Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..
Jari ini laju menggerakkan cursor menari2 di monitor laptop tanpa tujuan yang jelas. Mata memandang satu persatu website yang terpapar di skrin yang sering dikunjungi ketika sedang online. Email, Facebook, Twitter, 9Gag, Youtube, MIMS.com, Wikipedia, Bharian, 4Shared, RedFM, namun tiada satupun yang menarik hati untuk diklik dan dilihat. Lalu hati tiba2 terdetik,
'Oh, aku lupa aku ada blog,'
Punyalah lama blog sendiri tidak dijenguk, sehingga ia langsung tidak tersenarai dalam list website2 tadi. Lalu laju jari menaip semula alamat blog yang terlalu lama ditinggalkan sepi itu. Kalaula blog itu punya hati dan perasaan, mesti dia dah merajuk kerana terlalu lama dibiar berseorangan tanpa dilawati. Kalaula dia punya nyawa, mesti dah lama mati terbiar tanpa dipeduli. Kesian, huhu.
Mata kemudian membaca tulisan2 kecil yang tertera di atas blog yang sudah terbuka itu. Update terakhir adalah pada 30 Mac 2012, hampir sebulan yang lalu. Hati terus terasa ingin mengupdate blog yang sudah terlalu lama sepi ini dengan satu cerita baru.
Tapi cerita apa?
Cerita tentang pengalaman attach di ward selama sebulan? Jumpa macam2 ragam pesakit di empat jenis ward yang berlainan? Ataupun cerita tentang pengalaman baru di department baru, buat ubat IV Admixture atau bag TPN untuk pesakit2 yang tak mampu nak makan ikut mulut? Atau cerita tentang rezeki Allah bagi untuk lulus forensic exam walaupun hanya mampu study selama dua hari je?
Nahhh. Bosan. Asyik2 cerita pasal kerja, mungkin diri ini perlu menyentuh sesuatu isu yang berkaitan dengan luar bidang kerja. Dari pagi hingga ke petang bekerja, mungkin bila di luar waktu kerja, org perlu cuba menulis sesuatu yang berlainan dan lebih menarik minat org lain (atau mungkin diri sendiri) untuk membaca.
Maka benak ini tiba2 bertanya sendirian.
'Bagaimana kalau kita cerita tentang hati?'
Tentang hati?
Ya, tentang hati. Tentang hati ini yang selalu keliru dengan benda2 remeh yang tak masuk akal. Benda2 remeh yang sering sahaja mengganggu fikiran dan seringkali datang menyerang tanpa diminta dan disangka2.
Diri ini termenung sendirian. Tangan ini perlahan menyentuh dada, cuba menyentuh tepat di atas hati walaupun hati itu tidak dapat dilihat secara zahir.
Hati itu yang kebelakangan ini sering sahaja terasa pelik dan tidak menentu.
Kejap-kejap hati itu terasa berbunga mekar, gembira dan terasa ingin melayang2 disebabkan bahagia datang menyapa...
Kejap-kejap hati itu terasa sedih, mungkin kerana terlalu merindui seseorang yang tidak pasti apakah memang patut dirindui..
Kejap-kejap hati itu terasa seperti dihembus api cemburu dan amarah, hingga kadangkala perlu ditenangkan dengan istighfar...
Kejap-kejap hati itu terasa sakit, sakit kerana seringkali hanyut dengan benda2 yang mengarut namun tidak mampu untuk ditolak jauh-jauh.
Kenapa dengan hati ini?
Em, tak mengapalah. Mungkin cerita hati ini tidak perlu diceritakan sejelas-jelasnya kepada insan2 di luar sana. Mungkin cukuplah hanya si pemilik hati sahaja yang tahu apakah dia punca kepada masalah yang sedang melanda hatinya pada saat ini.
Dah tu nak update blog pasal apa, kalau tak nak tulis tentang hati tadi?
Eh, cukuplah. Ni dah tulis panjang2 kira dah update blog la ni kan? Oklah tu.
Tangan lalu mengupload satu gambar, menulis tajuk di atas, klik Save, lalu Publish.
Okey, dah siap update blog. Kan senang je,apa yang susah sangat?
1 comments:
1xbet korean | Legalbet.co.kr
1xbet korean is febcasino an online gambling site that is operated by 1xbet korean a betting company known worrione as 1xbet Limited. This online gaming website is licensed in Curacao
Post a Comment