CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 June 2011

Lelaki Tua Itu...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


*sekadar gambar hiasan*


Pada hari ini, di waktu tengahari yang panas terik,

Diri ini keluar untuk menjemput adik di sekolah..

Ketika menanti di luar sekolah, sepasang mata ini lalu terlihat..

Kelibat seorang lelaki tua, umurnya mungkin 50 atau 60-an..

Terbongkok2 memikul guni yang hampir penuh di belakang..

Kemudian dirinya pergi ke tong sampah, lalu mengorek isinya..

Pelbagai tin dan botol dikutip, lalu diisi di dalam guni..

Dia berhenti seketika, mengesat peluhnya dengan kain di lehernya..

Kemudian disambung lagi, sehingga habis seisi tong digeledah...


Lelaki itu pergi ke tong sampah lain, membuat perkara yang sama,

Tanpa menghirau bau busuk dan kotor, dia meneruskan kerjanya bersungguh2..

Kemudian dirinya masuk ke dalam longkang, bersama guninya..

Dikutipnya pelbagai tin dan botol di dalam longkang tersebut..

Keluar dari longkang, hujung seluarnya telahpun basah..

Bajunya bertambah kotor, wajahnya comot dek peluh yg mengalir lagi..

Perlahan2 dia berjalan, menuju ke destinasi yang lain...


Hati ini tiba2 sebak, air mata terasa hendak mengalir,

Melihat lelaki tua itu berusaha keras mencari rezeki halal..

Pelbagai persoalan bermain di fikiran..

Dimanakah anak2 yang sepatutnya menjaga kebajikannya?

Dimanakah isteri yang sepatutnya menguruskannya?

Atau apakah pakcik itu hidup sebatang kara?

Cukupkah upahnya untuk keperluan dirinya?

Bagaimanakah rupa dan dimanakah tempat tinggalnya?


Lalu terbit rasa insaf dalam diri,

Apabila memikirkan diri dilimpahi kesenangan sejak kecil,

Tidak perlu berusaha keras demi mencari sesuap nasi..

Tidak perlu membanting tulang untuk memenuhi keperluan diri..

Tidak perlu berpanas terik atau berhujan mencari rezeki..

Tapi kenapa diri ini jarang mengucap syukur padamu Ya Allah?


Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah lelaki tua itu dalam usahanya mencari rezeki,

Bantulah dia Ya Allah, kerana dia memilih jalan yang halal untuk mendapatkan rezeki dariMu,

Dan jadikanlah dia hambaMu yang redha, dalam apa jua takdir yang telah Kau berikan padanya,

Semoga kesusahannya di dunia pada hari ini Kau balas dengan kesenangannya di akhirat kelak Ya Allah..


Sekian. Assalamualaikum wbt..


p/s : Bersyukurlah atas segala nikmat yang kita ada.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...