CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

14 June 2011

Nak Follower Ramai? Cer Cuba Tips2 Ni :D


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..




Dah lebih setahun melibatkan diri dalam dunia blogging, menjelajah ke pelbagai jenis blog yg ada di dunia maya ini, org perasan blog2 yg mempunyai follower yg agak ramai (ramai di sini org sendiri klasifikasikan sebagai lebih 500 hingga ke ribuan follower) mempunyai beberapa ciri2 yang sama. So org simpulkan sendiri di sini bahawa ciri2 ini la yang menyumbang kepada meningkatnya pengunjung2 atau follower2 blog2 berkenaan. Kat bawah ni org listkan apa ciri2 tersebut (ingin ditekankan bahawa ciri2 ini hanya melalui pemerhatian org sahaja, mungkin tidak diaplikasikan kepada semua blog yg berfollower ramai :D)


1) Letak gambar sendiri di header blog, tengah atau akhir setiap post

Yang ni ada lebih sepuluh blog yg org perasan buat macam ni. Lepas bercerita apa yang ingin dikongsikan kepada pembaca, di ending post sebelum komen maka adalah paling kurang satu gambar blogger tersebut dipaparkan. Dan biasanya gambar tersebut dah diedit bagi nampak lebih menarik, ditambah dengan frame serta watermark bagi mengelakkan gambar dicuri. Dan biasanya blogger2 ini mempunyai paras rupa yang cantik/handsome, maka diorang yakin untuk meletak gambar sendiri sebagai penghias post. Pastu bawah gambar tu diorg pun komen ’nak jugak tepek gambar sendiri’ hahaha.


2) Gaya penulisan yang santai dan kelakar

Untuk blogger yang ini, org perasan majornya lelaki (perempuan pun ada jugak, tapi tak seramai lelaki yg org jumpa) dan diorg ni pulak jarang letak gambar sendiri di blog. Diorg selalunya siap pakai nama samaran dan letak gambar yang ala cover2 wajah sikit dekat header blog ataupun ’About Me’. Dan gaya penulisan diorg ni macam yg org cakap kat atas agak santai dan sumpah memang kelakar. Boleh la tergelak sorg2 kalau baca post diorg ni. So pembaca selalunya stick kat blog2 macamni kalau terasa nak gelak dan menghiburkan hati yang dilanda kesedihan atau stress (eceh ayat)


3) Blogwalking di mana2 blog yang ada dan tinggalkan jejak

Ciri ni org perasan kat mana2 blogger yang baru aje buat blog sebulan tapi follower dia dah beratus mengalahkan blogger yg dah buat blog setahun. Padahal org rasa entry dia biasa2 je, ala2 diary la jugak. Diorang ni akan singgah kat mana2 blog yang diorg jumpa dari blog lain kemudian tinggalkan komen kat shoutbox atau kat ruang komen. Org perasan sebab tengok nama yang sama je ada kat ruang shoutbox kat blog2 yg org pergi, siap ayat pun sama. Kantoi copy paste je kan hahaha. Dan ayat trademark diorg ni ‘Nice blog. I follow u, u follow me back’. Haha dan2 je cakap nice kan padahal entry latest tu baca pun tak. Kalau jumpa blogger macamni org tak follow terus. Kalau rasa blog dia menarik baru org follow.


4) Buat contest beserta hadiah menarik

Yang ni pun ramai gak yg buat. Blogger akan anjurkan pape contest yang menyediakan hadiah kepada pemenang, dan promote & ajak sape2 lagi yang nak join sekali. Selalu blogger ni akan buat satu banner blog sendiri dan sapa2 yang nk join wajib letak banner tersebut di blog masing2. Contest yang biasa org tengok melibatkan contest bergambar. Gambar paling cute ke, gambar candid paling lawak ke, gambar pakai spek itam ke, gambar itam putih ke, gambar ngan besfren masing2 ke, banyak lagi la. Satu lagi contest yg org selalu tengok contest sambung cerita atau buat cerita sendiri. Hadiah2 pun org tengok boleh tahan. Siap hantar ke rumah lagi. Berbaloi la contest2 ni untuk dijoin beramai2.


5) Buat tutorial

Ada jugak blogger yg org tengok buat tutorial untuk pembaca2 blog diorang. Yang selalu org tengok, kalau blogger perempuan, buat tutorial shawl ngan makeup. Shawl dia pulak macam2 fesyen ada, depends kat shawl tu sendiri la sesuai untuk yg mana. Yang tutorial makeup pulak selalu diorg ajar nk buat makeup kat mata bagi nampak lagi bulat ke, smokey eyes ke, papela (org tak arif sangat bab2 makeup ni). Kalau yg lelaki selalu buat tutorial untuk hias blog, nak download software itulah, inilah, ataupun nak update pape software terbaru. Dan selalunya dibawah tutorial disertakan sekali video atau printscreen untuk memudahkan pembaca mengikut satu2 step dalam tutorial tersebut.



So setakat ini tu ajelah cara2 yg org perasan sendiri macamana nak upkan traffic ke blog atau meramaikan jumlah2 follower. Dan ada jugak blog2 yang ayat2nya sangat indah, tu yang menarik minat ramai pembaca ke blog tersebut. Tapi as for me, org buat blog ni saja suka2, just sebagai satu diary je. Apa2 yang menarik berlaku kat org ataupun apa2 sahaja isi hati yg ingin org luahkan org akan tulis dalam ni. Cuma bila org perasan ada jugak pembaca yg setia mengikuti post2 baru dalam blog org ni, baru org tulis sikit pasal tazkirah dan isu2 semasa sekadar untuk perkongsian bersama. Org pun tak berminat nak follow tips2 yg org tulis kat atas tu, sebab tak kisah sangat pasal follower2 ni. Apapun terima kasih banyak org ucapkan buat sapa2 yang masih sudi follow, baca post2 dalam blog yang tak seberapa ni dan like post2 tersebut. I really50x appeciate it :)


Sekian untuk kali ini. Moga bertemu untuk post seterusnya. Assalamualaikum wbt.


p/s : Post ni general dan sekadar suka2 je. Kalau ada sape2 blogger yg terasa mintak maaf ye ^__^


5 comments:

Simon Malik said...

serius saya teraser.. saya dah bertahun-tahun buat blog pon, follower tak ramai.. wahahaha!!

nice, akan cuba dipraktikkan bila boleh ^^

thx

nadzwareina said...

Haha adam, org pun same je.. follower tak ramai mana pun.. tips2 kat ats ni pun org tak berminat nk try. tulis bg org baca je. nnt u dah try org tringin nk tngok jd ke tak :)

Izzah Nadiah said...

Poyo je raden tak ramai follower... Follower sai x sampai 20 padahal dah 4 tahun buat blog, lagi teruk! Hahaha~

nadzwareina said...

haha betul la sai.. slalu org buat bLog 2 tahun sure dah lebih 100, org baru je cecah.. ala kita buat blog suka2 nk menulis kan, follower tu blkg kira :D

intan raudhah said...

Terasa akk dik..blogging dh 2 thn tp follower ciput...hehe..anyway thanks for tips;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...