CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

19 July 2009

Ketika Cinta Bertasbih...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..

Pada jam 7 am, org, Aida n Jo pegi berjogging. Kitorg ambil kesempatan ini utk menghirup udara segar di Puncak Alam pada waktu pagi. Org sempat meninjau pemandangan bukit bukau n hutan belukar di sekitar kampus. Hati mengucap syukur kpd Allah kerana diberi peluang untuk menikmati dan menghayati keindahan ciptaan Allah pada pagi Ahad yg dingin ni. Ada hikmahnya kenapa Allah menetapkan org untuk belajar kat sini, yang jauh berbeza daripada kesibukan bandaraya Shah Alam. Untuk diberi peluang belajar sambil menikmati keindahan ciptaan Allah yang masih lagi belum dicemari oleh tangan2 manusia... dan juga untuk sentiasa bertasbih memuji dan mengingati kebesaran Allah yang Maha Kuasa agar org tidak mudah alpa dengan segala suruhanNya.. InsyaAllah... :-)

Pulang ke bilik, mata org tertumpu ke arah sebuah novel yang terletak di celah2 nota2 orang. Tajuknya? 'Ketika Cinta Bertasbih vol 2' (vol 1 dipinjam oleh Hana) yang ditulis oleh salah seorang penulis feveret org, Habiburrahman El Shirazy @ Kang Abik dari Indonesia. Tiba2 tergerak hati nk share review org tentang novel yg org dah baca 2 kali ni, hehe.. (1st time baca online, then baru baca novel). Xpe ye?

Novel ni mengisahkan seorang mahasiswa berumur 28 tahun bernama Azzam, seorang anak yatim berasal dari Indonesia yg belajar di bumi Mesir. Selain belajar, dia bekerja sebagai pembuat tempe dan penjual bakso di sana untuk menanggung pengajian adik2nya di Indonesia. Bekerja untuk menampung keluarga dari jauh setelah kematian ayahnya menyebabkan Azzam terkandas di bumi Mesir selama 9 tahun, tanpa pernah pulang walau sekali pun kerana tak dapat menamatkan pengajiannya. Namun Azzam tidak pernah mengeluh akan nasibnya. Malah dia bersyukur kerana diberi peluang untuk memerah keringat menyara keluarga, walaupun bukan di bumi sendiri. Surat yang selalu dikirim oleh adiknya, Husna sentiasa membakar semangatnya untuk bekerja lebih kuat. Hal ini membuatkan orang kagum dan terfikir.. masih adakah lagi lelaki yang bertanggungjawab dan tabah seperti Azzam yang masih wujud di muka bumi ini? Kalau adapun, berapa kerat yg tinggal agaknya?

Kisah Azzam diwarnai dengan beberapa orang akhwat iaitu Elliana, gadis yang berfikiran moden, cantik, kaya, pintar dan ternama, Anna Althafunnisa, gadis idaman hampir setiap lelaki yang ingin dilamar Azzam tetapi sudah terlambat, Husna, adik Azzam yg dikurniakan bakat menulis luar biasa, dan juga beberapa mahasiswi lain seperti Tiara dan Cut Mala. Selain Azzam, diselitkan juga watak Furqan, rakan Azzam yang kaya raya, kuat agamanya dan bijak, Fadhil, rakan serumah yang menaruh hati pada Tiara, dan juga beberapa mahasiswa lain yang serumah dengan Azzam. Setiap dari mereka mempunyai kisah sendiri, yang menjadikan jalan cerita novel ni sangat menarik dan jauh berbeza daripada novel2 lain kerana meskipun watak dalam novel ini banyak, cerita setiap satunya disampaikan dengan begitu indah dan unik.

Novel pertama mengambil latar bumi Mesir, manakala novel kedua keseluruhannya mengambil tempat di Indonesia setelah Azzam berjaya pulang ke sisi keluarganya. Dalam novel kedua juga, watak Husna, adik Azzam yang hanya diperkenalkan melalui surat dalam novel pertama diperluas dan diketengahkan lagi, malah dipertemukan dengan Anna. Ending novel ini pulak berjaya membuatkan org menangis, bukan sebab sedih, tapi gembira. Betapa hebatnya penangan novel2 ni kan? (ke org yg emosional sgt? =p)

Novel ini juga sudahpun diangkat menjadi filem, sama seperti Ayat2 Cinta, novel oleh penulis yg sama. Filem ni dah keluar di Indonesia pada 11 Jun yang lalu. Org sgt berharap agar diberi peluang untuk menonton filem ni. Ingin sekali melihat imaginasi2 yang org cipta sepanjang mengikuti novel ini direalisasikan..

Watak Azzam, Anna, Elliana, Furqan dan Husna di dalam filem (sory kecik, xjumpa yg besar..)

Em, lupe nk crite... watak feveret org? Anna Althafunnisa... Gadis yg patut dijadikan role model oleh setiap insan bergelar muslimah. Nama dia cantik, kan? Tapi bukan takat tu je. Penulis menggambarkan Anna sebagai seorang gadis yang mungkin hampir sempurna, dikurniakan dengan kecantikan wajah yang memegunkan setiap lelaki yg memandangnya, kelembutan kata-kata namun masih lagi terselit ketegasan, keteguhan pada agama, keindahan budi bahasa serta kebijaksanaan luar biasa. Anna gadis yang tidak banyak berkata-kata, namun jika sekali dia membuka mulut, ayat2 & perkataannya boleh menyihir sesiapa sahaja. Begitulah gambaran yg diberi oleh Kang Abik tentang watak Anna dalam novelnya, yang membuatkan org agak susah nk membayangkan watak Anna ni dalam kehidupan realiti.. Soalan yg sama berlegar di fikiran, masih adakah seorang gadis sesempurna Anna di atas muka bumi ini? (bilakah saatnya org boleh dan mampu menjadi sehebat Anna? Em...)


Oklah, setakat ini dulu. Harap2 review org ni dpt menarik minat org ramai utk membaca novel2 ni. Sape2 ade rase nk pinjam bgtaula org, tp nama masuk waiting list la, hehe. Jumpa lagi di lain waktu. Assalamualaikum wbt..:-)

7 comments:

AMiRU said...

ni yg tringin nk pinjam ni...

nadzwareina said...

hehe, vol1, kat hana, pas die kak jeeb..
vol2, em rase2 kna baca vol1 dulu la amir, xboleh trus bace vol2..

berminat? tggu kak jeeb abis ek? =)

M.Affan Ns said...

aaaaaaaaaaaaaaa~!! x nk bace post ni~!!!

nadzwareina said...

affannn...kenape?

M.Affan Ns said...

nk bace sendirik~! lagi satu... jimat sket masa nk bace post panjang2... ekekekkee

nadzwareina said...

hahaha. ok2. taula post org sume pnjg2, hehe

M.Affan Ns said...

hehehe.. jgn terasa ati... biasa la.. post sye pn kn "pendek2" jugak... oh oh... silap... post sye ikut mood... kalau ade mood nk menaip panjang2.. then sye taip panjang2.. kalau x letak gambar je~ :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...