CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Nadzwareina...?

Bismillahirramanirrahim.. Assalamualaikum wbt :)


Terima kasih sebab sudi klik kat page ni. So org (org adalah kata ganti nama rasmi dalam blog ni) akan mulakan sesi perkenalan diri ni seringkas yg mungkin ye :) (takdela ringkas sangat kut, panjang gak ni hehe)

Nama macam dalam ic, Raden Azwani bt RM Pujaseti. Jangan tanya kenapa nama org atau ayah org macamtu, sbab org takde jawapannya, hehe. Org sangat banyak nickname, family2 besar panggil Wani, ibu ngan adik2 panggil Along, kawan2 panggil Wawa atau shortkan lagi Awa. Kalau kawan sekolah rendah ramai panggil Raden. Nickname alam maya, nadzwareina, susunan semula huruf2 dalam radenazwani tu.

Org sekolah rendah kat Klang, sebelum berpindah ke sebuah sekolah menengah agama kat Shah Alam dan MRSM Terendak kat Melaka waktu tingkatan empat. Org tak merasa masuk matriks macam2 kawan2 org yang lain, sebab habis SPM org terus buat pre degree pharmacy kat UiTM. Kemudian 4 tahun seterusnya org sambung degree in Pharmacy kat tempat yang sama. Dan alhamdulillah, lepas dah grad, org selamat bertugas selama setahun sebagai Provisional Registered Pharmacist (PRP) kat Hospital Kuala Kubu Bharu, Selangor. Habis PRP, org bekerja pulak sebagai Full Registered Pharmacist (FRP) pun kat Hospital Kuala Kubu Bharu selama dua tahun. Lepas dah punya seorang anak, org mohon transfer keluar hospital, dan bertugas sebagai Pegawai Farmasi kat Klinik Kesihatan Meru selama setahun. Kemudian dapat tukar suka sama suka ke Klinik Kesihatan Bandar Botanik Klang yg lagi dekat dengan rumah, amd org kerja sana selama 3 tahun. Selepas rumah yg org and husband nak settle down dah siap, org pindah ke PKD Hulu Langat pula. Org keje kat Klinik Kesihatan Bangi setahun, dan akhirnya di Klinik Kesihatan Beranang dah masuk tahun kedua.

Sekarang org dah masuk tahun kelapan berkahwin, dan selamat bergelar seorang ummi kepada 3 orang cahayamata. Dua lelaki & seorang perempuan. Dan currently orang menetap di Nada Alam, Mantin. Tak duduk Selangor dah.

Macam yang tertera kat profile ringkas org kat belah kiri blog ni, org seorang yg simple. Org agak buta fesyen & mekap2 ni sume, to be honest. Org seorang tea addict, tiap2 hari mesti minum teh paling kurang sekali. Org suka gila ngan buku, kat rumah dah penuh rak dengan buku2 & novel, dan tempat feveret org utk melepak lama2 kat mall semestinya kat bookstore. Org juga seorg animal lover, dan memasang impian untuk membina sebuah cage besar kat luar rumah satu hari nanti untuk menempatkan kucing2 terbiar yang org jumpa kat tepi jalan (serius ni). 

Juga seorg music dependent, sebab org suka pakai headphone atau sumbat telinga ni dengan earphone bila tengah buat kerja (tapi time kerja kat hospital tak buatla). Kalau tak dengar lagu sehari rasa hidup tak lengkap. Hobi org kat tempat2 awam ialah memerhati tingkah laku beberapa manusia yang menarik perhatian, so org gelar diri org ni observer la jugak. Tapi org observe ye, bukan stalk, hehe. Lagi satu, org ni positive thinker. Org percaya setiap apa yg berlaku mesti bersebab. Sebab tu org tak berapa suka dengan insan2 yang suka mengeluh & merungut tentang nasib sendiri.  

So itu sajela beberapa info pasal diri org. Terima kasih sebab sudi singgah blog org ni yang actually lebih berunsurkan rapikan semata. Harap anda enjoyla membaca post2 org kat sini walaupun org tau takdela best mana pun hehe.

Till we meet again. Assalamualaikum :)

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...