CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

03 December 2011

Alkisah Si Gadis dan Komuter...



Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt.. 


Pada suatu petang, disaat cuaca mendung dan hujan turun renyai2 membasahi bumi..

*




Seorang pakcik tua di sebuah bangku di hadapan landasan komuter kelihatan resah gelisah. Kejap2 dia bangun. Kemudian melihat jauh ke penghujung landasan.  Mungkin ternanti2 kelibat munculnya komuter dari jauh. Kejap2 dia duduk semula bila komuter masih tidak kelihatan di pandangan. Dia keseorangan tanpa ada isteri atau anak yang menemani. Beg besar yang dibawa ditinggalkan begitu sahaja di tepi bangku.

Kelibat pakcik ini sedang asyik diperhatikan oleh seorang gadis yang duduk di bangku belakang. Walaupun telinganya yang dilitupi tudung itu terlindung di sebalik sebuah headphone, namun matanya tak lepas memerhatikan pakcik tua itu. Entah kenapa pakcik tua itu yang menarik perhatiannya walaupun terdapat beratus2 org lagi di stesen komuter itu.

Pakcik itu bangun lagi lalu berdiri lama. Tiba2 datang seorang remaja perempuan bertudung labuh duduk lalu mengambil tempat pakcik itu. Pakcik itu yang baru sahaja bercadang untuk duduk semula terus terbantut niatnya bila tempat duduknya dirampas orang. Remaja itu sekadar mendongak sekilas memandang pakcik tua itu yang juga sedang memandangnya, kemudian dia terus bersembang dengan rakan sebelahnya tanpa mengendahkan pakcik itu. Perlahan2 pakcik tua itu mengambil begnya lalu pergi ke belakang.

Si gadis yang sedari tadi menjadi pemerhati sekadar memendam rasa geram dalam hati terhadap remaja tadi. Kalaupun dia tidak tahu tempat yang didudukinya itu kepunyaan pakcik tua itu, apa salahnya dia bangun semula dan beri tempat duduk pada seorang lelaki tua yang sedang berdiri? Itu common thing bukan?

Pakcik itu lalu berjalan dihadapan si gadis itu. Secara spontan si gadis itu memandang wajah pakcik itu, tersenyum sambil menuding jari kearah kerusi yang didudukinya, sebagai isyarat mempelawa pakcik itu untuk mengambil tempat duduknya. Pakcik tua itu sekadar tersenyum sambil menggeleng kepala dan mengangkat tangan sebelum berlalu. Kemudian dia berdiri berseorangan di ceruk stesen, bersama beg baju di kakinya.

*

Komuter akhirnya tiba. Si gadis tadi yang sedang leka mendengar lagu terus mengangkat beg pakaiannya lalu menuju ke komuter yang hampir berhenti. Kakinya laju menapak ke arah coach tengah, iaitu coach khas untuk wanita. Meskipun saat komuter itu berhenti dirinya betul2 di hadapan pintu coach yang terakhir, tapi tak mengapalah. Tak betah rasanya si gadis itu berkongsi coach dengan lelaki, apatah lagi disaat waktu puncak seperti waktu itu. Tak sanggup bersentuhan dan bergesel dengan mereka dalam keadaan penuh sesak, meskipun dalam keadaan tanpa sengaja. Lalu si gadis berjalan ke pintu terakhir coach wanita.


Seperti yang dijangka, coach wanita penuh dan tiada tempat duduk yang tinggal untuk si gadis. Dia sekadar bersandar di dinding komuter dengan beg pakaian di kakinya. Sementara menanti penumpang2 lain masuk memenuhi komuter, headphone tadi dipakai semula dan lagu pun diputarkan sambil matanya memerhatikan wanita2 yang berpusu2 masuk.

Saat coach wanita hampir penuh dan saat pintu komuter hampir ditutup, secara tiba2 muncul seorang lelaki benggali lengkap dengan serbannya terus masuk ke dalam coach tersebut. Perbuatannya mengundang rasa terkejut dan kurang senang para wanita dalam coach itu. Tambahan pula lelaki itu berbadan agak besar dan keadaan agak sesak dan berhimpit. Dan itu bukanlah kejutan pertama.

Bila pintu ditutup dan komuter mula bergerak, serentak dengan itu semerbak bau badan lelaki tersebut memenuhi segenap ruang udara dalam komuter. Bau masam yang agak kuat seakan2 bau peluh. Lelaki itu sekadar berlagak biasa sambil mengangkat sebelah tangannya memegang palang besi di atas.

Si gadis yang turut terhidu sekadar menutup rongga hidung dengan MP4nya. Cuba 'cover' untuk tidak kelihatan seperti menutup hidung. Dia melihat gadis2 lain sekeliling lelaki itu ada yang berkerut-kerut wajahnya, ada yang memegang dan menggosok2 hidung, ada yang menutup hidung dengan tudung, malah ada yang terbatuk2. Dan seperti tadi juga, lelaki itu masih berlagak selamba.

*

Komuter tiba di KL Sentral. Pada saat ini coach sudah dipenuhi dengan ramai manusia, tak ubah seperti tin sardin. Saat pintu automatik dibuka, berpusu2 insan dalam komuter bergerak keluar. Si gadis yang turut hendak keluar memberi laluan terlebih dahulu kepada makcik2 tua yang juga hendak keluar. Sudahla waktu komuter bergerak tak ada budak2 muda yang sudi bagi tempat duduk, waktu nak keluar pun tak ada siapa yang bagi keutamaan pada makcik2 ini. Kesian sungguh.

Si gadis menjadi org terakhir yang bergerak keluar dari komuter itu. Namun belum sempat kakinya melangkah melepasi pintu, secara tiba2 manusia di luar komuter berpusu2 masuk lalu menolak semula si gadis tadi kedalam. Si gadis itu yang kecil badannya dengan mudah sahaja diseret masuk, apatah lagi dia agak sukar bergerak kerana membawa beg pakaian. Headphone yang dipakai di kepalanya hampir sahaja tertanggal dan mungkin hampir putus wayarnya. Puas si gadis itu cuba menolak manusia yang berpusu2 sambil mencari laluan untuk keluar, malangnya usaha itu gagal. Dia semakin lama semakin masuk ke dalam komuter semula. Ini tak boleh jadi, bisiknya. Si gadis perlu berbuat sesuatu sebelum pintu komuter tertutup semula.



Tanpa berfikir panjang, si gadis itu segera meninggikan suara, lebih tepat menjerit sambil menyuruh org ramai yang berebut2 masuk memberi laluan untuk dia keluar. Ramai orang yang terperanjat, namun selepas itu mereka buat2 tak dengar dan terus merempuh masuk. Mujurlah seorang makcik di luar komuter perasan akan si gadis itu, lalu dia turut sama menjerit ke arah org2 yang berpusu masuk sambil tangannya merentap tangan si gadis itu dan menariknya keluar dari komuter. Dan akhirnya si gadis itu berjaya keluar.

Sambil2 membetulkan pakaian yang renyuk dihimpit org ramai, si gadis mengucapkan terima kasih kepada makcik tersebut, yang mungkin sudah give up untuk berebut masuk. Pengawal berbaju biru yang baru sahaja muncul akhirnya meniupkan wisel dan mengarah sebahagian manusia keluar memandangkan keadaan semakin tak terkawal dan pintu hampir ditutup. Sebahagian org yang cuba merempuh tadi terpaksa berundur dengan wajah tak puas hati kerana mereka terpaksa menanti komuter yang seterusnya.

Setelah keadaan terkawal, pintu komuter tertutup dan mula bergerak meninggalkan destinasi dengan penumpang yang masih lagi sendat seperti tin sardin. Si gadis yang masih lagi belum hilang penatnya 'bertempur' dengan org ramai sebentar tadi hanya menyaksikan peristiwa tadi sambil menggeleng2 kepala.

*

Begitulah keadaan biasa dalam komuter bagi mereka yang tidak tahu dan tidak pernah menaiki public transport, lebih2 lagi pada waktu puncak. Dan andai apabila tiba masanya suatu hari nanti giliran anda pula untuk menaiki komuter, silalah beri tempat duduk dalam komuter kepada mereka yang sepatutnya. Masuklah ke dalam coach yang betul dan biarlah org dalam komuter keluar dulu sebelum kita masuk ke dalam. Benda2 ini adalah common thing yang tak perlu sentiasa diingatkan kepada kita. Sebagai manusia yang berakal dan bijak, benda2 yang melibatkan moral value seperti ini kita tahu untuk buat sendiri tanpa perlu disuruh2.


Okeh, sekian sahaja cerita untuk kali ini. Moga bertemu di post akan datang. Terima kasih sebab sudi baca post ni ye. Assalamualaikum wbt :)




p/s : Cerita di atas adalah kisah benar dan si gadis dalam cerita ini tak lain tak bukan adalah diri org sendiri. 


p/s 2 : Itu mungkin kali terakhir org balik rumah naik komuter sebab saje2 nak naik sebab rindu padahal ade je kereta. Pasni org memang sure balik rumah drive je. Dah serik.

7 comments:

AMiRU said...

cian ko awa. aku penah gak naik komuter waktu puncak. tp xdpt msk. tnggu smpi 3 tren kot. huhu

tajul said...

mlg nsb ko.nsbla ganu xde keretapi.hehe..=P

nadzwareina said...

@amir : wah sampai kena tunggu 3 tren? dahsyatnye mir. aku stakat ni paling teruk tunggu sekali je la. tupun nasib baik kejap je sampai.

@tajul : time tu je aku bernasib malang sbab ternaik waktu peak. slalu time lain sronok je. rugi sebenarnya kalau takde tren, bnyk yg sronok sbnrnya naik tren ni, sebab tu aku rindu :D

Simon 'Adam' Malik said...

itu lah yg dinamakan a first class facility being use by a third world minded citizen.

compared dengan train kat france, super buruk kat sana pintu bukak sendiri dengan takde air cond, tapi diorg super nice when it comes to public transpot, picaya? ^^


aku sebagai pengguna tegar komuter dah biasa je tengok/menghadapi masalah nih. nak buat camne, dah manusia zaman kini terperangkap dengan ego diorg.

nway, ko dari stesen serendah ek? lain kali turun kat putra/bank negara, tukar train kat situ utk balik klang or vice versa. kurang berpusu-pusu sikit kalu buat camtuh

sori terpanjang, semoga bermanfaat.. ^^

nadzwareina said...

stuju ngan ko.. mentaliti rakyat negara kita kalau compare ngn negara luar mmg jauh beza.. malu je kalau foreigner tngok..

bagusnya kalau kat france mcmtu.. kdg2 aku tringin nk naik tren kat oversea nk tngok betapa politenya org2 kat sana.. eh tapi kn member aku ckp kalau kat france kes org seluk saku kat tren bnyk eh?

aku naik stesen batang kali, satu stesen lepas serendah.. oh camtu eh, InsyaAllah pasni aku try turun situ pulak.. tobat la nk turun kat kl sentral lagi..tupun kalau aku naik komuter lagi la..

panjang tp mmg bermanfaat.. thanx adam :)

tajul said...

ooo.ak pnh naik ski je lrt kt kl.2 pn ad kisah klakar brlaku.hehe..XD.klu kt nz pn lbey krg sme cm kt france gk.hehe..

izzah nadiah said...

situasi ni dh biasa sai alami... worst, sai pernah diraba dalam komuter lagi... lelaki tua cina pulak tu... sekarang ni, nak tolong orang pun takut.. pernah gak tengok de pakcik yang baru datang dari tempat lain, handphone ilang dalam komuter... kesian dia kena pinjam hadnphone kami untuk call sedara dia tu... kadang2 sedih dengan sikap orang kita... tapi nak cakap pun tak guna, bila kesedaran sivik tu dah takde... :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...