CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

29 July 2009

Light of Love..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Light of Love, or bahasa melayunya Nur Kasih, drama yg menjadi sebutan ramai baru2 ini. Org tak terkecuali. Baru je layan 3 episod sekali harung semalam. Apa yg specialnya dgn drama yg diarah oleh Kabir Bhatia ni? Em, personally, org rasa kekuatan cerita ni of course pada jalan ceritanya. Walaupun Kabir Bhatia kata ni bukan drama dakwah, tapi unsur2 islamik dalam drama ni la yg menarik begitu ramai penonton. Berapa kerat je drama melayu kat malaysia yg ada unsur2 islamik kan? Sikit sangat. Leh kira ngan jari. Kalo drama melayu asyik2 cite korporat, cite datuk ngan datin, tu yg peminat drama melayu tak ramai..


Em, drama ni mengisahkan dua beradik yg berlainan karakter. Aidil yg digambarkan baik, bertanggungjawab, taat, kuat agamanya, sgt berbeza dgn adiknya Adam, yg mempunyai sifat berlawanan dgn Aidil. Begitu juga dengan Nur Amina yg digambarkan seperti Aidil versi perempuan, lain sifatnya dengan adiknya Siti Sarah yg manja, nakal, walaupun tidaklah berperangai seperti Adam. Tapi Allah takdirkan Nur berkahwin dengan Adam, walaupun Aidil yg sebenarnya menyukai Nur. Adam pula langsung tidak menyukai Nur, malah menyukai Katrina di Australia, manakala Sarah menyukai Aidil. Nur pula, tak disangka2, menyukai Adam sejak zaman sekolah lagi. Betapa rumitnya kisah cinta bersegi2 ni kan?

Other that that, org suka pelakon2 crita ni. Meskipun wajah2 baru yg ditampilkan, ternyata dorg sume terer brlakon dgn baik. Begitu juga dengan syot2 dalam drama ni. Serius cantik. Org suka bila cameraman menarik kamera ke tepi atau menjauh dari para pelakon bila babak tu nak tamat. So syot yg terhasil jadi sangat cantik dan kreatif..

Satu lagi tarikan drama ni, lagu 'Nur Kasih' yang dinyanyikan oleh Yasin & Eena Houzyana. Lagu ni belum ada yg full version kat internet, meskipun ramai yg asyik tercari2. Lagu ni sedap, lirik dia menusuk jiwa. Antara bait lirik dia yg org suka:

'Lewat ini kurasakan
kasih kian kudambakan
resah hati yg kupendam
pada takdir dan harapan..'

Lirik ni macam menyuarakan isi hati Nur dan Aidil yg pasrah terhadap takdir yg menimpa diri keduanya. Menyintai insan yg langsung tidak pernah sedar akan kehadiran cinta itu. Pedih kan?

Ha, watak feveret org dalam ni bukanla Nur Amina, tapi ibu Aidil dan Adam, iaitu Hajah Khadijah. Watak beliau sebagai isteri dan ibu yang sangat taat, lemah lembut walupun tegas dalam drama ni sangat menyentuh hati org. Di sini org letak dialog2 beliau dalam drama ni :

'Adam dan Aidil tak sama. Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga. Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagi tu, takkan berbunga, bang. Malah jadi layu. Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur. Dia perlukan matahari, tapi kita beri air, bang…' - Hajah Khadijah

'Isteri org, ada intan berlian... isteri abang?' - Ustaz Hassan
'Isteri abang ada abang...' - Hajah Khadijah

Oklah. takat sini dulu. Ish, asal buat review je msti nk panjang2. Sian korg nk baca nnti. Org hope review ni mmbantu korg yang ragu2 nk follow drama ni ke tak, hehe. Belum terlambat lagi bagi korg yg baru nk follow. Jumaat ni dah episod 10. Bolehla org tengok sebab ada kat umah.. =) Sekian.. Assalamualaikum wbt..

11 comments:

~BeInIsNeIn~ said...

hehehe... jadi dah pop-out punye~! hehehehe... hebat2~

jugak hebat ye wani mengkomen cerita.... just for your info.. sye masih lagi x tgk citer ni... hahaha... tenet lmbb... lama gile nk tunggu loading... =P

nadzwareina said...

hehe, hebat lagi tok guru yg tukg ajar.. time kasih bnyk2 tok guru.. =)

org tgk kat youtube je.. kat tv3 punye wbsite sgt lmbab..xpe2, nnt bile affan dh tgk sharela best ke x ye..hehe

~BeInIsNeIn~ said...

hehehehe... tgk la nnti camane ye~ huhuhu... murah rezki sye tgk la... x pn.. y not wani downloadkan semua episod tuk saye? ngeeee~!

nadzwareina said...

hehe, boleh je nk downloadkan utk affan..
tapi youtube punye kualiti xcunla..
kalo kat website tv3 tu lmbab la jugak.. so cmne?

~BeInIsNeIn~ said...

wani lakonkan la... carik karekter2 sendiri ye... hehehe.. eyh btw/.....mane pengomen2 lain? adakah mereka tiba2 hilang? makhluk halus kidnap kah?

nadzwareina said...

org berlakon jadi hajah khadijah.. bleh? hehe
xtaula mana dorg ni.. kat kampus kut baru dorg rajin nk bukak..
xpela, biar kite je yg mmbnykkan komen kat sini, hehe =p

siti.. said...

org laen xnak kaco korg dua sembang sbnrnye..ngehehehe=D

nadzwareina said...

sitiiiiii......

~BeInIsNeIn~ said...

hoh~ siti mencemar duli menceroboh chatbox kedua ni... hahaha.. welkam2~!!!

siti said...

ye sye...ade pape masalah wawa? ngehehehe=D

Anonymous said...

ehem2..hahahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...