CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Farmasi. Show all posts
Showing posts with label Farmasi. Show all posts

13 January 2015

Perkara2 yang Perlu Anda Tahu Kalau Nak Ambik Ubat kat Farmasi Hospital/Klinik Kerajaan

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Fuh, tengok tajuk je dah panjang berjela. Oklah, entry kali ni berbaur ilmiah sikit. Bukan apa, dah masuk tahun keempat org kerja kat farmasi hospital dan juga klinik kesihatan kerajaan, org dapati ada banyak orang awam still tak tau atau mungkin tak berapa nak faham tentang cara pengambilan ubat kat farmasi ni. Mostly org awam cuma tau  bagi prescription doktor kat kaunter farmasi, ambik ubat ikut dalam prescription tu, dan balik. Tu je.

Okla, tanpa membuang masa, kat sini org list down apa yg anda semua patut tahu kalau ambil ubat sendiri, mahupun ada ambik ubat untuk sesiapa kat farmasi hospital atau klinik kerajaan. And since tempat org kerja semuanya manual, takde canggih2 pakai komputer semua, doktor tulis sendiri ubat atas prescription, so org tulis mana yg berkenaan je ye.



1) First sekali, untuk yang baru jumpa doktor dan dapat prescription baru, tolong check dulu nama ngan ic anda betul tak dalam tu. Kadang2 bila pesakit ramai, nak2 waktu peak hour, doktor jadi confuse dan tertukar detail2 pesakit. So, bagi mengelakkan ubat yg anda ambik pun tertukar (which is sangat2 bahaya), take your time check dulu detail anda atas tu. 

Kami pun taknak susahkan anda suruh balik jumpa doktor untuk tukar prescription baru kalau kami perasan detail anda salah. Kalau farmasi ngan bilik doktor jauh, anda pulak ada bawak org2 tua, anak2 kecik ke, kan kesian kat anda jugak?


2) Untuk ubat ulangan yg perlu diambil tiap2 bulan, kami di farmasi hanya boleh bekalkan ubat jika anda mempunyai prescription yang masih belum expired (yup, setiap surat prescription ada tarikh expired). Jika anda datang ke farmasi hanya membawa contoh ubat lama tanpa membawa sebarang prescription, kami tidak akan bagi ubat yg anda minta. Dan kalau anda bawa prescription yg dah expired (sebab tak datang ikut tarikh ambik ubat yg kami dah bagi), pun kami takkan bagi ubat. Melainkan anda daftar, jumpa doktor, dan doktor bagi prescription baru yg valid, then kami tak ada masalah nak bagi ubat yg anda perlukan.




So, jangan hilangkan prescription ye. Jaga elok2 simpan dalam dompet, sama macam anda simpan kad temujanji jumpa doktor tu.



3) Bila kami kat farmasi bagi satu nombor giliran, janganla pegi buang kertas nombor yg kecik tu walaupun dah hafal nombor atas tu. Sebab bila kami dah panggil nombor, kami nak balik kertas tu. 

Untuk pengetahuan, ini adalah salah satu cara untuk kami identify pesakit yg betul. Kami akan tengok samada match tak nombor atas prescription anda yg kami dah letak nombor, dengan nombor yg anda pegang. Kalau anda nak renyuk ke, conteng ke atas kertas tu suka hatila, janji tak buang ye.


4) Kami juga akan tanya semula nama anda walaupun dah tertulis atas prescription tu, sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan kami tersalah pesakit. Bukan kami saja2 nak tanya. Jadi kalau ada ambikkan ubat untuk atuk ke, nenek ke, kawan ke, makcik ke, jiran sebelah rumah ke, pastikan anda tahu nama penuh pesakit tu ye. Kalau tahu nama penuh siap dengan nama ayah lagi bagus.


5) Jika anda mempunyai prescription doktor dari hospital/klinik tertentu, jangan tukar2 tempat anda mengambil ubat (maksudnya prescrition cop klinik ni tapi nak amik kat klinik lain), melainkan  anda terus berpindah atau outstation untuk tempoh yg lama. Ada prosedur untuk ambil ubat di klinik/hospital yg lain, yg kita panggil Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu SPUB (google untuk lebih lanjut). Kami hanya boleh tolong untuk bekalkan ubat ulangan seminggu sahaja jika anda walk in, itupun jika ubat betul2 habis dan kami sekadar membantu. Sila stick ambil ubat di satu tempat sahaja bagi mengelakkan timbunan ubat yg banyak di rumah sebab ambil ubat yg sama di banyak tempat.


6) Mengikut polisi di kebanyakan farmasi2 hospital dan klinik kerajaan di Malaysia, setiap pesakit akan diberi ubat dalam tempoh 30 minit. So kalau anda tunggu baru 15 minit, janganla terus pergi kat kaunter farmasi bising2 kecoh2 kata lambat. Kami ada banyak lagi prescription yang nak diisi ubat, nak dilabel lagi, nak dicounter check lagi. Tolong la consider dengan kerja kami ye?


7) Satu lagi practice yg biasa diamalkan di setiap farmasi, kami akan bekalkan ubat mengikut prescription ubat ulangan untuk beberapa bulan, hanya untuk sebulan dahulu. Dan kami akan bagi satu tarikh lain untuk anda datang dan ambil bekalan ubat untuk bulan seterusnya. Dan begitulah seterusnya sampai tarikh jumpa doktor.


So kami harap sangat janganla anda asyik mintak kami bekalkan ubat sampai dua tiga bulan sekali, semata2 sebab anda malas nak datang ambil ubat setiap bulan. Nak2 yang ubat banyak. Kalau anda ambik lebih, nanti ada pesakit lain yg tak dapat ubat sebab dah ganggu bilangan stok ubat. Kesian org lain tu kan?


8) Kami di farmasi hanya akan bekalkan ubat mengikut apa yang ditulis oleh doktor atas prescription. Jadi kalau ada ubat yg anda mintak kami tak bagi sebab doktor tak tulis atas prescription, tolongla jangan marah kami. Mungkin better anda jumpa balik doktor untuk discuss. Mungkin doktor rasa anda tak perlu ubat tu (biasanya antibiotik yg ramai tanya), atau dah off ubat tu tapi lupa nak bagitau anda, atau doktor lupa nak tulis.


9) Untuk preskripsi ulangan, kami dah bagi satu tarikh baru untuk ambil ubat bulan seterusnya atas prescription yang kami dah pulangkan semula kepada anda. Bagi mengelakkan pembaziran ubat, tolong ikut tarikh yg kami dah bagi atas prescription tu. Kalau anda datang awal, ubat kat rumah ada lagi tapi dah ambil yg baru, lama2 ubat kat rumah jadi banyak. 

Tapi kalau boleh janganla datang lambat pulak. Nanti ubat tak cukup, anda jugak yg bahaya sebab tak makan ubat. Nak2 kalau ubat kritikal macam ubat kencing manis, jantung, darah tinggi, tolongla jangan ambil remeh ye. Tapi kalau yang memang ada ubat lebih kat rumah tak apa, asalkan jangan tak makan sudahla.



10) Tiada sebarang bayaran akan dikenakan untuk ubat2 yang diambil di farmasi kerajaan (kecuali untuk warga asing). Bayaran yg anda perlu bayar hanya semasa pendaftaran. Jadi tak perlu tanya berapa ringgit kalau ambil ubat kat farmasi ye. Kami bagi free of charge je.


11) Tiada sebarang plastik akan disediakan untuk anda bagi mengisi ubat2an, walaupun ubat2an anda banyak. Kami bukan kedekut, memang kami tak simpan pun plastik kat farmasi. Ini adalah salah satu cara untuk kami mengikuti langkah ke arah bumi hijau dengan mengurangkan penggunaan beg plastik. Kalau rasa2 ubat banyak sangat sampai lebih 10 jenis, bawak beg plastik sendiri ye. Kalau nak senang bawak la handbag besar sikit masa pergi farmasi, senang nak sumbat ubat2 dalam tu.



12) Last but not least, farmasi tak membekalkan surat MC. Hanya doktor sahaja yang punya kuasa menulis surat MC. Kami di farmasi hanya boleh bagi time slip je, tupun maksimum empat jam sahaja. Kalau anda keluar bilik doktor tanpa diberikan apa2 surat MC dari doktor, paham2 sendiri la ye, mungkin doktor rasa anda tak perlu MC kut ;) 


Okla, takat ni je kut yang org sempat terpikir. Pasni kalau ada lagi yg org teringat org update ok. Hopefully kalau anda yg tak berapa faham cara2 nak ambik ubat kat farmasi hospital or klinik kerajaan ni, clear sikit dah pasal proses & prosedur dia lepas baca entry ni.


Dan apa yg org tulis ni berdasarkan pengalaman kerja org je. Mungkin lain tempat lain practice dia. And kalau ada pape yg still tak paham bolehla bertanya, org akan jawab semampu yg boleh ye.




Trima kasih baca entry ni. Jumpa entry akan datang ye, insyaallah :)


Wassalam.


25 December 2012

Selepas 3 Bulan...

Bismillahirrahmanirrahim,, Assalamualaikum wbt..


Phew. 3 bulan dah org tinggalkan blog ni tak berupdate. Sejak berlakunya kejadian tak best pada bulan september yang lalu, org dah jarang2 nak update blog ni sebab dah takde laptop sendiri. Online pakai henfon je selalu. Lagipun kerja kat hospital memang menimbun sangat2, balik rumah je penat. Tak terasa pun nak update pasal life org yg dull and tiring tu.

Jadi apa perkembangan baru sekarang? Sekarang org dah selamat hantar 9 buah logbook beserta borang penempatan untuk FRP (Full Registered Pharmacist) bulan novmber lepas dan insyaallah penempatan untuk FRP org adalah pada bulan Januari atau Februari tahun depan. Dan kemungkinan BESAR org akan dapat sabah memandangkan dua org colleague dari HKKB dah dapat posting FRP kat sabah. huhu.

But hey, dapat tempat baru ok what? Kerja kat sabah takdelah stress sangat bak kata kawan2 org, weekend boleh pergi travel kat mana2 pulau ke, gunung kinabalu ke.  Lagipun ramai sangat dah member org kat sana, org tak rasa org akan alone kat sana. Homesick? No problem. Org bukan jenis lekat kat rumah. Plus, gaji kat sana tinggi kut, hehe.

Fuh, rasa macam baru je jadi PRP (Provisional Registered Pharmacist) atau pharmacist pelatih, tau2 dah setahun berlalu, dah nak jadi FRP dah pulak. Rasa takut pun ada sebab macam banyak je lagi ilmu ni yang perlu ditambah, nak2 kes yang berkaitan dengan klinikal.

So buat masa ni, org floating kat farmasi pesakit dalam. Bekalkan ubat untuk wad2 kat HKKB dan discuss dengan doktor kalau ada apa2 intervention yang perlu dilakukan kat prescription.

Kalau dah tau tempat posting nanti org update kat sini la eh. Please wish me luck. Hehe.

Oh, and one interesting story happened lately in my life. Kalau betul2 sure, baru org share. Tapi buat masa ni org keep it as a secret dulu la eh.


Till then. Assalamualaikum.


23 May 2012

Apabila Patient Mencari Pasal...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..

***

Pada suatu petang, di Kaunter Pesakit Luar, Hospital Kuala Kubu Bharu...



Bakul2 yang berisi ubat dan prescription doktor diambil dari meja belakang lalu diletakkan di atas meja berhadapan kaunter. Kemudian bakul2 disusun mengikut nombor giliran yang distapler bersama prescription dalam bakul tersebut. Jari lalu menekan sebuah butang di atas remote QMS (Queue Management System) dan nombor giliran berangka empat digit dilaungkan oleh suara seorang gadis beserta nombor kaunter yang harus dikunjungi oleh pesakit.

'Selamat petang encik. Boleh saya tahu nama?' Si gadis bertanya sopan sambil cuba mempamerkan senyuman manis, sebaik sahaja melihat seorang lelaki melangkah kearahnya di kaunter. Di tangan gadis itu terdapat sebuah bakul berisi ubat2 patient tersebut beserta prescription doktor.

Encik tersebut yang merupakan seorang lelaki muda, mungkin berumur dalam lingkungan 20-an tidak terus menjawab. Sebaliknya matanya dijeling kearah prescription yang berada ditangan gadis tersebut.

'Dalam surat doktor tu takde nama saya ke?' tanyanya acuh tak acuh.

'Oh, ada encik. Cuma nak pastikan saya bagi ubat kat patient yang betul, takut salah org,' si gadis cuba menjawab dengan lembut. Masih ramai lagi pesakit yang tak tahu apa tujuan sebenar kami pharmacist selalu bertanyakan nama terlebih dahulu sebelum mendispense ubat. Memang itu tujuannya, supaya tidak keliru dan tersalah memberi ubat kepada pesakit.

Selepas memberitahu nama penuhnya bersama bin sekali (mungkin memerli?), si gadis dengan laju meneliti ubat2 yang berada di dalam bakul. Terdapat ubat Diclofenac (tahan sakit), Papase (surut bengkak), Gelusil (angin dalam perut), dan ubat sapu Methyl Salicylate. Dan dengan pantas si gadis bertanyakan soalan.

'Ada sakit and bengkak kat mana2 ke?' tanyanya sambil meneliti wajah dan tangan pesakit sekilas, cuba2 melihat kalau ada kesan bengkak dan merah dimana2.

'Eh tak adelah, saya saje je datang hospital ni suka2 nak ambik ubat. Tak ada sakit pun,' kata lelaki itu dengan sinis sambil tersengih2 macam kerang busuk.

Si gadis mengetap bibir. Telinganya berdesing mendengar kata2 lelaki itu. Hati terasa panas. Namun cuba disembunyikan daripada pandangan lelaki itu. Kata2 lelaki itu tidak diberikan sebarang respons oleh si gadis, lalu tangannya laju mengeluarkan ubat2 di dalam bakul, untuk diberikan kepada lelaki itu.

'Takpelah encik. Ni doktor bagi empat jenis ubat ye. Ni ubat surut bengkak, makan sebiji 3 kali sehari, kunyah atau hisap dulu ye, jangan terus telan, ubat ni pulak.....' kata2 si gadis terhenti di situ.

Matanya menangkap perlakuan lelaki di hadapannya itu yang sedang khusyuk bermain dengan telefon bimbit yang diletakkan di meja kaunter. Kata2nya berkaitan ubat tadi langsung tidak diendahkan. Mata lelaki itu sedikitpun tidak memandang ubat2 di hadapannya, malah sibuk dialihkan ke arah skrin telefon di tangannya itu.


'Kurang ajar mamat ni,' spontan terdetik ayat itu di lubuk hati si gadis.

Kali ini si gadis betul2 marah. Pesakit ni dah melampau. Lantas si gadis berhenti berkata2 lalu merenung sahaja gelagat lelaki di hadapannya itu.

Lelaki itu yang menyedari gadis di hadapannya itu yang sedang sibuk bercakap tadi tiba2 terdiam, lantas mengangkat kepala. 'Eh, kenapa berhenti? Sambungla lagi,' katanya ringkas.

'Eh takpelah, sambung jela main henfon tu. Main puas2 dulu bagi habis, pastu bagitau saya. Kemudian baru saya sambung okey?' kata si gadis sinis. Nada suaranya mula berubah riak.

'Eh, marah ye?' tanya lelaki itu bila menyedari si gadis dah mula berubah kelakuan.

'Eh tak marah, seronok. Bukan selalu dapat patient perangai macam encik ni,' sambung gadis itu lagi, masih berbaur sinis. Kemudian dia diam semula sambil memerhati saja kelakuan lelaki itu. Lelaki itu mula serba salah.

'Okey2 saya simpan henfon ni. Sambungla. Sorry,' kata lelaki itu dengan perlahan kemudian laju dia menyimpan telefonnya kedalam poket. Selepas itu barulah dia membelek satu2 ubat di hadapannya. Si gadis tersenyum puas.

***

Itu baru seorang patient. Belum lagi patient2 lain yang ada diantara mereka berloyar buruk dengan agak melampau, meninggikan suara sesuka hati, berlagak seperti Datin/Datuk yang sesuka hati meminta ubat atau menukar ubat selain dalam prescription, dan juga membebel apabila hanya menerima sebulan sahaja bekalan ubat.

Inilah yang harus dihadapi oleh si gadis saban hari selama 4 minggu di kaunter pesakit luar, sebelum dirinya berpindah ke department bekalan wad. Namun si gadis cuba tersenyum cekal. Berhadapan dengan insan2 seperti yang disebutkan diatas menjadikan si gadis lebih tabah dan matang untuk melayan kerenah ribuan manusia di luar sana. Setakat perkara2 tersebut yang menguji kesabarannya, apalah sangat kan jika dibandingkan dengan ujian Allah yang Maha Hebat.

Namun ada juga ayat2 patient yang dirasakannya agak melampau, contohnya : 

'Dik, comel la pipi tu. Rasa nak gigit2 cubit2 je,' kata seorang lelaki dengan perlahan kepada si gadis ketika dia menjaga kaunter berseorangan pada waktu petang. Mujurlah tiada siapa yang mendengar.

Mata si gadis buntang mendengar kata lelaki itu.

'Ya Allah, tabahkanlah hatiku & kuatkanlah imanku.' katanya di dalam hati, lalu terus mendispense ubat tanpa mempedulikan kata2 lelaki itu.



Sekian.


p/s : Si gadis dalam cerita di atas adalah diri org sendiri. Dan org tau pharmacist2 yang jaga kaunter, turut merasai nasib yang sama dengan org macam cerita diatas ^^


11 May 2012

Thanks For The Memories, HTAR :)

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..

*Lagu background, klik baru baca*


Jumaat, 11 Mei 2012..

Perlahan-lahan baju dilipat lalu diletakkan berhampiran beg pakaian yang agak besar. Buku2 dan nota2 lama pula disusun lalu dimasukkan ke dalam sebuah beg lain. Sedar tak sedar, rupanya dah empat bulan berlalu. Begitu cepat bagaikan sekelip mata. Baru sahaja rasanya menjejakkan kaki buat pertama kali di HTAR pada 23 Januari 2012, Kini, pada 11 Mei 2012, diri ini bertungkus lumus berkemas untuk pulang ke Batang Kali dan kembali bertugas di Hospital Kuala Kubu Bharu. Rumah arwah atuk disana yang dilanda banjir beberapa hari lepas, memaksa org untuk pulang awal untuk dikemaskan, kerana rumah yang lama terbiar kosong tu akhirnya akan berpenghuni semula.

Bermula sebagai seorang asing yang perlu menyesuaikan diri dengan cepat di tempat baru, akhirnya alhamdulillah, perlahan-lahan keserasian dan keselesaan bekerja di sebuah tempat baru itu dapat dirasai. Dapat bertemu dengan pegawai2 Farmasi yang hebat2 belaka daripada pelbagai department, dapat berkenalan dengan rakan2 PRP lain yang berbilang bangsa, serta bekerja sekali dengan trainee2 daripada universiti dan kolej, adalah antara kenangan2 yang amat bermakna yang dapat org kutip di HTAR.

Serius, banyak sangat yang akan org rindu tentang HTAR.

Org akan rindu Puan Asmawarni, pegawai pertama yang ajar org sangat banyak ilmu berkaitan TDM..
Org akan rindu Cik Mazni yang sangat sempoi dan sering meriuhkan farmasi dengan gelak tawanya..
Org akan rindu Mr Ivan yang sangat lincah, ligat dan comel macam kanak2 riang..
Org akan rindu Mr Wong yang selalu buat muka selamba dan sengal tapi pada org agak kelakar..
Org akan rindu Puan Hanim yang punya dua side, kadang2 garang dan kadang2 lembut..
Org akan rindu Miss Teoh yang suka gelak terbahak2 walaupun dalam suasana serius..
Org akan rindu Miss Choo yang lembut & sabar melayan karenah kami2 yang blur masa assessment ICU..
Org akan rindu Puan Azura yang selalu org curi2 tengok masa sedang bekerja dalam clean room TPN..
Org akan rindu Puan Asmahani yang sentiasa busy melayan student2 universiti yg datang praktikal..
Org akan rindu Puan Norima yang sangat baik dan lembut walaupun sebenarnya sedang marah..
Dan org akan rindu juga Puan Aziah, Puan Rose, Puan Aliza, Puan Rozian, Puan Adilah, Miss Low, Miss KarMaine, Miss Ang, Mr Lim, Miss Carilyn, Miss Adeline, Miss Tan, Puan Arina dan juga pegawai2 lain..

Org juga akan rindu dengan PRP2 HTAR yang banyak sangat membantu org sepanjang 4 bulan kat sini..

Org akan rindu suara manja Kak Anum yang sentiasa ceria tak kira tempat dan masa.. 
Org akan rindu Kak Na dengan cerita2 sweet pasal suami & anak2nya..
Org akan rindu Mar yg comey dengan slang englishnya yang sangat fluent..
Org akan rindu Hanisah yang funny & suka peluk org tiba2 dari belakang..
Org akan rindu nak dengar Farah mengomel dan bercerita tentang department2 lain..
Org akan rindu Radhika yang selalu je senyum bila tengok gelagat2 kami yg tak matang ni..
Org akan rindu moment berwafarin dengan SeeNee & Eunice yang brilliant & smart..
Org akan rindu moment2 buat IV Ad & TPN dengan Jia Xin & MeiKee..
Org akan rindu nak tersenyum dan berbual2 dengan Mui Wen tentang cerita kami sejak 2 tahun lepas ..
Org akan rindu Yan Ying yang beria2 cuba nak kenenkan org ngan teman baiknya..
Org akan rindu Larry yang sangat comel & nampak naif bila berbahasa Melayu..
Org akan rindu Alif yang nampak je serius tapi sebenarnya kelakar & selalu layan org punya blur..
Org akan rindu Kah Hang yang sentiasa dengan lawak dan kalutnya tapi sangat2 helpful & baik hati..
Org akan rindu Hamidi yang setiap masa smart dan tak lekang dengan samsung notenya..
Org akan rindu dengan usikan & ketawa Farhan yang macam businessman bak kata Mar..
Org akan rindu nak lunch sama2 setiap hari & ketawa dengan ayat2 selamba Jeanne..
Org akan rindu senyuman manis Yu Siang bila kitorg share moment2 funny together..
Org akan rindu King Yong, yang sentiasa senyum dan buat tanda bagus bila kami bekerja sekali..
Org akan rindu Geetha yang selalu tegur dan panggil org dengan nama 'Raden' instead of 'Wawa'..
Org akan rindu nak dengar lagi cerita2 Khairul pasal restoran2 best yang dia pernah pergi..
Dan juga PRP lain macam Stacy, Lih Jiuan, Chew, Daveena, Weai Jiet..

Dan juga Auntie Puspa dengan jeritan nyaringnya terutama pada waktu pagi, Auntie Tan yang sangat nice dan lembut, kak Shiqin, kak Yat, Kak Sally, Encik Sahar, Encik Amir, dan juga semua warga Farmasi ward supply yang selalu org berbalas senyum setiap kali bertembung :)


Begitu juga dengan PRP2 dari hospital lain yang turut sama bekerja sekali dengan org di department CDR dan TPN macam Fauzana, Yazmin, Nadiah, Ally dan Nik dari Hosp Sungai Buloh, Safura dan Izni daripada Hosp Kajang dan Amalina daripada Hosp Slim River. Terima kasih sebab banyak membantu dan mengajar org saat bekerja dan menjadi peneman org waktu minum pagi dan lunch :)

Tak dilupakan juga trainee2 yang org sempat bekerja sekali. Walaupun ada antara korg yang dah habis, tapi org nak juga ucapkan terima kasih buat korg semua sebab dah banyak membantu org kat setiap department, terutama Nisa, Ziana, Sujitha, Azira, Nana, Haziq, Syakir, Napie, Jali, Bahari, Ronnie, Vitalis, Marwan, Gayathree, Temah, & juga trainee2 lain yg org tak sempat nak tau nama. Sorry banyak2 ye..


Walaupun anda semua mungkin tak baca post ini, org tetap nak ucap terima kasih atas segalanya. Semoga ukhuwah yang terjalin ni akan terus berkekalan sampai bila2. Andai ada rezeki, moga kita akan bertemu lagi pada masa akan datang. Gudluck & all the best untuk semua :)










Thanks for the memories everyone :)



02 March 2012

Apabila PRP Bertemu HO...


Wad Paediatrik 6A, 
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.


Si PRP melilau-lilau di dalam wad mencari pesakit yang dimaksudkan. Pesakit cilik tersebut yang mengambil antibiotik vancomycin, perlu diclerk casenya untuk dipresent kepada preceptor. Apabila berjumpa dengan katil pesakit yang dimaksudkan, meja pesakit yang biasanya terdapat BHT (Bedhead Ticket) aka patient record file tidak kelihatan.

'Assalamualaikum staff nurse, ada nampak tak BHT patient katil 32 ni?' tanya si PRP kepada para nurse yang berkumpul sambil berbincang di suatu sudut wad.

'Waalaikumsalam. Oh, patient (tettttt) tu ye? Ha, ada kat sini, sekali ngan BHT lain,' kata staff nurse yang sudi bekerjasama tu.

'Kalau saya nak pinjam sekejap boleh? Ke staff2 nurse nak pakai?' tanya PRP dengan sopannya, dengan harapan untuk meminjam fail tersebut untuk beberapa minit.

'Ha boleh2, tapi kejap lagi HO kat sana tu nak pakai. Tapi buat sementara ni, pakai la dulu,' sambung staff nurse tersebut.

Kepala segera ditoleh memandang HO yang dimaksudkan. Beliau sedang khusyuk di meja menulis sesuatu.

'Okey, nanti dia nak pakai saya pulangkan,' kata si PRP sambil segera mengambil BHT tersebut menuju ke sebuah meja kosong yang berhampiran.  Segera kerja2 mengclerk case patient tersebut dijalankan. Note2 doktor dibaca (dengan keluhan dalam hati nak memahamkan tulisan diorang), beserta medication chart, vital signs dan beberapa info2 penting yang lain.

Sedar tak sedar, dah lebih 15 minit BHT tersebut dibaca oleh si PRP tersebut dengan khusyuknya. Tidak disedari HO di belakangnya sedang mencari2 BHT patient yang berada di tangannya.

'Em, awak, kalau saya nak pinjam BHT tu sekejap boleh?' suara yang tiba2 muncul di belakang PRP menyebabkan dia tersentak. Segera kepala ditoleh. HO tersebut sudah berdiri di belakangnya sambil tangan menunjukkan BHT di atas meja.

'Eh, boleh2 doktor. Sorry ye terpakai lama,' segera PRP mengemas BHT lalu diberikan kepada HO itu.

'Takpe2. Sorry ye ganggu. Saya pakai kejap je,' HO mengambil BHT lalu menuju ke katil pesakit. PRP kembali membelek2 note2 yang ditulis serta meneliti kembali senarai ubat yang diambil oleh pesakit.

Selepas beberapa minit, seperti yang dijanjikan, HO memulangkan kembali BHT pesakit dengan segera.

'Nah, habis dah, sorry ye,' katanya ringkas dan sopan sebelum menuju ke katil pesakit yang lain. Dengan ucapan terima kasih, PRP mengambil semula BHT tersebut sambil meneruskan kembali kerjanya yang tergendala.



Semenjak hari itu, setiap kali waktu petang, si PRP akan bertembung dengan HO tersebut di ward memandangkan kes pesakit tersebut perlu di follow up setiap hari. Tapi si PRP akan sentiasa memastikan BHT pesakit tersebut diguna dulu oleh HO, barulah si PRP akan mengambil fail tersebut. Dan selama seminggu lebih keadaan itu berlarutan, sebelum pesakit itu discharge dan PRP tidak lagi naik ke wad itu seperti biasa pada setiap petang. 




***


Si PRP berjalan pulang dari cafe bersama rakannya menuju ke bangunan farmasi klinikal. Ketika dalam perjalanan, dia bertembung dengan HO yang amat dikenalinya itu, sedang berjalan bersama2 dengan dua orang trainee.

'Eh, HO wad paed tu,' katanya dalam hati sebaik sahaja melihat HO yang sedang berjalan menuju ke arahnya itu. Wajah yang hari2 dilihatnya sewaktu di wad dulu. HO yang dimaksudkan turut memandang wajahnya.

Bertembung dengan 3 orang lelaki, si PRP sekadar berjalan menunduk, tidak memandang wajah lelaki2 yang berada di hadapannya itu.

Dan si PRP tidak tahu, dia bakal bertembung lagi dengan 3 orang jejaka yang sama ketika pulang dari cafe pada esok hari. Juga pada hari2 seterusnya. Even rakannya juga perasan akan hal itu.

'Eh wawa, kita macam selalu sangat jumpa diorang tiga tu kat sini, waktu yang sama pulak tu. Perasan tak?' tanya rakan si PRP.

'Perasan,' jawab si PRP ringkas sambil tersenyum.


***

Kali ini, si PRP sedang berseorangan pulang dari wad, apabila sekali lagi dia bertembung dengan HO yang sama di hadapan Jabatan X-Ray. 

Dan tanpa disangka2, HO itu yang sedang berjalan laju untuk masuk ke Jabatan X-Ray, memandang wajahnya sekilas, sambil mengukir senyum. Mungkin dia juga sudah mengecam wajah yang sudah banyak kali dilihatnya secara kebetulan itu.

Si PRP membalas senyum, sebelum wajah si HO hilang dari pandangan matanya.

Mungkin dia perlu tahu nama HO tersebut, supaya setiap kali mereka bertembung, mereka boleh menyapa satu sama lain. Tanpa perlu sekadar membalas pandangan dan senyuman, bisik si PRP dalam lubuk hatinya.


Sekian. 


p/s : PRP = Provisional Registered Pharmacist
        HO = Houseman Officer

26 February 2012

I'm A Great Procrastinator.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Saat post ni ditulis, org ada empat slide presentation yang perlu dibuat, untuk ditunjukkan dan didiscuss bersama preceptor org waktu org attach kat department TDM dulu. Empat presentation tu actually empat kes patient yang org clerk kat ward, dimana org kena belek file patient, salin sume medication dia, fahamkan note2 doctor yang ditulis dalam file tu (yang sentiasa buat org bebel sorg2 dalam hati nak pahamkan tulisan diorg) dan last sekali cari pharmaceutical care issues yang wujud dalam kes diorg tu.


So setakat ni, apa progress org?


Hmph. Org baru siap satu slide daripada empat. Eh pembetulan, bukan satu, tapi setengah. -____-


Taktaula nape, bila balik kerja, waktu malam org terasa malas sangat2 nak bukak laptop dan sambung buat slide tu. Malam, lepas habis tengok berita, lepas dinner & hantar dan amik adik dari tuisyen, lepas online kejap bukak email ngan fb, org akan terus siap2 nak tidur, dalam pukul 10 lebih atau 11 gitu. Badan rasa lesu sangat, satu kerja apa pun rasa malas nak buat. Time weekend pulak rasa nak tidur je. Takpun rasa nak keluar jalan2.

Nasib baik preceptor TDM bagi tempoh sebulan lepas habis attachment untuk siapkan dan present empat slide tu. Tu baru presentation, ada assessment lain, buku log lagi nak kena penuhkan. Nasib baik beliau tak buat VIVA.

Bila dah tukar department CDR ni pun, nasib baik la preceptor situ jenis sempoi je. Suruh clerk empat kes jugak, tapi present satu kes je. Tapi assessment ada dua jenis, satu open book, satu lagi close book. Habis CDR nanti, org akan start attach kat 4 ward, ward medical, ICU, paediatric ngan O&G. Setiap satu ward attach satu minggu, setiap satu minggu kena clerk 15 kes. Fuh.

Dan org akan menduduki Forensic Exam dalam tempoh kurang dari sebulan dari sekarang, namun selak2 buku tu pun jarang2 orang buat.

Exam open book, 3 jam, ada MCQ, ada essay. Tanda buku seberapa banyak yang boleh.


Jadi kawan2, saya perlukan nasihat2 dari anda semua yang prihatin tentang tabiat buruk saya ni. Sikit pun takpe, nak marah pun takpe, nak sound saya direct dan tepat pun takpe. Janji saya bersemangat balik nak buat kerja2 saya yang tertangguh ni.


Ada siapa2 yang sudi?


21 February 2012

Kerja Kat Hospital Ni Best Ke?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...


Sedar tak sedar, minggu ni dah masuk bulan kedua org bekerja kat HTAR. Org pun dah bertukar department, daripada bergelumang dengan serum darah patient kat department TDM (Therapeutic Drug Monitoring), kepada mengrekonstitut (reconstitute, org tak tau melayunya apa) ubat2 kemoterapi untuk pesakit2 kanser kat department CDR (Cytotoxic Drug Reconstitution). So far alhamdulillah, org enjoy dengan kerja org sekarang, dimana org akan belajar banyak benda baru tiap2 hari.


Bila berkumpul dengan sedara mara, selain daripada soalan lazim yang ditanya iaitu 'dah ada bf ke belum?' ataupun 'bila nak kawin?' (yang macam biasa org akan elak), org juga sering dihujani dengan soalan yang macam org tulis kat tajuk post kali ni.


'Wani, best ke kerja kat hospital tu?'


Bila dapat soalan best ke tak, org akan jawab dua2. Ada part yang best, ada part yang tak best.


Agak best sebenarnya bila bekerja kat hospital, dimana kita akan bercampur dengan pelbagai jenis manusia yang ada. Baik doktor, doktor pelatih, pharmacist, pharmacist2 pelatih macam org, penolong pegawai farmasi, staff nurse, student2 trainee dari kolej, mahupun dengan pesakit2.

Ada doktor yang sangat lembut dan berhemah apabila ditanya dan ketika berbincang tentang patient, ada doktor yang suka buat muka ketat bila org merayau dalam wad untuk monitor patient. Mungkin dia rasa kehadiran org mengganggu, org tak tau la.

Ada jugak doktor pelatih yang waktu org tengah belek file patient sambil clerk case kat ward untuk dipresent kat preceptor, tiba2 berdiri sebelah org, tersenyum, sambil cakap ' awak, boleh kita share file ni sama2?' Serius buat org terkejut je.

Pegawai farmasi pulak, ada yang sangat rajin mengajar dan sudi menjawab segala jenis pertanyaan org dengan senyuman yang menyenangkan. Dan ada juga pegawai farmasi yang terlalu cerewet, suka menegur  perbuatan org yg org rasakan takdelah apa sangat pun. Yang peramah ada, yang sempoi ada, yang pendiam ada, yang suka senyum ada, macam2 ragam ada. Yang suka maki pun ada sebenarnya, tapi syukur alhamdulillah, org belum lagi berpeluang untuk bertemu dengan beliau yang dimaksudkan ni.

Part yang best jugak bila kitorg pharmacist2 pelatih akan duduk berbincang bersama2 tentang drug2 atau kes patient yang agak rare, sekadar mintak pendapat masing2 daripada ilmu yang kitorg ada. Sambil2 tu diselitkan dengan sesi berborak tentang latar belakang masing2, yang sekaligus merapatkan lagi ukhuwah dan memecahkan 'barrier' dikalangan kitorg.

Sambil belajar dan sambil mengajar, antara pengalaman yang seronok jugak untuk dirasai. Setelah kitorg belajar pelbagai jenis ilmu yang ada daripada preceptor department masing2, kemudian kitorg akan ditugaskan pulak untuk mengajar student2 trainee yang berasal dari kolej2. Sambil tu menguji kefahaman kitorg tentang apa yang kitorg belajar, sekaligus memudahkan kitorg untuk buat assessment dan case presentation diakhir attachment.

Pesakit pun ada yang macam2 ragam. Ada yang jenis menurut sahaja ubat apa yang diberi di kaunter, ada yang suka bertanya macam2 tentang ubat tu. Yang tersenyum ucap terima kasih pun ada, yang tiba2 mencari pasal memarahi kitorg tanpa sebab munasabah pun ada. Terpulanglah kat kebijaksanaan & keprofessionalan kitorg macam mana nak handle insan2 yang sebegini. Asalkan jangan jadi macam kes kat KFC tu sudahlah.

Namun, adalah sangat tak best apabila sedang clerk case di wad, kita terdengar suara patient yang mengerang2 kesakitan, lebih2 lagi apabila digerakkan oleh doktor atau nurse. Jeritan mereka yang bergema seluruh wad kadang2 boleh meremangkan bulu roma. Jeritan di wad kanak2 pulak boleh meruntun jiwa. Sayu mendengar kanak2 tu menangis hiba sambil ditenangkan penjaga masing2.

Dan adalah lagi sedih apabila kita di department sedang sibuk menganalisis level drug dalam serum patient, ataupun baru sahaja habis reconstitute ubat kemoterapi untuk sorg patient, tiba2 telefon berdering.

'Hello, saya staff nurse dari wad 5C, nak bagitau patient yang nama si polan bin si polan ni baru je meninggal tadi. So result/ubat nanti tak payah inform wad la ye...'

Tergamam jap kat hujung talian. Rasa baru je semalam naik wad monitor patient yang dimaksudkan tu.


Innalillahi wainnailaihi raajiuuun.



p/s : Org akan menduduki Forensic Exam 19 Mac ni. Salah satu requirement untuk lulus housemanship adalah dengan lulus exam ni. Kawan2 tolong doakan org ye :)

24 January 2012

Hello HTAR! We Meet Again ^^

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Waktu org tengah menaip entry ni, kepala org tengah serabut, seserabut meja org kerana terpaksa study balik buku clinical pharmacokinetic yang dah lama terbiar kat rumah & menyelak semula nota2 untuk subjek tersebut yang org dah belaja waktu sem tujuh 3rd year dulu. Bukan mudah nak recall balik benda yang kita dah tinggalkan lama, nak2 untuk subjek yang tough macam ni. 


Org ingat lagi, result exam subjek ni org dapat memang cukup2 makan (syukur gila tak payah repeat subjek ni), dan ada ramai gak classmate org yang fail. Org pun penah buat entry masa malam exam subjek ni kat sini, waktu tu kepala dah takleh fokus nak study.


Clinical Pharmacokinetic, adalah subjek dimana banyak calculation yang perlu dibuat, pelbagai formula yang berbeza untuk setiap drugs perlu diketahui (atau dihafal kalau boleh), banyak graf yang perlu difahami, berkenaan dengan level drugs dalam serum patient yang diambil. Melalui calculation inilah, seorang pharmacist dapat menilai samada jumlah drugs yang diberikan kepada patient sebenarnya berada dalam therapeutic range (julat yang boleh mendatangkan effect yang diingini) atau berada di luar range, samada tinggi atau rendah. 


Kalau rendah, dos atau frequency drugs diambil perlu ditingkatkan, dan kalau level tinggi yang boleh mendatangkan toxicity, sebaliknya. Dan kat hospital, department TDM (Therapeutic Drug Monitoring) yang akan melakukan tugas2 monitor serum patient ni. Org akan attch kat department ni selama 4 minggu, sebelum berpindah ke department lain kat HTAR dalam tempoh 4 bulan lebih ni.


Mungkin ramai member2 org tahu, mulai esok org akan memulakan kerja di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang yang letaknya 5 minit je dari rumah org (kalau tak jem). Org akan kerja di sini bermula esok, 25 Januari, sehinggalah 12 Mei. Kalau dulu kat Hospital KKB org boleh kerja dengan tenang dan gembira dikelilingi suasana kampung dan bukit bukau (walaupun kadangkala stress jugak), bila dah pindah HTAR ni, org tau, the real adventure begins. Dimana kat sini kerja akan berkali100X ganda banyaknya, dan environment akan jadi bertambah2 stressful (ini diakui sendiri oleh 2 org member org yg attach kat sana). 




But hey, no pain no gain. Sebagai seorang positive thinker yang tegar (ehem sila muntah), org percaya kat sinilah tempatnya org boleh menimba ilmu dengan sangat banyak melalui kes2 patient yang agak rare, dan belajar drugs2 kat sini yang berkali ganda banyaknya daripada kat HKKB. Kena marah dengan pharmacist atau doktor2 itu sudah tentu, itu perkara biasa bagi houseman2 kat hospital. Tapi kalau setakat kena marah pun kita tak tahan, macam mana kita nak face the real challenges waktu bekerja kat luar sana tu kan? (kes penah kena marah ngan cikgu time jadi BWP kat MRSM dan almost kena marah ngan doktor kat hosp kajang)


Oh ye, kenapa kat tajuk kat atas tu org tulis 'We Meet Again?' Sebab kat hospital ni la macam2 memori org penah simpan, sejak kecik sampaila la ni dah beso panjang. Dah tak terkira banyaknya berapa kali org datang hospital ni, so kat sini org coret sikit memori2 yang org still simpan sampai sekarang :


***
Masa tu org umur 4 tahun, adik bawah org, Ana umur setahun lebih, baru nak pandai jalan. Dan kitorang berdua datang ke hospital ni, ditemani oleh ba untuk melawat ibu yang baru bersalinkan adik org yg kedua. Malangnya, org dan Ana ditegah untuk masuk wad, dan nak tak nak ba terpaksa mintak sorg pakgad kat situ tolong jaga org dengan Ana. Maka duduklah org dan Ana di sisi pakgad tu selama hampir 1 jam, jadi pakgad tambahan num 2 ngan 3, hehe.

***
Waktu sekolah rendah, org tak ingat darjah berapa, org diserang asma time tengah2 malam waktu semua family tengah sedap tido (yup dulu org selalu kena asthma attack waktu tengah malam). Org yang dah takleh tahan pergilah bilik ibu ngan ba, bagitau tak leh nak tido. Ibu yang nampak org tercungap-cungap tu dengan paniknya mintak ba hantar gi HTAR time tu jugak. Maka pergilah org ke sana pada pukul 2 pagi, ke unit kecemasan untuk menyedut gas. Yang lawaknya, bila dah sampai sana, ok la pulak. Tapi sedut jugakla gas tu, takut kena attack balik, huhu.

***
Tingkatan satu, waktu yang paling banyak org berulang alik pegi kat wad hospital ni disebabkan kes yang menimpa ibu orang waktu tu (org ada cerita kat sini). Hari2 mai sini sampai suma nurse kat situ dah kenal org. Hari2 makan kat cafe hospital ni sampai makcik2 situ bagi murah je, kesian agaknya tengok org makan sorg2. Lepas sebulan lebih kat sini, ibu akhirnya kena pindah HKL.

***
Januari 2011, org kena masuk wad buat pertama kali dalam hidup setelah org disyaki menghidap denggi. Diserang demam tahap kronik selama 2 hari (dimana dalam 2 hari tu org langsung tak makan dan duk kelubung dalam selimut), akhirnya doktor kat klinik suruh org masuk HTAR cepat, bila level platelet org jatuh dengan mendadaknya. 4 hari terpaksa duk dalam wad, disaat kawan2 lain dah start kelas sem baru. Tapi yang bestnya, 11 org kawan sudi datang melawat org kat HTAR ni bila dorg tau org masuk wad, org ada cerita kat sini.  Time ni jugak org pernah kena marah ngan sorg doktor (HO rasenya) sebab pergi belek file patient sendiri punya yang dia tulis kat meja org lepas dia examine diri org. Eh, takkan nak baca file sendiri pun takleh kut? nak tengok platelet level je pun. Dear doktor, saya dah belajar interpret note2 doktor & lab value time kat kelas dulu, doktor ingat saya taktau baca? bebel org sorg2 dalam hati. Kut ye pun tak bagi cakapla elok2, ye dok?

***
Tahun 2011, banyak kali gak org pegi unit kecemasan sebab menghantar ibu yang tiba-tiba diserang gastrik melampau sampai takleh tidur di tengah malam. Dan juga menghantar arwah atuk yang tiba2 diserang batuk teruk sampai lemah tak berdaya waktu arwah menetap kat rumah org. Sampai org dah ingat apa prosedur kalau nak masuk unit kecemasan tu dari mula sebab asyik pergi situ je.

 *** 

Oklah, cukup sampai sini dulu. Ingat nak taip pendek je sekali terpanjang la pulak kan. Kawan2 yang duk Klang, kalau ada pergi HTAR lawat member atau family ke, roger2 la org ye. Boleh kita jumpa kejap, minum2 ke, hehe.


 Ok org out dulu ye. Jumpa post akan datang. Thanx banyak sudi baca. Assalamualaikum :)


p/s : duk busy2 pun sempat gak buat cerpen baru kat atas tu, hehe. Jemput baca ye kalau sudi :)

19 January 2012

2 Minggu di Kaunter Pesakit Luar :)

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Sedar tak sedar, dah 2 bulan lebih berlalu sejak hari pertama org start kerja. Bila dah kerja ni, rasa masa berlalu cepat sangat. 9 jam lebih kat hospital, kat rumah org berehat 5 jam je sebelum tidur. Dan sejak minggu lepas, org attach kat kaunter pesakit luar atau OPD (out-patient department), dimana kat sini org akan dispense ubat kat pesakit2 yang amik ubat lepas jumpa doktor.


Kalau ramai pharmacist pelatih yang start2 kerja je terus attach kat OPD, orang pulak minggu2 terakhir sebelum pindah hospital besar baru attach kat sini. Basically kerja kat sini memerlukan org handle stress dengan bijak, sebab kerja kat sini sangat banyak dan sangat cepat. Dalam sehari biasanya 300 lebih patient datang untuk amik ubat. Diorang akan datang kaunter bawak prescription doktor, dan kitorang akan bagi satu nombor giliran, letak prescription kat meja belakang, pastu penolong pegawai farmasi (PPF) akan buat filling dan labelling ikut ubat2 dalam list tu. Kemudian ubat akan dipass semula ke depan, dan kitorg akan counter check label dan bilangan ubat sebelum dispense kat patient.


My workplace :)


Kerja org kat kaunter mula2 sekali, kena screening prescription dulu. Tengok semua detail patients, tarikh, senarai ubat2, duration and frequency, last sekali check sign doktor. Kalau ada ubat2 List A yang hanya boleh diprescribe oleh doktor pakar, patient kena bagi kad merah. Kalau insulin, kad hijau, kalau inhaler asma, kad biru. Kalau time screening tu ada silap yang doktor buat kat prescription, biasanya org akan buat note atas prescription tu, mintak patient jumpa doktor balik dan betulkan. Ataupun org akan terus call doktor dan tanya dulu sebelum mintak patient jumpa doktor balik. Selalunya doktor banyak buat silap kat dos ubat, kadang2 frequency ngan duration pun doktor lupa nak tulis.


Pukul 10 lebih keatas, adalah waktu yang sangat2 busy kat OPD. Masa tu patient datang tak putus2 dan sekali datang berduyun2 bawak 2,3 prescription sekali. Sepatutnya org kena counter check dulu sebelum dispense, tapi bila dah ramai sangat macamni org akan counter check waktu tengah dispense. Kalau ada silap terpaksa la betulkan time tu jugak. Kadang2 time ni la doktor rajin sangat call ke farmasi tanya macam2 pasal ubat. Kadang2 org kena angkat, so terpaksa la jawab soalan doktor on the spot dan berhenti dispense ubat kejap.


Dari pukul 9 lebih sampai pukul 12 setengah, kadang2 org tak berhenti berdiri dan bercakap untuk dispense ubat kat patient. Sampai bila masuk waktu lunch, org takde selera nak makan sebab penat sangat, pastu pegi tidur kat surau. Selama 2 minggu orang menjalani rutin macam ni. Walaupun agak penat, org rasa seronok sebab dapat jumpa macam2 ragam patient. Kat bawah ni org share beberapa gelagat2 yang org jumpa waktu dispense ubat :


***


'Encik, biasa kan ambik ubat2 ni? Ni ada ubat kencing manis,amik dua biji tiga kali sehari ye, ubat darah tinggi, jantung, bla bla... ok ni je ubatnya, ada apa2 nak tanya pasal ubat2 ni?' org tanya sambil senyum. Encik itu lalu menggeleng.
'Bagusla you ni. Friendly and caring dengan patient. Apa nama you? oh raden ...' kata encik itu sambil menjeling nametag org. 'Nice to meet you today. Terima kasih banyak ye. Assalamualaikum' katanya sebelum mengambil ubat dan berlalu. Dan lepas tu orang tak boleh berhenti senyum :)


***
'Auntie, ada kudis buta ye? Ini ada lotion kena sapu kat satu badan ye.....'
'Ha, ubat ni? Takmau takmau I tak mau ubat ni. I mau ubat kaler purple, mau sapu itu kat tempat gatal. Ini tak mau' kata makcik berbangsa cina tu sambil menggeleng kepala.
'Tapi auntie, doktor tulis lotion ni, saya kena bagi ikut apa doktor tulis. Kalau auntie nak ubat lain, auntie kena jumpa doktor balik suruh tukar,' org cuba bercakap dengan nada yang selembut mungkin.
'I nak ubat lain. Ini tak mau. Kasi itu surat balik, saya pegi tukar dengan doktor,' makcik itu mengerutkan muka dan org pun terus buat note kat prescription, pass kat makcik tu. Lalu dia berlalu jumpa doktor sambil membebel sendiri. Org hanya mampu geleng kepala.


***
'Puan, ubat ni saya bagi untuk sebulan je, nanti puan datang balik tarikh ni untuk bekalan bulan seterusnya ye...'
'Alah, apasal tak bagi dua bulan terus? Saya tak ada masa la nak datang tiap-tiap bulan amik ubat kat sini,' kata makcik tu, dengan muka acuh tak acuh.
'Mintak maaf ye puan, kat sini memang polisinya bagi sebulan je. Sebab banyak lagi ubat patient lain pun nak amik,' org cuba explain sesopan yang mungkin.
'This time bagi dua bulan boleh tak? I bulan depan tak ada kat sini la, boleh la...' Makcik itu terus mengasak membuatkan org mula rasa geram. Lalu org tanya pharmacist in charge, beliau kata bagi je la. Sambil wajah tersenyum palsu, org suruh dia tunggu dan org pun pergi amik bekalan ubat untuk satu bulan lagi.

***

'Encik ______, ni doktor bagi 3 jenis ubat ye. Ada ubat antibiotik, tahan sakit, bla bla....'
'Weh, dia ni muda lagi la, lahir 88. Baya kita la,' kata salah sorang lelaki kepada kawan2nya seramai 2 orang. Org perasan dia sibuk tengok num ic org kat nametag waktu org tengah dispense ubat.
'Ubat antibiotik ni make sure habiskan dalam masa 5 hari ye,' org buat2 tak dengar dan terus dispense. 3 org lelaki tu cuma tersengih2 sambil berbisik sesama sendiri. Lepas amik ubat dan berlalu, diorg cakap ' terima kasih comel...'. org hanya mampu tersenyum kelat.


***
'Puan, ubat ni suruh suami puan amik suku je ye. Nanti Puan kena potong empat, amik suku je daripada ubat ni ye,'
'Eh, apasal pulak kena amik suku je? Dulu suami I amik sebiji,'
'Ubat dulu tu daripada HKL, 0.5mg puan. Kat sini cuma ada 2 mg, sebab tu kena potong suku. Sorry ye puan, kat hospital ni cuma ada strength 2 mg je, sebab tu kena potong,'
'Leceh la hospital ni. Apasal tak order yang 0.5 mg je.Kan senang tak payah potong2,' 
Org yang malas nak melayan makcik tu terus cakap,' Ni saja ubatnya ye puan, ada 3 jenis. Ada apa2 lagi yang puan nak tanya pasal ubat suami puan?'
'Tak ada. Hm, terima kasih,' makcik itu mengambil ubat sebelum berlalu.
'Lah, dah memang ada ubat strength tu je kat sini, nak bebel2 pulak makcik tu. Kerek betul,'org dengar PPF kat belakang mengomel.

***
'Uncle, ini ubat kencing manis. You sudah biasa ambil kan?'
Pakcik berbangsa cina itu terkebil2.
'Uncle, you faham tak saya cakap apa?'
Pakcik itu menggeleng2 sambil bercakap bahasa cina. Ah sudah, pakcik ni tak faham Melayu, luah org dalam hati.
On the spot org terus pergi belakang, terjumpa Chong, member lelaki org yang tengah berjalan keluar dari pantry, lalu org terus tarik baju dia.
'Chong, i need your help. Immediately,' org tarik Chong ke kaunter. Chong yang mula2nya terpinga2, terus faham bila org tunjuk pakcik tu. Lepas dia tolong dispensekan dalam bahasa cina, org ucap terima kasih kat dia. Chong cuma tersenyum sebelum cakap ,
'Belanja aaa'

***
Banyak lagi ragam2 patient yang org tak boleh nak tulis semua kat sini. Ada yang buat org tersenyum sorg2, ada yang buat org terpaksa menahan sabar, yang buat org rasa macam nak tergelak on the spot kat situ pun ada sebab kelakar. Tapi still, org enjoy dispense ubat kat patient walaupun agak penat, mungkin sebab org memang suka observe dan jumpa macam2 jenis pesakit yang ada kat Hospital KKB ni. Dan org menganggap kerja kat department ni mengajar org untuk handle stress dan bagaimana nak berkomunikasi dengan org lain dengan baik.

Kadang2 ada student2 MRSM KKB atau student Darul Quran yang datang. Ada sekali tu student2 MRSM tu kena jangkit kudis buta beramai2, so org dispense ubat kudis buta kat lebih 5 orang student. Bila student Darul Quran yang datang, sejuk je mata tengok diorang. Yang perempuan bertudung labuh dan sopan, yang lelaki pulak wajah diorg bersih je. Masa dispense ubat, student lelaki ni tak pandang muka org pun. Dan ada jugak student2 medic IMU buat praktikal kat sini. Dapatla org tengok student2 ni menginterview patient2 yang tengah tunggu giliran.

Rasanya macam dah panjang sangat org cerita pasal kerja org kat sini. Esok hari last org kat HKKB, lepas raya cina org terus start kat HTAR kat department TDM (therapeutic drug monitoring). Kat HTAR nanti memang sure kerja org akan berkali2 ganda banyaknya daripada kerja kat sini, org harap kawan2 sudi doakan agar org mampu lakukan yang terbaik untuk clinical attachment org selama 4 bulan lebih kat sana ye :)

Buku2 log yang perlu diisi untuk setiap department. Markah kena >60% untuk lulus. Tak tau nak tulis apa -__-



Sampai sini dulu. Thanx banyak ye sudi baca. Assalamualaikum :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...