CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 June 2011

Lelaki Tua Itu...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


*sekadar gambar hiasan*


Pada hari ini, di waktu tengahari yang panas terik,

Diri ini keluar untuk menjemput adik di sekolah..

Ketika menanti di luar sekolah, sepasang mata ini lalu terlihat..

Kelibat seorang lelaki tua, umurnya mungkin 50 atau 60-an..

Terbongkok2 memikul guni yang hampir penuh di belakang..

Kemudian dirinya pergi ke tong sampah, lalu mengorek isinya..

Pelbagai tin dan botol dikutip, lalu diisi di dalam guni..

Dia berhenti seketika, mengesat peluhnya dengan kain di lehernya..

Kemudian disambung lagi, sehingga habis seisi tong digeledah...


Lelaki itu pergi ke tong sampah lain, membuat perkara yang sama,

Tanpa menghirau bau busuk dan kotor, dia meneruskan kerjanya bersungguh2..

Kemudian dirinya masuk ke dalam longkang, bersama guninya..

Dikutipnya pelbagai tin dan botol di dalam longkang tersebut..

Keluar dari longkang, hujung seluarnya telahpun basah..

Bajunya bertambah kotor, wajahnya comot dek peluh yg mengalir lagi..

Perlahan2 dia berjalan, menuju ke destinasi yang lain...


Hati ini tiba2 sebak, air mata terasa hendak mengalir,

Melihat lelaki tua itu berusaha keras mencari rezeki halal..

Pelbagai persoalan bermain di fikiran..

Dimanakah anak2 yang sepatutnya menjaga kebajikannya?

Dimanakah isteri yang sepatutnya menguruskannya?

Atau apakah pakcik itu hidup sebatang kara?

Cukupkah upahnya untuk keperluan dirinya?

Bagaimanakah rupa dan dimanakah tempat tinggalnya?


Lalu terbit rasa insaf dalam diri,

Apabila memikirkan diri dilimpahi kesenangan sejak kecil,

Tidak perlu berusaha keras demi mencari sesuap nasi..

Tidak perlu membanting tulang untuk memenuhi keperluan diri..

Tidak perlu berpanas terik atau berhujan mencari rezeki..

Tapi kenapa diri ini jarang mengucap syukur padamu Ya Allah?


Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah lelaki tua itu dalam usahanya mencari rezeki,

Bantulah dia Ya Allah, kerana dia memilih jalan yang halal untuk mendapatkan rezeki dariMu,

Dan jadikanlah dia hambaMu yang redha, dalam apa jua takdir yang telah Kau berikan padanya,

Semoga kesusahannya di dunia pada hari ini Kau balas dengan kesenangannya di akhirat kelak Ya Allah..


Sekian. Assalamualaikum wbt..


p/s : Bersyukurlah atas segala nikmat yang kita ada.


28 June 2011

#2 Wordless Wednesday - Sengal.

Jodoh..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..



Buat jejaka2 atau gadis2 yang masih tercari2 siapakah jodoh anda..

Pernahkah anda merenung kembali insan2 yang pernah hadir dalam hidup anda,

dari dulu hingga kini?

Pernahkah anda teringin memilih salah seorang diantara mereka sebagai teman hidup?


Mungkin ada diantara mereka yang berjaya mencuri hati anda, malangnya anda terlambat kerana hati mereka telahpun dicuri orang lain..

Mungkin ada diantara mereka yang anda sukai, tetapi mereka menganggap anda tidak lebih dari teman baik sendiri..

Mungkin ada diantara mereka yang anda berkenan, sayangnya dunia dan kehidupan antara anda dan mereka jauh berbeza..

Mungkin ada diantara mereka yang anda minati, namun mereka masih mengejar impian hidup dan belum lagi memikirkan tentang soal kahwin..

Mungkin ada diantara mereka yang anda sayangi, tetapi anda merasakan mereka itu terlalu sempurna dan tidak sepadan dengan anda..

Mungkin ada diantara mereka yang anda cintai diam2, malangnya mereka masih belum menyedari akan kehadiran anda dalam hidup mereka..


Akan tetapi, Allah itu Maha Berkuasa. Andai Dia telah menetapkan si dia untuk menjadi jodoh anda, walau terpisah beribu batu, walau perasaan yang wujud antara kalian telah mati, walau tak pernah secebis pun muncul perasaan cinta itu, namun jika sekali Dia berkata ‘Jadilah’ maka anda dan si dia pasti akan bersatu dalam apa jua cara sekalipun. Kerana soal jodoh ini telah Allah tetapkan sejak azali. Kerana Allah telah melahirkan jodoh anda ini kedunia berpuluh tahun yang lepas semata2 untuk dipertemukan dan disatukan dengan anda.


Teruskanlah berdoa untuk dipertemukan dengan jodoh anda yang selama ini dicari2 atau dinanti2. Lakukanlah istikharah agar dipertemukan dengan jodoh yang benar2 sesuai untuk anda. Jodoh itu rahsia Allah, namun mungkin Allah boleh berkongsi rahsia itu dengan anda jika anda benar2 ikhlas dalam mencari siapa gerangan si dia tersebut semata2 untuk membina masjid dan mendapatkan keredhaanNya. InsyaAllah :)


Teruskanlah berdoa dan berusaha. Sesungguhnya Allah mendengar setiap doa hamba2Nya. Goodluck buat anda yang masih setia mencari :)



p/s : Bukankah pencarian jodoh masing2 ini menjadikan hidup kita bertambah exciting & adventurous? (atau saya je yang fikir sebegitu?) ^__^


27 June 2011

Memori..

Bismillahirramanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


***

Pada hari semalam, diri ini pergi menghadiri sebuah majlis perkahwinan

Sebaik sahaja melangkah ke tempat tersebut, fikiran ini terus melayang

Kerana di tempat inilah, 'dia' pernah menjejakkan kaki

Bukan sekali, malah berkali2, kerana tempat ini tidak asing bagi 'dia'

Lagu2 syahdu yang dimainkan sepanjang majlis, menjadi penambah perasa

Pelbagai hidangan yang dijamah tak berapa terasa nikmatnya

Namun diri ini pernah berjanji, 'dia' kini hanya menjadi sebuah memori

Memori itu lalu ditinggalkan sebaik kaki melangkah keluar meninggalkan tempat itu

Biarkan ia bersemadi di situ, tanpa perlu dibawa keluar...

***


Manusia tidak pernah berhenti hidup dalam memori dan kenangan..

Kerana hidup manusia sentiasa bergerak ke depan, dan apa yang ditinggalkan di belakang akan berubah menjadi memori..

Ada memori yang manis, ada memori yang pahit, dan ada memori yang menyedihkan..

Memori yang manis itu biarkan terpahat di ingatan, kerana ia boleh membuat kita tersenyum..

Memori yang pahit, andai ia mampu memberikan pengajaran, ingatilah ia apabila perlu..

Memori yang menyedihkan, andai mengingatinya akan menjadikan kita terus bersedih, lupakanlah dan buangkan ia terus dari ingatan..

Kerana andai hidup ini masih lagi panjang, kita akan terus mengutip pelbagai lagi memori untuk disimpan..

Oleh itu, biarkanlah fikiran dan hati ini hanya menyimpan memori2 yang perlu..

Dan kenangilah apa yang telah kita lakukan pada hari ini..

Kerana ia juga akan bertukar menjadi memori, bermula pada hari esok dan juga pada hari2 yang mendatang..


Sekian. Assalamualaikum wbt.


p/s : Tak salah kalau sesekali terkenang. Kerana kadangkala ia akan muncul semula tanpa diminta. Tapi janganlah sampai terbawa2 hingga memudaratkan diri sendiri.



25 June 2011

Cerita Cinta Seorang Blogger..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Pada jam 10 malam, Amani membuka laptopnya seperti biasa

Begitulah rutin hariannya, pada setiap hari ketika waktu malam

Blog picisan miliknya akan diupdate dengan cerita2 terbaru

Apa sahaja yang dirasakan menarik, pasti akan ditulis dalam blognya

Kadang2 cerita gembira, kadang2 cerita sedih, kadang2 cerita yang menginsafkan

Dan Amani akan merenung kembali kehidupannya setiap hari sebelum dia melelapkan mata..


Di tempat kerjanya, Amani berkawan baik dengan Ziyad

Ziyad sering sahaja memuji hasil tulisan Amani di blognya

Amani gembira kerana blognya yang tak seberapa itu masih mempunyai peminat

Pernah sekali Amani membuka laman blognya di pejabat pada waktu kerja

Tindakannya itu dilihat oleh majikannya, Hazim tanpa disedari Amani

Hazim lalu menegur perbuatan Amani dengan tegas, membuatkan Amani malu sendiri

Semenjak hari itulah, Amani berjanji hanya akan melawat blognya ketika di rumah


Pada suatu hari, Amani berkunjung ke sebuah blog

Tulisannya amat menarik, ayat2nya indah dan seronok dibaca

Kandungannya penuh dengan informasi2 serta tazkirah2 yang membuai hati

Maka sejak itu Amani membaca segala isi kandungan blog tersebut dari mula

Selesai membaca keseluruhannya, akhirnya Amani teringin mengenali siapa penulisnya

Sangkanya penulis perempuan, rupa2nya penulisnya seorang lelaki, wajahnya menarik pula

Lalu Amani menghantar komen, memuji hasil tulisan penulis serta menghulur salam perkenalan..


Tuan empunya blog lalu membaca komen Amani

Namun dia menyangka Amani sama sahaja seperti gadis2 lain

Yang hanya memuji dirinya bukan disebabkan blognya,

Tetapi disebabkan wajahnya yang menarik perhatian

Lalu tanpa membalas komen, tuan empunya blog melawat blog Amani

Entry pertama membuatkan tuan empunya blog terdiam seketika

Ternyata Amani memang berbakat dalam bidang penulisan

Diluar pengetahuan Amani, tuan empunya blog lalu menjadi pembaca setia blognya pada setiap hari..


Amani lalu menyedari terdapat komen baru yang sentiasa menyapa blognya saban hari

Komennya sentiasa membuat Amani gembira dan semakin bersemangat untuk menulis

Kadangkala Amani tersenyum sendirian membaca komen2 tersebut

Namun tukang pemberi komen sentiasa merahsiakan siapa dirinya

Walaupun setelah Amani sentiasa bertanya siapa gerangan pemberi komen tersebut

Hal ini membuatkan Amani sentiasa tertanya2 sendirian

Siapakah gerangan insan yang sering memuji hasil tulisannya?


Setelah beberapa bulan, komen dari insan yang sama setiap hari terus menyinggah

Malah si pemberi komen meluahkan rasa cintanya kepada hasil tulisan Amani

Akhirnya Amani tidak mampu lagi bermain teka teki

Lantas Amani berkunjung ke blog yang pernah dilawatnya dulu

Amani meninggalkan komen kepada tuan empunya blog tersebut, sekadar bertanya

Apakah selama ini, dia yang sering membaca dan memberi komen kepada blognya?


Terkedu seketika tuan empunya blog setelah membaca komen Amani

Ternyata Amani tahu bahawa dia merupakan pengunjung setia blognya pada tiap2 hari

Namun tuan empunya blog berasa hairan, kerana dia sekadar menjadi pembaca

Tak pernah sekalipun dia memberi komen dalam blog Amani

Tuan empunya blog berterus terang, lalu membuat Amani kecewa

Dalam hati Amani bertekad, dia akan terus mencari siapa gerangan pengomen tersebut..


Di pejabat, Amani bertembung dengan Ziyad

Lantas dia teringat, bahawa Ziyad juga peminat blognya

Lantas soalan ditanya kepada Ziyad, membuatkan Ziyad terperanjat bukan kepalang

Ziyad lalu menafikan, ternyata bukan dia si pemberi komen tersebut

Amani lalu penasaran lagi, siapa pula insan lain yang menjadi peminat blognya?


Lalu tanpa disedari Amani, Hazim datang muncul dari belakang

Amani terkejut, lalu terus menyambung kerjanya yang terhenti

Hazim hanya tersenyum, lalu dia menyapa Amani dengan lembut

Lalu Hazim mengaku, dialah yang saban hari memberi komen di blog Amani

Malah Hazim menyatakan rasa cintanya, bukan hanya pada hasil nukilan Amani, malah kepada si penulisnya juga

Amani terkedu, dan dia dapat merasakan mukanya kemerahan kerana malu

Namun Amani memandang Hazim lalu menghadiahkannya sekuntum senyuman bahagia

Kerana akhirnya dia bertemu juga dengan peminat nombor satu blognya yang dicarinya selama ini :)


- TAMAT -


p/s 1 : Cerita ini hanya rekaan penulis semata. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.

p/s 2 : Buat si blogger2 di luar sana, sila lihat senarai follower2 anda. Mungkin ada diantara mereka yang menjadi peminat anda secara diam2? ^___^


22 June 2011

#1 Wordless Wednesday


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamulaikum wbt..



^_____^


p/s : Ok org tau org tembam. tapi ni gambar lama, hehe. Eh tajuk kat atas kata wordless? *grin*


20 June 2011

Malam Ini Saya Tersenyum Lagi :)


Bismillahirrahmanirrahnim..
Assalamualaikum wbt..


Sebenarnya agak lama jugak org dah tak on ym. Kalau bukak pun selalu invisible. Kalau kat fb chat pun selalu offline. Bukan apa, internet ni asyik nak putus memanjang. Dah lebih limit la katakan (org pakai celcom broadband). Kalau nak chat pun tak best, nanti tetiba diri ini hilang, kesian member yg chat ngan org tu. Tu yg org menyepikan diri dari dunia chat ni buat seketika.


Pastu tadi org berpeluang sembang2 dengan salah sorg bestfren org kat u kat fb message. Jarang gak la kitorg berpeluang nak bersembang sejak habis belajar disebabkan org menyepi dari dunia chatting. Kalau dulu time kat u selalu la gak kitorg melepak kat mamak bersembang sambil minum2 waktu petang (rumah sewa kitorg dekat je ngan mamak, jalan kaki pun boleh :D). Macam2 topik la yg kitorg bualkan tadi. Ada pasal persefahaman, parents, kawan2, kerja, hinggala ke whitecoat yang nak diguna time kerja nanti hehe.


Before mengakhiri perbualan, member org tu tulis benda ni :



Uhu, terharu seketika :'). Lama dah takde member org yg bagi penghargaan kat org macam ni. Tersenyum lebar org sekejap. Buat besfren org ni, terima kasih ye sebab buat diri org ni tersenyum. Kadang2 ayat2 yang kita bagi yang kita rasa simple tu boleh buat kawan kita yang mendengar (atau mungkin membaca) rasa gembira walaupun hanya seketika. Maka rajin2la buat kawan2 kita, atau siapa2 la, family kita ke, even insan2 yang kita tak kenal pun mengukir senyuman. InsyaAllah, banyak pahala bersedekah yang kita boleh dapat, tak perlu susah2 :)


Sekian untuk kali ini. Assalamualaikum wbt :)


p/s : Buat yang tertanya2, nilah dia besfren org tu. Thanx for everything my friend! Dan hargailah kawan baik anda ^___^


19 June 2011

Teringin Berkongsi Kegembiraan :)


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..



Mungkin pembaca2 blog org ni yg juga merupakan kawan2 fb org ada perasan yg beberapa hari lepas ada org update status fb org yang berbunyi :

'feel so happy lately.. finally complete my degree, my favourite blogger shared my blog's link, my favourite singer wished hi to me at his status.. alhamdulillah.. i wish i can always smile like this even during my hard time :)'

Ada beberapa org member2 org kat fb yang tanya, sape org punya feveret blogger ngan singer tu? Sebenarnya kalau tengok betul2 kat org punya profile, ada jawapan kat situ. Tapi takpelah, org teringin jugak nak berkongsi kegembiraan dengan member2 org yang nak tau kat luar tu. So izinkan org share kat sini ye siapa gerangan insan2 feveret org tu :) (org ada share pasal org dah complete degree dekat post before ni)


Seperti yg korang nampak kat atas, ni la dia feveret blogger org tu, Incik Hami Asraff (actually ramai lagi org punya feveret blogger, bro Hami ni salah sorang darinya, jangan salah faham ye :D). Actually beberapa minggu yang lepas ada org tulis post kat blog ni tentang 'Rakan2 Facebook yg Kukagumi', bro Hami ni ada masuk dalam list. Tapi seingat org, org tak pernah publish post ni kat mana2, sebab org memang taknak bagi insan2 yg berkenaan ni tau. Kalau diorg tau mesti diorg segan punye. So org memang terperanjat bila bro Hami komen kat org punya post ni. Terkejut gak dari mana beliau tau. Yang buat org lagi terperanjat, bro Hami siap share link post tu kat personal fb ngan fb blog beliau. Siap member org bagi wallpost lagi sebab bro Hami ni share link tu kat fb (ramai gak member2 org suka baca blog beliau ni & like fb blog beliau hehe).


Akibat penangan sharing tersebut, traffic ke blog org naik mendadak2, follower2 blog org bertambah dengan banyaknya, dan haritu org dapat hampir 10 friend request sehari gara2 bro Hami Asraff ni. Org yg tak pernah rasa experience sebegini, rasa seronok pulak dan tak henti2 senyum haritu. Terima kasih la bro Hami sebab sudi singgah ke blog picisan (curik ayat beliau :p) org ni dan buat org tersenyum lebar haritu hehe (kalau bro Hami terbaca post ni, jangan share lagi ye. Saya segan la huhu)


Tentang penyanyi feveret, rasa2 ramai yg tau sapa penyanyi feveret org tu, org ada share kat about me kat kiri blog ni hehe. Yup, penyanyi yg org minat tu Shahir. Lagipun org baru je minat Shahir ni, takdela dah lama macam die hard fan dia. Beberapa hari lepas, heboh kat fb yang Shahir nak online untuk chat dengan fan2 dia (Shahir tulis status dekat official fanpage dia, bukan personal fb dia) Org yang masa tu free joinla skali komen2 kat status Shahir ni. Tengok Shahir duk sebut nama2 fan yang dia ingat, org pun sajela komen camni kat status dia :

'teringin jugak nk shahir sebut nama saya :)'

Dan of course org tulis komen ni dengan mode bergurau tanpa mengharap apa2 langsung. Yela fan Shahir kat page dia dah setengah juta. Org rasa yang tengah online time tu berbalas komen ngan Shahir adela dalam 1000 org kut. Pas komen tu org pun belek2 la blog org lain dan bila kembali kat fanpage Shahir, tiba2 org terbaca status baru Shahir yg tertulis macam ni :



Bulat terus mata org. Shahir tulis nama penuh org kat status dia. Wish hai kat org je pulak tu. Pastu org baca komen2 kat situ ramaila fans2 lain pun mintak nama diorg diseru Shahir gak. Waktu tu jugak sape2 member fb org yang maybe like page Shahir ni terus msg org ckp terkejut Shahir tulis nama org kat status dia. Sebab keluar kat newsfeed diorg kut. Org pun hanya mampu tersenyum je la. Tuah org agaknya. Dalam beratus2 (maybe beribu) fans2 Shahir yg chat ngan Shahir malam tu, nama org yang Shahir pilih nak diletak kat status. Memang org rasa seronok la :)


So itu jelah ceritanya kenapa org happy bangat lately ni. Walaupun mungkin sebab2 dia nampak remeh, tapi bagi org yang jarang dapat pengalaman macam ni, tiba2 rasa seronok sangat. Kadang2 benda2 kecik pun mampu buat kita tersenyum tanpa henti kan? Ok cukuplah sampai sini ye. Thanx kat korg yang sudi baca post yang xdela input sangat ni. Hope korg pun akan lalui hari2 yang bakal mendatang dengan penuh senyuman :)


Sekian untuk kali ini. Assalamualaikum wbt :)


p/s : Mood untuk menulis blog mencurah2 lately ni. Kenapa ye? Hmmm..


18 June 2011

Ini Cerita Tentang Ba Saya :)


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Hari ini post org berkenaan dengan lelaki paling penting dalam hidup org (selain adik2 laki atau mungkin bakal suami hehe) Sejak kecil lagi, apabila org mula belajar mengenali ayah sendiri secara peribadi, org mula sedar yang ayah org ni sangat berbeza dari ayah org lain. Oh ye sebelum tu org panggil ayah org sejak kecik, baba atau lebih singkat, ba.


Pertama sekali , nama ba org yg unik. Raden Mohd Pujaseti bin Asnawi.


Kenapa nama ba pelik sangat? kenapa nama ba tak sama macam ayah org lain? Org rasa org selalu je tanya soalan ni kat ba masa org kecik2 dulu. Malah org pun pernah je tanya soalan ni kat ibu. Tapi org tak ingat apa jawapan yg org dapat dari ba. Kalau jawapan dari ibu, ibu cuma cakap ’Tanya embah (nenek). Embah yang bagi nama tu kat ba’. So sampai org dah besar ni org still tak dapat apa jawapan yg tepat kepada soalan org tu tentang asal usul nama ba. Takpelah. Abaikan je la.


Ba seorang yang workaholic. Very workaholic. Org ingat lagi yang ibu cerita waktu ibu bersalinkan org (pertama kali ibu bersalin, org anak sulung), ba tak ada pun di sisi ibu. Ba pergi meeting kalau tak silap. Bila org dah lahir, ba yang masih tak tahu org dah lahir, pergi melawat ibu kat hospital lalu terkejut besar.’Eh dah keluar?” tanya ba kepada ibu masa tu. Yelah masa tu belum musim pakai handphone kan. Tak ada sape2 yang boleh inform kat ba yang org masa tu dah lahir. Ibu pun da faham sangat ba macam mana. Syukur ibu boleh terima ba seadanya.


Ba bekerja sebagai pensyarah di UiTM dalam course Quantity Survey (QS). Pada masa yg sama jugak ba bukak consultant sendiri bersama seorang rakannya untuk handle projek2 perumahan. So ba sentiasa busy, sampai kadang2 tak balik rumah (macam yg org penah mention kat post before ni). Tapi ibu ngn anak2 ba tak kisah. Kitorg dah biasa. Malah kitorg kadang2 rasa kesian tengok ba yg kepenatan bila pulang ke rumah. Kalau sekali ba tidur kat rumah waktu weekend lama sangat. Mesti ba penat gila. Disebabkan kerja ba memerlukan ba bergaul dengan ramai org, org suka cara fikir ba yang selalu out of box. Ba selalu pikir benda2 yang org tak nampak. So before buat apa2 keputusan org akan bincang dulu dengan ba. Ba tau apa yg terbaik untuk org. Pernah sekali org lawan cakap ba dan buat keputusan sendiri, dan impaknya yang tak best tu org rasa sampai sekarang. Terus org taubat taknak buat lagi huhu.


Kalau ayah org lain ada yang gemar melancong dan gemar makan beramai2 dengan keluarga kat luar, ba pulak bukan macamtu. Ba tak berapa suka melancong. Ba lagi selesa duduk berehat kat rumah kalau waktu cuti. Tapi tak adalah sampai tak melancong langsung, cuma jarang2 je. Lagi satu mungkin sebab ba selalu busy, jadi tiada masa. Ba pun tak suka makan kat luar. Ba kata ba dah kembang tekak makan makanan kedai sebab hari2 makan luar waktu bujang dulu. Nasib baik ba dapat ibu yang terer masak. Dan sebab itula ba selalu suruh anak2 dara ba belajar masak. Kesian kat suami korang nanti, asyik makan lauk kedai je, ba pernah bebel kat kitorg.


Ba seorang penggemar binatang. Org rasa org dapat ciri ni daripada ba. Ba suka sangat kat haiwan2 kampung macam ayam, angsa dengan itik. Kat rumah ni ada tiga2 binatang ni kat belakang rumah org. Dulu masa org kecik ba pernah bela kakak tua ngan arnab. Tapi ba kata dah mati kena makan dengan anjing. Bila dah mati baru ba bela kucing. Bila ba bosan2 ba pergi belakang rumah tengok haiwan2 peliharaan beliau. Kadang2 ba main dengan diorg, org pun join. Ni la salah satu cara ba mereleasekan tension.


Sejak kecik lagi, ba dah train anak2 ba dengan tegas. Org ingat masa kecik2 dulu, org jarang dapat apa2 mainan yg org nak. Ba ganti beli buku atau komputer yg budak2 pakai untuk belajar tu. Ba suruh org belajar kat dua tadika sekali, supaya org boleh mahir kedua2 english dengan agama. Bila masuk sekolah rendah, seingat org ba tak pernah ajar org walaupun ba seorang lecturer. Tapi ba selalu pastikan yg org sentiasa berada dalam kelas 1st dalam batch. Ba suruh org masuk tuisyen, kadang2 ba 'basuh' org supaya org ada kesedaran nk study sendiri. Pernah sekali org dapat result yg tak best waktu pre degree, ba bebel dengan ayat2 yang makan dalam sampai buat org nangis senyap2 & pada masa yg sama berazam nk improve. Dulu org selalu gak merungut ngan sikap ba, tapi sekarang ni org faham apa signifikan ba didik anak2 ba macamtu. Supaya anak ba behave & tak mengada2. Awal2 lagi ba dah didik anak2 ba jadi 'keras' & kuat semangat.


Lagi satu ba jenis yang cakap lepas. Apa2 yang ba rasa betul ba akan terus cakap. Ba selalu perli anak2 dia gemuk. Bila umur orang dah meningkat 23, bila ba perasan org rilex je still takde ‘kawan’, ba pernah tanya soalan ni kat org, 'Wani, kau ni takde boyfriend ke?' Bila org geleng sambil cakap ‘alah rilex2 la dulu ba, kerja dulu, cari duit dulu,’. ba terus cakap ‘Ke takde org nak kau ni? Ada ke org nak kat kau?’ Uuuu sampai hati ba cakap macamtu T____T. Kemudian ba terus gelak huhu.


Happy Father’s Day ba. Ba tak suka meraikan hari2 macamni, termasukla hari lahir ba so org tulis kat sini jela. Org doakan ba sentiasa dilindungi Allah, diberi kesihatan yang baik oleh Allah, dan sentiasa dipelihara daripada azab di dunia, di kubur dan diakhirat. Ba juga seorang perokok, org harap sangat ba diberi hidayah untuk berhenti merokok. Dan InsyaAllah, bila sampai jodoh org nanti dengan sape2, org mesti kenalkan calon menantu ba tu kat family. Ba jangan risau ye ^___^



Sekian untuk kali ini. Terima kasih sebab sudi baca. Jumpa dalam post yg akan datang. Assalamualaikum wbt :)


p/s : Sayangi bapa anda. Hargai beliau sementara beliau masih ada :)


17 June 2011

Saya Gembira Tapi Pada Masa Yang Sama Saya Risau.

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..


Hari ini 17 Jun 2011 bersamaan 15 Rejab 1432 Hijrah. Dan hari ini ialah hari Jumaat.

Mungkin disebabkan berkat hari Jumaat, hari ini saya menerima satu berita yang amat menggembirakan. Yang sangat melegakan hati. Walaupun pada mulanya ada sedikit dugaan kecil melanda, akhirnya dapat juga saya tempuhi walaupun pada mulanya ada sedikit rasa gelabah dan geram bersarang dalam hati.



Hari ini keputusan peperiksaan semester akhir saya keluar. Alhamdulillah, saya lulus untuk semua subjek. Dan Allah mempermudahkan urusan saya untuk menamatkan pengajian saya selama empat tahun dalam Ijazah Sarjana Muda Farmasi tanpa sebarang halangan. Tanpa perlu repeat, tanpa perlu intersesi. Dan Alhamdulillah, sebenarnya Allah telahpun mempermudahkan urusan pengajian saya pada tiap2 semester. Tak pernah sekalipun saya merasa merepeat paper atau menghadiri kelas intersesi sepanjang 8 semester. Walaupun saya gagal untuk grad dengan kelas pertama, grad dengan kelas kedua atas sudah cukup bermakna buat saya. Syukur padaMu Ya Allah, Kau telah mengurniakan sebaik2 pemberian kepadaku. Kini saya mengerti apa hikmah yang telah saya peroleh setelah saya membuat keputusan untuk meninggalkan cita2 pertama saya, iaitu doktor dan beralih kepada bidang farmasi. Mungkin jika saya ditakdirkan mengambil jurusan perubatan dulu, saya tidak mampu untuk mencapai keputusan seperti ini. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Allah tahu apa sebenarnya yang terbaik untuk diri saya dan masa depan saya.


Namun, disebalik kegembiraan itu terselit jua kerisauan di hati.


Ibu saya.


Baru2 ini, apabila ibu menggoreng sesuatu di dapur, ibu terlupa seketika aktiviti tersebut lalu membuat kerja lain seperti menjawab telefon atau berbual dengan jiran. Saya yang mengemas di bahagian hadapan rumah tidak menyedari bahawa ibu sedang memasak. Sudah tiga kali ibu terlupa. Dalam kejadian pertama dan kedua, masakan ibu gagal diselamatkan. Hangus. Dalam kejadian ketiga, mujur saya ke dapur untuk minum, lalu saya sedar ada ayam di dalam kuali. Separa hangus tapi masih sempat diselamatkan.


Pernah juga kadang2 apabila tiba masanya kami bersama2 menonton rancangan kegemaran kami di televisyen, ibu terlupa lagi. Awal2 saya tercongok di hadapan tv menanti drama untuk bermula, tapi kelibat ibu tidak kelihatan. Saya ingatkan ibu ada membuat kerja di belakang rumah, rupa2nya ibu berehat di dalam bilik. Setelah berlalu 20 minit, baru ibu muncul. Kemudian ibu menepuk dahi sebab terlupa menonton drama kegemarannya. Lalu saya menjadi storyteller menceritakan kembali adegan drama tersebut kepada ibu.


Dan pernah juga apabila pulang dari kerja, saya perasan adik bongsu saya, Redha, tiada di rumah. Pada waktu begini sepatutnya dia sudah pulang. Lalu saya bertanyakan kepada ibu. Rupa2nya ibu terlupa lagi untuk mengambil Redha. Sudah 15 minit ibu terlewat. Dengan terkocoh2 ibu mengambil kunci kereta lalu keluar mengambil adik saya di sekolah.


Saya cuma berharap Allah memberikan kesihatan yg baik kepada ibu saya dan sentiasa melindunginya. Itu sahaja. Dan saya akan terus berdoa demi memastikan permintaan ini dikabulkan Allah. InsyaAllah.



Sekian, terima kasih kerana sudi membaca. Semoga kita bertemu lagi. Assalamualaikum wbt.


p/s : Menukar kata ganti nama diri untuk post ini. Saja untuk menampilkan kelainan :) Esok InsyaAllah post tentang ayah saya. Sempena Hari Bapa :)


Blog Karingeri : Cuba Menginsafi Diri

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..



Seperti yang anda semua dapat lihat di bawah side kanan blog ni, di bahagian ‘Special One’, ada org letakkan link blog Karingeri disitu. Yup, org memang pengunjung setia blog ni, sejak url blog ni masih lagi blogspot.com. Buat yang tak pernah tahu blog Karingeri ni blog apa, meh org cerita kat sini. Blog ni memaparkan gambar2 real, tanpa edit, tanpa photoshop, mayat2 yang meninggal dunia dalam keadaan yang agak mengerikan. Ada yang mati akibat kemalangan, kebakaran, dibunuh, atau bunuh diri. Dan gambar2 dia memang extreme, yang pecah kepala, isi perut terburai, berulat, rentung, leper, semua ada. So buat sape2 yang tak kuat semangat, janganla sesekali klik link blog tu ye. Takut ada yang tak boleh tidur malam nanti, macam ibu orang (ibu org terjeling skrin laptop waktu org tengah tengok. Ibu pun cerita yang beliau bermasalah nak tidur malam tu sebab duk teringat. Sory ibu)


Org pulak, tak ada sebarang masalah untuk lihat gambar2 macamni. Takut tu tak rasa, cuma geli sikit2 tu adela. Lagipun org boleh tengok gambar2 dalam blog tu je, tapi kalau video2 dia org belum ada lagi keberanian nak tengok. Disebabkan rasa ingin tahu yang meluap2, org pun memberanikan diri menjengah blog ni dan membaca semua post2 blog ni dari mula. Yela, kalau kita tengok kat tv/surat khabar, gambar2 mayat macam ni kan selalu disensorkan, disebabkan rasa curious untuk melihat rupa mayat2 tersebut, org pun tersampaila kat blog ni (tak ingat macam mana boleh sampai). Jangan salah sangka kat org ye. Memang rasa curious je yg membawa org ke blog ni. Tak ada sebab lain.


Bila dah banyak tengok gambar2 seperti yg org sebutkan di atas, terbit rasa insaf yang agak mendalam dalam diri org, akibat melihat gambar mayat2 tersebut yang mati dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Yang org paling sedih, bila tengok keadaan mayat2 gadis yang dirogol dan dibunuh. Yang si pembunuh pulak bukan org asing, kawan2 si mati jugak. Si mati tu ditinggalkan dalam keadaan yg sungguh mengaibkan. Kasihan sungguh. Besar sungguhkah dosa2 si mati ni kepada si pembunuh hingga menyebabkan mereka mati dalam keadaan begitu sekali?


Bila melihat gambar mayat budak2 yang digelek lori, mati lemas atau didera, kadang2 rasa air mata ni nak mengalir. Diorg masih lagi budak2 tapi nyawa mereka diambil dengan tragisnya oleh org2 dewasa sesuka hati mereka. Kadang2 hati tertanya2, kemana pergi ibu bapa yang patut melindungi mereka? Yang kena dera tu, mana hilangnya nilai kemanusiaan dalam diri ibu bapa mereka? Tapi Allah itu Maha Mengetahui. Hanya Dia sahaja yang tahu kenapa kanak2 yang tidak berdosa ini dipilih untuk diambil dulu nyawa mereka. Kita yang serba kekurangan ni tak sepatutnya mempertikai.


Bila org lihat mayat2 si mati yang membunuh diri, org hanya mampu beristighfar panjang. Ada yang gantung diri, terjun bangunan, pergi kat railway, tembak kepala sendiri, macam2 lagila. Dan mayat2 si pembunuh diri inilah yang paling dahsyat rupanya berbanding rupa mayat2 yang lain. Awal2 lagi Allah dan tunjukkan keadaan mereka yang sangat menyedihkan di dunia ni. Mungkin kita tak berhak untuk menilai mereka, tapi still bunuh diri bukan jalan penyelesaian kepada sebarang masalah. Nyawa itu terlalu berharga untuk disia2kan begitu sahaja.


Lepas tengok gambar2 di blog ni, org selalu berdoa kehadrat Allah supaya apabila tiba masanya nyawa org dicabut Izrail nanti, sakit sakaratul maut itu dapat dikurangkan. Apabila melihat wajah2 mayat tersebut yang berkerut menahan kesakitan yang tidak terperi apabila diambil nyawa mereka, org jadi takut sekaligus insaf.


Sabda Rasulullah SAW : "Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang" (HR Tirmidzi)


Org berdoa supaya apabila tibanya hari org menghadap Allah, jasad org dipelihara, sekaligus memudahkan urusan pengebumian kelak. Tapi hanya Allah sahaja yang tahu bilakah dan bagaimanakah kita meninggal dunia nanti. Setiap makhluk Allah pasti menemui mati. Amalan2 kita yg menentukan bagaimana kita bertarung dengan maut nanti. Sama2lah kita berdoa semoga apabila tiba masanya kita bertemu dengan Allah satu hari nanti, kita diberi petunjuk terlebih dahulu supaya kita boleh bersiap sedia sebelum menghadapi hari tersebut, InsyaAllah.


Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi bisa berbicara sekejap, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kalian, nescaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri

(Imam Ghazali mengutip atsar Al-Hasan).


Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca. Assalamualaikum wbt..


p/s : Semoga dosa2 si mati tersebut diampunkan Allah dan dipermudahkan urusan mereka di alam barzakh dan di akhirat kelak. Amin.

15 June 2011

Memori Zaman Kecik2ku ^__^


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Tadi tertengok iklan kat tv pasal susu untuk budak2. Tah macam mana, boleh pulak terimbau kembali zaman budak2 dulu. Kalau ada sape2 nak tau (kalau ada la, hehe) Raden Azwani ni masa kecik2 boleh tahan gak nakal budaknya, kalah budak lelaki. Nak2 masa zaman tadika. Time tu belum terfikir nak behave lagi kan, perangai pun ikut suka hati je la nak buat apa. Kat sini org saje2 nak share kenangan org masa budak2 dulu yg org tak boleh lupa sampai sekarang. Tapi agak panjang la, kalau korg rajin nak baca dipersilakan :)



1) Dulu org belajar kat dua tadika sekaligus selama 2 tahun. Tadika pagi nama dia Tadika Jack & Jill, tadika petang pulak Tadika Islam Naim. So bila malam org jadi sangat2 penat, tapi parents suruh belajar mengaji pulak dengan sepupu yg time tu tinggal serumah dengan org. Ada sekali tu org penat sangat, taknak mengaji, org pun keluar malam2 pergi menyorok kat rumah jiran sebelah (menyorok tak penat pulak ye). Yang jiran org time tu kakak2 bujang, diorg taktau pulak yg org tengah menyorok, so diorg layan la org macam biasa. Rupa2nya kat rumah masa tu kecoh parents ngan sepupu ingat org pergi kedai sorg2 pastu kena culik. Diorg siap keluar carik org kat kedai kut. Dalam pukul 10 malam baru org balik then kena basuh & bebel teruk dengan ibu ngan sepupu org tu hehehe. Nakal kan?


2) Ni time org tadika jugak. Org rapat dengan sepupu org yg tinggal serumah dengan org time tu, org panggil dia Abang Usin. Dia ni dah kerja. Ada sekali tu kitorg gaduh teruk pasal apa ye, org tak ingat pastu boleh pulak org amik duit RM10 dia then koyak depan mata dia. Ganas tak ganas? Hahaha. Abang Usin tu tergamam tengok org buat camtu. Yela time tu duit RM10 nilai dia macam duit RM50 kut. Dengan rasa tak bersalah org terus keluar bilik dia sambil hempas pintu. Bila pikir balik Ya Allah gila kejam org time tu huhu.


3) Ni pun masa tadika. Yang ni org rasa paling tahpape sebab org buat benda ni akibat pengaruh cerita doraemon. Tau org buat ape? Org lari dari rumah, siap bawak adik kut! Yela, Nobita dalam cite doraemon tu kan suka lari dari rumah. Time tu kitorg dua kena marah teruk dengan ibu. Yela time tu nakal gila kan. Bila ibu tidur kat bilik waktu petang, org ngan adik nama Ana terus packing2 then keluar rumah. Kitorg rayau2 kat luar rumah sampai satu jam, kemudian tiba2 terasa insaf then balik rumah. Yang lawaknya, kitorg ingat balik rumah kena marah teruk dengan ibu, tengok2 ibu tak bangun tidur lagi. Wahaha nasib baik tak kantoi!


4) Ni masa darjah berapa ye org tak ingat. Masa tu kat tv ada channel Metrovision kalau korg ingat lagi. Sekarang takde dah. Kalau korg ingat channel tu suka buat game pastu letak num phone dekat skrin. Org masa tu nafsu nak mencuba meluap2, pantang nampak pape nombor kat skrin tv mesti nak call pakai telefon rumah. Akibatnya bila bil telefon sampai, bil jadi dua kali ganda. Sampai ba yang jarang marah pun boleh membebel dengan teruknya kat org, kalah ibu kut. Pastu terus insaf takmau dah lagi calling2 huhu.


5) Dari dulu lagi org memang suka dengan haiwan. Masa kat sekolah rendah agama dulu ada anak kucing sesat baru gak la dilahirkan dan mak dia hilang tah kemana. Time tu geng kitorg kumpul duk bincang sape yg nak bawak balik anak kucing tu untuk dibela. Org pun volunteer nak bela. Kat rumah org jaga betul2 bagi susu semua, siap bawak balik kampung sekali, malangnya anak kucing tu tetap mati. Rasa2 sebab tak dapat susu ibu dia kut. Satu lagi yg org takleh lupa, masa tu kat rumah ada dua ekor anak ayam baru menetas. Serius dorg ni comel gila, org pegi mana2 duk follow je (diorg ingat org mak dia kut). Pastu ada sekali tu org main ngan Ana kat luar rumah. Anak2 ayam ni pun ikut. Last2 time main lompat2 boleh pulak terpijak sekor anak ayam tu. Dia terus nazak & mati slow2. Rasa bersalah gila100X. Takut nak bagitau ba sebab dah terbunuh anak ayam beliau. Nasib baik ba tak marah. Sampai sekarang duk ingat lagi peristiwa tu huhu.


6) Org ngan sepupu2 masa kecik agak rapat jugakla. Ada sekali tu kat kampung ada buat kenduri ape tah org tak ingat, dan kitorg budak2 kecik ni kumpul la dekat tepi parit depan rumah takmau kacau kenduri tu. Parit kat situ dalam la jugak, selalu penuh ngan air tapi haritu parit tu kering pulak. Kitorg macam terkejut gila. Tengok parit tu kering, tah kenapa org teringin la pulak nak masuk dalam parit tu. Tanpa pikir panjang, org terus terjun dari atas titi. Akibatnya ? Kaki org masuk dalam lumpur sampai ke betis. Adoila... ingatkan tanah dia keras je. Memang nampak macam keras pun. Bila org keluar nak basuh kaki tau2 dah kecoh dalam rumah duk kata org terjatuh dalam parit. Sape tah duk heboh2. Rase2 ada yg dalam rumah tu nampak kut org kat dalam parit. Padahal org yg terjun sendiri. Tapi org diam jela takut kena marah. Sepupu2 pun backup je hahaha.


7) Masa darjah dua, ada satu pagi tu org rasa malas gila2 nak bangun pergi sekolah. Bila ibu kejut org pun buat2 tak jaga. Duk pejam mata je tak bukak langsung. Ibu siap dah tarik tangan nak suruh duduk tapi org baring balik. Ibu duk tarik lagi pun org buat bodo je, dengan harapan ibu give up dan biarkan org terus tidur. Ibu pun keluar bilik. Hati dah happy sebab ingat takyah pergi sekolah sekali dengar suara ba masuk bilik. Alamak ba ada ke? Ingat ba tak balik malam tadi (ba kadang2 tak balik rumah kalau kerja banyak sangat). Dengar suara ba org terus bukak mata. Geliat2 sikit gosok2 mata baru org masuk bilik air. Org nampak ibu geleng2 kepala je, yang ba pulak dah perli2 org hahaha.


8) Org masa darjah satu ada berkawan rapat ngan klasmate lelaki org ni, sebab mak kitorg kenal, rumah kitorg pun tak jauh sangat. Sebab masa tu baru masuk sekolah, kitorg tak reti lagi nak cari kawan baru so setiap kali waktu rehat kitorg keluar rehat berdua. Tau2 ada satu hari tu org tak ingat macam mana boleh start, ketua kelas kitorg bagitau depan kelas (time tu cikgu ada sekali) yang kitorg ni pakwe makwe. Satu kelas terus toleh kat kitorg sambil cakap feeewiittt. Orang malu gile2 time tu, hanya mampu tunduk sambil jeling je kat member org tu. Mungkin sebab terlalu malu, esoknya kitorg dah tak rehat berdua, nak cakap sekali pun tak berani last2 kitorg putus kawan macamtu je. Sedih kan?


9) Masa darjah 4 ke 5, org tak ingat, org jadi pengawas sekolah agama. Time tu musim budak2 bawak cyberpet pergi sekolah. Org pulak time tu pengawas yang sangat2 la skema, marah sorg klasmate org lelaki yg bawak cyberpet tu pegi kelas. Dahla klasmate org tu badan dia dua kali ganda besar badan org, org siap rampas cyberpet dia dan bertekak ngan dia kat meja dia sampai satu kelas duk kerumun. Klasmate org tu dah siap angkat tangan nak pukul org, nasib baik time tu ketua kelas tolong & kitorg bincang balik elok2. Last2 org pulangkan balik cyberpet mamat tu & dia pun dah janji xbawak pegi sekolah. Nasib baik ada ketua kelas tu kalau tak memang la dah kena belasah huhu.


10) Ni masa darjah 6, time ni org bawak basikal pegi sekolah agama. Time darjah 6 dulu ada satu geng budak lelaki ni yg serius suka gila ejek nama org. Org pun tanak mengalah, balas la balik ejek diorg pulak. Time nak balik tu org naik basikal, then terjumpa la salah sorg mamat yg ejek org tu kat tepi jalan duk tunggu bas. Org terus pandang dia sambil mengejek then tau2 dah ada kereta kat depan. Org pun cepat2la try mengelak, malangnya basikal tak dapat dikawal lalu org pun jatuh dalam lopak air. Masa tu kecohla jugak org duk kerumun sebab nampak macam kereta tu yg langgar org. Driver tu pun siap keluar kereta dengan muka panik. Mamat yg ejek org tu datang kat org pastu dia memang gelak tak hingat la. Dengan rasa malu yang teramat sangat, org angkat basikal dan kayuh pelan2 balik rumah dengan baju yg dah kotor. Nasib baik tak luka. Serius org malu sangat2 time tu. Rasa taknak pergi sekolah hari esoknya huhuhu.


Oklah cukupla dulu. Sorryla terpanjang sangat pulak. Bila dah start menaip cerita dulu2 memang la takleh nak stop. Bila baca balik tiba2 terasa diri ini teramatlah nakal masa kecik2 dulu. Bila kenang2 balik memang boleh tersenyum sorg2. Korg2 yang ada blog ni try la balik buat post mengimbau kembali kenangan masa kecik dulu. Mesti ada yg korg ingat lagi kan? Kalau ada antara korg yang buat bagitau kat org ye. Org nak baca hehe.

Sekian. Terima kasih sangat2 sebab sudi baca post panjang berjela ni. Semoga bertemu di lain waktu. Assalamualaikum wbt :)


*Yup org kat belah kanan & kalau perhati betul2, org masamkan muka & kembangkan hidung tanda protes takmau diambik gambar. Hahaha*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...