skip to main |
skip to sidebar
BUZZ!
: :)
: Nur? I thought u’re offline?
: hehe, nope. I’m invi…
: oic… nape saje buat invi?
: bnyak keje nak buat la Am… 2 yg kene invi. okla, sy nk kena smbung keje, saje je tgur awk ni… mlm ni kite chat time biase ye… got lots of thing to share with u… c ya!
: ala, siannya die… ok, mlm ni time biase. sharp ek! :)
Amir tersandar sambil tersenyum sendirian. Gembira apabila gadis CherryBlossom itu menegurnya sebentar tadi. Perkenalannya dengan gadis itu menerusi Yahoo Messenger sejak tiga bulan lalu memutikkan persahabatan yang cukup erat. Walaupun tidak pernah bersua muka, namun jelas sekali wujud keserasian dan kepercayaan di antara mereka. Hari pertama mereka ’chatting’, sudah begitu banyak perkara dibualkan antara mereka. Rupa-rupanya mereka belajar di universiti yang sama. Bangunan fakulti mereka juga hanya sebelah menyebelah. Pelbagai maklumat diri turut dikongsi bersama. Namun aneh, Amir tidak pernah bertanya nama penuh si gadis tersebut. Gadis itu juga tidak pernah bertanyakan nama penuhnya. Hanya nama panggilan Nur dan Am yang menyatukan mereka selama tiga bulan berkawan. Bagi mereka, itu sudah memadai…
***
Tepat jam sebelas malam, Amir sudah pun terlongo di hadapan laptopnya. Menantikan sapaan daripada Nur. Amir tidak mahu menegurnya dahulu. Takut-takut menganggunya yang sedang banyak kerja.
: hai Am! lama tnggu?
: hai Nur. awk lmbat. lama sy tnggu…:(
: huhu, maafkn sy. assignment sy mlambak la Am… lgpun lmbt 5 minit je kn? sory ye.. :-p
: haha, xpe. sy fhm. gurau je td. so, ape crite mnarik yg awk nak bgtau sy arini? nk dgr..
: wa, xsbr2 awk ek. sronok sy. ok2, biar sy start cite sy ek…
Begitulah rutin Amir pada setiap hari. Berbual dengan Nur tepat pada jam 11.00 malam pada tiap-tiap malam. Sudah tiga bulan. Kadangkala perbualan mereka berlanjutan hingga pukul 2 pagi. Namun Amir tidak kisah. Dia gembira mendengar segala cerita Nur. Kelakar dan tidak pernah membosankan. Kadangkala membuatkan dia ketawa seorang diri pada tengah-tengah malam.
“Oi Mir. Udah-udahla tu. Terkejut aku kau ketawa sorang-sorang tengah malam macam ni. Aku ingat pontianak manalah tadi,’ luah Irfan, rakan sebilik Amir. Dia terpisat-pisat sambil duduk di birai katilnya.
“Aa, sorry Fan. Aku tengah chat dengan Nur ni. Dia ni buat lawak gila la. Tak boleh tahan aku baca lawak dia,’ Amir berkata dengan rasa bersalah. Kasihan pula melihat Irfan yang terjaga dari tidur disebabkan dirinya.
“Sorry. Kau sambunglah tidur tu balik. Aku janji tak bising lagi. Goodnight,’ sambung Amir lagi.
“Goodnight. Jangan tidur lambat sangat. Kalau kau tidur dalam kelas nanti aku tak nak kejut,’ kata Irfan. Sempat pula bergurau sebelum menyambung kembali tidurnya yang terganggu. Amir tertawa melihat rakan sebiliknya itu lalu meneruskan perbualannya dengan Nur yang tergendala sebentar tadi.
Nur, ada sahaja cerita yang ingin dia kongsi bersama Amir. Cerita tentang apa yang berlaku di kelasnya pada hari itu, cerita tentang apa yang dilihatnya pada hari itu. Segalanya yang Nur rasakan kelakar akan dia kongsi bersama Amir. Lebih-lebih lagi apabila dia tahu bahawa Amir seorang yang amat mudah ketawa. Dapat Amir bayangkan, betapa riuhnya dan kelakarnya Nur jika mereka bertentang dua mata. Namun Amir belum bersedia. Dia tahu Nur juga begitu. Biarlah mereka bahagia meneruskan persahabatan dengan cara begini.
Kadangkala Amir juga hairan. Dia telah banyak berkongsi segala maklumat tentang dirinya kepada Nur. Nur juga. Namun aneh apabila masing-masing tidak pernah mengutarakan hasrat untuk bersua muka. Melihat gambar masing-masing juga tidak pernah walaupun mereka boleh melihat wajah satu sama lain menerusi webcam. Kepercayaan itu ada, malah cukup banyak, tapi apa halangannya?
“Tak apalah, mungkin kita lebih sesuai berkawan dengan cara begini. Lambat laun pasti kita akan bersua juga Nur. InsyaAllah…’ luah Amir di dalam hatinya.
***
: Am?
: Ye Nur?
: awk prnah bercinta x? prcaya pd cinta?
: eh, tiba2 je awk ni Nur. knapa? awk dah jtuh cinta ye? haa…
: jgnla usik mcm2. malula…huhu
: ha, btulla 2 kn? eh, sy ingat Nur yg sy knal ni xlyn lgsg hal jiwang2 camni. wah, dah maju ye. sejak bila ni? dgn sapa?
: em, tahla… sy xpasti apa yg sy rasa, tp stiap hari sy terigtkan dia…
Amir terasa hatinya bagai direntap. Nur berkongsi dengannya tentang cinta. Satu topik yang langsung mereka tidak pernah bual sebelum ini. Amir sekadar tahu status Nur sahaja. Single. Begitu juga dengan dirinya. Malah Nur pernah memberitahunya bahawa dia langsung tidak meminati segala perkara yang berkaitan dengan cinta. Namun malam ini tiba-tiba sahaja Nur yang pertama membuka bicara tentang cinta.
: Sy pun xtaulah Am. kami brlnggar scr xsngaja pd 1 hari…
: ok, truskn..i’m listening…
: then dia xabis2 mintak maaf dgn sy. Kutip semua buku sy yg jtuh. kmudian tlg sy bngun. Masa 2 sy rasa sy dh trtarik dgn dia. Muka dia masa tu ikhlas sgt…
: wa, leh kata cinta pndg prtama la ni kn? siapa nama lelaki 2? fakulti mana?
: 2lah mslhnya. Sy xtau. Sy lgsg xknl lelaki 2. nama pun xtau. Tp sy tau sy sukakn dia. Sy asyik terbyg wjah dia. Apa prlu sy buat Am? sy resah fikirkn bnda ni…
Tiba-tiba Amir terasa bagai hatinya dicarik-carik. Entah mengapa, perasaannya bercampur baur. Perasaan cemburu, kecewa, marah dan sedih bercampur menjadi satu. Kenapa? Kenapa aku perlu berperasaan begini? Jeritnya dalam hati.
: Am? R u still there?
: yes. sory2… em, sy pun xtaula apa nk buat kalau sy jd awak. Suka pd sum1 yg kte xprnah knal… Tp kalo sy, sy just berdoa smoga dipertemukn smula ngan lelaki 2. InsyaAllah, kalo awk ngan dia mmg ade jdoh, dh tntu awk ngan dia akn brjumpa lagi 1 ari nnt…
Amir diam. Mukanya sugul. Bukan itu sebenarnya yang terpahat di hatinya. Menyimpang sama sekali. Dia kalau boleh tidak mahu Nur terus-terusan mengingati lelaki itu. Mahu Nur terus melupakannya. Namun dia tak mungkin akan berkata sedemikian kepada Nur. Tidak sama sekali.
: thnx Am. Awk dah kurgkan perasaan resah sy. Time kasih bnyk2.. :)
: sama2. mmg itulah tugas seorg kwn kn? Sy hope lps ni awk jumpa lg ngn lelaki 2. apa2 prkmbngan trbaru ttg awk n dia britau sy ye? Hehe…
: haha. Ok. I promise. Em, klah Am. dh pkul 2 pagi. Sy kna out. Esk pg ade klas ni. Awk ade klas gak kn? Jgn tido lmbt2 tau. Apepun thanx dgr luahan hati sy. Keep it as a secret k?
: ok, janji. U can trust me. Thnx sbb sudi share ngan sy. Gudnite Nur. Sweetdream…:)
: ok, gudnite am. Sweetdream 2… :)
Amir menekan butang “sign out’ kemudian bersandar di kerusinya. Dia berbohong sekali lagi. Dia langsung tidak berharap agar Nur dipertemukan semula dengan lelaki itu. Dia tidak sanggup. Sekadar membayangkannya pun Amir tidak sanggup. Dia juga sebenarnya tidak ingin tahu langsung andai ada apa-apa terjadi antara Nur dan lelaki itu. Dia tahu dia akan terluka.
Ketika itulah baru Amir sedar, entah sejak bila, dia telah jatuh hati kepada Nur…
***
“Oi Mir. Apasal muncung je muka kau hari ni?’ suara Irfan tiba-tiba memecah kesunyian pagi itu. Lalu dibalingnya tuala yang tersangkut di bahunya kepada Amir yang sedang duduk di lantai.
“Em, tak ada apa-apalah Fan. Kau baling tuala kat aku ni kenapa? Aku dah mandilah,’ kata Amir lalu dibalingnya semula tuala milik Irfan kepada tuannya. Irfan ketawa terbahak-bahak.
’Eleh, dah mandi konon. Muka macam tak mandi lagi je. Kenapa dengan kau ni? Ada masalah?,’
“Tak adalah, aku cuma tak cukup tidur je ni,’ Amir cuba berselindung.
“Mir, aku kawan kau la. Aku tau kau tiap-tiap malam tidur always punctual. Tak pernah lambat dari biasa. Jangan tipu aku. Kenapa? Kau bergaduh dengan Nur ke malam tadi?’ laju Irfan cuba mengorek rahsia sahabat baiknya itu.
“Tak ada Fan. Betul. Aku cuma tak cukup tidur ni, sebab terlama sangat chat ngan Nur semalam. Aku lambat tidur, and aku tengah pening kepala ni,’ kata Amir sambil berpura-pura memicit kepalanya yang tidak pening.
Irfan diam. Dia mengangkat sebelah keningnya.
“Em, kalau macam tu kau makanlah panadol atas meja tu. And lain kali jangan gatal nak chat lama-lama sangat. Kalau kau sakit aku jugak yang susah nanti,’ sambung Irfan sambil menuding jarinya ke atas meja belajarnya.
“Yalah Fan. Bertuah betul aku ada member yang very caring ni,’ Amir tersenyum seperti kerang busuk lalu menyandarkan badannya ke Irfan.
“Haha, yelah tu. Eh, dahlah. Kita dah lambat ni. Hari hi kelas Puan Lina. Kalau lambat abislah kita,’ sambung Irfan lalu dia terus keluar untuk memakai kasut. Amir pula berpura-pura mengambil panadol di atas meja Irfan lalu menuruti sahabat baiknya itu ke luar bilik.
***
’Ish perut ni, time ni la dia nak buat hal. Tulah, menipu lagi tadi. Padan muka aku,’ gumam Amir dalam hati. Dia berlari keluar dari tandas menuju ke dewan kuliahnya. Tadi baru sahaja dia hendak melangkah masuk ke dewan kuliah, perutnya tiba-tiba memulas. Entah kenapa agaknya.
Amir mengerling jam di tangannya. Sudah sepuluh minit dia terlewat. Sah Puan Lina sudahpun masuk ke dalam kelas. Dia mempercepatkan lariannya. Terbayang di wajahnya bagaimana dia akan di’hentam’ oleh pensyarahnya itu sebentar lagi walaupun hakikatnya dia datang awal pada hari itu.
Ketika sedang berlari sambil masih lagi mengerling jam di tangannya, Amir terlanggar seseorang. Seorang gadis. Kedua-duanya terduduk di atas lantai. Buku-buku yang dibawa gadis itu bertaburan. Amir terkesima. Dengan pantas dia mengutip buku-buku gadis itu.
“Maafkan saya. Maafkan saya. Saya tak sengaja,’ kata Amir lalu dengan pantas dia menyerahkan buku-buku yang dikutipnya kepada gadis tadi. Sempat Amir melihat tag nama gadis itu. Nuril Anwar. Fakulti Pergigian. Kemudian dia melihat sekilas wajah gadis itu. Ayu walaupun mukanya masam mencuka. Sempat pula dia meneliti wajah gadis di hadapannya itu.
“Maafkan saya. Saya dah lambat ke kelas. Saya kena pergi dulu. Maafkan saya,’ kata Amir lalu meneruskan langkahnya dengan pantas menuju ke dewan kuliahnya. Sempat dia menoleh semula ke arah gadis yang dilanggarnya tadi. Gadis itu sedang mengibas-ngibas bajunya lalu berlalu pergi. Timbul rasa kasihan dalam diri Amir apabila melihat gadis itu. Namun dia tak boleh berlengah. Puan Lina sedang menantinya di dalam kelas.
Sampai sahaja di dewan kuliah, Amir menguak pintu. Semua mata sedang tertumpu ke arahnya, termasuk mata buntang Puan Lina. Puan Lina lantas mencekak pinggang di hadapannya. Amir terkedu seketika.
’Puan, dengar dulu penjelasan saya. Saya sampai awal tadi, tapi kemudian saya pergi tandas. Kalau puan tak percaya tanya Irfan,’ jelas Amir tiba-tiba sambil menuding jarinya ke arah Irfan. Irfan terkejut lantas mengangguk laju. Kemudian menuding jari ke arah beg Amir yang terletak di tempat duduk bersebelahannya.
“Em, yalah tu. Awak bernasib baik sebab mood saya baik hari ni. Pergilah duduk,’ kata Puan Lina acuh tak acuh lalu meneruskan pengajarannya. Amir menarik nafas lega lalu berlalu ke tempat duduknya.
’Wah, nasib baik kau Amir. Aku dah terbayang Puan Lina tengking kau tadi,’ bisik Irfan sebaik sahaja Amir duduk di sebelahnya. Amir sekadar tersenyum kambing sambil mengangkat kedua belah keningnya.
Ketika pembelajaran, Amir tidak dapat menumpukan perhatian. Dia asyik teringat gadis yang dilanggarnya secara tidak sengaja tadi. Gadis yang sungguh ayu walaupun wajahnya muncung. Mungkin menahan marah, sakit atau malu. Dia tidak tahu. Nuril Anwar, daripada fakulti pergigian. Fakulti yang terletak di bangunan sebelah fakultinya, fakulti kejuruteraan mekanikal . Jangan-jangan Nur dan gadis itu orang yang sama?
’Haha, tak mungkin. Melambak orang nama Nur dalam fakulti tu. Dalam dunia ni mana ada kebetulan,’ gumam Amir lantas dia membuang bayang gadis itu jauh-jauh dari fikirannya dan cuba menumpukan perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh Puan Lina di hadapan kelas.
***
: Am, awk nk dgr crite sy x? tp yg ni xklakar la…
: haha, xkisahla klakar ke x. Sy ttp nk dgr. Critala Nur.
: camni, pg td time sy bru abis klas, ade sorg mamat lnggar sy. Sy pun plikla, knapa org asyik nk lnggar sy je. lelaki je plak 2… sy rasa sy xcuai pun. Tp tahla. Mungkin sy ni slalu xbernasib baik kut…
Darah Amir berderau. Dia teringat insiden pagi tadi, di mana dia terlanggar seorang gadis tanpa sengaja. Adakah dia Nur? Gadis yang saban hari bersembang dengannya di alam maya ini?
: hmm, dia mntak maaf x?
: haah, ada. Nasib baik dia mintak maaf. Dia pun tolong kutipkan buku-buku sy. Mcm kes dgn lelaki yg sy suka dlu tu la. Lwk je, hehe…
Amir tersentap lagi. Adakah dia lelaki yang Nur maksudkan? Tak mungkin. Mungkin semua itu sekadar kebetulan. Aku perlu mencungkil lagi, luah Amir dalam hatinya.
: Em, ada x lelaki tu ckp kat awk dia terlnggar awk sbb dia lmbt gi kelas ke… ada?
: Haah, ada la Am. Dia mmg kelam kabut nk balik klas masa 2. Eh, mana awk tau ye?
: eh, sy agk je. Slalu budak yg terlnggar org ni sbb dia duk rushing nk gi klas sbb lmbt la. Kan? Kan?
: Haha yelah. Awk ni tau mcm bnyk pnglaman je, hehe… dh slalu ek? ha, kantoii…
“Memanglah aku tahu, aku yang langgar kau pagi tadi Nur,’ luah Amir. Amir terkesima seketika. Tak menyangka gadis yang dilanggarnya pagi tadi ialah Nur, kawan mayanya yang telah tiga bulan dikenalinya. Gadis yang dia yakin dia telah jatuh hati padanya walaupun tanpa melihat wajahnya. Tak menyangka Nur dan Nuril Anwar merupakan orang yang sama. Apakah ini suratan atau kebetulan? Bertentang mata bertemu muka tapi saling tidak mengenali? Namun Amir tidak memberitahu Nur bahawa dialah orang yang dilanggarnya pagi tadi. Entah kenapa, Amir tiada kekuatan. Kenapa dengan aku? Apa sebenarnya yang aku takutkan?
: Am, lagi satu, sy ada crita best nk bgtau awk.
: wa, ade lagi. Apa pulak kali ni?
: sy dah tau nama lelaki yg sy suka tu. Rupa2nya dia kwn lama roommate sy. Td sy nmpk dorg berckp. awk tau x btapa gembiranya sy?
: wah, really? Bgusnya. Siapa dia nama lelaki pujaan awk tu? Nk gak sy tau sape insan bertuah tu, haha…
Amir mengetap bibir. Pahit setiap kali Nur menyatakan tentang lelaki itu. Namun dia terpaksa berbohong. Barulah kali ini Amir merasa betapa peritnya berbohong semata-mata untuk melindungi perasaan sendiri. Amir tahu, dia hanya bertepuk sebelah tangan. Tidak mungkin Nur membalas perasaannya. Lagipun hanya dia yang mengenali Nur, sedangkan Nur tidak…
: haha, bertuah ye? Awk perli sy ye Am?
: eh, mane ade Nur. Btulla sy ckp. Mane ade perli. Btul ape. So sape nama jejaka idaman awk tu?
: em, nama dia kalau ikut kawan saya cakap, Ahmad Irfan bin Ilyas. Single lagi. 2 yg penting, hehe… dia student engine. Dia sama bangunan dengan fakulti awk la Am…
Jantung Amir hampir sahaja berhenti.Ya Allah! Mata Amir bulat sebaik sahaja membaca nama itu. Irfan! Rakan sebiliknya. Insan yang paling hampir dengannya. Jadi selama ini Nur menyukai Irfan? Kenapa dalam ramai-ramai lelaki di kampus ini, Irfanlah lelaki yang Nur suka? Kenapa tidak orang lain? Hati Amir bagai ditusuk sembilu. Betapa pahitnya dia rasa untuk menerima kenyataan ini.
: jadi Am? awk knal lelaki tu?
: knal? Er… tak. mgkin dia amik engine tp bkn course sy kut. Course engine ade bnyk kat bngunan sy 2…
Amir mengetap bibir lagi. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa bersalahnya dia rasa kerana menipu Nur. Berpura-pura tidak mengenali Irfan sedangkan Irfan merupakan sahabat karibnya. Tapi dia tak sanggup kehilangan Nur. Meskipun sebagai seorang sahabat baik.
: haah. Btul gak. Apepun sy lega bile share bnda ni ngn awk. At least beban yg sy tnggung ble pndm bnda ni sorg2 ilang. Thnx ye Am sbb sudi dgr… :)
: welcome. It’s my pleasure. Truskn usaha awk utk mendekati lelaki tu. Jgn putus asa. Sy sntiasa skong awk Nur. Ganbatte! :)
: haha, thnx Am! awk mmg bestfren sy yg mmg best! :)
Amir melepaskan keluhan berat. Dia benar-benar berasa seksa apabila terpaksa menipu. Memberitahu sesuatu yang begitu bercanggah dengan apa yang sebenarnya bersarang di hatinya. Jelaslah Nur menganggapnya hanya sebagai sahabat baik. Ternyata selama ini dia bertepuk sebelah tangan. Dia dapat merasakan yang Nur semakin jauh dengan dirinya. Amir menoleh melihat Irfan yang sedang nyenyak dibuai mimpi. Yang langsung tidak mengetahui bahawa terdapat seorang gadis di luar sana yang menyukainya diam-diam.
“Betapa beruntungnya kau Fan. Nur suka kau. Bukan aku. Ya Allah, berilah kekuatan kepada diriku untuk menghadapi dugaan ini,’ luah Amir dalam hati lalu dia memejam mata dan meraup wajahnya.
***
Semenjak hari itu, Amir terpaksa memendam rasa apabila Nur menyebut tentang Irfan. Hampir setiap malam Nur membicarakan tentangnya. Menceritakan betapa gembiranya dia apabila terserempak dengan Irfan walaupun Irfan langsung tidak perasan akan kehadirannya. Sedangkan Amir juga bersama Irfan setiap kali mereka bertembung. Dia perasan bagaimana lirikan mata Nur menyoroti setiap langkah Irfan. Menyedari betapa bahagianya Nur rasa setiap kali dia tersenyum apabila melihat Irfan. Kehadirannya disisi Irfan langsung tidak disedari Nur. Itulah yang paling menyakitkannya. Namun Amir tidak pernah menyalahkan Nur. Betapa dia faham perasaan gadis yang dilamun cinta. Cinta yang tidak berbalas, kerana dia juga merasainya. Betapa dia mengharapkan cinta Nur itu adalah untuk dirinya, bukan Irfan. Tapi apakan daya, dia tidak boleh mengubah takdir. Nur menyukai Irfan, bukan dirinya. Hakikat itulah yang terpaksa Amir telan walaupun ianya pahit seperti hempedu.
Sehinggalah pada suatu hari Amir tidak sanggup berpura-pura lagi. Bebanan perasaan bersalah yang dipendamnya sudah tidak mampu lagi ditanggung. Tidak sampai hati lagi menipu Nur yang telah memberikan sepenuh kepercayaan terhadapnya. Dia tidak mahu mengkhianati Nur lagi.
: Nur, I got sumting to tell u… it’s about Irfan…
: wah, really?? Tell me about it.. :) tak sbrnya nk dgr..
: sy sbnrnya dh pun brkwn dgn Irfan. Bolehla nk kata shbat baik skrg. Sorry sbb xbgtau awk slama ni. Kalau awk nk mrh, mrhla…sy rela..
: ha? Yeke? Awk xtipu?
: xtpu, btul…sorry ye Nur…
: hmmm, xpela am. sy xkisahpun. Hal kcik je. Lgpun sy glad awk kwn rpt ngn Irfan. Lehla sy korek bnyk hal ttg dia drpd awk kn? :)
: em, boleh.. :) 1 more thing.. kalau sy bwk Irfan jmpa awk nk x? xprlu nk bgtau awk suka dia. Ckuplah kalau awk berdua dpt luangkan masa bersama. Nak?
: Haaa??!! ehh, xmaula Am. sy malula. Nnt apa plak Irfan fikir…
: tak Nur.. sy knl Irfan very well. Dia open minded. Awk bertuah tau sbb Irfan mmg baik n sy rasa awk mmg scocok ngan dia. Lgpun kalau awk nk, awk pun knala usaha gak kn? Kalo diam je mana nk dpt. Ni la peluangnya…
: erm….aaa…. kalau mcm2 oklah Am. sy stuju. Btul gak kata awak. Smpi ble sy nk diam mcm ni kn? Irfan xkan tau…kalau gitu, bila? Kat mana awk nk bwk dia jmpa sy?
: ha, bgusla kalau awk stuju. apa kata kalau ptg esk pkul lima, kat bangku sblh air pancut antara bgnn fakulti sy n fakulti awk tu?
: em, ok.. tp sy tkutla Am, huhu…
: jgn risau Nur. I’ll always by ur side… :)
Amir mengeluh. Entah kenapa dia mengambil keputusan untuk menemukan Irfan dengan Nur walaupun dia tahu dia sendiri akan menderita nanti. Akan tetapi, dia rela berkorban disebabkan betapa dalamnya kasihnya kepada Nur. Tak sanggup melihat Nur terseksa memendam perasaan dan sekadar meluahkannya hanya kepada Amir. Biarlah dia seorang sahaja yang terseksa. Biarlah Nur bahagia dengan insan yang dicintainya…
***
’Kat sini ke Mir? Betul gadis tu nak jumpa aku? Kau tak main-main?’ luah Irfan dengan nada bimbang. Sebaik sahaja Amir memberitahunya bahawa seorang gadis ingin bertemu dengannya selepas tamat kelas di situ, dia terpana seketika. Lebih memeranjatkan apabila Amir memberitahu bahawa gadis itu menyukai dirinya. Orang macam aku ni ada peminat? ngomel Irfan dalam hati. Apa yang telah dia lakukan?
“Betul Fan, aku tak main-main. Dia gadis yang kau tolong time kau terlanggar dia dulu. Kau ingat tak?’ tanya Amir. Wajahnya serius.
Irfan berfikir seketika. Kemudian barulah dia teringat akan gadis yang dilanggarnya suatu ketika dahulu. Gadis ayu yang dilanggarnya tanpa sengaja. Tapi apa yang telah dia lakukan yang telah membuatkan gadis itu menyukainya? Pertanyaan itu sentiasa bermain dalam fikirannya. Dia sendiri tidak pasti. Irfan menganguk kepada Amir tanda dia mengingati gadis itu.
’Dia suka kau Fan. Dan untuk pengetahuan kau, dialah Nur yang chat dengan aku tiap-tiap malam,’ sambung Amir lagi.
Irfan tergamam mendengar kata Amir. Nur? Yang saban malam berchatting dengan Amir? Yang sering buat Amir ketawa seorang diri tengah-tengah malam? Gadis itu yang dilanggarnya dahulu?
“Tapi…Dia… bukan bercinta dengan kau ke Mir? Tak apa ke kau bawak aku pergi jumpa dia?’
’Ish, apa kau mengarut ni. Kitorang kawan baik je la. Tak pernah pun bercinta. Lagipun orang yang dia suka ialah kau, bukannya aku,’
Irfan merenung wajah Amir. Cuba dicarinya sesuatu yang luar biasa pada wajah itu, tanda bahawa sahabatnya itu tidak bercakap benar. Namun Amir begitu bijak menyembunyikan perasaannya. Tiada sebarang perasaan terukir di raut wajahnya. Namun keraguan di hati Irfan tidak langsung pudar. Dia dapat merasakan bahawa Amir ada menyembunyikan sesuatu daripadanya.
“Fan, tiga bulan aku kenal dia, aku tau Nur seorang yang sangat baik. Kau bertuah sebab dia suka kau. Kau tak akan menyesal bila mengenalinya. Tolonglah Fan, jangan buat dia kecewa,’ entah kenapa, Amir merayu agar Irfan menerima Nur dengan baik. Dia tak sanggup melihat Nur kecewa. Biarlah dia seorang sahaja yang kecewa, asalkan Nur gembira dan bahagia.
“Ok Amir. Aku cuba. Demi kau, demi persahabatan kita,’ dalam kata-kata Irfan. Amir tersenyum lega mendengar kata-kata Irfan. Memang dia bertuah memiliki sahabat seperti Irfan.
Pada ketika itulah tiba-tiba Amir terlihat Nur melangkah daripada fakultinya menuju ke tempat mereka. Dengan serta merta dia meminta diri daripada Irfan. Dengan alasan hendak ke tandas. Irfan mengangguk, walaupun pada mulanya dia keberatan bertemu Nur seorang diri. Dia tahu Amir menipu. Tapi sengaja dibiarkan. Sekelip mata sahaja Amir hilang dari pandangan. Tinggallah Irfan berseorangan di bangku tersebut.
Dari jauh, Amir memerhati Nur dan Irfan dari sebalik sebatang tiang yang tersembunyi dari pandangan mereka berdua. Dapat dilihat betapa gembiranya dan bahagianya Nur ketika berbual dengan Irfan, walaupun terselit perasaan malu di wajahnya. Ternyata Irfan menerima kehadiran Nur dengan baik. Mereka ketawa bersama dan kelihatan begitu mesra walaupun pertama kali berbual. Ternyata mereka begitu sepadan, fikir Amir. Namun jauh di sudut hatinya, Amir terasa bagai dihiris sembilu. Kini dia faham betapa perit dan pedihnya rasa apabila tidak dapat memiliki insan yang dicintai. Lebih-lebih lagi insan yang begitu dekat dengan dirinya. Hanya dapat melihat dari jauh tanpa berpeluang untuk menghampirinya. Mata Amir tiba-tiba digenangi air. Lantas diseka air matanya itu lalu dikuatkan semangatnya untuk berlalu dari tempat itu. Tidak ingin lagi menambah pilu di hatinya…
***
: Am? R u there?
: Nur? Mana awk tau sy online? Sy dh buat mode invi..
: Am… sy kwn ngan awk bukan sehari dua. Dh berbulan-bulan. Of course I know u’re there at this time… knapa invi?
: sy ada bnyk keje nk buat la Nur…
: really? Sorry kaco… or, awk dh xsudi nk chat dgn sy?
: eh, Nur…nape ckp mcm2. xadlh.. sy btul bnyk keje ni. Nk kene submit esk. Maafkan sy…
: ok2, sorry2. tp dh 3hari awk xchat ngan sy Am. Sy risau kalo ape2 jd kat awk. Kalo mlm ni kte chat time biase, bleh x? Please… sy hrp sgt…
: eh, sy ok je Nur. Xade apa2. Jgn risau. just bnyk assignment je. Ok2, mlm ni kte chat time biasa ye. Janji.
: :) c u!
Amir bersandar di kerusinya sambil mengeluh. Sudah tiga hari dia tidak chat dengan Nur sejak pertemuan Nur dengan Irfan pada hari itu. Dia tidak tahu mengapa, dia tidak sanggup lagi hendak berbual dengan Nur. Setiap kali mengingati Nur, batinnya terasa sakit. Jiwanya terasa pedih. Apatah lagi hendak berbual dengan Nur seperti biasa. Terbayang bagaimana mesranya Nur dan Irfan pada hari itu. Hatinya sakit.
Namun hanya Allah sahaja yang tahu betapa rindunya dia dengan Nur. Baru sehari tidak berbual dengannya Amir terasa seperti hendak mati. Lebih-lebih lagi dia sekadar mampu melihat dan membaca mesej-mesej offline yang ditinggalkn Nur selama dia tidak online sepanjang hari. Dia tidak betah membalas mesej-mesej itu. Kelihatan Nur risau melihat perubahan dirinya. Namun Amir tahu, itu hanya kerisauan terhadap seorang sahabat baik. Tak lebih dari itu.
Irfan pula, kadangkala berkongsi dengan Amir tentang persahabatannya dengan Nur yang semakin mekar hari demi hari. Setiap kali Irfan menyebut nama Nur, hati Amir sakit lagi. Cemburunya meluap-luap. Namun dia sekadar tersenyum palsu. Pura-pura tumpang gembira atas sahabatnya itu. Sedangkan hatinya pedih menelan apa yang terbuku di jiwanya. Namun Amir berjanji pada dirinya bahawa dia tidak akan menjadi batu penghalang antara Nur dan Irfan. Tidak sekali-kali. Dia tidak sanggup memusnahkan kebahagian Nur. Dan juga kegembiraan Irfan yang jelas tertera di wajahnya hari demi hari. Lebih baik dia mengundur diri sebelum perasaan hatinya terhadap Nur menjadi lebih parah, fikirnya.
***
: salam Am..
: wsalam Nur..
: awk sihat? Ok?
: sy sihat Nur. Ok… jgn risau ttg sy.. sy xapa2.
: awk sure Am? awk nmpk sgt berbeza spnjg 3hari ni… apa mslh awk? Sharela dgn sy…
: yes, I’m sure Nur. Sy ok. Just bru2 ni bnyk sgt assignment, sy tension skit…
: Irfan crita ngan sy yg awk 3hari ni lain sgt. Asyik termenung je, mcm org sakit. Muka sdih je.Dgn dia pun awk xcrita mslh awk.
: Knapa dgn awk Am? Sy tau awk xkan tension. Awk bukan jnis mcm2. sy tau. Knapa?
“Aku jadi begini sebab kau Nur. Sebab rasa cinta aku pada kau. Itu sebabnya. Tiada sebab lain,’ getus Amir dalam hati. Tapi tak mungkin dia akan berkata begitu kepada Nur. Tak mungkin. Irfan ni pun satu, buat apalah dia pergi mengadu kat Nur pasal aku? Tak pasal-pasal Nur risau, ngomelnya lagi.
: em, sbnarnya sy ada personal prob, Nur. Personal prob yg hanya sy sndr boleh smpan. Xboleh dikongsi dgn org lain, termsuklah awk dan Irfan…
: tp knp Am? Kita kan kwn baik…slama ni awk xprnah brahsia dgn sy. Tp knp kali ni?
: this time mmg btul2 xbleh.. . sy btul2 mntak maaf. Sy hrp awk fhm..
: ...........
: Nur? Awk xmrh kn?
: x.. xpe, sy fhm Am.. sy cuba fhm..
: trime ksih Nur.. :)
: Am....
: ye? Knapa Nur?
: awk xrasa ke, lpas lbih 3bulan brkwan, dh tiba masanya utk kita berjumpa?
Amir terpana. Darahnya berderau membaca ayat terakhir yang ditulis oleh Nur itu. Berjumpa? Selama mereka berkawan, tak pernah sekali pun mereka terfikir untuk bertemu dan bertentang dua mata antara satu sama lain. Kenapa kali ini? Kenapa setelah dia membuat keputusan untuk menjauhkan diri daripada Nur buat selama-lamanya?
: jumpa? Nur, knapa tiba2?
: awk dh bnyk tlg sy Am… dgr sgala mslh sy, tlg temukn sy ngan Irfan. Tp sy xpernah lihat wjh awk. Stiap kali sy jumpa Irfan, dia msti sorg2. Dia kata awk ada hal. Knapa Am? Awk cuba larikan diri dari sy?
: mana ada Nur. Xprnah trlintas di fikiran sy nk buat mcm2.. kdg2 sy mmg btul2 ada hal..
: kalau mcm2 esk kita jmpa kat tmpt sy jumpa Irfan dlu, ok?
: tapi Nur..
: xada tapi2 lg Am. dah tiba masanya kta brjumpa. Dh tiba masanya sy lihat wajah insan yg dh bnyk sgt tlong sy. Lgpun sy ada ssuatu nk bncg ngan awk. Sy hrp awk dtg esk, pkul 5. sy akn tggu awk smpai awk dtg..
: tp Irfan xmrh ke kalau kta jmpa?
: awk ni Am… sy ngan Irfan bru jd kwn. Blum ada apa2 pun lg… tlg Am, jgn cari alasan lg..
: ok2. kalau itu yg awk nk, ok. Esk sy dtg..
Amir menghempas tubuhnya di atas katil. Kemudian melepaskan satu keluhan. Esok petang dia akan bertentang dua mata dengan Nur. Insan yang begitu disayanginya. Sedangkan hanya berchatting dengan Nur sahaja memerlukan Amir menggunakan seluruh kekuatannya. Inikan pula untuk berjumpa. Namun dia tidak sampai hati apabila Nur mula merayu. Kata Nur benar. Dah tiba masanya mereka bertemu wajah. Sejauh manakah persahabatan andainya wajah sahabat sendiri pun tidak pernah dilihat.
Amir memejam mata. Wajah Nur muncul di fikiran. Wajah ayu yang indah lebih-lebih lagi apabila disulami dengan senyuman dan gelak tawa. Sayangnya wajah itu bukan miliknya. Dia pasti. Kemudian kata-kata Nur berlegar di fikirannya. Dia ingin membincangkan sesuatu dengan Amir pada esok hari. Tentang apa? Untuk meleraikan kekusutan yang bersarang di hatinya? Tak mungkin. Walau apapun yang terjadi, esok dia akan berjumpa dengan Nur. Dan Amir tahu dia betul-betul harus mengumpulkan seluruh kudratnya demi berjumpa dengan gadis idamannya itu, walaupun dia tidak pasti adakah dia mampu…
***
Amir menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sepanjang hari ini di dalam kelas dia tidak dapat menumpukan perhatian. Wajah Nur asyik bermain di fikirannya. Irfan pula sekadar menjeling sahabat karibnya itu. Memahami gundah gulana yang dirasai oleh Amir. Dia tahu bahawa pada petang itu Amir akan bertemu dengan Nur buat pertama kali sepanjang tempoh tiga bulan mereka berkawan. Dan sesungguhnya dia mengerti apa yang dirasakan Amir. Cuma berpura-pura tidak tahu.
“Aku pergi dulu Fan. Kau balik bilik dulu ya,’ kata Amir kepada Irfan dengan wajah yang begitu resah.
“Goodluck Mir. Aku tunggu berita baik daripada kau kat bilik nanti,’ kata Irfan lalu ditepuk lembut belakang Amir dengan tangannya. Amir sekadar mengangkat kening mendengar kata-kata Irfan namun dia tidak bertanya lanjut. Irfan sekadar tersenyum sambil mengangkat ibu jarinya sebelum dia beredar dari situ.
Dari jauh, Amir melihat Nur yang sudah pun duduk di bangku. Nur tidak henti-henti menoleh kiri dan kanan melihat orang yang lalu lalang. Amir dapat lihat, wajahnya kelihatan resah juga. Sama sepertinya. Perlahan-lahan Amir melangkah menuju ke arah Nur.
’Assalamualaikum Nur,’ sapa Amir sebaik sahaja dia tiba di bangku itu. Nur duduk membelakanginya.
’Waalaikumussalam,’ kata Nur lalu spontan dia menoleh wajahnya ke belakang. Serta merta matanya bertentang dengan mata Amir. Matanya terus membulat.
’Am?? Awak? Awak yang…’ kata-kata Nur mati di situ. Dia telah pun berdiri, sambil jarinya menuding ke arah Amir.
’Ya, saya yang awk langgar hari tu, secara tak sengaja,’ sambung Amir sambil tersenyum kelat. Wajah Nur masih lagi terkejut. Tidak berubah daripada tadi.
’Awak dah tahu siapa saya selepas awak langgar saya hari tu, tapi kenapa awak tak pernah beritahu saya?’
’Maafkan saya Nur. Saya tahu saya bersalah sebab tak berani beritahu awak selama ni. Maafkan saya,’ luah Amir dengan nada kesal. Nur sekadar membatukan diri. Akhirnya kedua-dua mereka terdiam kehilangan kata-kata.
“Boleh saya duduk sini? Sebelah awak?’ suara Amir memecah kesunyian setelah lama mereka terdiam tidak bersuara. Nur sekadar mengangguk kemudian kedua-dua mereka melabuhkan punggung di atas bangku tersebut.
Kemudian keadaan menjadi sunyi kembali. Amir dan Nur terdiam lagi. Tidak tahu hendak berkata apa pada hari itu. Entah kenapa, jika di alam maya banyak sahaja perkara yang dibualkan oleh mereka. Tidak pernah kekeringan idea. Namun pada hari itu, segalanya berubah. Mereka benar-benar kelihatan seperti orang asing yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain.
’Awak…’ Amir dan Nur berkata serentak. Kemudian masing-masing terdiam. Secara tiba-tiba Amir dan Nur ketawa. Geli hati dengan apa yang terjadi sebentar tadi. Sungguh, Amir berasa sungguh bahagia pada saat itu. Ketawa bersama dengan insan yang disayanginya selama ini.
“Em, awak cakap dulu Am,’ kata Nur setelah dia menghabiskan sisa-sisa tawanya.
’Awak… Bagaimana rasanya bila pertama kali berjumpa dengan saya? Suka? Benci?’ sengaja Amir ingin memancing isi hati Nur.
’Haha. Lawak la awak ni Am. Mana mungkin saya benci awak. Tak pernah pun,’ Nur berkata sambil tersenyum. Terdapat sinaran ikhlas terpancar di matanya.
’Manalah tau kan… So apa pendapat tentang wajah saya? Hensem? Sama tak seperti yang awak selalu bayangkan?’ sengaja Amir ingin bergurau dengan Nur. Sungguh dia rindu untuk melihat tawa Nur sekali lagi.
’Em, not bad. Boleh tahan. Lebih baik daripada apa yang saya bayangkan selama ini. Betullah apa yang Irfan gambarkan tentang wajah awak sebelum ni,’ Nur berkata dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya. Yang menjadikan wajahnya sungguh ayu. Yang mencairkan hati lelaki Amir. Kali ini Amir ketawa terbahak-bahak. Senang mendengar pujian ikhlas itu.
“Ala, awak pun apa kurangnya. Pertama kali saya tahu orang yang saya langgar hari itu rupanya orang yang selalu chat dengan saya tiap-tiap malam, saya terkejut sangat. Tak sangka Nur yang selama ini saya kenal sungguh ayu orangnya,’ Amir memuji Nur dengan begitu ikhlas dan tulus. Nur menundukkan wajahnya. Malu mendengar kata-kata Amir sebentar tadi.
“Patutlah sekejap je Irfan dan berkawan rapat dengan awak. Sorang cantik, sorang lagi hensem. Sepadan sangat,’ sambung Amir lagi sambil cuba berselindung tentang isi hatinya. Cuba melindungi rasa cemburunya. Dengan serta merta Nur mengangkat wajahnya kembali.
“Amir, Irfan dengan saya belum ada apa-apa. Kami masih lagi kawan,’ tiba-tiba sahaja Nur berkata dengan wajah serius, sehingga menimbulkan rasa hairan Amir.
“Dan benda yang saya nak bincang dengan awak hari ni ada kaitan dengan Irfan, dan juga kita berdua,’ sambung Nur lagi. Dalam sungguh maksud kata-katanya hingga menerbitkan rasa gementar dalam diri Amir.
“Apa dia Nur. Ceritalah. Tak sabar saya nak dengar,’ Amir sedaya upaya menyembunyikan rasa gementarnya.
“Em….Macam ni Am. Irfan kata… Irfan kata awak suka saya. Betul ke?’ Nur bertanya tanpa memandang wajah Amir. Dilarikan pandangan matanya ke arah beberapa orang pelajar yang sedang berkumpul di suatu tempat yang tidak jauh dari situ.
Serta merta darah Amir berderau. Dia terasa wajahnya memerah, seluruh darah naik ke mukanya. Ya Allah, apa yang Irfan telah kata? Bagaimana dia tahu walaupun sedaya upaya bermati-matian dia cuba menyembunyikan perasaannya itu daripada teman sebiliknya itu? Dan kalau Irfan tahu sekalipun, kenapa dia perlu beritahu Nur?
“Eh, mana ada Nur. Saya dah tahu awak suka Irfan, buat apa saya nak suka awak? Irfan ni mengarut je la. Nak kena betul la Irfan ni,’ Amir berpura-pura marah sedangkan dalam hatinya, hanya Allah yang tahu betapa resahnya perasaannya pada waktu itu. Lebih-lebih lagi setelah Nur mengetahui isi hatinya yang selama ini cuba dia sembunyikan.
“Em… Ye ke? Kalau macam tu tak apalah. Saya ingat kalau betul, mungkin awak tak bertepuk sebelah tangan,’ perlahan sahaja Nur menuturkan kata-katanya. Namun jelas dan dapat ditangkap oleh telinga Amir. Serta merta Amir tersentak. Jantungnya terasa bagai hendak pecah. Benarkah apa yang dia dengar sebentar tadi?
“Nur??? Awak… Irfan… Awak beritahu saya awak suka Irfan,’ Amir berkata tergagap-gagap. Seperti tidak percaya akan apa yang baru didengarinya sebentar tadi. Nur juga suka akan dirinya? Mana mungkin. Perlahan-lahan Amir menarik pipinya tanpa disedari oleh Nur. Mungkin dia bermimpi di siang hari.
“Ya, memang saya bagitahu awak yang saya suka Irfan. Saya juga sangkakan yang selama in saya sukakan Irfan. Tapi bila saya bersama dengan Irfan, saya rasa kosong. Jiwa saya rasa sunyi. Walaupun gembira bila bersama dengan Irfan, saya tak rasa bahagia sama seperti yang saya rasa bila saya berbual dengan awak,’ laju sahaja Nur meluahkan isi hatinya. Amir terkedu. Ya Allah, benarkah kata-kata Nur ini?
’Dan bila tiga hari saya tak chat dengan awak, baru saya mengerti yang sebenarnya saya rindukan awak. Saya akhirnya sedar yang saya perlukan awak, bukan Irfan. Dan saya tahu yang awak pun berperasaan sama seperti saya. Irfan beritahu saya perubahan sikap awak lepas saya jumpa dia. Awak kecewa kan Am? Betulkan kata-kata saya ni?’ sambung Nur lagi, masih tidak memandang wajah Amir.
Amir menarik nafas dalam-dalam. Kemudian melepaskannya. Kemudian dia duduk menghala Nur. Memandang tepat ke dalam anak matanya. Nur terperanjat. Dia juga diam dan memandang tepat wajah Amir.
“Benar Nur. Benar kata Irfan. Saya sukakan awak, Saya tak tahu sejak bila. Bila awak kata awak sukakan Irfan, saya rasa kecewa sangat. Masa tu baru saya sedar saya dah sukakan awak, tapi saya dah terlambat. Jadi saya buat keputusan untuk pendamkan dan lupakan aje perasaan tu. Maafkan saya Nur,’ Amir berkata dengan sekali nafas. Nur memandang wajahnya tanpa berkelip. Perlahan-lahan matanya digenangi air.
“Awak ni Am! Kenapa tak bagitau saya awal-awal? Awak langsung tak bagitahu saya yang selama ni awak menderita pendam perasaan awak sorang-sorang. Awak tau tak yang saya pun terseksa jugak macam awak?’ nada suara Nur sudah mula meninggi. Perlahan-lahan pipinya dilinangi air.
“Saya minta maaf Nur. Maafkan saya. Tak kisah apa jadi selepas ni, kita tetap akan bersama. Kalau ada apa-apa, kita kongsi bersama. Tiada lagi rahsia antara kita. Maafkan saya ya Nur?’ Amir berkata dengan nada bersalah. Kemudian perlahan-lahan dia menyeka air mata Nur yang mengalir dengan tisu yang dibawanya. Sayu sungguh hati Amir melihat gadis yang disayanginya mengalirkan air mata kerananya. Nur pula masih lagi menunduk
Sedikit demi sedikit Nur mengangkat kepalanya. Mendongak bertentang mata melihat wajah Amir. Perlahan-lahan bibir Nur menguntum senyuman. Senyuman bahagia. Cinta yang selama ini dipendam rupanya berbalas. Amir membalas senyuman Nur. Sungguh, dia begitu bahagia pada saat itu. Cintanya tidak bertepuk sebelah tangan. Saat itu mereka mengikat janji, tiada lagi rahsia yang akan disimpan selepas ini…
-TAMAT-
p/s : Cerpen ini pernah disiarkan di website Penulisan2u.com seperti di link ini. Terima kasih banyak2 sebab sudi baca. Next cerpen kalau dah siap org publish ye :)