Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Jika selama ini org selalu terbaca kat dada akhbar tentang kisah2 rumah dipecah masuk & barang2 dalam rumah habis dikebas pencuri, namun kali ini org berpeluang melalui sendiri detik2 seperti itu secara real punya.
Em, mungkin ramai kawan2 yg dah tahu pada jumaat pagi yang lalu, rumah arwah atuk yg org duduk dengan sorg housemate kat Batang Kali dipecah masuk pencuri.
Terjaga kira2 pukul 5 pagi (terlihat jam dinding), tangan org tergapai2 meraba tablet yang biasanya terletak di tepi bantal dalam keadaan gelap. Tiada. Malah handphone dan dompet yang turut berada di situ pun tiada.
Eh? Jatuh katil ke? Rasa2 diri ini tidur tak lasak pun.
Lalu dalam keadaan samar2 diri ini menjeling ke bawah katil. Tak ada apa2.
Diri ini terus duduk di atas katil. Mata masih melilau2 mencari barang2 tersebut yang mungkin tersembunyi bawah bantal dan selimut. Dan ketika itulah mata menangkap imej sofa yang kosong. Tiada bag laptop yang biasanya terletak di situ. Dan di tepi sofa itu, pintu belakang tu... pintu itu tak tertutup rapat.
Pada saat itu darah terus berderau. Jantung rasa nak meletup.
Terus diri melompat bingkas dari katil lalu menuju je pintu. (katil org di ruang tamu depan tv. katil ni arwah atuk selalu guna, sebab tu tak diletak dalam bilik. Dan org selalu tidur di sini kalau ada buat keje sampai larut malam)
Daun pintu ditolak. Kemudian gril di luar juga ditolak. Maka terlihatlah gril yang sudah kopak dipotong pencuri. Dengan mangga yang masih terkunci kemas di bahagian gril yang dipotong.
Ya Allah. Aku tak mimpi. Rumah aku betul2 dimasuki pencuri. Dan pencuri tu ambil barang2 yang betul ada kat tepi kepala masa aku tengah nyenyak tidur. Ya Allah. Ya Allah.
Org terus berlari naik atas kejutkan Atun, housemate org yg nyenyak tidur. Terus buka pintu biliknya yang tak berkunci, tanpa diketuk terlebih dahulu.
'Atun, atun, rumah kita kena masuk pencuri!' org beritahu Atun yang baru terjaga dan masih terpisat2 kat katil.
Dalam gelap org nampak Atun tergamam. Lantas dia bangun lalu menuju ke pintu yang telah dikopak. Dan dalam keadaan kelam kabut itulah, org terduduk di sofa. Buntu. Tak tahu apa yang perlu dibuat.
'Wawa, jom kita bagitau kat Mak Uda,' cadang Atun. Mak Uda adalah jiran kami yang tinggal di rumah belakang. Pada saat itu masjid berhampiran sudah membaca ayat2 suci Al Quran, sebelum memulakan azan subuh.
Kami bergegas menuju ke belakang. Ketuk pintu rumah Mak Uda. Mak Uda yang masih mamai membuka pintu. Setelah menceritakan apa yang berlaku, Mak Uda bergegas menuju ke rumah kami.
Dan kemudian selepas solat subuh, kami bergegas ke balai polis berhampiran. Membuat laporan polis.
Menurut polis, kampung tempat kami duduki tu tak pernah ada laporan polis tentang pecah rumah dibuat. Sedangkan Mak Uda selalu cerita ada je rumah dikampung itu dipecah pencuri.
Apakah org2 kampung di situ sebelum ini tak pernah buat laporan polis? Hati org bertanya sendiri.
Pada jam 8 pagi, dua org polis tiba di rumah membuat pemeriksaan dan mengambil gambar. Dan pada saat itu jugalah dompet org dijumpai semula berterabur isi kandungannya di tepi rumah Mak Uda. Mujurlah kad pengenalan, lesen, kad ATM tidak diambil. Tapi wang tunai & syiling semuanya lesap diambil pencuri.
Dan pada hari itu org dan Atun masuk kerja lambat, dalam pukul 10 pagi. Dan anggaran kerugian yang org alami adalah kira2 7 ribu termasuklah laptop & external harddisk, samsung galaxy tablet, handphone, dan wang tunai. Dalam laptop tu ada banyak report yang perlu dihantar. Dan tablet tu baru je 2 minggu dibeli. Org hanya mampu redha.
Apa yang lebih menggerunkan, bukan itu sahaja barang yang diambil pencuri dari rumah kami. Setelah memeriksa, Atun tersedar bahawa pakaian dalamnya yang disidai di ampaian luar juga hilang diambil si pencuri.
Pencuri ni saiko. Memang saiko.
Namun org dan Atun hanya mampu pasrah dan redha menerima musibah ini. Memang salah kami yang terlupa check pintu sebelum tidur. Dua engsel yang berada di pintu tu tak diselak, sebab itu dengan mudahnya selepas mengumpil gril, pencuri tu dapat masuk.
Tapi jauh disudut hati, org hanya mampu bersyukur tak terhingga sebab pencuri itu langsung tak apa2kan org. Hanya ambil barang dan berlalu pergi. Sedangkan dia punya peluang untuk merogol jika dia mahu. Dia boleh ikat kami berdua dan minta barang lain jika dia mahu. Dan andai org terjaga saat dia di dalam rumah, org mungkin akan jadi mangsa bunuh jika dia mahu.
Syukur Ya Allah. Meskipun ini antara dugaan terhebat yg org pernah terima, namun kejadian inilah yang memberi banyak pengajaran untuk org lebih berhati2 pada masa hadapan.
Dan terima kasih yang tak terhingga kepada kawan2 yang mengambil berat akan keadaan diri org selepas musibah ini. Juga saudara mara yang tak henti2 memberi nasihat supaya lebih berhati2 dan berwaspada.
p/s : Sekarang ni duduk kat kampung belum tentu akan aman dan selamat.Hati2 dan check semua pintu rumah sebelum tidur ye.
0 comments:
Post a Comment