CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Takdir. Show all posts
Showing posts with label Takdir. Show all posts

21 September 2012

Mesej Buatmu... Wahai Si Pencuri.

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum wbt..


Wahai si pencuri dan juga tukang pecah rumahku....



Seminggu dah berlalu, sejak insiden yang mungkin tak boleh untuk aku lupakan buat seumur hidup.


Kejadian yang benar2 menguji imanku sebagai seorang hamba, yang sepatutnya redha menerima apa sahaja qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh Penciptanya.


Sejujurnya, rasa geram terhadap kau dalam hati ini, tidak pernah hilang. Apatah lagi bila barang2 yang kau ambil, adalah barang2 peribadiku yang sangat penting. Salah satu barang yang kau ambil, adalah barang paling mahal yang pernah aku beli menggunakan duit gajiku bekerja setelah hampir setahun. Dan baru seminggu lima hari aku berpeluang menggunakannya, dengan sekelip mata sahaja kau rampas.

Hilangnya barang2 tersebut, menyebabkan hubungan aku dengan dunia luar terputus seketika. Tiada telefon untuk menghubungi keluarga dan kenalan. Tiada internet untuk aku mendapatkan berita2 terkini dan isu semasa. Tiada laptop untuk aku melaksanakan tugas2 dan laporan.

Tapi kau tahu sesuatu wahai pencuri?

Terputus seketika hubungan aku dengan dunia luar, menyebabkan aku banyak berfikir sendiri. Waktu bekerja kadang2 aku berfikir. Waktu memandu dan makan pun kadang2 aku berfikir. Aku berfikir tentang hikmah dan sebab kenapa Allah memilih aku, untuk menerima ujian ini.

Seminggu berlalu, cukup untuk aku muhasabah diri diatas dugaan yang telah menimpa. Mungkin Allah turunkan dugaan ini sebagai balasan diatas dosa2 yang telah aku lakukan sepanjang aku hidup di muka bumi ini. Mungkin dugaan ini adalah sebagai peringatan untuk aku yang semakin alpa dan lagha dengan godaan dunia. Atau mungkin juga dugaan ini adalah sebagai ganti untuk aku menerima sesuatu yang lebih baik. Aku tak tahu. Hanya Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui, apa yang nyata dan apa yang tersembunyi.

Dan jauh di sudut hati, aku tahu masih ada walau sedikit sifat mulia dalam diri kau wahai si pencuri.

Disaat aku sedang nyenyak tidur tanpa langsung menyedari apa yang telah berlaku di sekelilingku pada masa itu, kau hanya mengambil barang di tepi kepalaku tanpa langsung menyentuhku walau sedikit. Sedangkan kau boleh memperlakukan aku sesuka hatimu, kerana kudratmu yang mungkin jauh lagi kuat dari diriku .Kau juga boleh menyelongkar bilikku, dan naik ke tingkat atas untuk mengambil lebih banyak barang2 berharga milik kami berdua dalam rumah itu.

Tapi kau tak buat.

Malah, sebelum meninggalkan rumah kami, kau menutup pintu itu semula. Menutup semula gril yang telah kau kopak. Sedangkan sewaktu kau menutup pintu itu, kau tahu aku boleh terjaga disebabkan bunyi pintu yang agak ketat itu. Atau bunyi besi gril itu. Apakah kau risaukan keselamatan kami? Terutama aku yang tidur berhampiran dengan pintu itu?

Dan dompet aku yang kau curi, setelah kau ambil segala wang, kau tinggalkan di tempat yang sangat mudah untuk dijumpai semula. Kau biarkan ia terletak jelas di hadapan pintu rumah jiranku. Dan kad pengenalan, lesen, malah kad bank pun kau tidak ambil. Sedangkan banyak lagi keuntungan lain yang boleh kau peroleh dengan barang2 peribadiku itu.

Aku tahu kau berada dalam keadaan terpaksa wahai pencuri. Tiada manusia di muka bumi ini yang sengaja mahu membuat jahat kerana suka2, kerana sengaja ingin seronok.

Hartaku yang kau ambil tu, jika engkau perlukan demi melepaskan dirimu yang sedang dalam kesusahan, maka ambillah. Jika hartaku itu kau ambil demi memberi keluargamu sesuap nasi, maka ambillah. Aku izinkan.

Namun jika kau ambil untuk melakukan perkara2 yang tidak diredhai Allah, aku berharap agar Allah akan membuka pintu hatimu untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang lurus. 

Dan terima kasih kerana telah mebuka mata dan pintu hatiku, agar lebih bersyukur dan lebih berhati2 pada masa hadapan. Membuatkan aku sedar, yang Allah itu Maha Berkuasa. Sekali Allah berkata 'Jadilah', maka tiada apa yang boleh aku lakukan untuk menolak takdir yang telah tersurat untukku.

Walaupun aku tahu mesej ini tidak mungkin akan sampai kepadamu, aku berdoa semoga suatu hari nanti kau akan sedar akan kesilapanmu. Dan aku berharap hari itu akan tiba juga. Amin.



-nadzwareina-

03 September 2011

Korang Percaya Pada Takdir?


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..




Untuk raya kelima ni, org tak berapa nak sihat. Kena selsema dengan sangat teruk sampai org tak boleh bau apa2 langsung sebab hidung tersumbat dah 2 hari. Badan pun panas macam nak demam. Jadi org banyak duduk rumah, tak keluar beraya. Mata pun asyik nak tengok tv je.

Dan tadi, org melipat kain sambil tengok tv. Macam biasa, petang2 Sabtu mesti ada cite hindustan. Tak kisahla kalau hari raya sekalipun cite hindustan diorang still pasang. Org dah lama tak melayan hindustan, so sebab tadi takde cite best, org pun terlayan la jugak.


Dan org rasa cite kali ni agak menarik. Tema dia : TAKDIR.



Cite ni start dengan kisah si heroin yang sangat2 percaya pada takdir. Dia percaya takdir akan menemukan dia dengan pasangan hidupnya. Si heroin siap jumpa tukang tilik, yang meramal dia akan jumpa teman hidup dia kat oversea. Dan ramalan tukang tilik tu dah start tepat bila si heroin kena pergi oversea sebab ada program. Si heroin bawak sekali diary dia, dimana dia coret semua isi hati dia pasal takdir.


Dan kat oversea, tah macamana si hero tersilap masuk ke bilik heroin time si heroin tengah tidur. Nak dijadikan cerita, si hero terus terpikat tengok muka si heroin. Kemudian dia nampak diary tu dan ambik, siap buat salinan. Dan segala apa yang si heroin tulis dalam diary, dia akan ikut dan buat, biar nampak macam takdir. Si hero siap berpakat dengan kawan2 dia, macamana nak tekel si heroin ni. Si heroin pulak betul2 jatuh hati kat si hero, sebab percaya semua ni berlaku disebabkan takdir.


Dan of cos, si heroin ni lama2 dapat tau si hero ada copy diary dia. Maka mengamuk sakanlah si heroin. Dan masa ni pulak si hero baru sedar yang dia betul2 dah jatuh hati dengan si heroin. Bila si hero minta maaf dan mengaku cintakan si heroin, si heroin dah mula menolak takdir. Masa last time jumpa kat airport sebelum pulang, heroin minta si hero tulis nama dan nombor telefon kat sekeping duit, dan dia ambik duit tu dan beli sebuah buku. Dalam buku tu si heroin tulis nama dan nombor phone dia, dan buku tu dijual kat kedai buku terpakai. Dan menurut kata si heroin, jika benar diorang telah ditakdirkan untuk satu sama lain, selepas diorang terpisah pulang ke tempat asal masing2, duit tu tetap akan dapat ke tangan si heroin, dan buku tu pulak akan jatuh ke tangan si hero. Dan selepas tu si heroin berpindah dan tiga tahun diorang terpisah.


Dan of cos dalam cite hindustan, ending dia dah dijangka. Lepas tiga tahun, walaupun si hero ngan si heroin dah nak kahwin dengan org lain (kahwin tanpa rela hati), diorang teringin nak cari duit dan buku tu sebelum diorang kahwin. Sebab dua2 masih percaya pada takdir. Dan finally, setelah menempuh begitu banyak rintangan, si heroin jumpa duit tu yang rupanya dah sekian lama ada dalam dompet dia, dan buku tu akhirnya sampai ke meja rumah si hero setelah diorang berusaha mencari satu sama lain dengan bersusah payah. Finally diorang bertemu semula, dan terus berkahwin.


So korang rasa, dalam real life ada ke jadi kisah macamni? Org masa tengok tadi memang rasa agak tak logik la. Banyak sangat kebetulannya. Banyak kali sangat si hero ngan heroin ada bertembung dalam tempoh pencarian tu tapi masing2 tak perasan. Tapi biasalah, cite hindustan kan, maka wajiblah storyline dia gitu. Org pun percaya dalam dunia ni tak ada kebetulan. Setiap apa yang Allah jadikan tu mesti ada sebab walaupun kecik. Tapi kalau korang pernah baca kisah cinta Dr Sarah & Ahmad Thaariq, memang betul ada wujud kisah pasangan yang disatukan dan dipertemukan dibawah ketentuan Allah setelah berbelas tahun terpisah. Inilah yang dinamakan takdir :)



Oklah, sekian untuk kali ni. Eh lupa nak cakap tajuk cite hindustan tu Milenge Milenge. Terima kasihla sudi baca post yang macam takde motif ni. Jumpa dalam post akan datang ye. Assalamualaikum wbt :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...