CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

02 January 2012

Methadone : 1st Timer

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Lama dah rasanya org tak bercerita pasal kerja org kat sini. So far semua kerja ok, org dah attach hampir di setiap department except pesakit luar (minggu depan) dan juga manufacturing. Dan untuk kali ni, org saje nak share pengalaman org bekerja selama 2 jam (sahaja) pada hari public holiday ni di Klinik Kesihatan Serendah, sebagai seorang pendispense methadone kepada beberapa org patient khas.


Sebelum tu, apa methadone tu?




Methadone ni sejenis drug yang digunakan untuk merawat pesakit2 yang ketagihan dadah. Biasanya doktor akan tentukan dos yang akan diambil oleh patient2 ni, bergantung kepada tahap ketagihnya dorg ni, dan dos tu akan dikurangkan sikit demi sikit sampaila patient ni pulih sepenuhnya. Dan kerja kitorg sebagai pharmacist adalah dengan memberi patient minum drug ni, dengan memasukkannya dalam air minuman diorg dan pastikan dorg minum sampai habis depan kitorg jugak.


Part last tu paling penting sebab ada kes patient methadone yang simpan sirap methadone dalam mulut, tak telan betul2 dan kemudian diorg luah balik dalam cawan dan jual kepada drug2 addict. Ini serius.


Bila org tengok nama org masuk dalam jadual methadone last week, org agak terkejut sebab org belum lagi diajar betul2 cara untuk dispense methadone ni. Cik Ratna, pharmacist kat hospital KKB yang tau org belum pernah dispense suruh org konfem balik dengan Ketua Pegawai Farmasi (KPF), Puan Zarina betul ke org kena buat. Puan Zarina kata  memang tugas org haritu, dan beliau yakin org boleh belajar dan buat sendiri.


Maka minggu tu jugalah org ikut sorg pharmacist, Encik Farid pergi dispense methadone kat ADK (Agensi Dadah Kebangsaan) kat belakang hospital. Org tengok macam mana Encik Farid check list nama patient, dos dia, kemudian isi carta pengubatan & rekod administrasi. Encik Farid pun suruh org buat sendiri pada hari last. Dan encik Farid memang suruh org bawak kawan masa dispens methadone harini. Beliau kata patient kat sana agak ramai,memang akan kelam kabut kalau org yang buat seorg.




Harini, bertemankan Adila (PRP) dan Cik Liana (FRP) yang sudi menemani sebab dorg nak belajar, kitorg dispense methadone kat 49 org patient. Encik Farid pernah mention, patient2 kat sini memang agak agressive compared to patient2 kat ADK KKB. Ba pun agak risau bila org kata nak dispense methadone harini. Tapi alhamdulillah, semua ok. Adela patient2 yang agak serius dan bermuka garang, jawab pun nak tak nak, tapi nasib baik diorg tak menjerit atau melenting tiba2.


Macam2 ragam patient org jumpa harini. Ada yang agak terkejut sebab nampak kitorg ramai harini, perempuan pulak tu semua. Ada yang masuk dengan wajah tak terurus, sementara tunggu org letak methadone atau tengah buat label org nampak diorg menggeletar. Ada jugak yang semangat bercerita kisah hidup masing2. Dan selepas dua jam, walaupun ada dalam 7 org patient tak datang, kitorg diarahkan oleh staf farmasi untuk tutup terus KK tu. Sebab kalau biasa bagi selain waktu yang ditetapkan, patient2 ni akan suka nak datang lambat.


So setakat ni itu ajelah pengalaman org mendispense methadone pada harini. Org yakin still ada few mistakes yang org buat, sebab 1st timer kan, org harap pasni org boleh betulkan kesilapan tu bila kena dispense methadone pada masa akan datang.


Thanks banyak sudi baca entry ni ye. Assalamualaikum wbt ^^




p/s : Org akan pindah ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, start 23 Januari ni sampai 12 Mei. Kawan2 yang ada kat Klang, sudi2 la melawat org kat HTAR tu ye, hehe.

14 comments:

momoko-chan87 said...

maira pn kat methadone skrg..tp kat hosp lama alor star aka ACC (Ambulatory Care Center)..menarik keja kat sini..hehe

Sha said...

bahagia nye aku dgr..
at least ak rs xde la stress kot..
hehe..bley tgk ragam patient..hoho

Unknown said...

Hoo. Tak stress la sgt. Bila da kne ugut/maki. Baru la taw mcmmne..

Unknown said...

Salam. Dari segi tatabahasa,adalah menjadi kesalahan menggunakan perkataan 'orang' sebagai kata ganti diri. Dari segi perubatan pula,apakah wujud kaedah yg tepat untuk menentukan dos methadone yg sesuai bg penagih? Jika ya,bagaimanakah caranya? Adakah fatal jika penagih mengambil heroin & dlm ms yg sama mengambil methadone? FYI,sy sudah hampir 6tahun menagih (mainly opiods/opiats such as heroin,taken daily & also other chemical drugs) & sudah 3kali berjaya berhenti,namun malangnya sy tergolong dlm kategori relapse atau penagih berulang. Kejayaan sy berhenti heroin untuk kali pertama & kedua adalah secara 'cold turkey' & kali ketiga pula sy mengambil suboxone kerana tidak sanggup menanggung derita akibat withdrawal (withdrawal symptom). Ketika ini,saya sudah 2tahun menagih (setiap hari tanpa cuti) sejak kali terakhir berhenti & sy sedang mengamalkan terapi methadon yg boleh dibeli secara mudah. Sy kini mengambil 15ml setiap hari di samping menghisap heroin setiap pagi (sebelum ini,sy perlu ambil dadah sejam sekali ketika belum mengamalkan methadone). Persoalan sy, adakah pengambilan methadone yg sy amalkan sekarang (15ml setiap 24jam) adalah dos yg betul? Adakah methadone juga akan mengakibatkan dependability terhadap pengamalnya? Jika ya,adakah methadone juga mempunyai withdrawal symptom seperti heroin? Sy cuba google tp malangnya tidak mendapat jawapan yg sesuai. Sy amat berharap agar saudari dpt membantu. Jazakillah, semoga Allah Ta'ala membalas jasa baik saudari, terima kasih.

Anonymous said...

Diorg ckap methadone nie bahaya..betul ke?dgr cite rmai yg meniggal sbb mkan methadone..xtau la btul ke x?saya pon dgr org rmai berckap..diorg kta methadone nie slah satu plan kerajaan nk bunuh penagih dadah..sbb nak cegah penagih nie susah..bila tangkap penagih masuk serenti bila diorg dah keluar diorg akn kembali menagih..so kerajaan bg methadone utk bunuh penagih2 nie..dlam kandungan methadone tu ada satu kimia yg bhaya yg boleh membunuh secara perlahan2..saya pon xtau btol ke x..hanya berkongsi apa yg saya tahu..methadone plan kerajaab nk bunuh penagih secara perlahan2..klu kerajaan letak bhan kimia yg boleh mempercepatkn kematian..orang akan nampak methadone nie bhaya so penagih xkan mengambil methadone..kerajaan nk bunuh penagih secara senyap..

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara,saya terbaca perihal persoalan saudara,insyaAllah saya akan menjawab persoalan saudara berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya;
1. Tiada kaedah tepat utk menentukan dos seseorang,kita mula dgn dos antara 15-30mg berdasarkan sejarah penagihan pesakit,dos akan dinaikkan sebyk 5mg bergantung kepada respon pesakit sehingga pesakit mengadu tiada kesan pengunduran,dos hanya boleh dinaikkan oleh pegawai perubatan sahaja.
2. Ada kemungkinan yang tinggi utk menjadi fatal atau kesan overdose jika mengambil methadone dan heroin,ini bergantung kepada dos heroin/methadone dan cara pengambilan sama ada chase @ jab. Ini kerana kedua-dua heroin dan methadone adalah dari kumpulan drug yang sama.
3. Pengambila methadone sebyk 15ml dlm 24jam,mungkin btl,mungkin tak,jika saudara masih merasa kesan pengunduran dan mengambil heroin,maknanya dos tersebut tak cukup tapi jgn naikkan dos tanpa nasihat pegawai perubatan
4. Methadone blh menyebabkan kesan dependability tetapi berdasarkan pengalaman saya menguruskan pesakit,mereka mampu menurunkan dos dgn cara yang btl,jika diambil pada stp hari,tiada masalah dan lbh mudah utk wear off tetapi ambil masa
5. Methadone juga mempunyai kesan withdrawal seperti heroin kerana berasal daripada kumpulan drug yang sama sebab itu kena ambil stp hari

InsyaAllah,saya mendoakan saudara seislam saya dapat berhenti daripada heroin,anak2 saudara comel2,jadilah role model terbaik utk mereka.Maklumat yang saya maklumkan, InsyaAllah benar ?berdasarkan 3tahun pengalaman saya menguruskan pesakit methadone,semoga saudara mendapat manfaat

Anonymous said...

Baik tangkap,lempor dlm laut,kalau btl nak bunuh,haha,itu sume ayat2 tokan je,tak mahu hlg business

Anonymous said...

dari pengalaman saya sendri,withdrawal dari methadone lebih teruk dari heroin,kalau wear off heroin dalam masa 3-4 hari dah sihat,klu withdrawal dari methadone ambil masa dalam 14-21 hari untuk sihat,yang paling teruk adalah insomia dan restless leg,bayangkan klu xtido dalam seminggu,klu tido pon 2-3 jam lepas tu terjaga tiba2..dari apa yang saya research methadone nie masuk dalam fat cell..sebab tu ambil masa yg pnjang..jauhkan la patient dari methadone,methadone withdrawal ibarat belari marathon,heroin withdrawal macam belari 100meter je..bygkan perbezaan dia..saya lebih rela withdrawal dari heroin,bukan nak condem tapi memang kenyataan..klu xpecaya cuba search google.."off methadone"berapa ramai org kat us,europe menderita dengan methadone withdrawal,kebanyakanya fail untuk clean dari methadone..klu boleh haramkan la methadone nie kat malaysia..klu nak rawat heroin addiction,lebih baik jgn guna menthadone,itu 100x lebih baik,klu ye pun nak guna pastikan jangan guna lebih dari seminggu..saya dah rasa menthadone withdrawal memang perit,memang betul2 menyesal ambil menthadone untuk heroin addiction,niat saya betul2 nak keluar dari addiction..tapi dah termasuk jerat yg lbih dalam..3 kali dah saya fail untuk stop menthadone nie,tolong jgn guna menthadone!!!

Unknown said...

Terima kasih banyak sudi berkongsi

Unknown said...

Terima kasih banyak sudi berkongsi

fifiijef said...

1mg persamaan brp ml?

Anonymous said...

Sy suka methadone sebab tahan 24jam xperlu takut kena tangkap sebab KKM luluskan free pulak tu...kalau takut gian methadone jgn hisap dadah dan yg penting kehidupan aku lebih baik dan bermakna berbanding dahulu...Dos dah turun dari 50mg skrg 37.5mg slowly but surely one day at a time,Syukur pada ALLAH SWT kerana aku ada PROGRAM,,,TQ

Unknown said...

Tuan nak tanya sukatan tu campur air atau kosong je ye..tolong jawab tuan

Unknown said...

1ml bersamaan 5mg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...