lain cakap finishing school dorg bosan la, lama la, org pun tak berapa bersemangat nak join. Tapi petang tu, kitorg ada LDK. Kalo ikut jadual ada 4 LDK, org dh terbayang aktiviti2 yg kitorg main time buat modul dulu. Tapi tak disangka2 rupa2nya kitorg kena main explorace. Teringat zaman mula2 masuk main induction dulu. Dan kitorg diwajibkan mengambik gambar sekreatif mungkin untuk dipresent depan satu kelas lepas habis main semua. Lalu kitorg pun mulakan aktiviti ni ikut grup. Ada 7 checkpoint semua.



Checkpoint Pertama : Pendeta Cafe, PSB

Kitorg dapat klu gambar kopi. Kemudian lepas bincang2 baru teringat tu simbol cafe kat PSB. Bila dah sampai sana, En Hisyam dah tunggu. Beliau suruh kitorg cari kertas yg ada cop nama beliau. Merata la kitorg cari sekitar cafe tu, bawah kerusi, bawah meja, dalam pasu, tepi tong sampah, rupa2nya beliau lekat kat dinding menghala balkoni. Payah gila nak cari haha. Lepas amik gambar, kitorg move ke next checkpoint.


Checkpoint Kedua : Labcom FF3 Tingkat 5

Klu yg kitorg dpt untuk kesini ialah pergi ke work station, klik play. Otw tu kitorg jumpa Miss Noreen tunggu sorg2 kat tangga. Dekat labcom tu sangat banyak komputer, & kitorg kena cari satu2 komputer mana ada klu. Pastu Kak Sha jumpe satu komputer kat dekstop dia tulis 'Get your clue here'. Kitorg pun play video kat situ. Dalam video tu ada Miss Noreen, beliau suruh kitorg jumpe beliau kat tangga. Laaaaa.... tadi jumpe je beliau kat tangga tu kut. Lepas pergi kat tangga, beliau suruh kitorg buat perkataan 'Farmasi' dengan badan kitorg. So gambar kat bawah tu hasilnya. Jadi ke? Hehe.


Checkpoint Ketiga : Pantry Lecturer, FF1 tingkat 6

Sampai sini je kitorg nampak Mr Ewan ngan Cik Su dah tercegat luar pantry. Diorg mintak kitorg cabut 7 nombor. Lepas kitorg cabut, bila masuk pantry, kitorg tengok ada macam2 jenis buah ada atas pinggan yg bernombor. Oat ngan Nestum pun ada. 7 nombor yg kitorg dapat tu, ada buah cili, oren, mangga, oat, nestum pastu ada lagi la tak ingat. Rupenya sume benda tu akan diblender dan kitorg suma kena minum. Ya Allah... rasa dia toksah cakap la. Pijar mulut kut sebab pedas. Org dah terbatuk sebab oat tersangkut kat tekak. Erkkkk. Last2 sume habis. Next klu kitorg dapat, satu alamat kat KL. Kitorg pun blur jap. Rupa2nya kat Pavilion. Ada satu tempat kat fac ni kitorg panggil Pavilion. Okeh kitorg sume pun pegi situ.


Checkpoint Keempat : Pavilion

Kat Pavilion ni, kitorg nampak Miss Ruzi dah tunggu kat tangga. Nasib baik kat sini kena amik gambar je. Kitorg amik gambar, then baca klu. Klu dia bahasa inggeris, perkataan dia dipecah2kan kemudian disambung suka hati je. Penat gak nak figure out. Rupa2nya benda yg dimaksudkan dalam klu tu kereta. So next checkpoint kitorg pun pegi kat parking lot FF3. Tapi ada pulak 2 grup lain tenga tunggu turn. Takpela kitorg amik gambar lagi sementara tunggu turn.


Checkpoint Kelima : Parking Lot FF3

Actually kat sini kitorg kena kira jumlah parking lot kat situ. Tapi sebab dah nampak 2 grup before ni dah buat, kitorg tau dah kene buat apa so kitorg kira siap2 sementara tunggu turn hehe :P. Lepas Dr Nahlah suruh kira parking lot, kitorg pun buat2 kira. Bila dah dapat jawapan sume, Dr Nahlah tanya pulak 2 jenis drug untuk Hepatic Encephalopaty ngan Portal hypertension. Alamak kitorg sume memang tak ingat. Da google kat henfon baru dapat. Next klu kitorg, kitorg dapat kertas tulis bahasa melayu purba. Serius kitorg ingat bahasa jawa mula2. Kemudian kitorg pun assume next checkpoint kat tugu keris.


Checkpoint Keenam : Tugu Keris

Kat sini Miss Aida dah tunggu siap dengan payung merah. Kerja kitorg kat sini mula2 kena bergambar dulu. Kitorg pun buatla macam2 gaya, gaya Tugu Negara pun ada. Lepas amik gambar kiotrg kena jawab 3 teka teki, balas satu pantun ni dengan pantun jugak dan cipta slogan. Semua ni kitorg kena present last2 nanti. Miss Aida kata last checkpoint kitorg kat tempat mula2 tadi, iaitu DK. Before gi checkpoint last ni, kitorg solat asar & minum petang dulu.


Checkpoint Terakhir : DK, FF2

Kat checkpoint last ni kitorg kena susun puzzle. Puzzle kitorg ni terdiri daripada code subjek ngan nama subjek start dari sem 1 sampaila sem 7. Memang banyak gila kitorg tak ingat & macam biasa kene bukak tenet refer kat student portal. Akhirnya kitorg berjaya jugak setelkan puzzle ni dalam waktu yg ditetapkan sambil2 tu prepare untuk present kat depan kejap lagi.


Finally tamatla sudah sesi Explorace kitorg. Sekarang kitorg kena present kat depan gambar2 yg kitorg ambik sepanjang kitorg main tadi, beserta jawapan teka teki, slogan & serangkap pantun menjawab pantun tadi tu. Time ni lecturer2 akan pegang duit palsu ala2 saidina tu & kalo diorang rasa seronok atau best diorg akan bagi ikut berapa banyak diorang suka. So sape paling banyak kumpul la menang. Time ni memang kitorg satu kelas seronok tengok slideshow gambar2 yg diambil, sambil dengar pantun & slogan grup2 lain. Kelakar tengok macam2 kerenah grup2 yg semangat nak kutip duit dari lecturer. Yang paling lawak ada satu grup tu complete ada kak limah version bertelekung siap dengan usop naik wilcha. Memang grup tu yg buat dk riuh dengan gelak tawa & diorang gak yg dapat paling banyak duit. Serius lawak gila grup ni. Ada video dia tapi xleh share kat sini pulak huhu.

Kemudian lecturer pulak kena minum air blender yg tak sedap yg kitorg minum tadi. Sape minum paling cepat grup dia akan dapat markah tambahan paling banyak. Time ni pun riuh la jugak. Last sekali sume grup dapat hamper & kitorg pun makan beramai2 sambil snap gambar lagi utk last time. Serius finishing school ni sangat banyak mencipta memori dan org rase enjoy sangat main & ketawa sepanjang main aktiviti2 ni. Terima kasih banyak kat lecturer2 esp lecturer level 6 sebab sudi buatkan finishing school ni untuk kitorg :)


Sekian utk kali ni. Soryla panjang sangat. Moga bertemu di lain waktu. Assalamualaikum wbt.


p/s : Still tergelak2 tengok video 'usop wilcha' hahaha.

p/s 2 : Dah habis main semua baru tau oat yg diminum tadi rupenya ade binatang dalam bekas dia. Errkkkkk!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...