Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Seperti yang anda semua dapat lihat di bawah side kanan blog ni, di bahagian ‘Special One’, ada org letakkan link blog Karingeri disitu. Yup, org memang pengunjung setia blog ni, sejak url blog ni masih lagi blogspot.com. Buat yang tak pernah tahu blog Karingeri ni blog apa, meh org cerita kat sini. Blog ni memaparkan gambar2 real, tanpa edit, tanpa photoshop, mayat2 yang meninggal dunia dalam keadaan yang agak mengerikan. Ada yang mati akibat kemalangan, kebakaran, dibunuh, atau bunuh diri. Dan gambar2 dia memang extreme, yang pecah kepala, isi perut terburai, berulat, rentung, leper, semua ada. So buat sape2 yang tak kuat semangat, janganla sesekali klik link blog tu ye. Takut ada yang tak boleh tidur malam nanti, macam ibu orang (ibu org terjeling skrin laptop waktu org tengah tengok. Ibu pun cerita yang beliau bermasalah nak tidur malam tu sebab duk teringat. Sory ibu)
Org pulak, tak ada sebarang masalah untuk lihat gambar2 macamni. Takut tu tak rasa, cuma geli sikit2 tu adela. Lagipun org boleh tengok gambar2 dalam blog tu je, tapi kalau video2 dia org belum ada lagi keberanian nak tengok. Disebabkan rasa ingin tahu yang meluap2, org pun memberanikan diri menjengah blog ni dan membaca semua post2 blog ni dari mula. Yela, kalau kita tengok kat tv/surat khabar, gambar2 mayat macam ni kan selalu disensorkan, disebabkan rasa curious untuk melihat rupa mayat2 tersebut, org pun tersampaila kat blog ni (tak ingat macam mana boleh sampai). Jangan salah sangka kat org ye. Memang rasa curious je yg membawa org ke blog ni. Tak ada sebab lain.
Bila dah banyak tengok gambar2 seperti yg org sebutkan di atas, terbit rasa insaf yang agak mendalam dalam diri org, akibat melihat gambar mayat2 tersebut yang mati dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Yang org paling sedih, bila tengok keadaan mayat2 gadis yang dirogol dan dibunuh. Yang si pembunuh pulak bukan org asing, kawan2 si mati jugak. Si mati tu ditinggalkan dalam keadaan yg sungguh mengaibkan. Kasihan sungguh. Besar sungguhkah dosa2 si mati ni kepada si pembunuh hingga menyebabkan mereka mati dalam keadaan begitu sekali?
Bila melihat gambar mayat budak2 yang digelek lori, mati lemas atau didera, kadang2 rasa air mata ni nak mengalir. Diorg masih lagi budak2 tapi nyawa mereka diambil dengan tragisnya oleh org2 dewasa sesuka hati mereka. Kadang2 hati tertanya2, kemana pergi ibu bapa yang patut melindungi mereka? Yang kena dera tu, mana hilangnya nilai kemanusiaan dalam diri ibu bapa mereka? Tapi Allah itu Maha Mengetahui. Hanya Dia sahaja yang tahu kenapa kanak2 yang tidak berdosa ini dipilih untuk diambil dulu nyawa mereka. Kita yang serba kekurangan ni tak sepatutnya mempertikai.
Bila org lihat mayat2 si mati yang membunuh diri, org hanya mampu beristighfar panjang. Ada yang gantung diri, terjun bangunan, pergi kat railway, tembak kepala sendiri, macam2 lagila. Dan mayat2 si pembunuh diri inilah yang paling dahsyat rupanya berbanding rupa mayat2 yang lain. Awal2 lagi Allah dan tunjukkan keadaan mereka yang sangat menyedihkan di dunia ni. Mungkin kita tak berhak untuk menilai mereka, tapi still bunuh diri bukan jalan penyelesaian kepada sebarang masalah. Nyawa itu terlalu berharga untuk disia2kan begitu sahaja.
Lepas tengok gambar2 di blog ni, org selalu berdoa kehadrat Allah supaya apabila tiba masanya nyawa org dicabut Izrail nanti, sakit sakaratul maut itu dapat dikurangkan. Apabila melihat wajah2 mayat tersebut yang berkerut menahan kesakitan yang tidak terperi apabila diambil nyawa mereka, org jadi takut sekaligus insaf.
Sabda Rasulullah SAW : "Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang" (HR Tirmidzi)
Org berdoa supaya apabila tibanya hari org menghadap Allah, jasad org dipelihara, sekaligus memudahkan urusan pengebumian kelak. Tapi hanya Allah sahaja yang tahu bilakah dan bagaimanakah kita meninggal dunia nanti. Setiap makhluk Allah pasti menemui mati. Amalan2 kita yg menentukan bagaimana kita bertarung dengan maut nanti. Sama2lah kita berdoa semoga apabila tiba masanya kita bertemu dengan Allah satu hari nanti, kita diberi petunjuk terlebih dahulu supaya kita boleh bersiap sedia sebelum menghadapi hari tersebut, InsyaAllah.
Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi bisa berbicara sekejap, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kalian, nescaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri
(Imam Ghazali mengutip atsar Al-Hasan).
Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca. Assalamualaikum wbt..
p/s : Semoga dosa2 si mati tersebut diampunkan Allah dan dipermudahkan urusan mereka di alam barzakh dan di akhirat kelak. Amin.
4 comments:
sai tak boleh bukak tu.. ngeri..
ngeri kn. . .
itu dh tkdir diorang mati dgn cara mcm tu. . .kite plak nnti mcm mane??. . hanya Allah yg tahu. . .
tazkirah utk hari jumaat. saya pun kdg2 ke sana gak. cuma x leh la nk selongkar sume. pitam. hehe..
tp betul kan.. nt kita mti cmne la keadaan kita..
sai : org masa 1st time rasa ngeri skit. lama2 tengok dah takde prasaan sgt dah huhu
aizat : agakla.. sian jugak dengan diorg ditakdirkan mati sebegitu rupa. sama2 la kita doa rupa jenazah kita nanti sentiasa dipelihara Allah..
dya : hehe jgn paksa diri selongkar, boleh pengsan nanti huhu. tula, smoga apabila smpai waktu kita meninggal nanti takdela setragis diorg cara mati kita..
Post a Comment