CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label My Story. Show all posts
Showing posts with label My Story. Show all posts

06 January 2015

Hello 2015 :)



Bismillahirrahmanirrahim...Assalamualaikum wbt..

Org still ingat lagi, pada tarikh yang sama harini dua tahun yang lepas, iaitu 6 Januari 2013, org still lagi si gadis bujang yang sibuk bekerja di hospital. Yang langsung takde idea akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun tu jugak. Yang langsung takde idea akan bertukar status menjadi seorang ibu pada tahun seterusnya.

Dua tahun bertukar status daripada si gadis bujang, kepada si isteri orang, dan seterusnya kepada mak orang, adalah agak cepat sebenarnya. Rasa macam belum sempat lagi diri ini menimba ilmu menyesuaikan diri untuk menjadi seorang isteri, tup2 pada masa yang sama kena menimba ilmu untuk mempersiapkan diri untuk menjadi seorang ibu pulak. 

Org tak nafikan, perkahwinan dan pengalaman pregnancy org yang berlaku secara spontan dalam tempoh dua tahun ni, walaupun seronok dan thrill orang kata, namun ada kalanya agak melelahkan. Mungkin kerana kurang persediaan sebab leka dan enjoy sangat masa zaman bujang dulu. Tu yg bila tetiba kahwin dan alhamdulillah pregnant, macam kena culture shock pun ada, hehe. 

Dalam tempoh ni juga, banyak hobi org yang org gemar lakukan zaman bujang dulu, terpaksa ditinggalkan dek kekangan masa. Org yang dulunya suka membaca segala jenis bahan bacaan yang ada kat rumah, namun kini bahan2 bacaan tu terbiar sepi di atas rak, berhabuk. Org yg dulunya gemar menulis, siap sempat tulis cerpen lagi, kini blog ni sendiri pun tak terbukak untuk diupdate, apatah lagi nak tulis cerpen macam dulu. Tengok je tarikh post sebelum post ni. 22 September 2013, seminggu lepas org baru nikah kut. Setahun lebih dah.

So macam banyak je sebenarnya nak berkongsi cerita. Tapi tak tahu nak mula dari mana. Huhu.

Tapi takpe, org akan tulis ape je yg terlintas kat kepala org ni ye. So let the story begin.


Pengalaman bergelar isteri kepada seorang... em.. stranger?

Okla, maybe perkataan stranger tu agak over sebenarnya. Bukanla org tak kenal langsung suami org tu sebelum kitorg kahwin, tapi org kenal suami org tu hanya sebagai seorang doktor yang bekerja sama tempat kat hospital org, tak lebih dari tu. Masa baru kenal tu langsung tak tau asal usul dia, family dia, latar belakang dia, semua tu tak pernah org nak amik tahu pun.

Dan org hanya amik masa 2 bulan je buat keputusan setuju untuk berkahwin lepas kitorg dah berkenalan. Dan lebih kurang 7 bulan je untuk org kenal suami org tu sebelum kitorg berkahwin. Terus terang, dalam tempoh 7 bulan ni pun, org gambarkan fasa tu sebagai fasa 'mengenal hati budi' memasing (eceh macam ayat artis pulak), bukannya fasa bercinta. Sebab memang kitorg tak bercinta pun. Takde sebarang ayat cinta diluahkan pun pada masa ni. Suami org tak pernah cakap pun semua tu sampaila tarikh kitorg dah selamat nikah.

Tempoh 7 bulan, memang tempoh yang sangat2 singkat sebenarnya untuk kita mengenali seseorg luar dan dalam. Tak cukup nak kenal luaran je pun. But org anggap benda ni sebagai satu benda yg menyeronokkan. Macam lagi excited nak kenal luar dalam lepas dah kahwin. Orang kata lagi best, kan?

Masa bebaru kahwin tu, to be honest, org still tak biasa bila ada seorang lelaki kat sisi 24 jam sehari. Yela sebelum ni org bf pun takde, so pengalaman memang zero la kan. Semua kerja org dah biasa buat sendiri tanpa mintak tolong org lain, lebih2 lagi lelaki. So bila dah kawin, org still terikut2 dengan perangai lama org tu.

Tanpa org sedar, benda yg org anggap remeh ni la sebenarnya kesalahan pertama yg org dah lakukan sebagai seorg isteri. Terlalu biasa buat kerja sendiri tanpa bergantung ngan org lain, lebih2 lagi since org ni anak sulung. Hinggala suami org rasa mula rasa diri dia tak diperlukan. 

Namun alhamdulillah, berkat komunikasi yang bijak dan berkesan, hehe, barula org sedar kesilapan org ni dan akhirnya org admit, ada perkara yang better suami kita yg tolong buatkan, walaupun kita sendiri boleh buat. Supaya suami kita rasa dihargai bila kita mintak tolong dari dia :).

Dan of course, tinggal bersama dibawah satu bumbung, masa ni la baru kita kenal suami kita tu yg sebenarnya. Macam mana dia bercakap, cara dia makan, cara dia tidur, semua kita tau sebab dah lihat sendiri. Masa ni la kita boleh buat comparison, dengan masa belum kahwin dulu. So kita tau masa kenal dulu perangai dia memang macamtu ke, or dia berlakon depan kita je lebih, hehe. Dan lagi best pulak masa ni la baru kita sedar, satu demi satu keluar ciri2 suami kita tu yg kontra habis dengan perangai kita rupanya. Bukan satu, tapi banyak! Dan kita kena face ketaksamaan ini untuk seumur hidup! 

Tapi sebagai seorang isteri, yang paling penting, kita kena terima suami kita seadanya. Baik buruk dia, still dia adalah suami kita yang mana syurga kita terletak padanya. Yang menanggung dosa2 kita. Yang akan berkorban menjaga kita untuk seumur hidupnya. Semua manusia ada kekurangan. Kalau dia boleh terima kita seadanya, segala kekurangan kita dia terima dengan hati terbuka, kenapa tidak kita? Ada sebab, kenapa Allah takdirkan suami kita tu jodoh kita, kan?


Tapi yang bestnya, bila dah kenal luar dalam ni, rasa cinta yang mula hadir, yang baru nak berputik masa bebaru kahwin tu, akan bertambah dalam bila kita lihat dan rasai sendiri kelebihan dan kebaikan suami kita. Paling seronoknya, cinta kita tu adalah untuk insan yang tepat :)

And the stories of this husband and wife continued... tak boleh cerita semua, rahsia rumahtangga kan? ;)


Pengalaman mengandung dan bergelar seorang ibu :)

Masa baru2 mengandung, org dah dapat rasa yg perut lain macam. Asyik kembung, berangin je. Dan bila org buat sendiri UPT test kat rumah, TING! double line pun timbul. Tapi masa ni satu lagi line tu walaupun ada, tapi tak sepekat line control tu. Samar2 je kalernye.

Masa petang tu org kena keje shift extended hours. Kebetulan pulak masa tu encik suami oncall. Org mintak suami singgah farmasi jap, terus tunjuk UPT tu. Encik suami tengok je, terus dia terkejut.

'Eh, ni positif ni,' suami cakap tanpa ragu2. Tiba2 dia terus pergi tinggalkan farmasi. Eh, eh abang ni, dia blah macamtu je? Terkejut sangat agaknya.

5 minit pastu, suami datang balik bawak borg lab ngan botol urine. Oh, suruh buat test sekali lagi rupanya. 

Tak lama pastu encik suami datang farmasi sekali lagi bawak result. Buat muka straight. Tanya org agak2 positif ke negatif. Dengan rasa tak yakin, org jawab, negatif kut. Then suami bagi kertas tu. Tertulis 'positive'.

Time tu tak tau nak describe rasa dia camne. Happy ada. Terkejut ada. Takut pun ada. Yang pastinya waktu tu kitorg sama2 tersenyum. Org terus call ibu ngan baba bagitau berita gembira tu.

Then my pregnancy adventure pun bermula.

Syukur alhamdulillah, sepanjang org pregnant, org takde sebarang alahan. Morning sickness pun takde. Kalau ada pun sekali sekala je, boleh kira ngan jari berapa kali. Mengidam pun takde. Penat tu biasala. Masa bebaru pregnant takde feeling apa sangat pun. Sebab still tak rasa ada makhluk dalam perut lagi.

Tapi bila encik suami sendiri yang ajak pegi hospital, tolak mesin scan masuk dalam bilik, scan sendiri perut org, dan akhirnya ternampak imej kepala, tangan ngan jantung berkelip2 dalam mesin scan tu, waktu tu memang rasa gembira & bersyukur yg teramat sangat. Masa tu baru sedar, oh aku ni betulla dah nak jadi mak org rupenye.


Tak lama lepas tu, rasa excited tu bertambah bila dah mula rasa baby bergerak dalam perut. Semangat kira berapa kali kick sebab nak tick dalam buku merah. Bila perut makin lama makin besar, rasa happy sebab tahu baby dalam tu tengah membesar dengan sihat. Dekat2 nak due, semangat pilih nama dengan suami. Semangat cari huruf A dengan W, sebab sama dengan initial nama panggilan kitorg, kononnya hehe.

Sepatutnya org due 18 Jun 2014, dan masa 14 Jun 2014 org still lagi drive kereta pergi Seremban, bergilir dengan suami, hehe. Selamba je. Dan malam tu bila ada darah keluar, husband terus bawak pergi hospital. Malam tu jugak kena admit wad sebab rupanya laluan dah bukak 3cm. Sepanjang malam tak boleh tidur menahan sakit contraction yang berulang2. Sakit sangat time ni, tak tipu, macam nak patah dua pinggang tu. Pagi tu dalam pukul 10, sekali lagi doktor panggil masuk bilik untuk check bukaan.

Sekali check, dah 9 cm bukak rupanya. Gelabah doktor tu. Air ketuban tak pecah lagi, so kenala masukkan alat untuk pecahkan. Dan terus org ditolak masuk labour room. Sempat org call encik suami bagitau dah kena tolak labour room.

Masuk labour room, doktor dan staf situ bagi tempoh satu jam untuk prepare sebelum nak deliver. Time ni encik suami masuk, bagi kata2 semangat. Time ni gakla org salam tangan suami, mohon ampun. Suami suruh rileks, bagi tips sikit, kemudian suami keluar sekejap nak bagi org tenangkan diri.

Time ni rasa macam malas dah nak tunggu satu jam. Sakit contraction makin tak tertahan. Terus org bagitau doktor nak beranak time tu gak. Doktor ngan nurse pun terus prepare, ajar pape yang patut. Tak sempat pulak nak panggil suami masuk balik.

Dua kali teran je, baby alhamdulillah keluar. Sakit dia taktau camne nak describe. Sampai kena gunting episiotomy pun tak rasa huhu. Lepas tunjuk baby kat org, baby pun dibersihkan dan diberi kepada org. Kemudian lepas setel dah semua, org ditolak keluar dari labour room. Alhamdulillah, sejam je duk dalam labour room, tak lama. Encik suami pun dukung baby, azan serta iqamahkan, baca surah2 sikit. Suami masa tu muka macam tak percaya dah jadi ayah orang, hehe.

Tanpa sebarang komplikasi, sehari selepas duduk dalam wad, org pun dibenarkan keluar. Dan bermulalah episod org kat rumah berpantang 45 hari sambil membesarkan anak yang baru dilahirkan ni :)


Pengalaman membesarkan seorang Ammar Wafiy :)

Yup, Ammar Wafiy bin Khairil Asraf. Tula nama baby org. Lahir 2.6kg je, kecik molek je masa dia  baru lahir. Perkara pertama yang buat org senyum masa pertama kali pandang wajah Ammar, sebab org perasan dia ada lesung pipit sebelah kiri. Dapat dari ayah dia la ni, hehe.

Macam semua ibu2 baru, org rasa pengalaman nak menyusukan anak ni la pengalaman paling mencabar sekali. Dan cabaran pertama org, air susu tak keluar. Sampai hari pertama kat rumah, org ngn encik suami tak boleh tidur malam sebab Ammar asyik melalak. Lambat baru kitorg figure out, yg rupanya air susu org tak keluar. Tapi alhamdulillah, lepas je berurut tiga hari berturut2, susu keluar dengan banyaknya dan takde lagi masalah Ammar tak tidur waktu malam sebab lapar.

Satu lagi masalah baru timbul, bila Ammar develop jaundice bila dah sampai rumah. Nurse yg datang check kat rumah suruh pergi klinik bila perasan Ammar ada sign jaundice kat badan. And bila dah check kat klinik, memang bacaan bilirubin Ammar agak tinggi. Dan selagi tak turun ke paras normal, selagi tu la kena berulang alik ke klinik check darah sampaila normal. Dan semua ni mengambil masa lebih kurang tiga bulan, barula bacaan bilirubin Ammar kembali normal, huhu.

Satu perkara yg org perasan tentang Ammar, walaupun kaki dia yg cinonet tu banyak kali kena tebuk untuk amik darah untuk bacaan bilirubin, Ammar tak pernah nangis. Berkerut je dia menahan sakit, tapi tak nangis. Menjerit pun tak. Ni yang menyenangkan hati org. Ammar anak yg kuat.

Tapi Ammar tidur selalu sekejap2. Sekadar lepas ngantuk je. Kalau dah hilang ngantuk dia akan bangun. Sebab tu lepas berbincang dengan suami, kitorg putuskan utk ajar Ammar tidur dalam buai awal2 lagi, supaya dia akan tidur lebih lena. Sebab kitorg ada baca aklau tidur kurang akan membantutkan perkembangan otak baby, sebab otak baby berkembang time dia tidur. Alhamdulillah, bila dah pakai buai, barulah Ammar tidur lama sikit. Tapi memang org henjut perlahan je, untuk elakkan gegaran otak.

Satu habit yg org develop masa baru2 lahirkan Ammar, org selalu check yang Ammar bernafas ke tak waktu dia tidur. Tengok dada dia naik turun tak. Rasa nafas keluar tak dari hidung dia. Baca banyak sangat cerita pasal SID (sudden infant death), baby meninggal tiba2, buat org sangat2 paranoid. Namun bila Ammar yang halus masa lahir makin lama semakin membesar, pipi dah semakin tembam, dagu runcing dia semakin hilang dek double chin, lengan ngan peha dah berketak2, semua ni buat org happy sangat :)

Oh, since org lahirkan Ammar seminggu sebelum puasa, maka tak dapatla org berpuasa walaupun sehari pada bulan Ramadhan tahun lepas. Jenuh nak ganti, huhu. Dan satu masalah lagi timbul ialah bila jahitan episiotomy org terbukak sebab org terlalu lasak. Padan muka kat diri sendiri. Mujurla encik suami kerja doktor, dia yg selalu check untuk pastikan jahitan tu ok dan bercantum balik.

Sekejap je masa berlalu. Masuk dua bulan, Ammar mula belajar senyum. Tengok dia senyum sampai nampak lesung pipit sebelah, rasa bahagia sangat tak terhingga. Dan bila Ammar belajar respons kat bunyi, belajar meniarap, belajar pegang objek, belajar kenal ummi ayah dia (Ammar suka tenung muka kitorg lelama), belajar pakai pelampung, tak banyak kerenah, jarang demam (baru sekali sepanjang 6 bulan), semua ni dah cukup untuk buat kitorg sebagai ummi ayah Ammar rasa seronok sangat.

Ammar sekarang dah 6 bulan lebih. Alhamdulillah, cukup 6 bulan Ammar fully breastfeed. Sekarang org tengah nak introduce Ammar dengan solid food. Baru je try puri buah pisang, betik, labu. Setakat ni Ammar bagi respons positif, walaupun dia lebih prefer susu ibu. Tapi takpe, lambat laun Ammar mesti akan accept jugak. 

So, takat ni jelah cerita yg dapat org kongsikan, sebagai summary kepada kehidupan org sepanjang org tak update blog dekat setahun lebih. Org bersyukur sangat sepanjang tempoh ni, org dikurniakan seorg suami yg baik & penyayang, dan anak lelaki yg sihat & comel. Jauh lagi journey yg akan org lalui bertiga dengan suami & anak org ni. Doakan kehidupan yg akan kitorg bertiga lalui selepas ni baik2 aje ye.



Till then. Next update? Tahun depan la kut, haha. Bye!

21 September 2012

Mesej Buatmu... Wahai Si Pencuri.

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt..


Wahai si pencuri dan juga tukang pecah rumahku....



Seminggu dah berlalu, sejak insiden yang mungkin tak boleh untuk aku lupakan buat seumur hidup.


Kejadian yang benar2 menguji imanku sebagai seorang hamba, yang sepatutnya redha menerima apa sahaja qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh Penciptanya.


Sejujurnya, rasa geram terhadap kau dalam hati ini, tidak pernah hilang. Apatah lagi bila barang2 yang kau ambil, adalah barang2 peribadiku yang sangat penting. Salah satu barang yang kau ambil, adalah barang paling mahal yang pernah aku beli menggunakan duit gajiku bekerja setelah hampir setahun. Dan baru seminggu lima hari aku berpeluang menggunakannya, dengan sekelip mata sahaja kau rampas.

Hilangnya barang2 tersebut, menyebabkan hubungan aku dengan dunia luar terputus seketika. Tiada telefon untuk menghubungi keluarga dan kenalan. Tiada internet untuk aku mendapatkan berita2 terkini dan isu semasa. Tiada laptop untuk aku melaksanakan tugas2 dan laporan.

Tapi kau tahu sesuatu wahai pencuri?

Terputus seketika hubungan aku dengan dunia luar, menyebabkan aku banyak berfikir sendiri. Waktu bekerja kadang2 aku berfikir. Waktu memandu dan makan pun kadang2 aku berfikir. Aku berfikir tentang hikmah dan sebab kenapa Allah memilih aku, untuk menerima ujian ini.

Seminggu berlalu, cukup untuk aku muhasabah diri diatas dugaan yang telah menimpa. Mungkin Allah turunkan dugaan ini sebagai balasan diatas dosa2 yang telah aku lakukan sepanjang aku hidup di muka bumi ini. Mungkin dugaan ini adalah sebagai peringatan untuk aku yang semakin alpa dan lagha dengan godaan dunia. Atau mungkin juga dugaan ini adalah sebagai ganti untuk aku menerima sesuatu yang lebih baik. Aku tak tahu. Hanya Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui, apa yang nyata dan apa yang tersembunyi.

Dan jauh di sudut hati, aku tahu masih ada walau sedikit sifat mulia dalam diri kau wahai si pencuri.

Disaat aku sedang nyenyak tidur tanpa langsung menyedari apa yang telah berlaku di sekelilingku pada masa itu, kau hanya mengambil barang di tepi kepalaku tanpa langsung menyentuhku walau sedikit. Sedangkan kau boleh memperlakukan aku sesuka hatimu, kerana kudratmu yang mungkin jauh lagi kuat dari diriku .Kau juga boleh menyelongkar bilikku, dan naik ke tingkat atas untuk mengambil lebih banyak barang2 berharga milik kami berdua dalam rumah itu.

Tapi kau tak buat.

Malah, sebelum meninggalkan rumah kami, kau menutup pintu itu semula. Menutup semula gril yang telah kau kopak. Sedangkan sewaktu kau menutup pintu itu, kau tahu aku boleh terjaga disebabkan bunyi pintu yang agak ketat itu. Atau bunyi besi gril itu. Apakah kau risaukan keselamatan kami? Terutama aku yang tidur berhampiran dengan pintu itu?

Dan dompet aku yang kau curi, setelah kau ambil segala wang, kau tinggalkan di tempat yang sangat mudah untuk dijumpai semula. Kau biarkan ia terletak jelas di hadapan pintu rumah jiranku. Dan kad pengenalan, lesen, malah kad bank pun kau tidak ambil. Sedangkan banyak lagi keuntungan lain yang boleh kau peroleh dengan barang2 peribadiku itu.

Aku tahu kau berada dalam keadaan terpaksa wahai pencuri. Tiada manusia di muka bumi ini yang sengaja mahu membuat jahat kerana suka2, kerana sengaja ingin seronok.

Hartaku yang kau ambil tu, jika engkau perlukan demi melepaskan dirimu yang sedang dalam kesusahan, maka ambillah. Jika hartaku itu kau ambil demi memberi keluargamu sesuap nasi, maka ambillah. Aku izinkan.

Namun jika kau ambil untuk melakukan perkara2 yang tidak diredhai Allah, aku berharap agar Allah akan membuka pintu hatimu untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang lurus. 

Dan terima kasih kerana telah mebuka mata dan pintu hatiku, agar lebih bersyukur dan lebih berhati2 pada masa hadapan. Membuatkan aku sedar, yang Allah itu Maha Berkuasa. Sekali Allah berkata 'Jadilah', maka tiada apa yang boleh aku lakukan untuk menolak takdir yang telah tersurat untukku.

Walaupun aku tahu mesej ini tidak mungkin akan sampai kepadamu, aku berdoa semoga suatu hari nanti kau akan sedar akan kesilapanmu. Dan aku berharap hari itu akan tiba juga. Amin.



-nadzwareina-

17 September 2012

Dugaan di Hari Jumaat.

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...


Jika selama ini org selalu terbaca kat dada akhbar tentang kisah2 rumah dipecah masuk & barang2 dalam rumah habis dikebas pencuri, namun kali ini org berpeluang melalui sendiri detik2 seperti itu secara real punya.


Em, mungkin ramai kawan2 yg dah tahu pada jumaat pagi yang lalu, rumah arwah atuk yg org duduk dengan sorg housemate kat Batang Kali dipecah masuk pencuri.

Terjaga kira2 pukul 5 pagi (terlihat jam dinding), tangan org tergapai2 meraba tablet yang biasanya terletak di tepi bantal dalam keadaan gelap. Tiada. Malah handphone dan dompet yang turut berada di situ pun tiada.

Eh? Jatuh katil ke? Rasa2 diri ini tidur tak lasak pun.

Lalu dalam keadaan samar2 diri ini menjeling ke bawah katil. Tak ada apa2.

Diri ini terus duduk di atas katil. Mata masih melilau2 mencari barang2 tersebut yang mungkin tersembunyi bawah bantal dan selimut. Dan ketika itulah mata menangkap imej sofa yang kosong. Tiada bag laptop yang biasanya terletak di situ. Dan di tepi sofa itu, pintu belakang tu... pintu itu tak tertutup rapat.

Pada saat itu darah terus berderau. Jantung rasa nak meletup.

Terus diri melompat bingkas dari katil lalu menuju je pintu. (katil org di ruang tamu depan tv. katil ni arwah atuk selalu guna, sebab tu tak diletak dalam bilik. Dan org selalu tidur di sini kalau ada buat keje sampai larut malam)

Daun pintu ditolak. Kemudian gril di luar juga ditolak. Maka terlihatlah gril yang sudah kopak dipotong pencuri. Dengan mangga yang masih terkunci kemas di bahagian gril yang dipotong.

Ya Allah. Aku tak mimpi. Rumah aku betul2 dimasuki pencuri. Dan pencuri tu ambil barang2 yang betul ada kat tepi kepala masa aku tengah nyenyak tidur. Ya Allah. Ya Allah.

Org terus berlari naik atas kejutkan Atun, housemate org yg nyenyak tidur. Terus buka pintu biliknya yang tak berkunci, tanpa diketuk terlebih dahulu.

'Atun, atun, rumah kita kena masuk pencuri!' org beritahu Atun yang baru terjaga dan masih terpisat2 kat katil.

Dalam gelap org nampak Atun tergamam. Lantas dia bangun lalu menuju ke pintu yang telah dikopak. Dan dalam keadaan kelam kabut itulah, org terduduk di sofa. Buntu. Tak tahu apa yang perlu dibuat.

'Wawa, jom kita bagitau kat Mak Uda,' cadang Atun. Mak Uda adalah jiran kami yang tinggal di rumah belakang. Pada saat itu masjid berhampiran sudah membaca ayat2 suci Al Quran, sebelum memulakan azan subuh.

Kami bergegas menuju ke belakang. Ketuk pintu rumah Mak Uda. Mak Uda yang masih mamai membuka pintu. Setelah menceritakan apa yang berlaku, Mak Uda bergegas menuju ke rumah kami.

Dan kemudian selepas solat subuh, kami bergegas ke balai polis berhampiran. Membuat laporan polis.

Menurut polis, kampung tempat kami duduki tu tak pernah ada laporan polis tentang pecah rumah dibuat. Sedangkan Mak Uda selalu cerita ada je rumah dikampung itu dipecah pencuri.

Apakah org2 kampung di situ sebelum ini tak pernah buat laporan polis? Hati org bertanya sendiri.

Pada jam 8 pagi, dua org polis tiba di rumah membuat pemeriksaan dan mengambil gambar. Dan pada saat itu jugalah dompet org dijumpai semula berterabur isi kandungannya di tepi rumah Mak Uda. Mujurlah kad pengenalan, lesen, kad ATM tidak diambil. Tapi wang tunai & syiling semuanya lesap diambil pencuri.

Dan pada hari itu org dan Atun masuk kerja lambat, dalam pukul 10 pagi. Dan anggaran kerugian yang org alami adalah kira2 7 ribu termasuklah laptop & external harddisk, samsung galaxy tablet, handphone, dan wang tunai. Dalam laptop tu ada banyak report yang perlu dihantar. Dan tablet tu baru je 2 minggu dibeli. Org hanya mampu redha.

Apa yang lebih menggerunkan, bukan itu sahaja barang yang diambil pencuri dari rumah kami. Setelah memeriksa, Atun tersedar bahawa pakaian dalamnya yang disidai di ampaian luar juga hilang diambil si pencuri.

Pencuri ni saiko. Memang saiko.

Namun org dan Atun hanya mampu pasrah dan redha menerima musibah ini. Memang salah kami yang terlupa check pintu sebelum tidur. Dua engsel yang berada di pintu tu tak diselak, sebab itu dengan mudahnya selepas mengumpil gril, pencuri tu dapat masuk.

Tapi jauh disudut hati, org hanya mampu bersyukur tak terhingga sebab pencuri itu langsung tak apa2kan org. Hanya ambil barang dan berlalu pergi. Sedangkan dia punya peluang untuk merogol jika dia mahu. Dia boleh ikat kami berdua dan minta barang lain jika dia mahu. Dan andai org terjaga saat dia di dalam rumah, org mungkin akan jadi mangsa bunuh jika dia mahu.

Syukur Ya Allah. Meskipun ini antara dugaan terhebat yg org pernah terima, namun kejadian inilah yang memberi banyak pengajaran untuk org lebih berhati2 pada masa hadapan.

Dan terima kasih yang tak terhingga kepada kawan2 yang mengambil berat akan keadaan diri org selepas musibah ini. Juga saudara mara yang tak henti2 memberi nasihat supaya lebih berhati2 dan berwaspada. 



p/s : Sekarang ni duduk kat kampung belum tentu akan aman dan selamat.Hati2 dan check semua pintu rumah sebelum tidur ye.

02 September 2012

Selepas Sebulan Sehari...

Bismillahirrahmnirrahim...Assalamualaikum wbt..


Harini dua september 2012. Sebulan sehari dari tarikh kali terakhir org update blog ni. Kalaula blog ni ada application sawang timbul kat blog kalau lama tak update, sure dah tak nampak ape dah tulisan atas blog org ni kena tutup dengan sawang huhu.


Sebulan dah berlalu. Apa benda best yang jadi?


Bulan ramadhan, org sambut kali pertama sebagai seorang government servant. Penat tu toksah cakapla. Nak2 bila kena jaga kaunter farmasi dari pagi sampai petang. Tekak kering duk explain pasal ubat2. Lenguh kaki pun ye jugak bila asyik2 kena pergi merayau sana sini dalam farmasi atau kat ward kena handle perkara berkaitan ubat. Yang bestnya bila dekat2 buka puasa, pegi kat bazar ramadhan kat tengah2 pekan KKB. So muka2 warga hospital jugakla yg memenuhkan bazar tu. Doktor2, MA, staff nurse, patient2. Kalau dah bosan sangat beli kat bazar, masak je kat rumah. Tapi lagi banyak beli la sebenarnya. Penat le katekan (alasan). Pastu buka puasa reramai. Kejap ngan staf hospital, kejap ngan bebudak UiTM, kejap ngan bebudak sekolah rendah. Time terawih pegi masjid KKB. Takpun berjemaah ngan housemate kat rumah. Seronok.

Sambut raya tahun ni, kali pertama org bagi duit raya kat anak2 buah. Perasaan bila diorg beratur panjang2 pastu salam sebab nak duit raya, memang seronok tak terkata. Sebelum berbaris tu awal2 lagi diorg terus serbu bila nampak org kuar bilik pegang sampul angpau. Kelakar je diorang ni. Lepas make sure sume anak buah dua2 belah dapat, rupa2nya banyak lagi sampul angpau tak habis. Silap bajet lah pulak. Dan raya ketiga org dh pun start kerja balik so tak dapatlah nak beraya lelama sangat.

So sekarang ni, musim open house. Tiap2 minggu kena balik sebab nak pegi beraya rumah sedara, takpun pegi open house undangan kawan2. Dan sambil memenuhi undangan open house, memenuhi undangan perkahwinan pun ye jugak. Bila bukak fb je ada je notification jemputan ke majlis perkahwinan.


Dan bila org pikir2 balik, ramai member org yang dah bertunang & berkahwin rupanya.

Kalau buat list, memang ramai la. Kalau yang single mingle lagi ni memang boleh kira dengan jari (termasuk org la tu)

Sebenarnya rasa pelik bila tengok kawan2 sendiri, nak2 yang kita kenal sejak kecik, sejak sekolah rendah, teman main sama2, teman belajar sama2, dulu comot sama2, bergaduh sama2, sekarang dah cantik berhias tengah bersanding atas pelamin. Dan bersamanya ada seorang pasangan hidup yang sedang menemani di sebelah. Pasangan hidup yang Allah dah tulis sejak azali.

Serius, rasa pelik sikit. Rasa macam slow2 diri ni masuk ke zaman baru. (padahal memang dah tukar zaman pun tapi sendiri tak sedar)

Dan oktober ni, umur org genap 24 tahun. Dan seingat org, bila umur ibu 24 tahun, ibu dah pun bernikah dengan ba. Dan apa progress org? Jangankan tunang, boyfren pun tak wujud lagi.

Pastu tiba2 pikir, hm.. mungkin betulla kut aku ni dah terlambat sikit (sikit okeh, baru 24) Mungkin kali ni org betul2 kena serius cari teman hidup org yang mungkin sedang berlegar2 berkeliaran kat luar sana tu. Taktaula dia yang sesat atau org yang sesat tak jumpa jalan, yang pasti sekarang ni kitorg still belum ditakdirkan untuk bertemu antara satu sama lain la.


Atau mungkin dah je bertemu muka, cuma masih belum bertemu hati, nak buat cemana kan?


Haha takpelah. Tang pertemuan tu org serahkan pada Allah nak tentukan bila. Biar Allah decide bila masanya yang sesuai untuk org atau 'org tu' akan mula memainkan peranan penting dalam lovestory org yg Dia tulis.


But still, org akan mula berusaha slow2. Takdelah duk menanti dia nak datang bergolek. Tang jodoh pun kena usaha gak kan. Kalau dulu setakat nak pass exam universiti sanggup berusaha bermati2an, takkan nak duduk tengok je pasal soal masa depan kan? Tapi macam mana org nak usaha tu, biarlah org simpan sendiri eh :)




Ketika Allah menginginkan dua hati bersatu, Dia akan menggerakkan kedua-duanya. Bukan salah satu - Ustaz Don Daniyal



Ok cukuplah org merapu sampai sini. Jumpa dalam post akan datang eh. Assalamualaikum :)


23 May 2012

Apabila Patient Mencari Pasal...

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..

***

Pada suatu petang, di Kaunter Pesakit Luar, Hospital Kuala Kubu Bharu...



Bakul2 yang berisi ubat dan prescription doktor diambil dari meja belakang lalu diletakkan di atas meja berhadapan kaunter. Kemudian bakul2 disusun mengikut nombor giliran yang distapler bersama prescription dalam bakul tersebut. Jari lalu menekan sebuah butang di atas remote QMS (Queue Management System) dan nombor giliran berangka empat digit dilaungkan oleh suara seorang gadis beserta nombor kaunter yang harus dikunjungi oleh pesakit.

'Selamat petang encik. Boleh saya tahu nama?' Si gadis bertanya sopan sambil cuba mempamerkan senyuman manis, sebaik sahaja melihat seorang lelaki melangkah kearahnya di kaunter. Di tangan gadis itu terdapat sebuah bakul berisi ubat2 patient tersebut beserta prescription doktor.

Encik tersebut yang merupakan seorang lelaki muda, mungkin berumur dalam lingkungan 20-an tidak terus menjawab. Sebaliknya matanya dijeling kearah prescription yang berada ditangan gadis tersebut.

'Dalam surat doktor tu takde nama saya ke?' tanyanya acuh tak acuh.

'Oh, ada encik. Cuma nak pastikan saya bagi ubat kat patient yang betul, takut salah org,' si gadis cuba menjawab dengan lembut. Masih ramai lagi pesakit yang tak tahu apa tujuan sebenar kami pharmacist selalu bertanyakan nama terlebih dahulu sebelum mendispense ubat. Memang itu tujuannya, supaya tidak keliru dan tersalah memberi ubat kepada pesakit.

Selepas memberitahu nama penuhnya bersama bin sekali (mungkin memerli?), si gadis dengan laju meneliti ubat2 yang berada di dalam bakul. Terdapat ubat Diclofenac (tahan sakit), Papase (surut bengkak), Gelusil (angin dalam perut), dan ubat sapu Methyl Salicylate. Dan dengan pantas si gadis bertanyakan soalan.

'Ada sakit and bengkak kat mana2 ke?' tanyanya sambil meneliti wajah dan tangan pesakit sekilas, cuba2 melihat kalau ada kesan bengkak dan merah dimana2.

'Eh tak adelah, saya saje je datang hospital ni suka2 nak ambik ubat. Tak ada sakit pun,' kata lelaki itu dengan sinis sambil tersengih2 macam kerang busuk.

Si gadis mengetap bibir. Telinganya berdesing mendengar kata2 lelaki itu. Hati terasa panas. Namun cuba disembunyikan daripada pandangan lelaki itu. Kata2 lelaki itu tidak diberikan sebarang respons oleh si gadis, lalu tangannya laju mengeluarkan ubat2 di dalam bakul, untuk diberikan kepada lelaki itu.

'Takpelah encik. Ni doktor bagi empat jenis ubat ye. Ni ubat surut bengkak, makan sebiji 3 kali sehari, kunyah atau hisap dulu ye, jangan terus telan, ubat ni pulak.....' kata2 si gadis terhenti di situ.

Matanya menangkap perlakuan lelaki di hadapannya itu yang sedang khusyuk bermain dengan telefon bimbit yang diletakkan di meja kaunter. Kata2nya berkaitan ubat tadi langsung tidak diendahkan. Mata lelaki itu sedikitpun tidak memandang ubat2 di hadapannya, malah sibuk dialihkan ke arah skrin telefon di tangannya itu.


'Kurang ajar mamat ni,' spontan terdetik ayat itu di lubuk hati si gadis.

Kali ini si gadis betul2 marah. Pesakit ni dah melampau. Lantas si gadis berhenti berkata2 lalu merenung sahaja gelagat lelaki di hadapannya itu.

Lelaki itu yang menyedari gadis di hadapannya itu yang sedang sibuk bercakap tadi tiba2 terdiam, lantas mengangkat kepala. 'Eh, kenapa berhenti? Sambungla lagi,' katanya ringkas.

'Eh takpelah, sambung jela main henfon tu. Main puas2 dulu bagi habis, pastu bagitau saya. Kemudian baru saya sambung okey?' kata si gadis sinis. Nada suaranya mula berubah riak.

'Eh, marah ye?' tanya lelaki itu bila menyedari si gadis dah mula berubah kelakuan.

'Eh tak marah, seronok. Bukan selalu dapat patient perangai macam encik ni,' sambung gadis itu lagi, masih berbaur sinis. Kemudian dia diam semula sambil memerhati saja kelakuan lelaki itu. Lelaki itu mula serba salah.

'Okey2 saya simpan henfon ni. Sambungla. Sorry,' kata lelaki itu dengan perlahan kemudian laju dia menyimpan telefonnya kedalam poket. Selepas itu barulah dia membelek satu2 ubat di hadapannya. Si gadis tersenyum puas.

***

Itu baru seorang patient. Belum lagi patient2 lain yang ada diantara mereka berloyar buruk dengan agak melampau, meninggikan suara sesuka hati, berlagak seperti Datin/Datuk yang sesuka hati meminta ubat atau menukar ubat selain dalam prescription, dan juga membebel apabila hanya menerima sebulan sahaja bekalan ubat.

Inilah yang harus dihadapi oleh si gadis saban hari selama 4 minggu di kaunter pesakit luar, sebelum dirinya berpindah ke department bekalan wad. Namun si gadis cuba tersenyum cekal. Berhadapan dengan insan2 seperti yang disebutkan diatas menjadikan si gadis lebih tabah dan matang untuk melayan kerenah ribuan manusia di luar sana. Setakat perkara2 tersebut yang menguji kesabarannya, apalah sangat kan jika dibandingkan dengan ujian Allah yang Maha Hebat.

Namun ada juga ayat2 patient yang dirasakannya agak melampau, contohnya : 

'Dik, comel la pipi tu. Rasa nak gigit2 cubit2 je,' kata seorang lelaki dengan perlahan kepada si gadis ketika dia menjaga kaunter berseorangan pada waktu petang. Mujurlah tiada siapa yang mendengar.

Mata si gadis buntang mendengar kata lelaki itu.

'Ya Allah, tabahkanlah hatiku & kuatkanlah imanku.' katanya di dalam hati, lalu terus mendispense ubat tanpa mempedulikan kata2 lelaki itu.



Sekian.


p/s : Si gadis dalam cerita di atas adalah diri org sendiri. Dan org tau pharmacist2 yang jaga kaunter, turut merasai nasib yang sama dengan org macam cerita diatas ^^


11 May 2012

Thanks For The Memories, HTAR :)

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..

*Lagu background, klik baru baca*


Jumaat, 11 Mei 2012..

Perlahan-lahan baju dilipat lalu diletakkan berhampiran beg pakaian yang agak besar. Buku2 dan nota2 lama pula disusun lalu dimasukkan ke dalam sebuah beg lain. Sedar tak sedar, rupanya dah empat bulan berlalu. Begitu cepat bagaikan sekelip mata. Baru sahaja rasanya menjejakkan kaki buat pertama kali di HTAR pada 23 Januari 2012, Kini, pada 11 Mei 2012, diri ini bertungkus lumus berkemas untuk pulang ke Batang Kali dan kembali bertugas di Hospital Kuala Kubu Bharu. Rumah arwah atuk disana yang dilanda banjir beberapa hari lepas, memaksa org untuk pulang awal untuk dikemaskan, kerana rumah yang lama terbiar kosong tu akhirnya akan berpenghuni semula.

Bermula sebagai seorang asing yang perlu menyesuaikan diri dengan cepat di tempat baru, akhirnya alhamdulillah, perlahan-lahan keserasian dan keselesaan bekerja di sebuah tempat baru itu dapat dirasai. Dapat bertemu dengan pegawai2 Farmasi yang hebat2 belaka daripada pelbagai department, dapat berkenalan dengan rakan2 PRP lain yang berbilang bangsa, serta bekerja sekali dengan trainee2 daripada universiti dan kolej, adalah antara kenangan2 yang amat bermakna yang dapat org kutip di HTAR.

Serius, banyak sangat yang akan org rindu tentang HTAR.

Org akan rindu Puan Asmawarni, pegawai pertama yang ajar org sangat banyak ilmu berkaitan TDM..
Org akan rindu Cik Mazni yang sangat sempoi dan sering meriuhkan farmasi dengan gelak tawanya..
Org akan rindu Mr Ivan yang sangat lincah, ligat dan comel macam kanak2 riang..
Org akan rindu Mr Wong yang selalu buat muka selamba dan sengal tapi pada org agak kelakar..
Org akan rindu Puan Hanim yang punya dua side, kadang2 garang dan kadang2 lembut..
Org akan rindu Miss Teoh yang suka gelak terbahak2 walaupun dalam suasana serius..
Org akan rindu Miss Choo yang lembut & sabar melayan karenah kami2 yang blur masa assessment ICU..
Org akan rindu Puan Azura yang selalu org curi2 tengok masa sedang bekerja dalam clean room TPN..
Org akan rindu Puan Asmahani yang sentiasa busy melayan student2 universiti yg datang praktikal..
Org akan rindu Puan Norima yang sangat baik dan lembut walaupun sebenarnya sedang marah..
Dan org akan rindu juga Puan Aziah, Puan Rose, Puan Aliza, Puan Rozian, Puan Adilah, Miss Low, Miss KarMaine, Miss Ang, Mr Lim, Miss Carilyn, Miss Adeline, Miss Tan, Puan Arina dan juga pegawai2 lain..

Org juga akan rindu dengan PRP2 HTAR yang banyak sangat membantu org sepanjang 4 bulan kat sini..

Org akan rindu suara manja Kak Anum yang sentiasa ceria tak kira tempat dan masa.. 
Org akan rindu Kak Na dengan cerita2 sweet pasal suami & anak2nya..
Org akan rindu Mar yg comey dengan slang englishnya yang sangat fluent..
Org akan rindu Hanisah yang funny & suka peluk org tiba2 dari belakang..
Org akan rindu nak dengar Farah mengomel dan bercerita tentang department2 lain..
Org akan rindu Radhika yang selalu je senyum bila tengok gelagat2 kami yg tak matang ni..
Org akan rindu moment berwafarin dengan SeeNee & Eunice yang brilliant & smart..
Org akan rindu moment2 buat IV Ad & TPN dengan Jia Xin & MeiKee..
Org akan rindu nak tersenyum dan berbual2 dengan Mui Wen tentang cerita kami sejak 2 tahun lepas ..
Org akan rindu Yan Ying yang beria2 cuba nak kenenkan org ngan teman baiknya..
Org akan rindu Larry yang sangat comel & nampak naif bila berbahasa Melayu..
Org akan rindu Alif yang nampak je serius tapi sebenarnya kelakar & selalu layan org punya blur..
Org akan rindu Kah Hang yang sentiasa dengan lawak dan kalutnya tapi sangat2 helpful & baik hati..
Org akan rindu Hamidi yang setiap masa smart dan tak lekang dengan samsung notenya..
Org akan rindu dengan usikan & ketawa Farhan yang macam businessman bak kata Mar..
Org akan rindu nak lunch sama2 setiap hari & ketawa dengan ayat2 selamba Jeanne..
Org akan rindu senyuman manis Yu Siang bila kitorg share moment2 funny together..
Org akan rindu King Yong, yang sentiasa senyum dan buat tanda bagus bila kami bekerja sekali..
Org akan rindu Geetha yang selalu tegur dan panggil org dengan nama 'Raden' instead of 'Wawa'..
Org akan rindu nak dengar lagi cerita2 Khairul pasal restoran2 best yang dia pernah pergi..
Dan juga PRP lain macam Stacy, Lih Jiuan, Chew, Daveena, Weai Jiet..

Dan juga Auntie Puspa dengan jeritan nyaringnya terutama pada waktu pagi, Auntie Tan yang sangat nice dan lembut, kak Shiqin, kak Yat, Kak Sally, Encik Sahar, Encik Amir, dan juga semua warga Farmasi ward supply yang selalu org berbalas senyum setiap kali bertembung :)


Begitu juga dengan PRP2 dari hospital lain yang turut sama bekerja sekali dengan org di department CDR dan TPN macam Fauzana, Yazmin, Nadiah, Ally dan Nik dari Hosp Sungai Buloh, Safura dan Izni daripada Hosp Kajang dan Amalina daripada Hosp Slim River. Terima kasih sebab banyak membantu dan mengajar org saat bekerja dan menjadi peneman org waktu minum pagi dan lunch :)

Tak dilupakan juga trainee2 yang org sempat bekerja sekali. Walaupun ada antara korg yang dah habis, tapi org nak juga ucapkan terima kasih buat korg semua sebab dah banyak membantu org kat setiap department, terutama Nisa, Ziana, Sujitha, Azira, Nana, Haziq, Syakir, Napie, Jali, Bahari, Ronnie, Vitalis, Marwan, Gayathree, Temah, & juga trainee2 lain yg org tak sempat nak tau nama. Sorry banyak2 ye..


Walaupun anda semua mungkin tak baca post ini, org tetap nak ucap terima kasih atas segalanya. Semoga ukhuwah yang terjalin ni akan terus berkekalan sampai bila2. Andai ada rezeki, moga kita akan bertemu lagi pada masa akan datang. Gudluck & all the best untuk semua :)










Thanks for the memories everyone :)



30 March 2012

Apa Yang Buat Saya Rindu Zaman Belajar?

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Sedar tak sedar, dah hampir 5 bulan org meninggalkan zaman universiti dan memasuki fasa pekerjaan. Cepat betul masa berlalu, tak terasa pun dah hampir 5 bulan. Kerja kat hospital semakin menimbun, dan bila balik rumah, rasa nak rehat je & tidur cepat. Org sedar, bila mula bekerja, org dah hilang satu enjoyment in life. Enjoyment yang org rasa waktu belajar dulu, yg org dah tak rasa sekarang. Rasa enjoy ketika melepak dengan kawan2 sesuka hati kita, pergi ke mana2 je yang kitorg nak dan pada bila2 masa. Sekarang ni rasa agak susah dah nak buat balik benda2 tu semua akibat kekangan kerja. Betul kan insan2 yang bekerja?

Ada sekali, org terbelek2 semula album2 lama kat facebook. Tengok betapa happynya muka2 kitorg waktu zaman belajar. Tak perlu nak stress melampau (except time nak exam ngan VIVA je). Terasa nak kembali ke zaman tu balik dan enjoy semula kehidupan as a student. Tapi apakan daya, hidup perlu maju ke depan. Habis zaman belajar, masuk zaman pekerjaan. Sambil melalui zaman pekerjaan, kita akan lalui satu fasa perkahwinan pulak. Eh?

Oklah, cukuplah melalut dalam 2 paragraphs di atas. Kat sini org list down apa yg buat org rindu zaman2 universiti dulu :)


1) Duduk dalam dewan kuliah (disamping itu tidur, baca novel, main handphone, laptop, PSP etc..)

Org sangat rindu nak duduk dalam dewan kuliah balik, berkumpul seisi kelas esp waktu pagi. Waktu pagi la selalunya, boleh nampak ramai student duk terlelap nak2 bila dapat lecturer boring yg ajar subjek dry (org tergolong dlm insan2 yg wajib tidur pada waktu pagi hehe). Bila lecturer tak masuk, time tu lah sume org main internet kat laptop ngan henfon masing2 (mentang2 dapat wireless free), baca novel la, yang bawak game main game la. Tapi yang paling best, kitorg satu kelas melantak jajan yang dijual oleh businesswoman dalam kelas kitorg, iaitu Ili Nadhirah hehe.




2) Meronggeng aka berjimba-jimba bersama teman2 serumah.

Biasanya habis kelas, kitorg beramai2 akan decide nak makan mana. Kalau memang free sampai malam, apa lagi, sasaran yang dituju mestilah ke shopping mall seperti Sunway Pyramid, OU, The Curve, JJ Bt Tinggi, paling koman JJ Bt Raja. Bila dah keluar pegi sana bukan takat makan je lagi, adela beberapa aktiviti tambahan macam tengok wayang, shopping beg, shopping kasut, tak pun window shopping je. Pastu dah petang2 sikit ataupun malam, baru ingat nak balik, hehe. Takpun kalau tak keluar, layan tv sama2 kat rumah. Takpun pegi pasar malam borong makanan ngan tudung sama2. Pastu rotate makanan satu bulatan. Hu rindu2.




3) Beraktiviti bersama rakan2 sekelas.

Kelas org agak ramai, dalam 100 lebih semuanya. Dan of course dalam 100 lebih org ni ada beberapa grup kecil yang lain. Melalui aktiviti2 kelas atau persatuan la kitorg boleh bercampur dan masuk je mana2 geng, asalkan kerja yang nak dibuat tu boleh settle on time. Takpun kalau ada member sekelas kahwin, maka satu kelas akan buat konvoi beramai2 menuju ke rumah pengantin. Dan melalui aktiviti2 ni jugaklah akhirnya kitorg tau perangai masing2 yang selama ni tak pernah diexpect, yang pendiam rupanya kecoh gila, yang pemalu rupanya kuat gelak, macam2 lagi la. Dan akhirnya kitorg boleh masuk & kamceng dalam mana2 geng tanpa perlu rasa janggal & tak selesa. Kan seronok?




4) Trip di hujung semester bersama geng2 serumah/sekelas.

Setiap kali cuti sem menjelma, mesti ada je plan yang akan dibuat oleh kitorg, nak bercuti kat mana, sape nak jadi projek manager. Pastu buat discussion kat fb ngan YM, plan aktiviti nak buat apa, berapa lama nak pergi. Semangat je. Alhamdulillah selama empat tahun belajar, org dah selamat join trip2 pergi langkawi, pangkor, terengganu, johor, perlis, kuantan, melaka, dengan member2 sekepala. Cuma tak sampai sabah sarawak lagi je. Tu pun InsyaAllah ada dalam plan lepas habis PRP hehe.





5) Semangat kerjasama antara classmates menjelang musim peperiksaan.

Bila exam semakin hampir, maka soalan2 past year pun akan dicirculate dan difotostet oleh seisi kelas. Dan yang lagi bestnya, dalam kelas kitorg ada geng yang terdiri daripada student2 smart yang akan tolong buatkan skema jawapan dan upload ke dalam email batch (yup kitorg ada email batch sendiri, dimana kitorg share username & password). Skema jawapan ni kitorg panggil MIB (Modul InsyaAllah Berjaya) hehe. Selain skema jawapan, ada jugak student yg rajin buat short notes & upload jugak. So bila nak exam MIB & short2 notes ni la yang banyak membantu kitorg study. Dan yang bestnya, ada banyak kali jugak soalan exam yg keluar sebijik sama dengan MIB yang dibuat. Apa lagi bila habis exam semua kuar dewan tersenyum lebar la, hehe.






So inilah dia antara kenangan2 waktu belajar yang org takkan lupa. Actually banyak lagi, macam PBL tiap2 minggu, trip pergi hospital masing2 waktu pagi, tapi org shortkan. Bila dah masuk alam pekerjaan ni mungkin lain dah sikit pengalaman dia. Kenangan yang lain pulak yang akan org kutip & simpan. Tapi tak kisahlah walau kat mana pun kita berada, sentiasa hargai apa jua yang ada dan sesiapa yang sentiasa berada di sekeliling kita, sebab benda2 ni nanti akan jadi sebuah memori & akan kita kenang2 balik satu hari nanti :)



Till then. Assalamualaikum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...