CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

24 November 2010

Alkisah Seorang Fulltime Housewife Tak Bertauliah :p


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualikum wbt...


Hari ni dah 3 hari org bergelar housewife sepenuh masa kat kampung atuk, Batang Kali menggantikan ibu. Ibu org sekarang tengah jaga adik lelaki org yang baru je bersunat kat rumah makcik. Maka tinggallah org, adik laki org yang bernama syahmi, ngan atuk bertiga je kat kampung ni. Actually stat cuti sem haritu, org terus balik kampung, xsempat balik klang pun lagi sebab rumah sekarang tengah renovate. Masuk harini dah hampir 2 minggu la org kat kampung. Berbulan gak la org tak balik umah kat klang. Macam mana le rupa umah tu agaknya sekarang? Haha.

Bila dah tukar status jadi fulltime housewife ni, sure rutin org pun dah berubah sikit. Kalau dulu org bangun pagi lambat skit dari ibu (sikitttt je.. hehe), kali ni kena bangun tido waktu ibu bangun, sebab nak sediakan sarapan untuk atuk. Nasib baik sarapan selalu beli je, sebab atuk suka sarapan nasi lemak atau roti canai. So pagi2 org belikan sarapan & belikan suratkhabar utk atuk, naik basikal pinjam jiran sebelah rumah punya. Pastu kat rumah pulak buat air teh untuk atuk.

Bila atuk tengah makan sarapan, selalu time ni org basuh baju (actually mesin semi-auto tu yg basuhkan) and then sementara tunggu baju tu siap dibasuh org pun sapu satu rumah. Org selalu breakfast lambat skit. Bila dah siap jemur baju dalam pukul 9.30 pagi, barula org makan sarapan. Pastu sambung balik sapu rumah, then sambung sapu luar rumah pulak. Pastu mop lantai. Then basuh pinggan.

Tengahari, selalu waktu ni org memang penat gile sebab kena masak. Nasib baik masak untuk 3 org je, so takyah kena masak banyak. Dalam 3 hari ni, org berjaya masak tomyam ayam, sup cendawan, sayur campur, ikan kembung masak cili, telur, ikan/ayam goreng dll. Seriusly, ni pertama kali org masak sorg2 untuk org lain. Selalu org tolong ibu masak je. Then barula org sedar sebenarnye keje memasak ni sangat complex dan memenatkan. Garam gula minyak kena cukup. Bawang cili pun kena cukup, xleh lebih. Api kena betul, takleh besar sangat. Kalau blend ada yang kena hancur, ada yg xpayah hancur sangat. Ada yg kena tumbuk pakai lesung. Macam2la. Tu yg sampai sakit pinggang masak. Nampak sangat la kan anak dara sorg ni jarang masak. Masak untuk 3 org je sampai sakit pinggang. Hahaha.

Petang, selalu atuk nak minum petang. So waktu ni org goreng karipap ke, rebus ubi ke, goreng pisang ke. Pastu buat air teh. Teh lagi. Kat umah atuk ni memang air teh tu wajib. Kadang2 paklong ngan maklong datang bawak buah ke, pau ke, kuih ke, buat minum petang. Malam pulak panaskan lauk tengahari tadi je. So selalu org masak lebih sikit waktu tengahari. Takyah nak masak banyak2 kali. Bila agak2 tengah bosan, org pegi la tengok ubat2 atuk yg banyak tu. Leh gak tambah ilmu pasal ubat sikit2. Takpun sembang2 ngan atuk, pastu join atuk layan sukan asia kat channel 801, hehe.

So, itulah rutin org jadi housewife selama 3 hari kat kampung, Baru sekarang org paham kenapa ibu selalu je cerita penat buat kerja2 rumah bila org tak balik. Memang penat pun, huhu. Nak2 kalau buat kerja sorang, xada sape2 tolong. Dulu mase kena jadi housewife, ade gak adik2 org ana aja tolong. Nasib baik sekarang syahmi ade. Adela dia tolong buat kerja sikit2. Pasni kalau anda semua nampak mak ke, adik ke, kakak ke, buat kerja rumah sorang2, pergila ringan tangan tolong ye. Serius buat kerja rumah ni penat. Tak tipu. Huhu.

'Long, gila selekeh ko,' kata syahmi bila dia tengok along dia ni dengan rambut serabai, muka berpeluh, baju tak tukar2 lagi. Ish. Nasib baik la budak ni ada tolong. Kalau tak tolong langsung memangla nak kena sekeh.

Sekian coretan org harini. InsyaAllah jumaat ni org pergi Kuantan. Vacation ngan kawan2 :) Rehatla kejap daripada jadi housewife. Hehe.

Assalamualaikum wbt. Jumpe lagi.


p/s : Syahmi lagi terer buat sambal belacan daripada along dia. Tak aci betul T___T


4 comments:

dya adriza said...

Org perempuan mcm tu la kena buat kerja rumah =) sama macam saya, start cuti ni, memang kena jdi suri rumah la. tp bab masak lauk, surrender. suruh abah pergi beli jek :P haha nampak sgt x masuk dapur langsung~

nadzwareina said...

hehe dya, org pun jarang gak masuk dapur ni. kalau tak sebab duduk umah sewa mmg tak tau masak langsung kut. nipun nasib baik gak ibu xde, tu yg masak sukati je. kalau ibu ade bnyk kena bebel nih :p

ha, jum praktis. nanti bila nk kawin dah prepared. :D

Anonymous said...

hehe agk pnt gkla nk buat smua tp xyah rushing sgt pn kn so lama2 ok pnya....len la cm ak neh wt kje ikt timing sesuka ati yg pntg kje smua siap sblum mak blk so xde la pnt =P

faaiz said...

tahniah... ada ciri2 isteri dan ibu mithali..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...