CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

26 February 2012

I'm A Great Procrastinator.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Saat post ni ditulis, org ada empat slide presentation yang perlu dibuat, untuk ditunjukkan dan didiscuss bersama preceptor org waktu org attach kat department TDM dulu. Empat presentation tu actually empat kes patient yang org clerk kat ward, dimana org kena belek file patient, salin sume medication dia, fahamkan note2 doctor yang ditulis dalam file tu (yang sentiasa buat org bebel sorg2 dalam hati nak pahamkan tulisan diorg) dan last sekali cari pharmaceutical care issues yang wujud dalam kes diorg tu.


So setakat ni, apa progress org?


Hmph. Org baru siap satu slide daripada empat. Eh pembetulan, bukan satu, tapi setengah. -____-


Taktaula nape, bila balik kerja, waktu malam org terasa malas sangat2 nak bukak laptop dan sambung buat slide tu. Malam, lepas habis tengok berita, lepas dinner & hantar dan amik adik dari tuisyen, lepas online kejap bukak email ngan fb, org akan terus siap2 nak tidur, dalam pukul 10 lebih atau 11 gitu. Badan rasa lesu sangat, satu kerja apa pun rasa malas nak buat. Time weekend pulak rasa nak tidur je. Takpun rasa nak keluar jalan2.

Nasib baik preceptor TDM bagi tempoh sebulan lepas habis attachment untuk siapkan dan present empat slide tu. Tu baru presentation, ada assessment lain, buku log lagi nak kena penuhkan. Nasib baik beliau tak buat VIVA.

Bila dah tukar department CDR ni pun, nasib baik la preceptor situ jenis sempoi je. Suruh clerk empat kes jugak, tapi present satu kes je. Tapi assessment ada dua jenis, satu open book, satu lagi close book. Habis CDR nanti, org akan start attach kat 4 ward, ward medical, ICU, paediatric ngan O&G. Setiap satu ward attach satu minggu, setiap satu minggu kena clerk 15 kes. Fuh.

Dan org akan menduduki Forensic Exam dalam tempoh kurang dari sebulan dari sekarang, namun selak2 buku tu pun jarang2 orang buat.

Exam open book, 3 jam, ada MCQ, ada essay. Tanda buku seberapa banyak yang boleh.


Jadi kawan2, saya perlukan nasihat2 dari anda semua yang prihatin tentang tabiat buruk saya ni. Sikit pun takpe, nak marah pun takpe, nak sound saya direct dan tepat pun takpe. Janji saya bersemangat balik nak buat kerja2 saya yang tertangguh ni.


Ada siapa2 yang sudi?


21 February 2012

Kerja Kat Hospital Ni Best Ke?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...


Sedar tak sedar, minggu ni dah masuk bulan kedua org bekerja kat HTAR. Org pun dah bertukar department, daripada bergelumang dengan serum darah patient kat department TDM (Therapeutic Drug Monitoring), kepada mengrekonstitut (reconstitute, org tak tau melayunya apa) ubat2 kemoterapi untuk pesakit2 kanser kat department CDR (Cytotoxic Drug Reconstitution). So far alhamdulillah, org enjoy dengan kerja org sekarang, dimana org akan belajar banyak benda baru tiap2 hari.


Bila berkumpul dengan sedara mara, selain daripada soalan lazim yang ditanya iaitu 'dah ada bf ke belum?' ataupun 'bila nak kawin?' (yang macam biasa org akan elak), org juga sering dihujani dengan soalan yang macam org tulis kat tajuk post kali ni.


'Wani, best ke kerja kat hospital tu?'


Bila dapat soalan best ke tak, org akan jawab dua2. Ada part yang best, ada part yang tak best.


Agak best sebenarnya bila bekerja kat hospital, dimana kita akan bercampur dengan pelbagai jenis manusia yang ada. Baik doktor, doktor pelatih, pharmacist, pharmacist2 pelatih macam org, penolong pegawai farmasi, staff nurse, student2 trainee dari kolej, mahupun dengan pesakit2.

Ada doktor yang sangat lembut dan berhemah apabila ditanya dan ketika berbincang tentang patient, ada doktor yang suka buat muka ketat bila org merayau dalam wad untuk monitor patient. Mungkin dia rasa kehadiran org mengganggu, org tak tau la.

Ada jugak doktor pelatih yang waktu org tengah belek file patient sambil clerk case kat ward untuk dipresent kat preceptor, tiba2 berdiri sebelah org, tersenyum, sambil cakap ' awak, boleh kita share file ni sama2?' Serius buat org terkejut je.

Pegawai farmasi pulak, ada yang sangat rajin mengajar dan sudi menjawab segala jenis pertanyaan org dengan senyuman yang menyenangkan. Dan ada juga pegawai farmasi yang terlalu cerewet, suka menegur  perbuatan org yg org rasakan takdelah apa sangat pun. Yang peramah ada, yang sempoi ada, yang pendiam ada, yang suka senyum ada, macam2 ragam ada. Yang suka maki pun ada sebenarnya, tapi syukur alhamdulillah, org belum lagi berpeluang untuk bertemu dengan beliau yang dimaksudkan ni.

Part yang best jugak bila kitorg pharmacist2 pelatih akan duduk berbincang bersama2 tentang drug2 atau kes patient yang agak rare, sekadar mintak pendapat masing2 daripada ilmu yang kitorg ada. Sambil2 tu diselitkan dengan sesi berborak tentang latar belakang masing2, yang sekaligus merapatkan lagi ukhuwah dan memecahkan 'barrier' dikalangan kitorg.

Sambil belajar dan sambil mengajar, antara pengalaman yang seronok jugak untuk dirasai. Setelah kitorg belajar pelbagai jenis ilmu yang ada daripada preceptor department masing2, kemudian kitorg akan ditugaskan pulak untuk mengajar student2 trainee yang berasal dari kolej2. Sambil tu menguji kefahaman kitorg tentang apa yang kitorg belajar, sekaligus memudahkan kitorg untuk buat assessment dan case presentation diakhir attachment.

Pesakit pun ada yang macam2 ragam. Ada yang jenis menurut sahaja ubat apa yang diberi di kaunter, ada yang suka bertanya macam2 tentang ubat tu. Yang tersenyum ucap terima kasih pun ada, yang tiba2 mencari pasal memarahi kitorg tanpa sebab munasabah pun ada. Terpulanglah kat kebijaksanaan & keprofessionalan kitorg macam mana nak handle insan2 yang sebegini. Asalkan jangan jadi macam kes kat KFC tu sudahlah.

Namun, adalah sangat tak best apabila sedang clerk case di wad, kita terdengar suara patient yang mengerang2 kesakitan, lebih2 lagi apabila digerakkan oleh doktor atau nurse. Jeritan mereka yang bergema seluruh wad kadang2 boleh meremangkan bulu roma. Jeritan di wad kanak2 pulak boleh meruntun jiwa. Sayu mendengar kanak2 tu menangis hiba sambil ditenangkan penjaga masing2.

Dan adalah lagi sedih apabila kita di department sedang sibuk menganalisis level drug dalam serum patient, ataupun baru sahaja habis reconstitute ubat kemoterapi untuk sorg patient, tiba2 telefon berdering.

'Hello, saya staff nurse dari wad 5C, nak bagitau patient yang nama si polan bin si polan ni baru je meninggal tadi. So result/ubat nanti tak payah inform wad la ye...'

Tergamam jap kat hujung talian. Rasa baru je semalam naik wad monitor patient yang dimaksudkan tu.


Innalillahi wainnailaihi raajiuuun.



p/s : Org akan menduduki Forensic Exam 19 Mac ni. Salah satu requirement untuk lulus housemanship adalah dengan lulus exam ni. Kawan2 tolong doakan org ye :)

15 February 2012

Sekolah Rendah Agama Saya : 11 Tahun Kemudian...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Sejak kerja kat HTAR ni, setiap hari lepas habis kerja org akan terus pergi ambil adik kat sekolah rendah agama kat Taman Klang Jaya. Memandangkan keadaan dalam kawasan hospital senantiasa jem pada waktu balik, selalunya dalam 5 setengah lebih baru org sampai kat sekolah. Tapi entah kenapa harini org tersampai awal 10 minit kat sekolah. Keadaan kat luar sekolah pun lengang lagi. 

So org pun decide nak berjalan2 dalam kawasan sekolah ni dulu. Lepas parking kat luar kawasan sekolah, org matikan enjin kereta, kemudian take a tour kat sekolah lama org ni.

Org rasa sejak habis sekolah darjah 6, org tak pernah masuk balik sekolah lama org ni. Kalau adapun time ambik result PSRA dulu, tu la last time. Lepas tu selalu amik adik kat luar sekolah je, tak pernah masuk dalam. Ni kira 1st time la org menjejakkan kaki balik kat sekolah ni, lepas tamat sekolah sepanjang 11 tahun. Sambil berjalan2 seorang diri tu, banyak betul nostalgia lama bermain2 dalam fikiran.


Ni pintu masuk sekolah. Kat kiri tu ada pondok pakgad, zaman org dulu takde. Masa darjah 5 ngan 6, org as pengawas bertugas jaga pagar tu 15 minit waktu pelajar2 tahap satu balik. Rindu nak sorong tarik pagar tu bila budak2 nak keluar hehe.

Selalu kat sini pelajar2 akan tunggu parents bila waktu balik. Org pun selalu je tunggu bas kat sini dulu, malas nak tunggu kat luar. Kalau waktu hujan, memang kat sini la paling penuh. Sini pun port feveret student melepak waktu rehat.

Masa org darjah 4 dulu, sini bukan garaj kereta, tapi garaj basikal. Kerja org dulu kena jaga garaj basikal ni dengan 2 org lagi member yg jadi pengawas time tu, nama diorang Naim ngan Khairul Afandi. Org pun tak paham kenapa ada tugas pengawas kena jaga garaj basikal. So kitorg tiga la yg rajin susun2 basikal kat sini dulu.

Salah satu tempat feveret org kat sekolah ni dulu, iaitu kantin ni. Sebab org suka makan laksa ngan mihun sup kat sini, org rasa time tu sedap sangat. 50 sen je pulak tu. Kat meja tepi tu selalu diorg jual air, 50 sen gak. Dulu kat situ siap jual sengkuang ngan asam, hari2 org duk beli hehe.

Ni actually court, tapi zaman org dulu kat sini la kitorg solat asar berjemaah sebab time tu belum ada surau. Nanti pengawas la yang akan bentang tikar pastu kitorg pun solat asar jemaah sama2 waktu petang. Bila bukan waktu solat, budak2 selalu main bola kat sini, yang lain akan tengok dari atas.

Dewan ni port feveret org gak, sebab tiap2 tahun org akan naik pentas ni dua kali, iaitu amik hadiah nombor dalam kelas & hadiah jadi pengawas. Darjah 4 je org naik 3 kali sebab jadi pelajar perempuan terbaik. Beberapa minggu sebelum PSRA, kat sinila semua student darjah 6 berkumpul sambil buat soalan2 latihan.

Ni musolla, letaknya kat tingkat atas dewan tadi. Sekarang dah maju, dah ada carpet, zaman org dulu pakai tikar getah je. Bila student2 darjah 6 dah habis exam, kat sinila kitorg ditempatkan beramai2. Kat sinila kitorg main macam2 jenis permainan yang ada, siap ada yang main bola lagi dalam ni hehe.

Ni bangunan baru sekolah, masa org darjah 4 ke 5 baru naik sekolah baru ni. Dulu kat sini padang je, kat sinilah kitorg main kejar2, main konda kondi. Kelas org kat tingkat paling atas, tingkat 4. Dulu sebelum masuk kelas org suka melepak kat hujung balkoni tu, sambil tengok pemandangan. Seronok sebab boleh nampak sampai bandar Klang :)

Kat atas ni sebenarnya longkang yang dah disimen. Org ingat lagi dulu2 student suka lipat kapal kertas kemudian main lumba2 dalam longkang ni. Kalau hujan, paras air dalam longkang ni memang tinggi. Pastu yang lawaknya, warna air longkang ni selalu tukar2, kejap biru, hijau, pink, putih macam susu pun pernah. Dulu pernah ada kes student jatuh dalam longkang ni. Agaknya sebab tu la cikgu suruh turap terus kut.



Ok, cukuplah sampai sini. Seronok pulak melawat balik sekolah lama org ni lepas bertahun2. Lagi best kalau org dapat jumpa balik ustazah2 yg ajar org dulu, malangnya semua dah tak ada huhu. Kalau ada org masuk sekolah kebangsaan, nanti org amik gambar yang tu pulak, hehe.

Thanx banyak ye sudi baca post ni. Jumpa dalam post akan datang. Assalamualaikum wbt :)



06 February 2012

Allah itu Sebaik-baik Perancang...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Syukur Alhamdulillah, pada 5 Februari 2012, bersamaan hari lahir Rasulullah SAW pada tahun 1433 Hijrah ini, seorang rakan sekelas org, Kak Munirah Ismail merangkap 'my lady boss' waktu zaman universiti dulu telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Mohd Hafiz Hussin


Pergi ke majlis perkahwinan yang diadakan di Bukit Mahkota Club House di Kajang, kitorg terlopong seketika menatap keindahan warna tema majlis itu. Warna pink lembut dan putih, dan suasana majlis yang tenang namun meriah ditambah lagi dengan keindahan taman serta tasik, membuatkan majlis itu kelihatan sungguh elegan.


*Kredit gambar kepada Izzati*

Melihatkan kak Mun tersenyum gembira di atas pelamin apabila gambarnya diambil jurufoto, org teringat kembali saat2 kitorg baru sahaja dilantik dalam Mesyuarat Tahunan Fakulti pada tahun 2009 dulu, saat kitorg masih belajar di tahun tiga. Kak Mun dilantik melalui kertas undi oleh hampir seluruh pelajar fakulti untuk menjadi Timbalan Presiden Persatuan, manakala org pula dilantik menjadi Setiausaha.

Selepas dilantik, saat kitorg sedang stay back di fakulti untuk menyiapkan kerja persatuan kitorg iaitu SOPHYS (Society of Pharmacy Students), Kak Mun berkongsi tentang perasaannya ketika awal2 dilantik dulu. Kak Mun bercerita, dia menangis kerana terpaksa memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden tanpa rela hati. Tambahan lagi, bekerja bersama seorang sahabat baiknya dalam persatuan itu, menyebabkan dia risau persahabatan mereka tergugat apabila terpaksa mencampur adukkan urusan kerja dalam persahabatan mereka.

Org mendengar tanpa berkata apa-apa. Namun org faham perasaan Kak Mun, kerana sejujurnya, org pun tak berapa rela hati memikul jawatan Setiausaha persatuan. Risau kalau2 banyak masa yang sepatutnya digunakan untuk study banyak dihabiskan dengan urusan2 persatuan.

Tapi kitorg sudah diberikan amanah. Amanah oleh seluruh pensyarah dan pelajar2 setiap batch Fakulti Farmasi UiTM. Rela hati atau tidak, kitorg tetap kena menjalankan tugas yang perlu kitorg lakukan, demi fakulti. Dan syukur Alhamdulillah, pada tahun itu persatuan kitorg mendapat anugerah persatuan terbaik di universiti. Sedar tak sedar, dah setahun kitorg memegang jawatan dan pada mesyuarat seterusnya, kitorg melepaskan jawatan yang dipegang kepada junior pula.

Dan apabila mendengarkan berita Kak Mun sudah mahu bertunang dulu, org pun merajinkan diri untuk mencungkil cerita Kak Mun dengan bakal tunangnya. Kak Mun bercerita, pertemuan pertama dia dengan bakal tunangnya adalah pada National Research & Innovation Competition di USM Penang. Kak Mun, serta beberapa ahli2 persatuan mewakili fakulti ke pertandingan itu, manakala bakal tunang Kak Mun mewakili fakultinya. Dan telah ditakdirkan Allah, booth mereka menghadap satu sama lain.



Habis pertandingan, bakal tunang Kak Mun secara bergurau mendekati Kak Mun untuk meminta nombor telefon, namun Kak Mun meminta agar mereka berkawan di FB terlebih dahulu. Melalui perkenalan itulah, akhirnya hubungan mereka mekar, sehingga tiba ke fasa seterusnya iaitu pertunangan dan InsyaAllah perkahwinan.

Walaupun hanya dua kali bertemu dan tidak mengenali suami Kak Mun secara peribadi, tapi org tau dia ni baik orgnya. Pernah sekali Bro Hafiz tumpangkan org dari Puncak Alam ke Shah Alam. Dia juga sanggup pergi rumah Kak Mun dan mengajar Kak Mun memandu kereta, sampai Kak Mun mahir. Org ingat lagi awal2 dulu, agak heboh antara kawan2 duk cakap bakal tunang Kak Mun hensem orangnya. Org yang pernah jumpa live, memang mengaku kehenseman bro Hafiz. Bro Hafiz yang kehilangan ibu bapa sejak kecil lagi, hidup berdikari dengan bantuan saudara, dan mungkin ini salah satu sebab kenapa Kak Mun tertarik kepadanya. 

'Akak, akak ingat lagi dulu akak cite awal2 jadi timbalan pres SOPHYS dulu akak duk nangis je?' tanya org kat Kak Mun waktu kami praktikal sekali kat Hospital Kajang.

'Ingat. Kenapa Wawa?'

'Kalaula akak tak dilantik jadi timbalan pres dulu, mesti akak tak jumpa dia pun kan?' org tanya Kak Mun sambil senyum.

Kak Mun terdiam seketika. Tak lama kemudian Kak Mun mengukir senyum.

'Tulah kan,' sambung Kak Mun lagi sambil terus senyum.


***

Kadangkala kita menghadapi pelbagai kesulitan dalam hidup. Kadangkala tak semua perkara yang berlaku dalam hidup sama dengan apa yang kita inginkan. Sampai kita sendiri tertanya2 lalu mengeluh, kenapa hidup kita perlu begini dan begitu? 

Kita lupa, yang Allah itu sebaik-baik perancang.

Setiap apa yang Allah aturkan dalam hidup kita, pasti ada sebab dan tujuannya. Insan2 yang Allah hadirkan dalam hidup kita, pasti ada tugas dan fungsi mereka dalam kehidupan kita. Perkara2 yang berlaku dalam hidup kita, pasti ada kesannya dalam kehidupan kita pada masa akan datang. Jika bukan pada esok lusa, mungkin dalam tempoh belasan atau puluhan tahun akan datang.

Jadi usah mengeluh dengan kehidupan kita pada hari ini. Sebab mungkin berkat kesabaran dan ketabahan kita menghadapi kesusahan2 itu, kelak kita akan gembira dan bahagia dengan kehidupan kita pada masa akan datang. Dan mungkin juga kesulitan2 yang kita hadapi dalam hidup, sebenarnya adalah cara Allah menemukan atau mendekatkan kita dengan jodoh kita, tanpa kita sedari. 


Sekian untuk kali ini. Jumpa dalam post akan datang. Assalamualaikum wbt :) 




p/s : Tolong doakan semoga cinta Kak Mun dan suaminya Bro Hafiz  kekal sampai ke syurga ye :)


04 February 2012

Introducing.... My Pets :)

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Umum kawan2 org tahu, yang Raden Azwani ni seorang pencinta haiwan yang tegar. Ramai juga kawan2 org yang tahu, kat rumah org ni sangat banyak haiwan peliharaan. Sape2 yang pernah masuk rumah org, penah gelar rumah org ni zoo sebab banyak sangat haiwan yang berada di luar rumah, terutama di belakang rumah. Seluruh ahli keluarga org juga pencinta haiwan tegar macam org, dan syukurlah belakang rumah org ada laman yg sangat luas, menyebabkan pelbagai jenis haiwan dapat dibiarkan bebas di sana.


Melalui post kali ini, buat pertama kali org akan tunjuk gambar2 haiwan yang family org bela. Do enjoy the pics and some explanations below the pics ok :)


Ada 6 ekor angsa kat rumah org. Angsa2 ni dah dibela sejak kecik, so diorg takkan sudu org sebab dah kenal. Tapi kalau nampak org2 asing kat belakang rumah, diorg akan bising beramai2. Takpun siap kejar lagi. Diorg ni pakguard yang boleh diharap menjaga rumah org yang dah dua kali dimasuki pencuri dulu.

Ni itik telur. Itik2 telur ni macam lawak sikit sebab diorg suka buat kerja secara berjemaah. Kalau minum semua pun minum. Kalau jalan diorg akan jalan berderet2. Kalau mandi kolam semua pun terjun dalam kolam. Itik2 ni tak berapa jinak ngan org, diorang lagi suka buat hal sendiri.

Ni ayam belanda, ada sekor jantan dua betina. Ayam belanda ni pun kelakar jugak sebab pantang dangar bunyi bising, nanti yang jantan akan buat bunyi pelik. Time krismas dulu ramai sangat org datang rumah nak beli ayam belanda ni. Malangnya takde sekor pun yang ba nak jual. Ayam belanda ni sebenarnya banyak dulu, tapi selalu je kena curik tanpa kitorang sedar.

Ini pulak nama dia ayam mutiara. Bulu dia cantik, corak polkadot sikit. Ayam ni kelakar jugak sebab suka berlari2 tanpa sebab. Tapi kalau diorang dah start bising, bunyi bingit dia Allah je tau. Nasib baik kalau diorang ni bising sekejap2 je. Ayam yang paling banyak dicuri juga kat rumah ni.

Ada 3 kandang ayam serama kat tepi rumah. Ada 3 pasang ayam serama dalam kandang2 ni. Ayam2 ni banyak yang kitorg bela sejak kecik, so semuanya pun jinak2. Boleh keluarkan dari kandang sambil main2 hehe.

Ni itik serati. The only one yang tinggal. Kawan2 dia ada yang dah bawak balik kampung, ada yang dah mati. Itik ni dia dah tua, so dia macam taiko & brutal sikit. Mula2 dia macam jinak suka ikut org, pastu bila kita leka mulala dia sudu2 baju kita. Sebab tu amik gambar dari dalam pagar je. Kalau dia nak marah nanti bulu kat kepala dia naik, macam dalam gambar ni la.

Ini pulak anak itik serati kat atas tu. Baya2 ni memang serius comey dan jinak. Hobi diorang ni pada masa lapang adalah makan, makan dan makan, dan juga duk termenung sorg2. Juga suka tidur dan melepak secara berjemaah seperti dalam gambar di atas.

Yang atas ni ayam paling pelik org pernah jumpa. Ba baru je beli ni. Nama ayam ni ayam selasih. Bulu dia panjang, sampai ke kaki. Pun jinak jugak, suka geng dengan anak itik serati kat gambar atas. Ada 5 ekor semua, 2 warna coklat, 3 warna putih.

Ni anak2 ayam kampung campur anak ayam serama. Kena kurung sebab kalau biar lepas nanti banyak sangat kucing2 liar akan tangkap dan bawak lari. Anak2 ayam ni pun jinak gak, tapi kuat makan. Sikit2 nak kena topup makanan dia. Tapi selalu bila dah besar dia akan jadi liar sikit.

Yang kiri nama dia Putih. Orang suka panggil Gemok. Umur dia dah nak masuk 6 tahun. Kalau ikutkan umur manusia, Putih ni dah 40+ tahun. Sebab tu dia suka tidur. Yang kanan nama Comel, kucing yang datang rumah org masa dia kecik. Disebabkan mata dia biru dan kaler bulu dia cantik, kitorg pun bela sampai sekarang. Tapi diorang ni bukan laki bini. Sebab Putih tu dah dikasi sebab liar sangat dulu.

3 ekor ni anak2 Comel. Patutnya ada 4, tapi sekor dah mati kena serang ngan anjing jiran huhu. Nama diorang ni Coco, Ray ngan Tompok. Penghilang stress dan penat org dan family bila kitorg balik dari kerja :)

video
Yang last ni saje je letak. Dalam video ni Putih tengah syok main ngan org punya jam tangan. Dia ni nama je dah tua, tapi perangai macam budak2 hehe.


Ok, cukupla sampai sini. Banyak dah gambar org share. Moga jumpa dalam post akan datang. Assalamualaikum wbt :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...