CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

06 April 2011

I'm Done with SPA Interview! Alhamdulillah~


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Hari ni, 6 April 2011, turn org untuk diinterview oleh seorg Datuk yg merupakan ahli suruhanjaya SPA dan juga seorang ahli Kementerian Kesihatan Malaysia utk jawatan Pegawai Farmasi Gred 41. Setelah berusaha membuat persiapan sebaik mungkin, pagi tu jam 6.50am kitorg bertolak dari fakulti dengan menaiki bas dan kitorg sampai pusat temuduga SPA kat Putrajaya jam 8.05am. Org merupakan calon second last untuk diinterview oleh sorg Datuk, namanya Datuk Salim Hashim dan juga seorang lagi pegawai KKM yg org kenalpasti bernama Encik Zulkhairy.

Jam 10 lebih am, lepas Amir keluar, turn org pulak untuk masuk. Bila num giliran org tertera kat atas pintu, pintu bilik yg tertera huruf L tu org ketuk 3 kali kemudian org pun masuk.

'Assalamualaikum Datuk, Encik,' org ucap sambil tersenyum. Mereka berdua pun senyum jugak sambil membalas salam. Kemudian org terus bagi org punye folder sijil dengan resume kepada Encik Zulkhairy yg duduk di kiri meja.

Sambil org pass folder tu, sempat Datuk Salim tanya pasal nama ayah org.

'Ayah awak ni memang nama dia RM ke?' tanya Datuk. Sebelum org jawab org tanya Datuk dulu.'Boleh saya duduk Datuk?' Datuk pun tersengih, mungkin beliau tersedar yg beliau lupa nak pelawa org duduk, kemudian beliau pun mempersilakan org duduk. Maka perbualan org dengan Datuk Salim pun bermula.Dengan Datuk Salim, org explain asal usul nama Raden, nama ayah org, nama atuk org (org dah agak dah nama org mesti kene tanya banyak ni). Kemudian Datuk tanya ayah ngan mak kerja apa, anak keberapa. Datuk tengok senarai pilihan negeri tempat kerja yg org nak dan beliau bertanya lagi.

'Memang nak kerja kat Selangor ye? Nak kerja kat hospital mana?'

Org pun bagitau Datuk org nak Hospital Tengku Ampuan Rahimah kat Klang. Dengan menggunakan alasan anak sulung dalam keluarga, tempat kerja berhampiran dengan rumah dimana boleh menjimatkan banyak kos, org pun explain kenapa nak kerja kat situ. Datuk dengar sambil mengangguk dan mencatat sesuatu dalam borang yg dipegang. Dan Datuk tak tanya langsung macam mana jika org dapat penempatan kat Sabah/Sarawak, macam yg kawan2 org kena. Apakah peluang org untuk ke HTAR cerah?

'Tapi kalau rumah dekat nanti selalu lepak dengan kawan2, minum2 kopi, pastu tak kerja,' sempat Datuk menambah. Org cuma tersengih sebelum cakap 'InsyaAllah Datuk saya akan cuba jadi pekerja yg berdedikasi,' Datuk pun tergelak dengar jawapan org tu.

Kemudian Datuk tanya En Zulkhairy kalau nak tanya apa2 soalan. En Zulkhairy suruh org cerita attachment org kat hospital selama 3 sem. Org pun cerita sepanjang 3 sem tu org attach kat Hospital Kajang, & apa yg org belajar kat hospital tu ikut sem. En Zulkhairy angguk2 sambil mencatat (Dalam hati org harap penempatan hospital beliau tulis exclude Kajang sebab dah 3 sem kat situ huhu)

Kemudian beliau teruskan soalan :

'Cik Azwani, saya bagi awak satu situasi ye. Katakan awak pharmacist kat ward, kemudian awak ada sorg patient epilepsy dan dia ambil ubat phenytoin (dalam hati duk cakap ahh sudahh.. aku tak study langsung epilepsy kut, duk study diabetis ngan hypertension je) Patient awak ni mengadu dia dah makan ubat, tapi still kena seizure attack. Apa yg akan awak lakukan?'

Maka dengan spontan, org pun menjawab ' Mula2 Encik, saya akan check dulu cara patient tu ambil ubat tu. Memandangkan kat ward nurse cuma tinggalkan ubat kepada pesakit dan tak tengok betul2 cara pesakit tu makan, mungkin ada cara makan dia yg tak betul. Kalau dah check cara patient tu makan tapi takde masalah, saya akan buat Therapeutic Drug Monitoring (TDM), tengok level phenytoin tu dalam badan patient. Kalau diluar normal theraputic range, saya akan suggest doctor tambah dos atau tambah frequency pengambilan ubat,' org explain dengan wajah yakin walaupun sebenarnya takla sure sangat betul ke tak.

'Ok, bagus2. Ada cadangan lain?' tanya En Zulkhairy lagi. Alamak nak lagi? Tak cukup ke? Kepala ligat berfikir nak bagi jawapan apa lagi.

'Saya akan cadangkan ahli keluarga datang untuk diberi sesi kaunseling. Selalu pesakit epilepsy bila diserang sawan mesti ada dos ubat yang terlepas. Kalau ada ahli keluarga yang menjaga, mereka boleh monitor keadaan patient dan cara patient mengambil ubat. Mereka juga boleh tolong patient makan ubat dan jaga patient jika diserang sawan,' En Zulkhairy mengangguk2 sambil bersetuju. Beliau mengatakan sokongan keluarga sangat penting.

'Andai kata awak bertugas di OPD atau farmasi pesakit luar, ada sorg patient ni amik diclofenac, contohnya Voltaren (brand name), lepas tu dia datang mintak ubat brand lain ataupun nak ubat original. apa tindakan cik Azwani?'

Terdiam beberapa saat, kemudian org pun bagi jawapan,' Mula2 sekali saya tanya dulu patient tu kenapa dia nak ubat lain, sedangkan sebenarnya bahan aktif dalam ubat ni sama je, kuantiti bahan aktif pun sama. Jadi efek ubat pun sama. Mungkin patient ni tak tahu bahawa ubat2 ni takde beza, cuma brand je yg lain. Kemudian saya explain kalau ubat yg patient tu mintak tak terdapat di hospital, mungkin patient tu perlu beli sendiri di farmasi luar. Dan kalau ramai patient request ubat yg sama, mungkin saya akan suggestkan kepada pihak hospital untuk membeli ubat brand tersebut, tapi perlu menurut beberapa prosedur'

'Haah, kalau nak purchase ubat baru kenela ikut certain prosedur kan?' tanya En Zulkhairy lagi. Org sekadar mengangguk. Dalam hati duk cakap 'janganla tanya prosedur tu, aku tak ingat,' Nasib baik beliau tak tanya.

'Macamana Cik Azwani nak elakkan medication error kalau jumpa dua jenis ubat yang sama warna atau bentuk?'

Kemudian org terus teringat rak2 ubat kat farmasi Hospital Kajang.' Kalau ikut pengalaman saya di Hospital Kajang Encik, ubat2 di rak disusun mengikut kelas, contohnya kelas antidiabetic, antihypertension. Jadi kebarangkalian nak tertukar kelas ubat tu mungkin akan kurang. Jika saya tak pasti apa nama ubat tu, saya akan berjumpa dengan pharmacist2 atau pharmacist assistant di situ untuk bertanya, memandangkan mereka dah lama bekerja dan mungkn mereka lebih arif. Jika mereka pun tak pasti, saya akan check di internet atau micromedex untuk jawapan yg lebih cepat,' sambil menjawab org jeling Datuk. Datuk saja je pandang, mungkin nak tengok skill menjawab soalan org kut.

Encik Zulkhairy mengangguk lagi sambil teruskan mencatat. Kemudian beliau tanya lagi (banyaknya soalan dia ni, bisik org dalam hati)

'Apa lagi yg Cik Azwani belajar di OPD? Boleh terangkan?'

Okeh. Yang ni org rasa senang. Org pun explain semua yang org belajar time semester 6 kat situ dulu. Org explain pasal dispensing cycle, start dengan verify prescription, screen prescription dan kalau ada salah call doctor yg prescribe, filling ubat dalam beg ubat, label ubat, kemudian dispense di kaunter sambil bagi kaunseling ringkas. Kalau patient 1st time ambik inhaler atau insulin pen, mintak pesakit pergi ke bilik kaunseling untuk demo cara guna.

Setelah semua selesai, Encik Zulkhairy ucap terima kasih. Org pandang Datuk, beliau tersenyum sambil ucap selamat maju jaya. Lepas ucap terima kasih kat dua2, org pun keluar bilk dengan perasaan gembira. Alhamdulillah.. walaupun org tak pasti jawapan org tu betul ke tak, tapi at least tak ada soalan yg org takleh jawab. Syukur..

Bila keluar bilik je org pegi dekat grup budak2 yg dah interview. Amir dengan Taa cakap org punye interview agak sekejap. Org pun tak perasan, maybe org cakap laju sangat kut. Kemudian kitorg share2 soalan yg kitorg dapat, sambil cuba tolong2 mereka yg belum diinterview oleh interviewer lain.

Oklah sekian la dulu post untuk kali ni ye. Panjang sangat dah ni. Harap2 post ni boleh jadi rujukan interview untuk junior2 org utk next year, sebab org pun banyak refer blog senior tentang soalan2 interview SPA. Pada klasmate yg interview esok, gudluck ye ! :) Assalamualaikum wbt.

Masuklah dengan senyuman, keluar pun dengan senyuman :)

p/s : Harap2 ada peluang kerja kat HTAR.


11 comments:

sollehhuddin muzaid said...

tahniah...

RevVING NOTES said...

mmg bnyk rujukan temuduga dlm entry ni. Terima kasih!

Semoga berjaya dlm interview yg lain, All the best!

nadzwareina said...

terima kasih..

Unknown said...

wawa,interview die dlm BM ek?

nadzwareina said...

shafiq : interview die dlm bm je, tp mcm dialog kat ats tu org belasah mix je.. kalo yg english besenye interviewer tnye english, then kite pun patutnye jwb english gak..

Unknown said...

ohh,yeke.kalo tny dlm english mmg ssh gk la nk jwb..huhu

Azeta Abdullah said...

wawa kompem dpt HTAR!hehehe

Dave Ng said...

I had the same fella as well. In the end, he never ask me anything, just talking his own experience about pharmacicist =.=

Unknown said...

salam, akk leh tny x. dato' salim ni banyak tanya x. saya kene dgn dia la nnt. huhu. nervous plak aihhh.

nadzwareina said...

Lily Ellyna : takdela.. dato's salim ni sempoi je orgnya,, yg banyak tanya yg pharmacist tu... all the best :)

Anonymous said...

Sy pon akan kena iv ngn datuk ni .. Pen. Peg. Penerangan S27 .. InsyaAllah .. Takutnya rasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...