CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

13 June 2011

Cinta Itu Buta...


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..



Ada satu pepatah menyatakan

Cinta itu buta.

Yakah? Siapa kata?

Pencipta pepatah dulukala yang kata.

Sebab cinta itu memang buta.

Yalah, cinta itu tidak bermata kan?

Kalau bermata, mungkin ia dipanggil

Cinta celik? Hmm..


Cinta boleh berlaku pada sesiapa sahaja,

Cinta boleh berlaku antara anak dara dan duda,

Atau mungkin antara lelaki bujang dan balu,

Cinta boleh berlaku antara cikgu dan pelajarnya,

Antara bos dan setiausahanya,

Antara artis dan peminatnya,

Antara doktor dan pesakitnya,

Atau antara penulis dan pembaca nukilannya.


Lebih unik dan pelik,

Cinta juga boleh berlaku

Antara mat rempit dan ustazah,

Antara ustaz dan GRO,

Antara seorang yang pekak dan seorang yang bisu,

Antara usahawan ternama dan tukang sapu,

Atau antara seorang datuk dan sahabat cucunya.


Apapun, cinta itu kerja Tuhan,

Dia menentukan pada siapa kita jatuh cinta,

Dia menentukan bila waktunya kita jatuh cinta,

Dia menentukan sampai bila cinta itu bertahan.

Usahlah dicampuri urusan cinta ini

Biarkan ia menjadi kekal misteri

Dan cinta buta itulah yang menjadikan ia lebih menarik..


Selamat jatuh cinta!



p/s: Cinta antara seorang doktor dan pharmacist pun boleh jadi kan? :p gurau aje.


3 comments:

Anonymous said...

haha suka pic tu...rsnya blh je kot percntaan doctor n pharmacist :P

nadzwareina said...

belum stat keje lagi aku dh pasang angan2 besar haha :p

Anonymous said...

cinta tu buta. tapi manusia kalau pun buta, still ade akal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...