CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

11 June 2011

Apabila Tiba Musim Kenduri Kahwin..


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..


*Pic courtesy of google*


Apabila tibanya musim cuti sekolah, pada hujung minggu hari sabtu & ahad mesti banyak sangat undangan ke majlis perkahwinan. Time ni kalau korg tengok postbox rumah, banyak sangat kad kahwin yang datang berduyun, tiba2 je dah ada dalam postbox. Itu tak masuk lagi undangan kat facebook yang memerlukan korg RSVP secepat mungkin, dan juga undangan melaui telefon (in case tak sempat nak post kad undangan ke rumah).


Bila dah banyak sangat undangan perkahwinan, maka berlakulah dialog2 seperti di bawah ni :


1) Hari ni je ada 3-4 undangan. Tu tak masuk esok lagi. Ni nak pergi yang jauh dulu ke, yang dekat dulu? Nak pergi sendiri ke, nak konvoi? (case kenduri kawin kawan2 sekelas). Kena calling2 cepat nih.


2) Alamak, baju mana nak pakai ni? Baju ni dah pakai dah last week. Pakai baju ni tak ada pulak handbag atau kasut yang matching. Baju ni pulak tak ada tudung matching pulak. Adoi pening2.


3) Nak bagi hadiah apa kat pengantin? Barang2 elektrik? Comforter? Pinggan mangkuk? Ke bagi duit masuk dalam sarung angpau bagi mak ayah pengantin? Alah macamtu la lagi senang..


4) Banyak betul la pulak papan tanda pegi rumah pengantin ni. Kat jalan tu sampai ada 6 nama pengantin sekaligus. Ni kang mau salah masuk rumah pengantin ni (case yang tak pernah pergi rumah pengantin atau tak ada kad undangan, main agak2 je pergi)


5) Fuiyo, banyak betul lauk dia ni. 5 jenis. Tak masuk lagi desert dia. Cendol ada, kuih, bubur. Teh tarik ngan kopi pun ada. Sedap pulak tu. Eh mana nombor catering ni amik2 kang time kenduri aku boleh pakai caterer ni (dialog budak2 bujang yang sibuk merancang perkahwinan sendiri pada masa akan datang)


6) Lawa la kaler turquoise ni. Nanti khemah ngan baju pengantin aku nak buat kaler macam ni gak la. Pelamin kalau buat kaler turquoise pun cun gak (sila ganti warna turquoise mengikut warna feveret anda)


7) Baju pengantin perempuan tu cantik sangat. Tapi sayang makeup dia tebal sangat la pulak. Pengantin lelaki pun leh tahan handsome. Eh eh pengapit dia lagi handsome la. Single lagi ke tak ye? (kes gadis2 yang suka mengusha insan2 kat atas pelamin)


8) Umur dah 23 ? Bila nak langsung pulak ? Ni anak makcik umur 22 dah selamat dah. Nanti kalau nak langsung jangan lupa jemput makcik pulak ye (dialog mak si pengantin kepada anak2 dara yang belum berkahwin)


9) Ha nanti jalan depan rumah kita ni kita block, letak khemah macam yang jiran kita buat tu. Rela boleh tolong jaga jalan (dialog si ayah yang tiba2 bersemangat tolong planning kenduri kahwin anak yang sulung)


10) Aku ni asyik tengok member2 bersanding atas pelamin je. Bila nak sampai turn aku pulak? Calon pun takde lagi huhu.


Haha dialog2 kat atas ni saje2 je. Buat kawan2 org yg melangsungkan perkahwinan, selamat pengantin baru diucapkan. Mintak maaf ye kalau org tak sempat nak datang, kadang2 faktor jarak atau masa yg menghalang. InsyaAllah, kalau sampai masa org untuk melangsungkan perkahwinan nanti (yang tak pasti lagi bila tarikhnya, kalau umur panjang), InsyaAllah org akan jemput semua insan2 yg pernah mengenali diri ini. Korg yang dah tunang ataupun dah kena pinang tu bila nak langsung jangan lupe jemput org ye :p


Sekian untuk kali ini. Assalamualaikum wbt :)


p/s : Dialog nombor 8 dengan 9 tu betul2 jadi kat org, huhu.


1 comments:

cik violet said...

jgn lupe jmput ur weddg ea wawa ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...