Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..
Em, nape tajuk buah pulasan? Sebab kat umah org sekarang ada berbakul-bakul buah pulasan yg tunggu nak dimakan @ diberi orang lain je... seronok~ Personally, org lagi suka makan buah pulasan dari rambutan, sebab org rasa buah pulasan lagi manis. Nak bukak pun senang, pulas je (tu yg diberi nama pulasan kan? hehe) Xpayah nak gigit @ pakai pisau macam nak bukak rambutan..
Ni nak cerita, hari jumaat haritu pulang je dari kampus (ditutup seminggu tiba2 utk cuti mid term yg diawalkan) org ngan family direct balik umah atuk kat Batang Kali, Hulu Selangor sebab atuk call ibu kata sekarang ni musim buah pulasan. Meh la balik kampung kutip buah, kata atuk. Haritu dah musim durian, la ni pulasan pulak. Seronoknya kalau ada dusun kat kampung ni... Macam2 buah leh makan.. =)
Masuk je dusun buah atuk pada hari sabtu, org tengok pokok pulasan sume dah berbuah merah. Tak sabarnya nak petik buah satu2. Nasib baik pokok dia rendah je. Tak payah panjat pun. Orang ngan ibu, ba ngan redha (ana, aja, shahmi ada hal xleh ikut) pun mengutip buah di setiap pokok guna gunting buah (xingat ape nama dia) dari pukul 10 pagi ke 2 petang.. Dan ni la hasilnya...
Banyak kan? Penuh satu boot kereta..Sebenarnya banyak lagi yang xsempat nak amik. Ba kata kalo ada time minggu depan kita balik lagi kutip the rest. Dusun ni pun ba dah beli dari atuk, kiranya sume buah dalam dusun ni kitorg leh amik. Atuk xkisah tolong jagakan. InsyaAllah, kalo by ujung minggu ni stil banyak lagi n still elok, org bwk skit gi kolej. Tapi kalo buah dah xelok or habis, org mintak maaf ye.. next musim buah pulak org try bawak ye..=)
Ok, takat ni dulu. Nak makan buah lagi. Hope glucose level org xnaik la makan buah banyak sangat, hehe. Sampai ketemu lagi. Assalamualaikum.. =)
4 comments:
nak pulasan!!!!hehehehe
hehe, tgok ye jo kalo bnyk lebih sure akan dibawa ke angsana.. tp xjanji ye...
nak jugakk!!!
hantar tingkat 3 yek...hahaha
hahaha, ramai dah book pulasan nmpaknya..
kalo ada sure org anta skit kat dayah, hehe
Post a Comment