CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

19 June 2011

Teringin Berkongsi Kegembiraan :)


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..



Mungkin pembaca2 blog org ni yg juga merupakan kawan2 fb org ada perasan yg beberapa hari lepas ada org update status fb org yang berbunyi :

'feel so happy lately.. finally complete my degree, my favourite blogger shared my blog's link, my favourite singer wished hi to me at his status.. alhamdulillah.. i wish i can always smile like this even during my hard time :)'

Ada beberapa org member2 org kat fb yang tanya, sape org punya feveret blogger ngan singer tu? Sebenarnya kalau tengok betul2 kat org punya profile, ada jawapan kat situ. Tapi takpelah, org teringin jugak nak berkongsi kegembiraan dengan member2 org yang nak tau kat luar tu. So izinkan org share kat sini ye siapa gerangan insan2 feveret org tu :) (org ada share pasal org dah complete degree dekat post before ni)


Seperti yg korang nampak kat atas, ni la dia feveret blogger org tu, Incik Hami Asraff (actually ramai lagi org punya feveret blogger, bro Hami ni salah sorang darinya, jangan salah faham ye :D). Actually beberapa minggu yang lepas ada org tulis post kat blog ni tentang 'Rakan2 Facebook yg Kukagumi', bro Hami ni ada masuk dalam list. Tapi seingat org, org tak pernah publish post ni kat mana2, sebab org memang taknak bagi insan2 yg berkenaan ni tau. Kalau diorg tau mesti diorg segan punye. So org memang terperanjat bila bro Hami komen kat org punya post ni. Terkejut gak dari mana beliau tau. Yang buat org lagi terperanjat, bro Hami siap share link post tu kat personal fb ngan fb blog beliau. Siap member org bagi wallpost lagi sebab bro Hami ni share link tu kat fb (ramai gak member2 org suka baca blog beliau ni & like fb blog beliau hehe).


Akibat penangan sharing tersebut, traffic ke blog org naik mendadak2, follower2 blog org bertambah dengan banyaknya, dan haritu org dapat hampir 10 friend request sehari gara2 bro Hami Asraff ni. Org yg tak pernah rasa experience sebegini, rasa seronok pulak dan tak henti2 senyum haritu. Terima kasih la bro Hami sebab sudi singgah ke blog picisan (curik ayat beliau :p) org ni dan buat org tersenyum lebar haritu hehe (kalau bro Hami terbaca post ni, jangan share lagi ye. Saya segan la huhu)


Tentang penyanyi feveret, rasa2 ramai yg tau sapa penyanyi feveret org tu, org ada share kat about me kat kiri blog ni hehe. Yup, penyanyi yg org minat tu Shahir. Lagipun org baru je minat Shahir ni, takdela dah lama macam die hard fan dia. Beberapa hari lepas, heboh kat fb yang Shahir nak online untuk chat dengan fan2 dia (Shahir tulis status dekat official fanpage dia, bukan personal fb dia) Org yang masa tu free joinla skali komen2 kat status Shahir ni. Tengok Shahir duk sebut nama2 fan yang dia ingat, org pun sajela komen camni kat status dia :

'teringin jugak nk shahir sebut nama saya :)'

Dan of course org tulis komen ni dengan mode bergurau tanpa mengharap apa2 langsung. Yela fan Shahir kat page dia dah setengah juta. Org rasa yang tengah online time tu berbalas komen ngan Shahir adela dalam 1000 org kut. Pas komen tu org pun belek2 la blog org lain dan bila kembali kat fanpage Shahir, tiba2 org terbaca status baru Shahir yg tertulis macam ni :



Bulat terus mata org. Shahir tulis nama penuh org kat status dia. Wish hai kat org je pulak tu. Pastu org baca komen2 kat situ ramaila fans2 lain pun mintak nama diorg diseru Shahir gak. Waktu tu jugak sape2 member fb org yang maybe like page Shahir ni terus msg org ckp terkejut Shahir tulis nama org kat status dia. Sebab keluar kat newsfeed diorg kut. Org pun hanya mampu tersenyum je la. Tuah org agaknya. Dalam beratus2 (maybe beribu) fans2 Shahir yg chat ngan Shahir malam tu, nama org yang Shahir pilih nak diletak kat status. Memang org rasa seronok la :)


So itu jelah ceritanya kenapa org happy bangat lately ni. Walaupun mungkin sebab2 dia nampak remeh, tapi bagi org yang jarang dapat pengalaman macam ni, tiba2 rasa seronok sangat. Kadang2 benda2 kecik pun mampu buat kita tersenyum tanpa henti kan? Ok cukuplah sampai sini ye. Thanx kat korg yang sudi baca post yang xdela input sangat ni. Hope korg pun akan lalui hari2 yang bakal mendatang dengan penuh senyuman :)


Sekian untuk kali ini. Assalamualaikum wbt :)


p/s : Mood untuk menulis blog mencurah2 lately ni. Kenapa ye? Hmmm..


6 comments:

Ain said...

sukenyer...
akak , nak tye ckit...
cmn kite nk wat print screen cm pic fb td tu??nak gak tau...nnt leh show kat blog jgak...

nadzwareina said...

printscreen tu ek? ain tngok kat keyboard ain, ad tak key 'fn'? dia kat sebelah ctrl.. ain tekan dulu key fn tu, pastu baru tekan ctrl serentak dengan key insert/prt sc kat belah atas sekali kanan keyboard. ni akak refer kat keyboard akak la. ain try cri kat keyboard ain ye. pastu ain bukak paint, kat edit tekan paste. gudluck ye :)

Unknown said...

print screen kalo utk windows 7,just taip snipping tool kt start menu pstu klik button snipping tool tu..

nadzwareina said...

thanx shafiq. org pakai window xp je. ha ain pilih ikut mana senang la :)

Ain said...

oh...camtu ek???xpe2..nnt ain cube dlu ek...thnx kak...=)

Hami Asraff said...

Assalamualaikum.

Terkantoi sekali lagi ye :)

Terima kasih sebab sudi share kat sini lagi. Cuma melaksanakan sebuah tugas untuk diri sendiri. Menulis memperingati diri sendiri yang sentiasa leka. Itu sahaja. Terima kasih banyak ya.

July 5, 2011 1:42 AM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...