Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Zaman sekarang ni semua org mesti ada facebook. Student2 u, budak2 sekolah menengah, surirumah even menteri sekalipun mesti ada facebook. Member2 facebook kita pulak selalunya mesti beratus2 org, start dari member skolah rendah, menengah, matriks, universiti, tu tak masuk jiran2 sekampung, sedara mara atau mutual fren yg kita tak berapa kenal sangat. Tapi dalam ramai2 tu, mesti ada yg menarik perhatian korg disebabkan beberapa kelebihan yang ada kat diri diorg yang takde kat member2 korg yang lain kan?
Melalui post kali ini org hanya ingin berkongsi dengan pembaca semua (blog ni ada pembaca ke? hehe) tentang insan2 yang jadi member org kat facebook dan pada masa yg sama org kagumi secara diam2 disebabkan beberapa ciri yg diorg ada. Sebenarnya ada ramai, tapi org shortlist seramai 4 org jela ye :)
Izyan atau org panggil dari dulu Yan ialah member org masa form 2 ngan form 3. Kitorg ni member satu geng yang agak rapat jugakla. Yan ni lahir kat Scotland , dan english dia sangat bagus. Yan wakil sekolah dan zon untuk english debate, dan Yan pun termasuk dalam kategori best student sekolah. PMR dia 9A dan akhirnya kitorg terpisah bila Yan pindah SMAP Kajang & org lak masuk MRSM time form 4. Org tak tau Yan punya keputusan SPM berapa, tapi org tau dulu Yan masuk Kolej Mara Banting. Dan sekarang Yan belajar kat Royal College of Surgeon Ireland. Hebat kan? Personally, org rasa Yan ni sangat baik & helpful. Yan pun dikurniakan seraut wajah yg comel, org ingat lagi Yan dulu diminati oleh sorg klasmate kitorg selama 3 tahun. Yan pun seorang yang berpegang teguh dengan tuntutan agama. Orang suka sangat baca status Yan kat facebook, semuanya berunsur tazkirah dan renungan. Kira Yan ni insan pertama dalam hidup org yg org jumpa mempunyai pakej lengkap la. Cantik, baik, alim, bijak. Kagum sungguh org dengan Yan ni.
2) Nurul Aida Md Rosly
*Aida kat kiri*
Aida ni klasmate org sejak 2006. Pada tahun 2008 rasanya baru kitorg jadi rapat sejak kitorg serumah. 1st skali tentang Aida yang menarik perhatian org ialah wajah dia yang bersih dan comel. Aida tak pernah pakai makeup, tapi wajah dia sangat cantik. Aida sorg gadis yang sopan dan lemah lembut. Org ingat lagi Aida pun pernah ada sorg admirer yg terdiri daripada klasmate kitorg. Aida ni kira masuk kategori perempuan melayu terakhir la. Kat rumah sewa Aida yang paling rajin kemas rumah & masak. Aida ni pun kategori student2 bijak jugak la, banyak kali gak Anugerah Dekan yang Aida pernah dapat. Aida sorg yang sopan, Aida sentiasa pakai pakaian longgar dan stokin kalau keluar rumah. Satu lagi perkara pasal Aida yg menarik perhatian org ialah Aida tak pernah keluar rumah malam, apatah lagi nak pergi tengok wayang malam2. Setakat ni tak pernah sekalipun org dengar ada org yg mengumpat pasal Aida sebab perlakuan Aida sangat menyenangkan org lain. Aida kira insan kedua yg org jumpa ada pakej lengkap la.
3) Hami Asraff Ab Halim
Hami ni seorg blogger yang agak famous disebabkan tulisannya yang hebat dan penuh dengan info2 berkaitan Islam dan tazkirah walaupun cara penulisannya santai. To be honest, org tak pernah jumpa Hami ni in person, cuma org tau Hami ni berumur 26 tahun, anak keempat daripada 6 beradik dan pelajar course electrical engineering kat UiTM Shah Alam. Org tak ingat macamana org boleh sampai kat blog Hami, tapi 1st time baca post Hami tentang blognya dipromote oleh seorg doktor, org terus stick dengan blog Hami dan baca semua postnya dari mula sebab nak tau apa kelebihan nukilan Hami ni. Dan betul apa org lain cakap, blog Hami ni sangat bagus dan ayat2 Hami dalam blognya boleh kata agak indah dan sesuai dijadikan renungan bersama. Org add Hami kat facebook dan follow Hami kat Twitter. Alhamdulillah, Hami pun tak sombong, dia selalu balas komen2 dan twitter yang dia dapat dengan mesra walaupun sebahagian besarnya dariada insan2 yang dia tak kenal. Satu kelebihan Hami, dia dikurniakan wajah yang handsome, org pernah terbaca nukilan Hami tentang beberapa blogger yang minat Hami dan menulis tentangnya di blog masing2. Baru2 ni Hami kehilangan ayahnya, dan apabila Hami mencoretkan tentang ayahnya kat blog org rasa sayu sangat dan pernah menangis bila terbaca. Susah nak menulis sesuatu yg boleh menyebabkan pembacanya menangis kan ?
4) Ooku Bushido Aka Muhammad Aizuddin Abdullah
Ooku Bushido ni nama fb kepada kawan org ni, nama di Aizuddin. Org panggil Aizuddin ni Ai. Kitorg pernah satu sekolah menengah masa form 1 sampai form 3, tapi kitorg tak pernah bertegur sapa sebab lain kelas. Bila jumpa kat fb, org tak kenal pun Ooku ni siapa, so org approve je sebab dia ramai mutual fren satu sekolah ngan org dulu, tapi kitorg tak pernah tegur. Baru tahun lepas kitorg bertegur sapa kat chat kat fb. Ai ni belajar kat Universiti Al Azhar kat Mesir, dan benda yang org paling kagum tentang beliau ni ialah beliau ni seorang Hafiz Al Quran. Walaupun seorg Hafiz, Ai ni berbeza daripada Hafiz2 lain yang org pernah jumpa. Ai jenis yang sempoi. Ai terer main gitar, dan bila waktu hangout ngan kawan2 dia, Ai ada je main snooker ngan pergi karaoke. Dekat fb pun Ai selalu je bertegur sapa dengan kawan2 perempuan, taklah begitu antisosial. Tapi Ai kata dia sentiasa mantain hafazan Al Quran dia, supaya tak dilaknat balik oleh Al Quran. Ai lah kiranya kawan 1st org yang hafal Al Quran. Tak semua org boleh hafal kan?
Oklah, cukuplah sampai sini ye. Dah panjang sangat pulak ni. Bukan niat org tulis pasal diorg ni sebab nak mengampu atau membodek diorg, tak. Diorg ni tak tahu pun rasanya org tulis pasal diorg kat sini. Cuma org saje terasa nak share siapa insan2 yang buat org kagum dengan diorg secara senyap2, walaupun ada diantara diorg ni yg org tak pernah lagi jumpa. InsyaAllah lepas ni kalau ada sesiapa lagi yg buat org kagum org pasti menukilankan pasal korg kat blog org yang tak seberapa ni :)
Terima kasih sebab sudi baca. Assalamualaikum wbt.
8 comments:
Wah, i know 2 people out of 4!hihi..kt sgt setuju dgn calon2 no. 2 & 3. Dorg mmg layak & dianugerahkan oleh Allah ciri2 yg amat dikagumi mcm wawa tulis tu. Tahniah Wawa 4 this nice entry & tahniah Aida..hope you read this & smile =))
hee time kasih umairah.. saje je tulis pasal dorg ni, selalu tulis pasal diri sendiri je kan.. tapi rasa2 aida tak tau ni org tulis.. kalau die tau mesti die malu ni hehe :D
Assalamualaikum w.b.t
MasyaAllah. Tiada apa yang mahu dikagumi dengan diriku. Aku seperti kamu. Seperti kalian. Cuma berusaha menjadi yang terbaik hari demi hari. Itu sahaja. Tak pernah menyangka ada yang suka nukilanku. Terima kasih. Terima kasih untuk entri ini. Hargai. Moga dipermudahkan segala urusan kamu :)
Waalaikumussalam..
Serius org tak sangka yg Hami sudi menjengah blog org ni. Terperanjat sgt bila nama kamu keluar di email org. Sampai la ni org ingat kamu takkan terbaca post ni sampai bila2. Terasa agak malu disini. Tapi Hami, memang ramai yg suka nukilanmu di luar sana, kamu je yg mungkin tak perasan. Terima kasih ye. Teruskanla menulis entry2 yang berkualiti, org takkan berhenti membaca, insyaAllah.
Terima kasih again ^_^
errr...crop laaa dlu pic insan tepi aida 2...:p
hehe..kt rs xyah crop pn xpe ayu, yg sblh aida pn comel jugak..hoho =)
yess betul cakap umairah. tu la pointnya ayu, nk promote ayu skali ;D
isk3... susah2 jee promote.. hati ku sudh tertutup! whahhahahaha..
Post a Comment