CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

02 March 2012

Apabila PRP Bertemu HO...


Wad Paediatrik 6A, 
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.


Si PRP melilau-lilau di dalam wad mencari pesakit yang dimaksudkan. Pesakit cilik tersebut yang mengambil antibiotik vancomycin, perlu diclerk casenya untuk dipresent kepada preceptor. Apabila berjumpa dengan katil pesakit yang dimaksudkan, meja pesakit yang biasanya terdapat BHT (Bedhead Ticket) aka patient record file tidak kelihatan.

'Assalamualaikum staff nurse, ada nampak tak BHT patient katil 32 ni?' tanya si PRP kepada para nurse yang berkumpul sambil berbincang di suatu sudut wad.

'Waalaikumsalam. Oh, patient (tettttt) tu ye? Ha, ada kat sini, sekali ngan BHT lain,' kata staff nurse yang sudi bekerjasama tu.

'Kalau saya nak pinjam sekejap boleh? Ke staff2 nurse nak pakai?' tanya PRP dengan sopannya, dengan harapan untuk meminjam fail tersebut untuk beberapa minit.

'Ha boleh2, tapi kejap lagi HO kat sana tu nak pakai. Tapi buat sementara ni, pakai la dulu,' sambung staff nurse tersebut.

Kepala segera ditoleh memandang HO yang dimaksudkan. Beliau sedang khusyuk di meja menulis sesuatu.

'Okey, nanti dia nak pakai saya pulangkan,' kata si PRP sambil segera mengambil BHT tersebut menuju ke sebuah meja kosong yang berhampiran.  Segera kerja2 mengclerk case patient tersebut dijalankan. Note2 doktor dibaca (dengan keluhan dalam hati nak memahamkan tulisan diorang), beserta medication chart, vital signs dan beberapa info2 penting yang lain.

Sedar tak sedar, dah lebih 15 minit BHT tersebut dibaca oleh si PRP tersebut dengan khusyuknya. Tidak disedari HO di belakangnya sedang mencari2 BHT patient yang berada di tangannya.

'Em, awak, kalau saya nak pinjam BHT tu sekejap boleh?' suara yang tiba2 muncul di belakang PRP menyebabkan dia tersentak. Segera kepala ditoleh. HO tersebut sudah berdiri di belakangnya sambil tangan menunjukkan BHT di atas meja.

'Eh, boleh2 doktor. Sorry ye terpakai lama,' segera PRP mengemas BHT lalu diberikan kepada HO itu.

'Takpe2. Sorry ye ganggu. Saya pakai kejap je,' HO mengambil BHT lalu menuju ke katil pesakit. PRP kembali membelek2 note2 yang ditulis serta meneliti kembali senarai ubat yang diambil oleh pesakit.

Selepas beberapa minit, seperti yang dijanjikan, HO memulangkan kembali BHT pesakit dengan segera.

'Nah, habis dah, sorry ye,' katanya ringkas dan sopan sebelum menuju ke katil pesakit yang lain. Dengan ucapan terima kasih, PRP mengambil semula BHT tersebut sambil meneruskan kembali kerjanya yang tergendala.



Semenjak hari itu, setiap kali waktu petang, si PRP akan bertembung dengan HO tersebut di ward memandangkan kes pesakit tersebut perlu di follow up setiap hari. Tapi si PRP akan sentiasa memastikan BHT pesakit tersebut diguna dulu oleh HO, barulah si PRP akan mengambil fail tersebut. Dan selama seminggu lebih keadaan itu berlarutan, sebelum pesakit itu discharge dan PRP tidak lagi naik ke wad itu seperti biasa pada setiap petang. 




***


Si PRP berjalan pulang dari cafe bersama rakannya menuju ke bangunan farmasi klinikal. Ketika dalam perjalanan, dia bertembung dengan HO yang amat dikenalinya itu, sedang berjalan bersama2 dengan dua orang trainee.

'Eh, HO wad paed tu,' katanya dalam hati sebaik sahaja melihat HO yang sedang berjalan menuju ke arahnya itu. Wajah yang hari2 dilihatnya sewaktu di wad dulu. HO yang dimaksudkan turut memandang wajahnya.

Bertembung dengan 3 orang lelaki, si PRP sekadar berjalan menunduk, tidak memandang wajah lelaki2 yang berada di hadapannya itu.

Dan si PRP tidak tahu, dia bakal bertembung lagi dengan 3 orang jejaka yang sama ketika pulang dari cafe pada esok hari. Juga pada hari2 seterusnya. Even rakannya juga perasan akan hal itu.

'Eh wawa, kita macam selalu sangat jumpa diorang tiga tu kat sini, waktu yang sama pulak tu. Perasan tak?' tanya rakan si PRP.

'Perasan,' jawab si PRP ringkas sambil tersenyum.


***

Kali ini, si PRP sedang berseorangan pulang dari wad, apabila sekali lagi dia bertembung dengan HO yang sama di hadapan Jabatan X-Ray. 

Dan tanpa disangka2, HO itu yang sedang berjalan laju untuk masuk ke Jabatan X-Ray, memandang wajahnya sekilas, sambil mengukir senyum. Mungkin dia juga sudah mengecam wajah yang sudah banyak kali dilihatnya secara kebetulan itu.

Si PRP membalas senyum, sebelum wajah si HO hilang dari pandangan matanya.

Mungkin dia perlu tahu nama HO tersebut, supaya setiap kali mereka bertembung, mereka boleh menyapa satu sama lain. Tanpa perlu sekadar membalas pandangan dan senyuman, bisik si PRP dalam lubuk hatinya.


Sekian. 


p/s : PRP = Provisional Registered Pharmacist
        HO = Houseman Officer

2 comments:

tajul said...

ehem2...=P

Anonymous said...

untung laa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...