CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Kata Hati. Show all posts
Showing posts with label Kata Hati. Show all posts

26 April 2013

Perubahan...

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt..


Genap sudah empat bulan blog ini terbiar tanpa terusik. Entah kenapa, minat menulis org terus pudar. Usahkan menulis, membaca pun tidak. Wawa yang dulunya amat gilakan segala jenis bahan bacaan seperti novel atau buku2 motivasi, tiba2 berubah menjadi Wawa yang tidak lagi endah. Kini buku2 itu yang tersusun rapi di rak dipandang sepi (kini dalam proses untuk menghidupkan kembali semangat membaca itu)

Mungkin perubahan-perubahan yang berlaku dalam hidup org kini menyumbang kepada ketidakendahan itu. Dulunya seorang PRP (Pegawai Farmasi Provisional) kini sudah menjadi FRP (Pegawai Farmasi U41), menjaga satu bahagian dalam Farmasi pula. Dulunya seorang single dan hanya melakukan hal2 sendiri, kini sudah bergelar tunangan orang, dan bakal berubah menjadi isteri orang tidak lama lagi. Dulunya yang sentiasa enjoy tanpa sebarang komitmen penting, kini terikat dengan komitmen tambahan iaitu menjadi Pegawai Dokumen hospital. Banyak lagi perubahan kecil yang langsung merubah diri ini menjadi seorang pendiam dan kadangkala dihurung stress.

Perubahan yang juga merubah diri org menjadi alpa. Alpa dengan urusan dunia sehingga hal-hal akhirat diabaikan. Solat hanya dilakukan yang wajib sahaja. Al Quran pun sudah tak diselak hari2. Al Mathurat yang menjadi amalan dulu hanya sekali sekala dibaca jika rajin. Zikir dan wirid yang dibaca selepas solat kadangkala diskip demi menjimatkan masa. 

Sehinggalah baru2 ini diri ini macam baru tersedar dari lena. Perubahan yang berlaku ini telah merubah diri menjadi lebih negatif. Sesuatu patut dilakukan sebelum terlambat. Sebelum aura negatif itu terus-terusan menyelubungi diri dan hati. Hingga menjadi gelap. Minta simpang.


Perlu berubah. Moga Allah mempermudah.


02 September 2012

Selepas Sebulan Sehari...

Bismillahirrahmnirrahim...Assalamualaikum wbt..


Harini dua september 2012. Sebulan sehari dari tarikh kali terakhir org update blog ni. Kalaula blog ni ada application sawang timbul kat blog kalau lama tak update, sure dah tak nampak ape dah tulisan atas blog org ni kena tutup dengan sawang huhu.


Sebulan dah berlalu. Apa benda best yang jadi?


Bulan ramadhan, org sambut kali pertama sebagai seorang government servant. Penat tu toksah cakapla. Nak2 bila kena jaga kaunter farmasi dari pagi sampai petang. Tekak kering duk explain pasal ubat2. Lenguh kaki pun ye jugak bila asyik2 kena pergi merayau sana sini dalam farmasi atau kat ward kena handle perkara berkaitan ubat. Yang bestnya bila dekat2 buka puasa, pegi kat bazar ramadhan kat tengah2 pekan KKB. So muka2 warga hospital jugakla yg memenuhkan bazar tu. Doktor2, MA, staff nurse, patient2. Kalau dah bosan sangat beli kat bazar, masak je kat rumah. Tapi lagi banyak beli la sebenarnya. Penat le katekan (alasan). Pastu buka puasa reramai. Kejap ngan staf hospital, kejap ngan bebudak UiTM, kejap ngan bebudak sekolah rendah. Time terawih pegi masjid KKB. Takpun berjemaah ngan housemate kat rumah. Seronok.

Sambut raya tahun ni, kali pertama org bagi duit raya kat anak2 buah. Perasaan bila diorg beratur panjang2 pastu salam sebab nak duit raya, memang seronok tak terkata. Sebelum berbaris tu awal2 lagi diorg terus serbu bila nampak org kuar bilik pegang sampul angpau. Kelakar je diorang ni. Lepas make sure sume anak buah dua2 belah dapat, rupa2nya banyak lagi sampul angpau tak habis. Silap bajet lah pulak. Dan raya ketiga org dh pun start kerja balik so tak dapatlah nak beraya lelama sangat.

So sekarang ni, musim open house. Tiap2 minggu kena balik sebab nak pegi beraya rumah sedara, takpun pegi open house undangan kawan2. Dan sambil memenuhi undangan open house, memenuhi undangan perkahwinan pun ye jugak. Bila bukak fb je ada je notification jemputan ke majlis perkahwinan.


Dan bila org pikir2 balik, ramai member org yang dah bertunang & berkahwin rupanya.

Kalau buat list, memang ramai la. Kalau yang single mingle lagi ni memang boleh kira dengan jari (termasuk org la tu)

Sebenarnya rasa pelik bila tengok kawan2 sendiri, nak2 yang kita kenal sejak kecik, sejak sekolah rendah, teman main sama2, teman belajar sama2, dulu comot sama2, bergaduh sama2, sekarang dah cantik berhias tengah bersanding atas pelamin. Dan bersamanya ada seorang pasangan hidup yang sedang menemani di sebelah. Pasangan hidup yang Allah dah tulis sejak azali.

Serius, rasa pelik sikit. Rasa macam slow2 diri ni masuk ke zaman baru. (padahal memang dah tukar zaman pun tapi sendiri tak sedar)

Dan oktober ni, umur org genap 24 tahun. Dan seingat org, bila umur ibu 24 tahun, ibu dah pun bernikah dengan ba. Dan apa progress org? Jangankan tunang, boyfren pun tak wujud lagi.

Pastu tiba2 pikir, hm.. mungkin betulla kut aku ni dah terlambat sikit (sikit okeh, baru 24) Mungkin kali ni org betul2 kena serius cari teman hidup org yang mungkin sedang berlegar2 berkeliaran kat luar sana tu. Taktaula dia yang sesat atau org yang sesat tak jumpa jalan, yang pasti sekarang ni kitorg still belum ditakdirkan untuk bertemu antara satu sama lain la.


Atau mungkin dah je bertemu muka, cuma masih belum bertemu hati, nak buat cemana kan?


Haha takpelah. Tang pertemuan tu org serahkan pada Allah nak tentukan bila. Biar Allah decide bila masanya yang sesuai untuk org atau 'org tu' akan mula memainkan peranan penting dalam lovestory org yg Dia tulis.


But still, org akan mula berusaha slow2. Takdelah duk menanti dia nak datang bergolek. Tang jodoh pun kena usaha gak kan. Kalau dulu setakat nak pass exam universiti sanggup berusaha bermati2an, takkan nak duduk tengok je pasal soal masa depan kan? Tapi macam mana org nak usaha tu, biarlah org simpan sendiri eh :)




Ketika Allah menginginkan dua hati bersatu, Dia akan menggerakkan kedua-duanya. Bukan salah satu - Ustaz Don Daniyal



Ok cukuplah org merapu sampai sini. Jumpa dalam post akan datang eh. Assalamualaikum :)


01 August 2012

Wahai Kamu2 Yang Teristimewa...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Manusia. Khalifah Tuhan di atas muka bumi. Yang Allah ciptakan dengan pelbagai rupa dan ragam. Ada yang muda, ada yang tua. Ada lelaki, ada perempuan. Ada yang indah wajahnya, ada yang sedap mata memandang, dan ada yang biasa2 saja. Ada yang menyenangkan sekali tatasusilanya, ada yang punya hati yang busuk dan perangai yang menyakitkan hati. Allah menjadikan manusia itu lain2 sifatnya. Agar dunia ini meriah dihiasi dengan pelbagai kancah hidup yang mungkin boleh dijadikan pedoman dan iktibar buat sesama sendiri.

Kadangkala dalam ramai2 manusia yang Allah takdirkan untuk mewarnai hidup kita, sejak kita kecil hinggalah sekarang, pasti ada diantara mereka yang bisa menarik, bukan sekelumit, tapi hampir sepenuhnya perhatian kita. Yang mampu menjadikan dirinya sendiri sebagai sebuah memori yang memilih untuk menetap dalam fikiran kita sehingga bila2. Yang kadangkala selepas berbelas atau berpuluh tahun berlalu, dia masih punya tempat dalam ingatan kita. Atau mungkin ia pernah berhenti seketika, namun ia tidak pernah hilang.

Dan sudah tentu, org juga ada.



Org masih ingat lagi seorang rakan tadika org, dia berbangsa cina. Kami sangat rapat, setiap masa di tadika kami bersama. Org ingat nama penuhnya. Org ingat lagi dimana rumahnya. Namun sayang, selepas masuk sekolah rendah, dia hilang tanpa khabar berita. Org pasti, jika kami bertemu dimana2, mungkin kami sudah tidak mampu mengenali satu sama lain. Hampir 20 tahun berlalu, sudah tentu begitu banyak perubahan yang kami lalui. Namun masih, dia ada lagi berlegar dalam memori org.

Masuk zaman sekolah, universiti dan alam pekerjaan, ramai lagi insan2 yang menjadi penyumbang kepada memori buat diri ini. Mereka yang buat org menangis, mereka yang buat org marah, mereka yang buat org ketawa. Mereka yang tidak berhenti mengusik org, mereka yang sentiasa memberi senyuman manis kepada org, mereka yang secara tiba2 mengeluarkan kata2 yang tidak sepatutnya kepada org, masih ada yang segar dalam ingatan ini.

Namun org akui, dalam ramai2 manusia yang org pilih untuk disimpan sebagai memori dalam kotak fikiran org, masih ada diantara mereka yang org asingkan, dan kategorikan sebagai 'istimewa'.

Ya, istimewa. Istimewa pada tafsiran diri org sendiri. Istimewa kerana mereka ini berbeza daripada insan2 lain dalam memori org. Mereka ini yang punya sesuatu yang tidak dimiliki oleh mereka yang lain.




Ada diantara mereka ini adalah istimewa bukan sahaja di mata org, tapi juga di hati. Bagaimana? Dengan hanya melalui cara mereka menyebut nama org yang mungkin kedengaran agak unik itu. Atau dari mimik wajah mereka yang tersenyum saat menyebut nama org. Juga ada yang istimewa dari segi perilaku mereka yang cukup indah di mata org. Hampir sempurna, tanpa ada cacat cela dalam melaksanakan suruhan Allah. 


Atau wajah mereka yang suci dan bersih di mata org, sehingga kadangkala org sendiri cemburu melihatnya. Mungkin juga personaliti sesetengah mereka, yang pada org amat misteri dan menarik sekali untuk diexplore sendiri oleh diri ini. Atau melalui bakat mereka yang sememangnya semulajadi dan mengagumkan mereka yang melihat. Dan ada juga diantara mereka ini, istimewa dimata org, hanya melalui sikap selamba dan cara ketawa mereka yang bersahaja. 

Dengan sesekali mengingati insan2 istimewa inilah, org mampu tersenyum sendiri secara tiba2. Terasa gembira dan seronok apabila teringat, juga secara tiba2.



Kadangkala org bersyukur, kerana ditakdirkan untuk dipertemukan dengan mereka ini. Mereka inilah yang mewarnai dan menghiasi hidup org, dan ada yang mampu mendorong diri org untuk berubah menjadi lebih baik. Meskipun insan2 ini  tidak pernah tahu betapa istimewanya mereka di mata dan hati org, org berharap dengan keistimewaan2 mereka itulah, mereka juga mampu menggembirakan insan lain dan menjadi pembakar semangat untuk insan lain juga berubah ke arah yang lebih baik.

Jauh disudut hati, org juga berharap yang org pernah mendapat tempat yang istimewa dalam memori dan hati sesiapa jua insan di luar sana. 


Dan mampu menggembirakan insan itu dan membuatnya tersenyum, walaupun hanya sekadar sesekali mengingati diri ini. Meskipun cuma sesaat :)
-nadzwareina-


p/s : Mungkin salah seorang daripada insan2 istimewa di atas ini, adalah kamu?


26 June 2012

Kisah Generasi Zaman Ini...

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum wbt..


Sedang diri ini membelek2 laman mukabuku, sesekali mata ini tertumpu ke arah beberapa status yang agak menarik perhatian mata.

Kerana apa?

Kerana isi kandungan status tersebut yang mendatangkan rasa yang agak 'menggelikan' seketika saat membacanya.

Status yang berkisar tentang kisah cinta tuan empunya status. Tuan empunya status yang sedang asyik dilamun cinta. Sedang diserang cemburu kerana buah hati tersayang diganggu gadis/lelaki lain. Sedang bergaduh dengan si buah hati akibat perselisihan pendapat. Kadangkala siap disertakan dengan gambar. Dimana status di mukabuku sudah diibaratkan seperti diari laman maya, cuma diari ini adalah untuk tatapan umum, bukan lagi hanya untuk diri sendiri seperti yang sepatutnya.


Dan ironinya, status2 seperti ini kebanyakannya datang daripada remaja2 yang berumur belasan tahun, masih lagi di sekolah menengah. Belum lagi menjejak kaki ke menara gading. Baru sahaja beberapa belas tahun hidup di atas muka bumi ini, namun pengalamannya seolah sudah hidup berpuluh tahun lamanya.
(kenapa org boleh friends dengan mereka ni dalam mukabuku? kerana org punya adik berumur belasan tahun juga)

Gambar2 yang disertakan, ada diantaranya mampu meloyakan tekak, secara jujurnya. Belum punya ikatan sah, sudah berlaga pipi, berpegang tangan, duduk rapat2, berjalan2 di pusat beli belah pada hujung minggu (disebabkan hari lain mereka ni bersekolah). Pusat beli belah yang terkemuka pula, seperti di Pavillion (tak pernah jejak kaki pun kat sini), Mid Valley, OU. Dan dengan fesyen terkini yang agak menyakitkan mata.


Kemudian minda terimbas kembali saat diri ini berumur lebih kurang sebaya dengan mereka. Melepak di mall? jarang2 sungguh. Duit pun mengharap ihsan mak ayah, kenalah berjimat cermat. Pada saat itu diri terkurung di asrama, asyik disuruh belajar untuk score exam dengan cemerlang. Ada teman lelaki? Jauh sekali. Ada beberapa orang kawan baik lelaki pun rasa dah bersyukur. Sekurang2nya kalau dalam kesusahan bolehla juga minta tolong.

Kadang2 terlihat juga remaja2 ini yang punya gadget canggih, pakai smartphone yang bukan murah. Siap dengan pakej internet. Casing yang colourful. Dalam tandas pun boleh snap gambar. Dalam kereta pun boleh update status fb dengan twitter. Teringat diri ini yang cuma memiliki handphone lepas tamat SPM. Kenal internet pun waktu2 itu juga.


Generasi sekarang dah berubah. Mungkin dah tak relevan untuk org compare diri org masa zaman dulu dengan zaman sekarang. Cuma org akui, org kadangkala terkejut bila melihat generasi kini yang semakin advance, jauh meninggalkan org yang masih terkapai2.

Dan dalam tempoh 10 tahun lagi, generasi zaman itu akan semakin advance dari zaman kini. Dan org pasti akan lebih terkejut berbanding sekarang. Mungkin org dah perlu prepare dari sekarang, supaya tak terlalu terkejut bila masa itu tiba.

Dan sekarang org faham apa ibu dan ba rasa. Dan sekarang org baru tersedar yang org ni dah semakin tua rupanya.

Sekian.


p/s : Lama betul rasanya tak update blog.



25 April 2012

Update Blog Tentang Cerita.....?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Jari ini laju menggerakkan cursor menari2 di monitor laptop tanpa tujuan yang jelas. Mata memandang satu persatu website yang terpapar di skrin yang sering dikunjungi ketika sedang online. Email, Facebook, Twitter, 9Gag, Youtube, MIMS.com, Wikipedia, Bharian, 4Shared, RedFM, namun tiada satupun yang menarik hati untuk diklik dan dilihat. Lalu hati tiba2 terdetik,

'Oh, aku lupa aku ada blog,'

Punyalah lama blog sendiri tidak dijenguk, sehingga ia langsung tidak tersenarai dalam list website2 tadi. Lalu laju jari menaip semula alamat blog yang terlalu lama ditinggalkan sepi itu. Kalaula blog itu punya hati dan perasaan, mesti dia dah merajuk kerana terlalu lama dibiar berseorangan tanpa dilawati. Kalaula dia punya nyawa, mesti dah lama mati terbiar tanpa dipeduli. Kesian, huhu.

Mata kemudian membaca tulisan2 kecil yang tertera di atas blog yang sudah terbuka itu. Update terakhir adalah pada 30 Mac 2012, hampir sebulan yang lalu. Hati terus terasa ingin mengupdate blog yang sudah terlalu lama sepi ini dengan satu cerita baru.

Tapi cerita apa?

Cerita tentang pengalaman attach di ward selama sebulan? Jumpa macam2 ragam pesakit di empat jenis ward yang berlainan? Ataupun cerita tentang pengalaman baru di department baru, buat ubat IV Admixture atau bag TPN untuk pesakit2 yang tak mampu nak makan ikut mulut? Atau cerita tentang rezeki Allah bagi untuk lulus forensic exam walaupun hanya mampu study selama dua hari je?

Nahhh. Bosan. Asyik2 cerita pasal kerja, mungkin diri ini perlu menyentuh sesuatu isu yang berkaitan dengan luar bidang kerja. Dari pagi hingga ke petang bekerja, mungkin bila di luar waktu kerja, org perlu cuba menulis sesuatu yang berlainan dan lebih menarik minat org lain (atau mungkin diri sendiri) untuk membaca.

Maka benak ini tiba2 bertanya sendirian.

'Bagaimana kalau kita cerita tentang hati?'

Tentang hati?

Ya, tentang hati. Tentang hati ini yang selalu keliru dengan benda2 remeh yang tak masuk akal. Benda2 remeh yang sering sahaja mengganggu fikiran dan seringkali datang menyerang tanpa diminta dan disangka2.


Diri ini termenung sendirian. Tangan ini perlahan menyentuh dada, cuba menyentuh tepat di atas hati walaupun hati itu tidak dapat dilihat secara zahir.

Hati itu yang kebelakangan ini sering sahaja terasa pelik dan tidak menentu.

Kejap-kejap hati itu terasa berbunga mekar, gembira dan terasa ingin melayang2 disebabkan bahagia datang menyapa...
Kejap-kejap hati itu terasa sedih, mungkin kerana terlalu merindui seseorang yang tidak pasti apakah memang patut dirindui..
Kejap-kejap hati itu terasa seperti dihembus api cemburu dan amarah, hingga kadangkala perlu ditenangkan dengan istighfar...
Kejap-kejap hati itu terasa sakit, sakit kerana seringkali hanyut dengan benda2 yang mengarut namun tidak mampu untuk ditolak jauh-jauh.


Kenapa dengan hati ini?


Em, tak mengapalah. Mungkin cerita hati ini tidak perlu diceritakan sejelas-jelasnya kepada insan2 di luar sana. Mungkin cukuplah hanya si pemilik hati sahaja yang tahu apakah dia punca kepada masalah yang sedang melanda hatinya pada saat ini.


Dah tu nak update blog pasal apa, kalau tak nak tulis tentang hati tadi?


Eh, cukuplah. Ni dah tulis panjang2 kira dah update blog la ni kan? Oklah tu.


Tangan lalu mengupload satu gambar, menulis tajuk di atas, klik Save, lalu Publish.


Okey, dah siap update blog. Kan senang je,apa yang susah sangat?



02 March 2012

Apabila PRP Bertemu HO...


Wad Paediatrik 6A, 
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.


Si PRP melilau-lilau di dalam wad mencari pesakit yang dimaksudkan. Pesakit cilik tersebut yang mengambil antibiotik vancomycin, perlu diclerk casenya untuk dipresent kepada preceptor. Apabila berjumpa dengan katil pesakit yang dimaksudkan, meja pesakit yang biasanya terdapat BHT (Bedhead Ticket) aka patient record file tidak kelihatan.

'Assalamualaikum staff nurse, ada nampak tak BHT patient katil 32 ni?' tanya si PRP kepada para nurse yang berkumpul sambil berbincang di suatu sudut wad.

'Waalaikumsalam. Oh, patient (tettttt) tu ye? Ha, ada kat sini, sekali ngan BHT lain,' kata staff nurse yang sudi bekerjasama tu.

'Kalau saya nak pinjam sekejap boleh? Ke staff2 nurse nak pakai?' tanya PRP dengan sopannya, dengan harapan untuk meminjam fail tersebut untuk beberapa minit.

'Ha boleh2, tapi kejap lagi HO kat sana tu nak pakai. Tapi buat sementara ni, pakai la dulu,' sambung staff nurse tersebut.

Kepala segera ditoleh memandang HO yang dimaksudkan. Beliau sedang khusyuk di meja menulis sesuatu.

'Okey, nanti dia nak pakai saya pulangkan,' kata si PRP sambil segera mengambil BHT tersebut menuju ke sebuah meja kosong yang berhampiran.  Segera kerja2 mengclerk case patient tersebut dijalankan. Note2 doktor dibaca (dengan keluhan dalam hati nak memahamkan tulisan diorang), beserta medication chart, vital signs dan beberapa info2 penting yang lain.

Sedar tak sedar, dah lebih 15 minit BHT tersebut dibaca oleh si PRP tersebut dengan khusyuknya. Tidak disedari HO di belakangnya sedang mencari2 BHT patient yang berada di tangannya.

'Em, awak, kalau saya nak pinjam BHT tu sekejap boleh?' suara yang tiba2 muncul di belakang PRP menyebabkan dia tersentak. Segera kepala ditoleh. HO tersebut sudah berdiri di belakangnya sambil tangan menunjukkan BHT di atas meja.

'Eh, boleh2 doktor. Sorry ye terpakai lama,' segera PRP mengemas BHT lalu diberikan kepada HO itu.

'Takpe2. Sorry ye ganggu. Saya pakai kejap je,' HO mengambil BHT lalu menuju ke katil pesakit. PRP kembali membelek2 note2 yang ditulis serta meneliti kembali senarai ubat yang diambil oleh pesakit.

Selepas beberapa minit, seperti yang dijanjikan, HO memulangkan kembali BHT pesakit dengan segera.

'Nah, habis dah, sorry ye,' katanya ringkas dan sopan sebelum menuju ke katil pesakit yang lain. Dengan ucapan terima kasih, PRP mengambil semula BHT tersebut sambil meneruskan kembali kerjanya yang tergendala.



Semenjak hari itu, setiap kali waktu petang, si PRP akan bertembung dengan HO tersebut di ward memandangkan kes pesakit tersebut perlu di follow up setiap hari. Tapi si PRP akan sentiasa memastikan BHT pesakit tersebut diguna dulu oleh HO, barulah si PRP akan mengambil fail tersebut. Dan selama seminggu lebih keadaan itu berlarutan, sebelum pesakit itu discharge dan PRP tidak lagi naik ke wad itu seperti biasa pada setiap petang. 




***


Si PRP berjalan pulang dari cafe bersama rakannya menuju ke bangunan farmasi klinikal. Ketika dalam perjalanan, dia bertembung dengan HO yang amat dikenalinya itu, sedang berjalan bersama2 dengan dua orang trainee.

'Eh, HO wad paed tu,' katanya dalam hati sebaik sahaja melihat HO yang sedang berjalan menuju ke arahnya itu. Wajah yang hari2 dilihatnya sewaktu di wad dulu. HO yang dimaksudkan turut memandang wajahnya.

Bertembung dengan 3 orang lelaki, si PRP sekadar berjalan menunduk, tidak memandang wajah lelaki2 yang berada di hadapannya itu.

Dan si PRP tidak tahu, dia bakal bertembung lagi dengan 3 orang jejaka yang sama ketika pulang dari cafe pada esok hari. Juga pada hari2 seterusnya. Even rakannya juga perasan akan hal itu.

'Eh wawa, kita macam selalu sangat jumpa diorang tiga tu kat sini, waktu yang sama pulak tu. Perasan tak?' tanya rakan si PRP.

'Perasan,' jawab si PRP ringkas sambil tersenyum.


***

Kali ini, si PRP sedang berseorangan pulang dari wad, apabila sekali lagi dia bertembung dengan HO yang sama di hadapan Jabatan X-Ray. 

Dan tanpa disangka2, HO itu yang sedang berjalan laju untuk masuk ke Jabatan X-Ray, memandang wajahnya sekilas, sambil mengukir senyum. Mungkin dia juga sudah mengecam wajah yang sudah banyak kali dilihatnya secara kebetulan itu.

Si PRP membalas senyum, sebelum wajah si HO hilang dari pandangan matanya.

Mungkin dia perlu tahu nama HO tersebut, supaya setiap kali mereka bertembung, mereka boleh menyapa satu sama lain. Tanpa perlu sekadar membalas pandangan dan senyuman, bisik si PRP dalam lubuk hatinya.


Sekian. 


p/s : PRP = Provisional Registered Pharmacist
        HO = Houseman Officer

26 February 2012

I'm A Great Procrastinator.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Saat post ni ditulis, org ada empat slide presentation yang perlu dibuat, untuk ditunjukkan dan didiscuss bersama preceptor org waktu org attach kat department TDM dulu. Empat presentation tu actually empat kes patient yang org clerk kat ward, dimana org kena belek file patient, salin sume medication dia, fahamkan note2 doctor yang ditulis dalam file tu (yang sentiasa buat org bebel sorg2 dalam hati nak pahamkan tulisan diorg) dan last sekali cari pharmaceutical care issues yang wujud dalam kes diorg tu.


So setakat ni, apa progress org?


Hmph. Org baru siap satu slide daripada empat. Eh pembetulan, bukan satu, tapi setengah. -____-


Taktaula nape, bila balik kerja, waktu malam org terasa malas sangat2 nak bukak laptop dan sambung buat slide tu. Malam, lepas habis tengok berita, lepas dinner & hantar dan amik adik dari tuisyen, lepas online kejap bukak email ngan fb, org akan terus siap2 nak tidur, dalam pukul 10 lebih atau 11 gitu. Badan rasa lesu sangat, satu kerja apa pun rasa malas nak buat. Time weekend pulak rasa nak tidur je. Takpun rasa nak keluar jalan2.

Nasib baik preceptor TDM bagi tempoh sebulan lepas habis attachment untuk siapkan dan present empat slide tu. Tu baru presentation, ada assessment lain, buku log lagi nak kena penuhkan. Nasib baik beliau tak buat VIVA.

Bila dah tukar department CDR ni pun, nasib baik la preceptor situ jenis sempoi je. Suruh clerk empat kes jugak, tapi present satu kes je. Tapi assessment ada dua jenis, satu open book, satu lagi close book. Habis CDR nanti, org akan start attach kat 4 ward, ward medical, ICU, paediatric ngan O&G. Setiap satu ward attach satu minggu, setiap satu minggu kena clerk 15 kes. Fuh.

Dan org akan menduduki Forensic Exam dalam tempoh kurang dari sebulan dari sekarang, namun selak2 buku tu pun jarang2 orang buat.

Exam open book, 3 jam, ada MCQ, ada essay. Tanda buku seberapa banyak yang boleh.


Jadi kawan2, saya perlukan nasihat2 dari anda semua yang prihatin tentang tabiat buruk saya ni. Sikit pun takpe, nak marah pun takpe, nak sound saya direct dan tepat pun takpe. Janji saya bersemangat balik nak buat kerja2 saya yang tertangguh ni.


Ada siapa2 yang sudi?


21 February 2012

Kerja Kat Hospital Ni Best Ke?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...


Sedar tak sedar, minggu ni dah masuk bulan kedua org bekerja kat HTAR. Org pun dah bertukar department, daripada bergelumang dengan serum darah patient kat department TDM (Therapeutic Drug Monitoring), kepada mengrekonstitut (reconstitute, org tak tau melayunya apa) ubat2 kemoterapi untuk pesakit2 kanser kat department CDR (Cytotoxic Drug Reconstitution). So far alhamdulillah, org enjoy dengan kerja org sekarang, dimana org akan belajar banyak benda baru tiap2 hari.


Bila berkumpul dengan sedara mara, selain daripada soalan lazim yang ditanya iaitu 'dah ada bf ke belum?' ataupun 'bila nak kawin?' (yang macam biasa org akan elak), org juga sering dihujani dengan soalan yang macam org tulis kat tajuk post kali ni.


'Wani, best ke kerja kat hospital tu?'


Bila dapat soalan best ke tak, org akan jawab dua2. Ada part yang best, ada part yang tak best.


Agak best sebenarnya bila bekerja kat hospital, dimana kita akan bercampur dengan pelbagai jenis manusia yang ada. Baik doktor, doktor pelatih, pharmacist, pharmacist2 pelatih macam org, penolong pegawai farmasi, staff nurse, student2 trainee dari kolej, mahupun dengan pesakit2.

Ada doktor yang sangat lembut dan berhemah apabila ditanya dan ketika berbincang tentang patient, ada doktor yang suka buat muka ketat bila org merayau dalam wad untuk monitor patient. Mungkin dia rasa kehadiran org mengganggu, org tak tau la.

Ada jugak doktor pelatih yang waktu org tengah belek file patient sambil clerk case kat ward untuk dipresent kat preceptor, tiba2 berdiri sebelah org, tersenyum, sambil cakap ' awak, boleh kita share file ni sama2?' Serius buat org terkejut je.

Pegawai farmasi pulak, ada yang sangat rajin mengajar dan sudi menjawab segala jenis pertanyaan org dengan senyuman yang menyenangkan. Dan ada juga pegawai farmasi yang terlalu cerewet, suka menegur  perbuatan org yg org rasakan takdelah apa sangat pun. Yang peramah ada, yang sempoi ada, yang pendiam ada, yang suka senyum ada, macam2 ragam ada. Yang suka maki pun ada sebenarnya, tapi syukur alhamdulillah, org belum lagi berpeluang untuk bertemu dengan beliau yang dimaksudkan ni.

Part yang best jugak bila kitorg pharmacist2 pelatih akan duduk berbincang bersama2 tentang drug2 atau kes patient yang agak rare, sekadar mintak pendapat masing2 daripada ilmu yang kitorg ada. Sambil2 tu diselitkan dengan sesi berborak tentang latar belakang masing2, yang sekaligus merapatkan lagi ukhuwah dan memecahkan 'barrier' dikalangan kitorg.

Sambil belajar dan sambil mengajar, antara pengalaman yang seronok jugak untuk dirasai. Setelah kitorg belajar pelbagai jenis ilmu yang ada daripada preceptor department masing2, kemudian kitorg akan ditugaskan pulak untuk mengajar student2 trainee yang berasal dari kolej2. Sambil tu menguji kefahaman kitorg tentang apa yang kitorg belajar, sekaligus memudahkan kitorg untuk buat assessment dan case presentation diakhir attachment.

Pesakit pun ada yang macam2 ragam. Ada yang jenis menurut sahaja ubat apa yang diberi di kaunter, ada yang suka bertanya macam2 tentang ubat tu. Yang tersenyum ucap terima kasih pun ada, yang tiba2 mencari pasal memarahi kitorg tanpa sebab munasabah pun ada. Terpulanglah kat kebijaksanaan & keprofessionalan kitorg macam mana nak handle insan2 yang sebegini. Asalkan jangan jadi macam kes kat KFC tu sudahlah.

Namun, adalah sangat tak best apabila sedang clerk case di wad, kita terdengar suara patient yang mengerang2 kesakitan, lebih2 lagi apabila digerakkan oleh doktor atau nurse. Jeritan mereka yang bergema seluruh wad kadang2 boleh meremangkan bulu roma. Jeritan di wad kanak2 pulak boleh meruntun jiwa. Sayu mendengar kanak2 tu menangis hiba sambil ditenangkan penjaga masing2.

Dan adalah lagi sedih apabila kita di department sedang sibuk menganalisis level drug dalam serum patient, ataupun baru sahaja habis reconstitute ubat kemoterapi untuk sorg patient, tiba2 telefon berdering.

'Hello, saya staff nurse dari wad 5C, nak bagitau patient yang nama si polan bin si polan ni baru je meninggal tadi. So result/ubat nanti tak payah inform wad la ye...'

Tergamam jap kat hujung talian. Rasa baru je semalam naik wad monitor patient yang dimaksudkan tu.


Innalillahi wainnailaihi raajiuuun.



p/s : Org akan menduduki Forensic Exam 19 Mac ni. Salah satu requirement untuk lulus housemanship adalah dengan lulus exam ni. Kawan2 tolong doakan org ye :)

18 December 2011

Maybe The Sweetest Video Ever.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..



Terjumpa video ini menular macam virus setelah dishare oleh member2 di fb. Lalu saya merajinkan diri untuk tengok.

Dan tak dapat dinafikan, video ini sumpah comel. Buatkan diri saya ni dan housemate duk merepeat perkataan 'sweet' start dari mula video sampaila habis.

Bertuah gadis tu. Gentleman sungguh lelaki tu. Semoga mereka bahagia ke akhir hayat setelah disatukan tidak lama lagi. Amin.

Buat future husband saya, saya tak mintak awak buat special2 macamni untuk propose diri saya yang serba kekurangan ini.

Tapi saya harap awak ada kekuatan & keberanian untuk bersemuka dengan parents saya, minta izin mereka terlebih dahulu untuk menjadikan saya sebagai milik awak seorang di dunia dan akhirat.


Tanpa perlu melakukan perkara2 romantik atau menggunakan ayat2 jiwang untuk menambat hati saya. Sebab saya tak biasa dengan itu semua.

Dan saya yakin saya tak ada sebab untuk mereject awak kalau awak buat macam tu. 


InsyaAllah :)




*tamat mood jiwang. bukak balik buku. sambung balik mood serius*



16 December 2011

Senyum Je...

Bismillahirramanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Dalam hidup ni, kita akan jumpa dengan macam2 ragam manusia..



Bila kat kaunter farmasi time panggil sorg patient nak dispense macam2 jenis ubat..
Tiba2 pakcik tu bising bebel2 nak ubat melebihi banyak mana yang doktor prescribe..
Layan je la sebaik mungkin apa pakcik tu nak Wani... senyum je..



Bila dah habis isi trolley2 ward dalam 2 jam lebih , dah siap double check semua..
Tiba2 datang prescription baru rupanya2 lebih 10 patient kena discharge hari tu..
Kosongkan la balik laci2 trolley tu Wani, kemas fail ward tu balik.. senyum je..



Bila tengah bersungguh2 explain 12 jenis ubat kat sorang patient kat ward..
Tapi dia malas nak dengar dan buat2 faham dan tau je pasal semua ubat tu..
Teruskan je la explain Wani, memang kerja kau kan.. senyum je..



Bila bertembung ngan sister atau staff nurse waktu pergi/balik dari ward..
Kita bagi senyuman ikhlas, mereka pandang tapi sekadar buat tak tahu dan tak nampak..
Takpela Wani, mereka tengah takde mood tu, penat kut.. senyum je..



Bila tengah panjang lebar counsel & demo kat diabetic patient cara2 pakai insulin pen..
Tiba2 anak patient tu tertendang sampai berdarah tangan ni terkena jarum kat pen..
Lap je la darah tu ngan tisu Wani, budak tu tak sengaja... senyum je..



Bila dah semangat study macam2 untuk VIVA sampai tiap2 malam tidur lambat..
Tapi bos asyik tunda sebab busy, last2 tunda minggu depan sampai ada 2 VIVA next week..
Redha je la Wani, dah mereka busy nak buat macam mana.. senyum je..




Sebuah senyuman, walaupun pada mulanya tidak diberikan seikhlas mana, tapi lama kelamaan ia mampu memberi ketenangan pada diri. Mungkin bukan setakat kepada diri sendiri, tetapi juga kepada orang lain yang sekadar melihat tanpa mengetahui apa2.


Senyum je :)



19 November 2011

Mengimbau Memori di Rumah Arwah...


Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...


Hari Sabtu menjelma lagi. Hari yang ditunggu2 oleh insan2 yang bekerja untuk berehat dan menghabiskan masa kat rumah. Orgla contohnya, hehe. Untuk hari Sabtu ni org mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah org kat Klang. Terasa nak berehat kat sini je. Memandangkan housemate org, Atun selamat dah pulang kat rumah keluarganya kat Bangi, maka weekend ni org akan habiskan masa berseorangan kat rumah pusaka tinggalan arwah atuk & nenek org ni. Oh ye buat mereka yang tak tahu, setelah memulakan posting di hospital KKB, org menetap di rumah arwah ni yang terletak di Batang Kali.


Duduk berseorangan kat rumah, org habiskan masa online, sambil2 tu layan tv, sambil tu bukak buku gak untuk study. Bekerja sebagai pharmacist menyebabkan org perlu sentiasa tahu tentang semua jenis drugs yang ada kat luar sana. Dah bosan buat kerja2 seperti yg dinyatakan kat atas tu, org terasa nak kemas2 rumah tinggalan ni. Waktu weekdays memang serius tak berapa nak sempat kemas rumah ni. Pagi2 pukul 7 lebih dah keluar rumah, malam pulak lepas makan dan study org dan Atun terus tido.


Org pun masuk bilik arwah atuk dan nenek yang terletak kat tingkat bawah. Jarang2 sungguh masuk bilik ni. Sambil mengangkut penyapu, org kemas2 dan menyusun2 barang2 tinggalan arwah. Ada banyak sangat baju yang terlipat kat rak. Ada baju kurung kedah dan kain batik milik arwah wan. Ada jugak serkup kepala yang wan gunakan nak tutup rambut. Dan waktu ni terus je memori org ni terkenang kat arwah wan.


almari & rak baju arwah wan


Arwah wan org sangat lembut orgnya. Org ingat masa kecik2 dulu org prefer tido ngan arwah wan bila org pulang ke kampung. Arwah wan masak sedap sangat. Kalau arwah wan masak lauk ikan masak asam, org memang akan tambah nasi sampai 2, 3 kali. Arwah wan dulu pun sangat tabah orgnya. Dulu arwah kena kayap, kadang2 arwah wan singkap baju untuk tunjuk kayap tu kat org. Org nampak arwah wan berkerut menahan sakit. Tapi wan dah pernah mengeluh atau merintih. Selain kayap, arwah wan juga menghidap diabetes. Org ingat lagi, arwah wan meninggal dunia pada bulan februari tahun 2010. Masa tu org dah siapkan minit mesyuarat nak pergi meeting persatuan kat fac, pastu ibu pun call kata arwah wan dah pergi. Org pun terus balik time tu gak.


Kemudian org bukak pulak almari dalam bilik tu. Penuh dengan baju arwah atuk. Ada banyak baju kemeja dengan batik. Arwah atuk org ni sangat smart orgnya. Dan arwah atuk org ni baru je pergi tahun ni disebabkan kanser. Kalau waktu arwah wan meninggal dulu org tak berapa menangis sangat, tapi bila arwah atuk pergi, org menangis agak teruk since dalam bas lagi nak pulang ke kampung. Sebab atuk dah tinggal kat rumah org kat Klang agak lama waktu arwah tengah sakit. Org pun dah terlalu lama jaga arwah atuk masa kat rumah dan kat hospital, siap masakkan lagi juadah untuk atuk dulu.


almari baju arwah atuk


Dan memori2 org ngan arwah atuk & arwah wan semakin banyak yang muncul bila org jumpa beg Haji yang tertulis nama arwah atuk & wan, beberapa buah AlQuran & yasin yang biasa dibaca oleh arwah waktu mereka hidup dulu dah berhabuk kat atas para, barang2 yang arwah atuk gunakan untuk berkebun ada banyak kat bawah katil, dan selipar dan sejadah kegemaran arwah. Serius, waktu ni terasa sangat2 rindu dengan arwah atuk dan arwah wan.


Mungkin ini hikmahnya org ditugaskan bekerja kat Hospital KKB. Org dapat tinggal kat rumah pusaka ni setelah terlalu lama rumah ni dibiarkan kosong, sambil menjaga dan membersihkan semua barang2 tinggalan arwah. Rumah yang sudah terlalu lama sunyi dan 'mati' ni 'hidup' semula setelah org dan Atun tinggal kat sini, bak kata pakcik & makcik org. Dan betul, kadang2 org terasa macam dua2 arwah masih hidup, sambil berjalan ke hulu kehilir dalam rumah ni macam masa org masih kecik, walaupun org tau apa yg org rasa tu tak lebih dari sekadar memori.


Bersemadilah dengan tenang disana wahai arwah atukku, Jamaluddin bin Abdullah dan arwah wanku, Khadijah binti Mohd. Semoga roh atuk dan wan ditempatkan dikalangan org2 beriman. Wani akan lawat kubur atuk dan wan bila ada kelapangan nanti, InsyaAllah :)



11 October 2011

Duhai Hati... Kenapa?


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..




Sebenarnya org agak segan untuk bercerita kisah peribadi org kat sini. Org tau ramai member2 org yang baca blog org ni, ramai yang jadi silent reader. But i have no choice. I need to let go all of this from my heart and my mind. Dan org bukan jenis yang share segala jenis cerita ngan family. Tak sama sekali. Even family org panggil org secretive sebab org sangat jarang bukak mulut untuk cerita ape2 ngan family. Lebih2 lagi kisah tentang hati & perasaan. Sampai ibu kena korek from adik2 kalau nak tau kisah hidup org.


Ingat lagi entry org yg lepas? Tentang makcik org yang jadi tukang kenen tu? Org dah tulis pasal ni kat blog org yang satu lagi. Mintak pendapat dari mereka yg sudi. Dan org dapat dlm 20+ komen, semuanya suruh org cuba dulu untuk berkawan dengan mamat tu. Mungkin mamat tu sebenarnya insan yg org tunggu2 selama ni, bak kata diorang.  Dan betul macam yg mamat tu mesej org dulu, dia akan contact org lagi. So org pun buat keputusan, mungkin org patut cuba berkawan dengan dia lepas ni.


Dan lepas tu bila mamat tu contact, org cuba ikhlaskan diri untuk terima salam perkenalan daripada dia. Bila dia mesej, org akan reply, walaupun selalunya pendek2 je. Tapi lepas beberapa hari, org mula sedar, yang org sebenarnya tak ikhlas pun nak berkawan dengan mamat tu. Org berbalas mesej tu sekadar nak menyedapkan hati dia je. Pintu hati org ni macam tertutup. Bila mesej masuk lagi dari dia, org mula rasa rimas. Bertambah2 rimas bila dia call. Org memang tak jawab walau sekali pun. Dan lama2 mesej dia pun org tak balas.


Lama2 org decide lagi, org perlu terus terang kat mamat ni. Org tak mau dia rasa org sombong sebab org menyepikan diri. Akhirnya pada satu hari, org mesej semua yg org rasa kat mamat ni. Tentang rasa geram org kat makcik yg suka2 hati bagi nombor org kat stranger. Tentang rasa rimas yg org rasa bila dia call & mesej org tiap2 hari. Dan rasa hati ini yang tak ikhlas menyambut salam perkenalan dari dia. Syukur alhamdulillah, mamat tu cakap dia faham. Dia mintak maaf, org pun mintak maaf. Bukan org tak cuba, tapi memang tak boleh. Dan mamat tu mention dia harap hubungan silaturrahim kitorang takkan putus.


Kadang2 org diam sambil berfikir sendiri. Kenapa ye hati ni susah sangat nak sambut salam perkenalan dengan ikhlas dari someone yang org tak pernah kenal? Bukan sorg dua, tapi sejak dulu lagi bila ada lelaki2 yang nak berkenalan, yang bukan terdiri daripada member2 org, org memang tak boleh nak terima. Mungkin boleh waktu awal2, kemudian lepas tu mula la akan rasa rimas semua. Sebab tu jugaklah org tak pernah in a relationship ngan sesiapa. 


Kenape ye hati ni macam tertutup rapat? Kenapa?


Adakah org fobia sebenarnya? 


Fobia tanpa org sedar?


Dulu org memang ada kisah sendiri. Tapi tu kisah dulu2. Kisah zaman kanak2, zaman hingusan. Org pun dah tak ingat pun lagi pasal kisah tu. Tapi takkanla sebab tu hati org tertutup sampai sekarang?


Entahlah. Allah jua yang Maha Mengetahui. Tapi org selalu berdoa, kalau org betul2 jumpa the right person nanti, Allah akan buka pintu hati org yang tertutup rapat ni. Dan kalau ada antara lelaki2 yang org tolak tu sebenarnya Allah ciptakan untuk org, Allah akan buka semula pintu hati ni untuk dia.


Semoga Allah mendengar doa org ni.


Dan semoga fikiran org takkan serabut lagi fikir hal2 remeh macam ni.


Amin.

06 October 2011

Apabila Makcik Sibuk Nak Jadi Matchmaker..


Bismillahirarhmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..


Beberapa hari yang lepas, tatkala org sedang driving sorg2, tiba2 henfon org berdering menandakan ada call masuk. Dengan bersusah payah org capai henfon tu dan tengok nama caller. Nombor semata2. Maksudnya org tak save nombor insan yang call tu. Lepas je org bagi salam & cakap helo, talian terus terputus.


Apekah org ni saje2 buat miscall? hampeh. -___-




Dan dia tak call balik. Memandangkan org jenis yang tak melayan miscall ni, org pun buat taktau. Org pun tak rajin nak mesej tanya sape. Tak penting pun kut. Dah dia tak call balik.


Dan semalam, org dapat mesej daripada nombor yang sama. Mesej dia lebih kurang macamni la :


'Assalamualaikum. Dulu saya call, harini saya mesej. Salam perkenalan :)'


Tetttttt. Correction. Dia miscall, bukannya call. Org pun reply jawab macamtu.


Selalunya kalau dapat mesej anonymous daripada insan yg nak berkenalan ni, memang jangan harapla org nak layan. Rasa annoying sungguh. Tah mana la dapat nombor ni tak tau la. Pastu lagi satu yang ajak main teka2 tu. Suruh org pulak yang teka sendiri tu sape, dapat nombor dari mana. Haih. Serius takde masa nak layan benda2 macamni. Selalu org buat donno je sampaila org tu stop mesej.


Tapi kali ni org merajinkan pulak diri untuk mengorek gerangan pengirim mesej ni.


Dah berbalas mesej beberapa kali, org akhirnya figure out yang mamat ni dapat nombor org daripada makcik org. Nasib baik dia mention nama makcik org tu betul. Baru nak trap. Katanya, makcik tu bagi nombor org kat dia, suruh dia call org. Makcik org tu siap bising2 lagi bile mamat ni lambat contact org. Haih. Ape cite ni? Terasa bengang bila number sendiri dipas2 sesuka hati kat org yang tak dikenali langsung.


Bertambah bengang bila org tanya soalan sikit, mamat ni macam tak puas hati. Katanya org tanya macam polis soal siasat. Lah. Dia tanya banyak takpe pulak. Org tanya tak boleh. Okeh, mamat ni dah bagi bad 1st impression kat org.


Tanya pun tak boleh. Apa pun tak boleh. Hish.


Dan akhirnya org tau sikit detail mamat ni, umur berapa, kerja apa. Memandangkan org jenis yang sangat malas nak berbalas mesej ni sebab drag masa dan org pun malas nak bagitau basic detail org, org suruh dia add fb org je. Org rasa mamat ni macam serius je. Tapi last2 org yg add dia dulu. Ada satu album je yang boleh ditengok, ada 3 org mamat dalam album tu. Dia yang mana satu org pun tak tau.


Sebelum menamatkan sesi berbalas mesej, mamat ni cakap InsyaAllah dia akan contact org lagi. Pastu dia ucap gudnite. Dia ada mention gak yang walaupun makcik org yg suruh dia berkenalan ngan org, tak bermaksud yang dia tak ikhlas nak berkenalan dengan org. Dan memang, bunyi mesej tu agak serius. Org rasa mamat ni tak main2, dia memang betul2 nak kawan ngan org.


To be honest, org tak la lambat sangat nak pickup yang makcik org tu try nak kenenkan org ngan mamat tu. Maybe mamat tu staf dia, umur pun dah 29. Org pulak pernah mention kat makcik org tu yang org tak penah ada bf, dan maybe dia penah dengar org cakap kat ibu yang kalau org still tak kahwin2, ibu boleh je carik sape2 yang ibu rasakan terbaik untuk org.


Tapi tu kalau umur org 25. Umur org baru 23. Kerja pun belum. Org tak biasa dengan benda2 macamni. In fact, org rasa agak rimas dan annoying sebab ada org yang sibuk2 pasal kita. Maybe niat makcik org tu baik, tapi still org tak suka cara ni. Kalau mak org yang try kenen, takpe lagi. Ni mak org rileks2 je lagi, org lain pulak yang masuk campur.


Em, adakah org pikir terlalu jauh? Entahla. Yang pasti, org tak berminat nak kenal2 macam ni. Maybe org lain kata setakat kawan2 tu apa salahnya, tapi kalau dah awal2 org rasa menyampah & tak selesa, nak buat macam mana?


Eh, dahlah. Buat apela duk pikir pasal hal ni. Baik org habiskan baca buku pharmacotherapy tu, lagi bagus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...