CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

26 June 2012

Kisah Generasi Zaman Ini...

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..


Sedang diri ini membelek2 laman mukabuku, sesekali mata ini tertumpu ke arah beberapa status yang agak menarik perhatian mata.

Kerana apa?

Kerana isi kandungan status tersebut yang mendatangkan rasa yang agak 'menggelikan' seketika saat membacanya.

Status yang berkisar tentang kisah cinta tuan empunya status. Tuan empunya status yang sedang asyik dilamun cinta. Sedang diserang cemburu kerana buah hati tersayang diganggu gadis/lelaki lain. Sedang bergaduh dengan si buah hati akibat perselisihan pendapat. Kadangkala siap disertakan dengan gambar. Dimana status di mukabuku sudah diibaratkan seperti diari laman maya, cuma diari ini adalah untuk tatapan umum, bukan lagi hanya untuk diri sendiri seperti yang sepatutnya.


Dan ironinya, status2 seperti ini kebanyakannya datang daripada remaja2 yang berumur belasan tahun, masih lagi di sekolah menengah. Belum lagi menjejak kaki ke menara gading. Baru sahaja beberapa belas tahun hidup di atas muka bumi ini, namun pengalamannya seolah sudah hidup berpuluh tahun lamanya.
(kenapa org boleh friends dengan mereka ni dalam mukabuku? kerana org punya adik berumur belasan tahun juga)

Gambar2 yang disertakan, ada diantaranya mampu meloyakan tekak, secara jujurnya. Belum punya ikatan sah, sudah berlaga pipi, berpegang tangan, duduk rapat2, berjalan2 di pusat beli belah pada hujung minggu (disebabkan hari lain mereka ni bersekolah). Pusat beli belah yang terkemuka pula, seperti di Pavillion (tak pernah jejak kaki pun kat sini), Mid Valley, OU. Dan dengan fesyen terkini yang agak menyakitkan mata.


Kemudian minda terimbas kembali saat diri ini berumur lebih kurang sebaya dengan mereka. Melepak di mall? jarang2 sungguh. Duit pun mengharap ihsan mak ayah, kenalah berjimat cermat. Pada saat itu diri terkurung di asrama, asyik disuruh belajar untuk score exam dengan cemerlang. Ada teman lelaki? Jauh sekali. Ada beberapa orang kawan baik lelaki pun rasa dah bersyukur. Sekurang2nya kalau dalam kesusahan bolehla juga minta tolong.

Kadang2 terlihat juga remaja2 ini yang punya gadget canggih, pakai smartphone yang bukan murah. Siap dengan pakej internet. Casing yang colourful. Dalam tandas pun boleh snap gambar. Dalam kereta pun boleh update status fb dengan twitter. Teringat diri ini yang cuma memiliki handphone lepas tamat SPM. Kenal internet pun waktu2 itu juga.


Generasi sekarang dah berubah. Mungkin dah tak relevan untuk org compare diri org masa zaman dulu dengan zaman sekarang. Cuma org akui, org kadangkala terkejut bila melihat generasi kini yang semakin advance, jauh meninggalkan org yang masih terkapai2.

Dan dalam tempoh 10 tahun lagi, generasi zaman itu akan semakin advance dari zaman kini. Dan org pasti akan lebih terkejut berbanding sekarang. Mungkin org dah perlu prepare dari sekarang, supaya tak terlalu terkejut bila masa itu tiba.

Dan sekarang org faham apa ibu dan ba rasa. Dan sekarang org baru tersedar yang org ni dah semakin tua rupanya.

Sekian.


p/s : Lama betul rasanya tak update blog.



06 September 2011

Kekejaman Terhadap Haiwan : Sampai Bila?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..



Baru2 ni di fb, org perasan wujudnya satu grup yang bertajuk 'Kucing Terbiar & Anjing Jalanan' dan ramai rakan2 fb org yang like grup tersebut. Org yang mula2 menyangka grup ni ditubuhkan sebagai tanda simpati dan kasih sayang pencinta2 haiwan kepada haiwan2 terbiar di jalanan, tak tergerak hati untuk klik dan meninjau grup tersebut. Mungkin disebabkan hati org ni yang agak lemah apabila melihat keadaan haiwan2 jalanan ni (boleh sampai menangis, tak tipu), so org cuma mengabaikan grup tersebut.



Kemudian apabila timbul satu grup lagi di fb iaitu '100,000 people for Petknode's punishment', org jadi curious. Sebab setau org Petknode ni agak femes sebagai pusat jagaan haiwan peliharaan di Petaling Jaya. Kemudian bila org baca di Blog Serius dan keesokan harinya terpampang di dalam akhbar tentang kisah yang berlaku di Petknode, org cuma mampu istighfar panjang.


Hampir 300 kucing yang ditinggalkan di pusat tersebut, dibiarkan selama 9 hari tanpa makanan dan minuman. Dan apabila serbuan dilakukan oleh sukarelawan dan pemilik kucing2 tersebut, keadaan kucing2 yang dijumpai sangat2 menyedihkan. Kucing yang diberikan dalam keadaan baik, akhirnya menjadi kurus kering, bulu gugur, berbau busuk malah ada yang tinggal nyawa2 ikan. Dan 16 kucing yang ditemui sudah mati akibat kebuluran dan kehausan. Ada ibu kucing dan anak kucing yang ditemui mati berpelukan. Apabila semalam berita ini disiarkan di saluran ntv7, sukarelawan yang ditemubual tak mampu menahan hiba apabila menceritakan kembali serbuan tersebut, menandakan betapa teruknya keadaan kucing2 tersebut ketika ditemui.

*Ibu & anak kucing ni dah mati*


Org sebagai salah seorang peminat kucing, memang agak menyumpah seranah la dalam hati kat pemilik2 pusat jagaan tu. Diorang dah pun mengambil bayaran untuk menjaga kucing2 yang diambil, tapi sebaliknya diorang usahkan nak menjaga, bagi air dan makanan pun tak. Bayangkan kucing2 yang dibela, yang pada mulanya sihat dan gemuk, akhirnya mati kebulur, tinggal nyawa2 ikan. Manusia jenis apa yang sanggup biarkan haiwan macamtu sekali?



Org yang bukan pemilik kucing2 yang dihantar pun rasa sakit hati, apatah lagi perasaan pemilik kucing2 tu, especially kucing2 yang dah mati. Tak boleh bayang macamana marah atau sedihnya diorang apabila pihak yang diberi kepercayaan untuk menjaga kucing2 mereka ketika mereka pulang ke kampung, akhirnya bertukar menjadi pembunuh kepada kucing2 tersebut. Org sangat2 berharap dua org owner pusat jagaan tersebut yang dah dikenalpasti mendapat hukuman setimpal diatas sifat tamak diorang. Biar semua pemilik2 kucing tu saman diorang, biarkan diorang meringkuk dalam penjara.



Bila terbaca kisah2 kucing diatas, org teringat lagi kisah haiwan2 lain yang didera oleh manusia. Contohnya yang femes dulu kisah haiwan2 ternakan dilayan dengan kejam oleh tuan2 mereka dalam video ni, dimana org tak tengok langsung sebab tak sanggup. Kawan2 yang tengok diorg cerita ada diantara haiwan2 ternakan yang dibunuh hidup2, dikasi sesuka hati, direnjat, dan banyak lagi seksaan yang org tak mampu nak dengar. Dan ada banyak lagi kisah penyeksaan keatas haiwan seperti kisah puppy digoreng, ikan lumba2 diseksa, anak kucing dibunuh, anjing dirantai 10 tahun, khinzir diseksa student forensik, dan banyak lagi kisah lain yang tak mampu org coretkan kat sini.


Haiwan juga makhluk Allah yang punya hati dan perasaan, dan walaupun makhluk ini Allah tak kurniakan dengan akal seperti kita, tapi mereka tahu erti sakit dan derita. Haiwan2 ini juga berhak untuk hidup, dan siapalah kita untuk menindas haiwan ini sesuka hati sedangkan haiwan2 ini tak buat apa2 salah pun pada kita? Kalaulah.. kalaulah manusia boleh faham rayuan dan ratapan haiwan2 tu ketika diseksa sedemikian rupa, agak2 mereka sanggup ke untuk terus menyeksa haiwan2 tersebut?


Usahlah disalahgunakan keistimewaan kita sebagai manusia untuk menindas makhluk Allah yang lain yang lebih lemah. Pernah baca kisah seorang wanita yang dimasukkan ke neraka kerana membiarkan kucingnya mati kelaparan dan kehausan? Sesungguhnya sekecil2 perbuatan kejam yang kita lakukan kepada makhluk lain, takkan terlepas daripada pembalasan Allah. Org meminta kepada pembaca2 di luar sana, kasihilah haiwan2 diatas muka bumi ini, terutama haiwan yang tak mendatangkan mudarat kepada kita, kerana mereka juga punya rasa sayang, dan mereka berhak menerima rasa belas dan ehsan daripada kita walaupun sedikit.



'Kasihanilah siapa saja yang ada di bumi ini, nescaya kalian akan dikasihani oleh yang ada di langit,' Hadith Riwayat Tirmidzi, Ath-Thabrani dan Al Hakim.


Sekian untuk kali ini. Terima kasih ye sudi baca. Assalamualaikum wbt :)

11 July 2011

Video Yang Patut Ditonton Oleh Seluruh Rakyat Malaysia


Bismillhirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..



Org tertengok video ni setelah dishare oleh ramai org kat facebook, dan berasa terpanggil juga untuk share video ni dengan semua org. Bagi mereka yang masih tertanya2 akan kebenaran berita yang disampaikan oleh pihak media, samada melalui televisyen atau surat khabar tentang perhimpunan Bersih 2.0 (macam org), mungkin video ini sesuai untuk anda.



Anda nilaikan sendiri.


Sekian, assalamualaikum wbt.

10 July 2011

Persoalan Tentang Bersih 2.0 Yang Berlegar di Fikiran

Bismilahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Seperti yang seluruh rakyat Malaysia sedia maklum, pada hari semalam, 9 Julai 2011 terciptalah satu sejarah baru dimana satu perhimpunan yang dikatakan haram telah berlaku secara besar-besaran di Kuala Lumpur.

Org sebagai salah seorg rakyat Malaysia, sekadar ingin meluahkan pendapat tentang peristiwa tersebut. Sebelum tu ingin org bagitau, org tak menyokong mana2 parti politik. Malah org baru je mendaftar sebagai pengundi pada tahun ini, itupun disebabkan paksaan daripada pihak fakulti (Bukan org tak mahu menunaikan kewajipan sebagai seorang rakyat, tapi honestly, org ragu2 untuk memilih siapa pemimpin yang org rasa boleh diundi demi masa depan negara. Semua parti pun sama je. Org taknak tersilap pilih)

Berbalik pada tajuk diatas, bila org baca berita tentang perhimpunan Bersih 2.0, beserta dengan tuntutan2 berkenaan sistem pilihanraya di negara kita yang dikatakan tidak telus, org berpendapat, why not? Negara kita negara demokrasi. Semua orang berhak bersuara. Tapi yang pentingnya mestilah melalui medium yang betul. Kalau buat perhimpunan di jalanan yang mengganggu ketenteraman orang ramai, itu terang2 salah.

*Tuntutan Bersih 2.0*

Dan menurut berita yang org baca di media, permit untuk mengadakan perhimpunan tersebut tidak diluluskan. Pada saat ini, hati telah tertanya2, kenapa? Kemana hilangnya hak bersuara itu? Mungkin disebabkan cara berhimpun itu bukan satu medium yang betul, maka ia tidak diluluskan? Tapi apa salahnya beri permit perhimpunan, dengan syarat buat di satu tempat khas seperti di stadium? Lebih senang dikawal pihak berkuasa. Memudahkan rakyat untuk berhimpun tanpa menyebabkan huru hara dan mengganggu ketenteraman awam. Mungkin disitu boleh dilihat dengan lebih jelas berapa ramai rakyat Malaysia yang sebenarnya menyokong tuntutan tersebut.

Disaat hati masih tertanya2, org terbaca lagi berita mengatakan Yang di-Pertuan Agong telah pun meluluskan perhimpunan tersebut.Tapi still di berita masih disebut perhimpunan haram. Org musykil lagi, apa status perhimpunan ni sebenarnya? Kenapa dikatakan haram lagi? Sebab tak dapat kebenaran untuk dibuat di Stadium Merdeka, tapi mereka berkeras juga untuk mengadakan perhimpunan?

*Antara 50k rakyat yang berhimpun. Ramai rupanya yg menyokong perhimpunan ni. Tapi apasal surat khabar cakap 6k je? Pelik2*

Dan selepas itu apabila bertubi2 berita yang disiarkan di tv menunjukkan pihak polis berusaha bermati2an untuk menentang perhimpunan tersebut, siap mengadakan roadblock bagi menghalang rakyat masuk ke KL, menahan mereka yang mengedarkan Tshirt Bersih (yang mana org lihat kat tv majornya sudah berusia), bekukan perkhidmatan bas, lepaskan gas pemedih mata, org wonder lagi, kenapa mereka perlu buat begitu terhadap org awam yang sekadar ingin berdemonstrasi, bukan merusuh mahupun mencederakan pihak polis? Malah mereka tak merosakkan harta benda awam pun. Bukankah Agong dah luluskan perhimpunan ni? Jadi selama ni berita yg org baca tu salah la?

*Alahai kesian pakcik*

Dan semalam, sejak pagi lagi org mengikuti perkembangan perhimpunan ini di twitter dan laman2 web yang lain. Dan apabila menonton Buletin Utama, org dapati ada berita yang bercanggah dengan apa yg org baca di internet pada waktu siang. Yang mana nak percaya? Org tak tahu. Tapi majoriti respons yang org baca di internet mengatakan pihak media sengaja menokok tambah dan menggempakkan cerita. Malah ada yang mengatakan, rakyat sekarang tidak bodoh untuk percaya bulat2 berita di tv.

Bila banyak pemimpin2 parti politik ditahan, satu persatu persoalan dibangkitkan. Apakah benar perhimpunan yg diadakan pada hari semalam bermotifkan kebersihan sistem pilihanraya? Atau sekadar bermotif politik semata? Betul ke perhimpunan tersebut didalangi parti pembangkang? Org tak ada jawapan untuk soalan2 ni. Dan tentang memorandum tersebut, mengapa tidak diberikan kepada Agong? Jawapan kepada persoalan itu org terbaca di sini.

Ditambah lagi dengan kumpulan Patriot berbaju merah yang turut berhimpun, aduan2 rakyat mengenai kesesakan jalan raya dan kerugian berjuta2 akibat perniagaan ditutup, sampah2 yang ditinggalkan selepas perhimpunan ini, semua ni buat org rasa kecewa. Sebab org rasa sekiranya kerajaan meluluskan penggunaan stadium sebagai tempat perhimpunan, semua ni takkan berlaku. Seperti yang org katakan dalam status FB org sebelum ni, 'selalu sedih tengok negara orang. hari ni sedih tengok negara sendiri'. Dan oh ye, kenapa pihak SPR langsung tak bersuara ye?

Cukupla sampai sini. Sekadar meluahkan rasa hati yang disimpan. Ini adalah perspektif org tentang hak bersuara rakyat Malaysia, tanpa dipengaruhi mana2 parti politik.Tapi apa yg org nampak, kerajaan berusaha sedaya upaya menghentikan perhimpunan ini walaupun telah diberi kelulusan oleh Agong. Peribahasa 'Berani kerana benar, takut kerana salah,' berlegar di fikiran. Kenapa org nampak macam kerajaan seolah2 takut dengan perhimpunan ni dan berusaha gila2 untuk menghentikannya? Bukankah perhimpunan ini sepatutnya boleh berjalan dengan aman jika dikawal, seperti di Mesir baru2 ni? Korang semua ada terfikir benda yang sama tak? Ke org je yang fikir macamtu?

Mungkin org belum layak menulis tentang ni, sebab pengetahuan org tentang kronologi peristiwa perhimpunan Bersih 2.0 ni masih agak cetek. Jika ada info2 tentang perhimpunan ni yg org terlepas, kalau ada antara korg yg baca, nak betulkan pendapat org ni & nak share pendapat korg pulak, silalah. Tapi kesimpulannya org kecewa dengan peristiwa yang terjadi di negara kita semalam kerana disebabkan ini rakyat kita berpecah belah dan menjadi dua puak yang berbeza pendapat. Jadi apa gunanya slogan 1Malaysia tu?

* A.Samad Said - 'Bila demokrasi semakin mangkat'




Cuba tengok video diatas ni. And think. Jika seramai ini yang berdemo di ibu negara, bukankah sudah terang lagi bersuluh memang sistem pilihanraya negara kita mempunyai masalah dan perlu diperbaiki?

Sampai sini dulu. Sekian, assalamualaikum wbt.



p/s : Bila kita menolak ideologi kerajaan, bukan bermakusud kita menyokong pembangkang. Dan begitu juga sebaliknya, bila kita tidak menyokong ideologi pihak pembangkang, tak bermaksud kita di pihak kerajaan. Setiap org berhak mempunyai pendapat masing2.

p/s 2 : Alfatihah buat Allahyarham Baharudin Ahmad, peserta perhimpunan Bersih yang meninggal dunia selepas terjatuh dan pengsan ditembak gas pemedih mata.

p/s 3 : Cuba kira berapa banyak tanda soal (?) ada kat atas ni.


22 May 2011

Tempatmu di Syurga, Duhai Anak-Anak..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Semalam negara kita digemparkan dengan kisah tanah runtuh yang menimbus khemah di Madrasah At Taqwa di Hulu Langat. Tanah runtuh ini telah mengorbankan 16 orang termasuk anak2 yatim dan penjaga2 mereka. Dan semestinya pada hari ini berita ini dipaparkan di muka depan seluruh akhbar dan menjadi tajuk2 utama berita di tv.


*Kredit kepada Bharian*


Secara jujurnya org mengaku yg org agak sensitif apabila membaca berita tentang insan2 yang terkorban akibat kemalangan, bencana alam, peperangan atau dibunuh, lebih2 lagi apabila melibatkan anak2 kecil yang baru beberapa tahun mengenal dunia. Dan buat pertama kalinya, air mata org bergenang dan sekali sekala mengalir apabila membaca artikel tentang kisah ini di akhbar, berita online dan ketika menonton berita.


Sedih apabila mengenangkan anak2 yang sebahagian daripada mereka yatim, atau yang mungkin beribu berbapa tapi terpisah kerana tuntutan agama dan ilmu, meninggal dunia tertimbus hidup2. Bertambah sedih apabila melihat 7 daripada mereka dikebumikan dalam satu liang lahad, melihat ibu bapa, guru dan rakan2 yang terselamat menangis kesedihan, dan mendengar suara syahdu bacaan Al fatihah buat mangsa2 yang terkorban.


Ada antara mangsa yang terkorban lebih muda daripada adik org sendiri yang berumur 10 tahun. Mereka masih terlalu muda, masih terlalu mentah untuk mengharungi hidup bersendirian dan ternyata Allah teramat menyayangi mereka. Allah mengambil nyawa mereka tatkala mungkin buku amalan mereka masih lagi belum dicemari dengan dosa2. Tatkala mereka masih belum mengerti untuk melakukan dosa2 yang menimbulkan kemurkaan Allah. Tatkala hati mereka masih suci dan terpelihara dari kerosakan2 yang timbul akibat godaan dunia dan hawa nafsu.


Berbahagialah anak2 yang terkorban ini diakhirat kelak kerana rata2 mereka masih belum baligh, dan sudah semestinya syurga dijanjikan untuk mereka. Berbahagialah ibu bapa kepada anak2 ini kerana anak2 ini berpeluang memberi syafaat dan membantu menarik mereka kesyurga di akhirat nanti. Berbahagialah anak2 ini kerana mereka bakal menjadi pelayan2 di syurga kelak.


Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)


“Anak-anak kecilmu (menjadi) kunang-kunang di dalam surga, seorang diantara mereka menemui ayahnya, memegangi bajunya tidak berhenti sampai Allah memasukkan dia dan ayahnya ke dalam surga.” Perawi: Imam Ahmad, Bukhari di dalam Al Adabul Mufrad, Imam Muslim di dalam Shahihnya dari Abu Hurairah


Al-Imam Muslim dengan sanadnya, meriwayatkan hadis daripada Abi Hassan katanya: "Saya bertanya Abu Hurairah berkenaan dua orang anak saya yang meninggal dunia sebelum baligh, apakah kamu (Abu Hurairah) pernah mendengar berbicara tentang anak-anak itu?

"Kata Abu Hurairah, Ya, ada saya mendengar, bahawa yang meninggal kecil daripada kalangan anak-anak orang Islam, mereka adalah di dalam syurga bersama ibu bapa mereka."


Kita yang sudah berpuluh tahun hidup di atas muka bumi ini, tak mungkin diberi peluang seperti anak2 ini yang bertuah memasuki syurga secara begitu mudah. Selagi kita masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas, sama2lah kita berusaha membersihkan kembali buku amalan kita yang selama ini kita cemari dengan dosa2 yang kadangkala sengaja kita lakukan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, lagi Maha Pengampun. Dan Dia menerima taubat hambaNya yang benar2 ikhlas.


*Wajah anak2 sebelum tragedi setelah selesai persembahan nasyid. Kredit kepada facebook Amin Idris*


Salam takziah buat keluarga mangsa2 yang terkorban. Sama2 kita mendoakan agar roh mangsa2 yang terkorban sentiasa dicucuri rahmat. Alfatihah buat 16 mangsa yang terkorban.

Assalamualaikum wbt.


11 October 2010

10/10/10



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

10/10/10... tarikh yang hanya wujud sekali seumur hidup kita. Kebetulan pada tarikh ni, banyak benda yang berlaku dalam hidup org. Ada yg hepi, dan ade yg menyayat hati. Kat sini org nak share 3 perkara yg telah terjadi dalam hidup org, kesemuanya pada tarikh 10/10/10..

1) Hangout bersama Afiq dan Naim..


Afiq dan Naim ni schoolmate sekolah rendah org, dan klasmate org masa darjah 6. Dah lama kitorg plan nak keluar sekali, sejak sarah, kawan sekolah rendah kitorg gak still ade kat malaysia, tapi pada 10/10/10 baru hasrat tu tercapai. Kitorg keluar ber3 tanpa sarah, sebab sarah dah balik mesir. Takpela sarah, mungkin lain kali la ye. Kitorg pegi ke Seoul Garden kat OU, sebab naim mengidam nak makan situ. Bayar 30+ sorg, so kami melantak la sepuas2 hati. Memandangkan ni kali pertama afiq & naim bertemu selepas 10 tahun, banyak sangat cerita yg dikongsi bersama. Kitorg ber3 gelak tak ingat dunia time makan tu. Org rase hepi sangat dapat spend time ngan diorang ber2 ni.. harap2 pasni kitorg dapat hangout lagi :)

Afiq ngan naim main tenung2 mata plak.. :p


2) Wedding Shahir & Shahirah..


Lepas makan kat OU, lepas isyak org pegi pulak ke wedding klasmate org, shahir & wifenya, shahirah kat shah alam. Thanx kat afiq dan naim sebab tolong hantar. Macam biasa, kalo student yg kawin sure majlis tu meriah dengan student je. Kitorg sebagai klasmate shahir tak terlepas memeriahkan dan meriuhkan wedding shahir. Nasib baik family shahir tak kisah. Kitorg sempat bergambar kat pelamin dan juga bergambar ngan pengantin. Disebabkan dah kenyang gile makan kat Seoul Garden, org sekadar minum air kat umah shahir. Kepada shahir & shahirah, semoga berbahagia hingga ke anak cucu :)

pelamin yg cantek :)


3) Accident Bas Express, 15 maut..

Lepas balik dari wedding shahir, org bukak fb. Then org perasan ade member org cite ade accident berlaku kat highway Pedas melibatkan 2 bas, kereta ngan van. Yang lagi teruknya, 12 orang mati kat tempat kejadian. Org terkedu jap baca status kawan org tu. Member org tu kebetulan ade kat tempat kejadian. Harini (11/10) org baca paper online tentang kemalangan tu. Org tengok ramai yg upload gambar2 kemalangan ngeri tu kat fb. Xtaula dari mana dorg dapat. Org tengok ada mayat berelimpangan, kereta dah leper, darah di mana2, memang org x sanggup nak tengok lagi. Berita melaporkan tu accident terburuk tahun ni. 3 org lagi mati kat hosp menambahkan jumlah mereka yg terkorban seramai 15 org. Takziah buat keluarga arwah yang terkorban. Semoga kejadian ni dapat dijadikan pengajaran buat kita semua..

Ngeri..

Sekian coretan org kali ini. Moga bertemu di lain waktu. Assalamualaikum wbt..


*11/11/11 : apa agaknya akan jadi ye?*

12 July 2010

Bola oh bola..

Bismllahirrahmanirahim..
Assalamualaikum wbt..

Huhu, agak lama jugak kan penulis senyap dari dunia blog ni? mintak maaf banyak2MySpace Lately ni mood penulis untuk menulis hilang terus. Sekarang ni mood penulis nak membaca novel yg makin meluap2. Walaupun tahun akhir penulis agak sibuk, penulis tetap meluangkan masa membaca novel. Currently penulis sedang berusaha menghabiskan novel Twilight karya Stephenie Meyer tu. Novel yang femes diadapt menjadi filem cinta vampire tu. Novel ni ade 4 siri, Twilight, New Moon, Eclipse ngan Breaking Dawn. Sebenarnya penulis berkeras tak nak layan filem Twilight ngan New Moon, sebab penulis belum baca lagi novel dia. Sekarang dah kuar filem siri ke3, Eclipse, tapi penulis baru nk start baca novel 1st. Xpela kan janji baca. 4 hari ni penulis dah berjaya habiskan separuh.. MySpace


Dan salah satu faktor utama kenapa penulis tak menulis adalah sebab penulis sibuk melayan bola. Penulis tak la fanatik sangat bola, tapi penulis minat tengok, especially yg melibatkan team2 besar macam England, Argentina, German, Brazil, Holland ngan Spain. Penulis baru 1st time follow bola, dan ni sume disebabkan pengaruh ba dan adik2 penulis. Penulis ade mintak pendapat kawan2 lelaki penulis, nak sokong team mana sebab penulis xtau team mana yg terer. Penulis start ngan Argentina dulu, tapi since dah kalah teruk ngan German dan penulis tengok German main very cantik & menarik, penulis pun berpaling tadah sokong German, haha MySpace

Kemudian bila German lawan Spain, German kalah pulak. Bila Spain kalahkan German, langsung penulis xberminat nak tukar sokong Spain pulak, walaupun sotong Paul tu ramal diorang menang. Masa game final, penulis xsokong Spain, penulis sokong Holland. Time tu penulis sokong skali Holland sebab penulis rasa dorg main pun best gak, lepas tengok diorang lawan Uruguay. Walaupun Holland kalah, penulis xkisah. Orang kate gol Spain nasib baik je..hahaha. Tapi time ni penulis tak dapat tengok kat tv sebab tv umah sewa tak dapat tv1. Channel lain sume dapat. Dengki sungguh tv itu...MySpace. Syukur ade kawan2 yg sudi mesejkan result game, huhu..

Pengalaman pertama kali follow bola, penulis rasa.... seronok MySpace Kalau dulu penulis xfaham kenapa lelaki bising tengok bola, kini penulis faham kenapa. Sebab kalau penulis tengok penulis lagi bising dari diorang, hehe. Nak2 kalo gol sipi2 kena palang, atau ada pemain kena kad kuning or merah. Banyak kali jugak penulis stay up tengok bola ngan family. Time ni baru penulis kenal sikit2 nama pemain bola macam Messi, Lampard, Cacau, Oezil, Muller, Forlan, Villa, Sneijder dll. Mana yg penulis xdapat tengok, penulis mintak besfren penulis yang kaki bola, Afiq atau Amir updatekan score. Thanx bnyak2 kat diorang ni.Tapi sayangnya yg final ni penulis xdapat tengok. Takpe2 nanti penulis cari alternatif lain macamana nak tengok game yg terlepas tu, huhu.

Okeh, sekarang World Cup dah habis. Keadaan pun kembali normal. Mamak sekarang dah takkan penuh waktu pagi2. Kat paper pun kat segmen sukan akan jadi tak meriah macam dulu, yang mana penulis xkan selak langsung kut pasni. Lagu 'Waka2' ngan 'Wavin' Flag' pun mungkin jarang berkumandang lagi. Pasni mungkin takde lagi dah student2 yang ngantuk kat kelas sebab berjaga tengok bola, termasuk penulis, hehe. Penulis sure rindu suasana ni...MySpace

Jumpe lagi FIFA World Cup 2014 empat tahun akan datang~ :)


Sekian coretan penulis kali ini. Wassalam :)

15 May 2010

Oh Malaysiaku...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt...

Semalam penulis semangat menyaksikan Malaysia melawan China di peringkat semi-final kat tv. Tapi awal2 bila penulis dengar Malaysia nak melawan China, awal2 penulis dapat rasa tak mungkin Malaysia akan menang. Bukan penulis nak bersikap pesimis dengan pemain negara sendiri, tapi bile penulis tengok skuad badminton Malaysia melawan Jepun haritu dan kalah pulak, penulis memang rasa banyak lagi yang perlu diperbaiki oleh skuad badminton negara.

Kat ofis, penulis dengar staf2 ofis asyik mengata cara Hafiz main melawan Jepun dikatakan sangat sempoi. Sedangkan hafiz berlawan pada set penentuan, sepatutnya dia perlu bermain dengan fokus dan serius. Mungkin Malaysia yang tak pernah kalah dengan Jepun terlalu memandang rendah dengan negara tersebut, lalu akhirnya memakan diri. Ditambah lagi dengan aksi seorang skuad negara yang berperangai kurang sopan terhadap penonton, bila penulis baca paper keesokan harinya, banyak paper mengatakan tindakan tersebut 'MEMALUKAN'. Penulis cuma terfikir, kalaula pemain tersebut main dengan baik, dah tentu tak ada penonton buat aksi yang mampu mengundang kemarahan pemain tersebut kan? Penulis tak nak komen lebih2, penulis tak berada di situasi kejadian. Penulis pun tak berada di tempat pemain tu, jadi mungkin penulis tak faham.

So bila dengar Malaysia menentang China, antara komen2 orang yang penulis dengar 'Jangan mimpila Malaysia nak menang lawan China tu...'. Bila penulis tengok tv, penulis betul2 berharap yang komen2 tu dapat dipatahkan. Tapi makin lama tengok memang betul pun andaian2 yang diorang buat. Malaysia akhirnya kalah teruk dibelasah China. Datuk Lee Chong Wei yang memegang ranking pertama dunia kalah straight set dengan 21-17, 21-8 oleh Lin Dan, pemain nombor dua dunia. Beregu Malaysia, Koo Kean Keat dengan Tan Boon Heong pun dibelasah teruk beregu China, straight set juga dengan 21-15,21-10. Pusingan ketiga, Wong Choon Han yang muda 9 tahun daripada Chen Jin dari China pun dibelasah teruk 16-21, 7-21. Dan malam tadi penulis dengan hampa terus tukar channel lain bila Chen Jin menjerit kemenangan.

Pagi ni penulis baca paper lagi. Macam biasa, kat ruangan sukan, tertulisla tajuk besar 'Impian Kecundang'. Kat berita radio pulak penulis dengar PM kita, Datuk Seri Najib pun meluahkan kehampaan kat skuad badminton Malaysia, tapi beliau kata beliau faham akan tekanan yang dihadapi skuad negara kita yang terpaksa bermain di tempat sendiri. Tapi pada pendapat penulis, bukankah kalau bermain di tempat sendiri, lebih banyak penyokong datang untuk menyokong, sepatutnya lebih bersemangat mereka akan main? Lagipun setiap kali penulis tengok tv, nampak stadium sentiasa penuh dengan penyokong Malaysia. Tak apelah. Mungkin tak ada rezeki kali ni. Harap2 mereka boleh berusaha untuk Piala Thomas yang akan datang. Malaysia boleh!

Piala2 yang hanya tinggal harapan...

Harap2 kejayaan ni boleh diulang kembali meskipun dah 18 tahun berlalu..

Sekian, wassalam...



29 April 2010

Al-Fatihah Buat Arwah Adik Aminulrasyid...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...


Arwah adik Aminulrasyid

Baru2 ni, walaupun penulis sedang sibuk menghadapi hari2 peperiksaan, penulis masih lagi berkesempatan meluangkan masa membuka facebook. Lalu penulis perasan, banyak group di facebook yang berkaitan dengan nama arwah diatas baru sahaja diwujudkan. Penulis yang agak lama tak mengikuti isu2 semasa berasa agak curious, lalu penulis pun buka group2 tersebut dan membaca cerita2 berkaitan dengan arwah. Ada group yang menyokong arwah, ada group yang menyalahkan arwah. Penulis lantas menyelongkar semula arkib2 suratkhabar online, lalu membaca berita yang berkaitan dengan arwah..

Akhirnya, baru penulis tahu, arwah yang baru berusia 15 tahun, telah mati dalam kejadian kejar mengejar dengan polis lebih kurang jam 1-2 pagi pada 26 april 2010. Arwah telah ditembak di belakang kepala oleh salah seorang pihak polis yang sedang mengejar arwah yang sedang memandu kereta pada waktu kejadian. Kejadian ini dikatakan telah mencalar imej polis negara. Sehingga berita ini heboh diperkatakan oleh pihak polis negara luar. Penulis lalu beristighfar panjang. Dalam hal ini, siapa yang patut dipersalahkan? arwah atau pihak polis?

Penulis mencari maklumat lagi. Pihak polis mendakwa arwah disyaki penyamun kerana terdapat sebuah parang dalam keretanya. Malah arwah dikatakan ditembak kerana cuba mengundur untuk melanggar pihak polis tersebut. Arwah juga memandu tanpa lesen kereta, ditemani seorang rakannya. Polis juga mengatakan bahawa mereka cuba menembak tayar kereta arwah, namun tersasar lalu menembusi cermin kereta lalu mengenai kepala arwah. Arwah lalu terkulai disebelah rakannya sebelum kereta tersebut terbabas. Akhirnya rakan arwah yang cuba menyerah diri dibelasah pihak polis.

Kemudian penulis membaca pula dakwaan keluarga arwah yang disiarkan di media. Menurut ibu arwah, dakwaan menyatakan anaknya penyamun adalah fitnah semata-mata untuk menutup kesalahan pihak polis. Arwah merupakan anak yatim yang telah kematian bapa. Arwah sebenarnya seorang yang baik. Malah menurut jiran2, arwah seorang kaki surau, dan xpernah berkawan dengan kaki rempit. Arwah seorang periang yang mempunyai ramai kawan, keluarga arwah juga baik2, tak pernah melakukan jenayah. Cuma pada malam kejadian, menurut ibu arwah, arwah hanya melakukan kesalahan dengan keluar senyap2 dengan menaiki kereta bersama seorang rakannya untuk ke kedai mamak. Dan menurut kawan arwah yang merupakan satu2 saksi kejadian, arwah ingin menolong rakannya yang pancit tayar motor pada malam kejadian.

Namun, pada malam itu, kereta arwah tergesel dengan sebuah kereta mercedes sewaktu dalam perjalanan. Disebabkan tiada lesen, arwah berasa sangat takut lalu cuba melarikan diri. Terdapat sekumpulan motor yang mungkin rakan pemandu mercedes tadi cuba mengejar arwah, menyebabkan arwah semakin takut. Pada waktu itu arwah memintas sebuah kereta peronda, menyebakan kereta polis juga mengejar kereta arwah. Arwah bertambah takut apabila polis tersebut cuba menembak tayar kereta arwah. Dan pada waktu itulah, malang tidak berbau, sebuah peluru yang disasarkan menembusi belakang kepala arwah. Beginilah kejadian yang diceritakan semula oleh kawan arwah pada malam kejadian dalam laporan polis yang dibuat. Kalau nak tengok sila refer link ini.

Akhirnya penulis menyimpulkan, dalam hal ini, ternyata pihak polis yang salah. Salah kerana menembak orang awam sesuka hati. Bukankah menembak merupakan langkah terakhir jika penjenayah cuba mencederakan pihak polis? Lagipun bukankah sepatutnya tembakan tu sekadar mencederakan penjenayah, bukan membunuh? Lagipun tiada alternatif lain ke untuk menghentikan kereta arwah selain dari menembak? Arwah yang sekadar seorang budak berusia 15 tahun yang sedang berada dalam keadaan sangat panik tak bersenjata pun pada waktu itu. Dan kesalahan arwah yang hanya tidak mempunyai lesen memandu serta terlanggar sebuah kereta milik orang lain pada malam itu tak sepatutnya dibalas dengan tembakan sehinga mati.

Kalau betul tak sengaja pun, apa salahnya kalau pihak polis minta maaf secara terbuka? Malah pihak polis menabur fitnah dengan mengatakan arwah disyaki seorang penyamun apabila menemui parang dalam kereta arwah. Ok, dalam kereta ayah penulis pun ada parang kut, sebagai langkah berjaga2. Salah ke? Apalah yang seorang budak 15 tahun boleh lakukan dengan parang? Mungkin libas parang pun arwah belum mampu. Arwah adalah seorang budak lelaki bertubuh kecil. Lagipun keluarga arwah mendakwa tiada parang, hanya kasut dalam kereta arwah. Lagi satu, dakwaan mengatakan arwah mengundurkan kereta pun tak betul sebab waktu tu arwah dah pun meninggal ditembak. Kenapa arwah perlu diperlakukan sedemikian? kemudian setelah kematiannya arwah difitnah pula? Tak dapat penulis bayangkan betapa tergurisnya keluarga arwah apabla membaca kenytaan polis seperti ini..

Mendengar berita seperti ini, penulis rasa sedih dan teringat adik lelaki penulis yang lebih kurang sebaya dengan arwah. Pada umur 15 tahun, memang normal untuk seorang lelaki berkelakuan nakal, namun, adakah nakal mereka sehingga perlu dibalas dengan ditembak mati?? Apa dah jadi dengan pihak polis negara kita sekarang? Budak yang kesalahan tak seberapa ditembak mati, padahal ramai penjenayah yang selayaknya dihukum tembak sampai mati dibiar je dalam penjara. Apabila melakukan kesalahan, bukan nak mintak maaf, malah menyalahkan pihak lain. Menabur fitnah pada arwah yang telah meninggal. Bukan penulis tak tahu, polis negara kita bukan betul sangat. Konon nak menegakkan kebenaran, tapi sendiri tak sedar diri. Major gila rasuah, kaki fitnah. Hal ini bukan penulis buat andaian, namun diakui sendiri oleh rakan2 penulis yang ayah mereka bekerja sebagai polis. Ok. Mungkin bukan semua. Tapi sebahagian golongan polis yang berperangai macam nilah yang membuatkan rakyat memberi imej yang sangat buruk kepada pihak polis, sama seperti penulis.

Tapi apa nak buat, kejadian dah lepas. Kalau pun pihak polis tu nak mintak maaf ke, buat sidang akhbar ke, arwah bukan boleh hidup balik pun. Sama2lah kita berdoa agar roh arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Ramai rakyat Malaysia yang menyokong arwah tak putus2 menyedekahkan Al Fatihah buat arwah. Dan mereka juga berharap pihak berkenaan mendapat balasan setimpalnya. Al Fatihah buat arwah adik Aminulrasyid..



Remaja macam ni pun polis anggap berbahaya hingga perlu dikejar bermati-matian dan ditembak hingga mati? Sungguh penulis xfaham...

Sekian post kali ini. Wassalam..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...