CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

20 July 2009

Kelas terakhir Dr Mina...


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..

Semalam, (ptutnye 'hari ni' sbab after 12.ooam) org tido lebih kurang pukul 2.ooam. Agak lambat jugalah utk org yg ada klas jam 8.3oam nanti. Baru jam 12.28am org nk naik ke katil, tibe2 my big bos call, mntak buat surat urgent, hntar kat timb pengarah HEP, nk by tomorrow morning. Baik bos, arahan diterima. Dengan lemah (sbb otak dah mindset nk tido) org pun bukak laptop n taipla surat yg diminta tanpa banyak soal... xpela wani, memang ur duty kan?

Time buat surat jugalah, my lady bos pulak call. Nak bagi takwim SOPHYS time tu gak, sebab maybe esok beliau tak dpt menghadirkan diri ke kelas.. (nape ye kak mun? hehe) Jam menunjukkan 12.40am. Ok. Boleh. Xde hal. Kak Mun pun datang antar takwim. Dan time org buat surat sambil mengisi takwim (nak hantar kpd penasihat SOPHYS rabu ni), someone menghantar mesej gudnite pula. Jadi pada waktu itu, org menaip surat, mengisi takwim dan membalas mesej pada waktu yg sama. Terer x? hehe.. =p Setelah sumenya selesai lebih kurg jam 2.00am, org pun tido..

Jam 5.00am pulak, org terjaga. Pastu lgsung xleh tido. Xpelah. Pegi sahur. Pastu xboleh tido gak lagi. Sape suruh sahur minum nescafe? Mana nak tidonye.. Akhirnya pas bersahur sampaila ke 8.30am, org xdapat lelapkan mata. Jadi, org tido hanya 3 jam semalam. Org kena tido paling kurang 4 jam baru otak leh function well keesokan harinya. Xpe2.. Sabar ye wani. Mulakan hari anda dengan senyuman, meskipun senyuman itu palsu semata-mata.. =) (hehe..)

Kelas Dr Mina, or nama penuhnya Dr Minaketen Tripathy yg berasal dari India, adalah kelas yg ditunggu2 sume pelajar fakulti farmasi part 5 setiap pagi Isnin (yeke? haha) Kelas beliau bermula jam 8.30am dan berakhir jam 10.20am. Hari ni hari terakhir kelas beliau sebab next week lecturer lain pulak masuk utk topik lain. Hari ni beliau menyambung tajuk agglomerates utk subjek drug delivery system II. Beliau pun mula bercerita pasal method2 penghasilan agglomerates. Mula2 stil bleh fokus, tapi then baru org perasan untuk setengah jam pertama, slide kat depan tu tak berubah2 pun. Still slide yg sama. Hebat sungguh Dr Mina ni...

Macam biasa, sesi soal jawab diadakan mcm minggu2 lepas. Luckily org xkena. Otak xberapa nk function time2 ni. Kalo kena, maybe jawapan yg diberikan tah apa2 jadinya. Then, lepas 1 jam, otak mula terasa penat. Selalunya jam 9.30am, mana2 lecturer akan bagi break 5minit, tapi Dr Mina tiada tanda2 nak berhenti bersyarah. Org tengok keliling. Semakin ramai mengeluh penat, bergerak kesana-sini macam cacing kepanasan. Org tak terkecuali. Pinggang dah lenguh. Tapi xpe. Fokus2. Kjap lagi beliau bagi break la tu..

Jam menginjak ke angka 10.00am. Still belum ada break. Dr Mina semakin laju bercakap. Belum pernah rasanya beliau mengajar selaju ini. Bercakap tanpa henti dan tanpa penat. Orang dah mula pelik. Mungkin nk kejar masa. Maklumlah, ni kuliah terakhir dgn beliau. Daripada 1 word yg org miss, lama2 jadi 1 sentence, hinggalah semakin bnyk sentence yg org miss, lalu org pun letak pen. Tak masuk apa2 dah. Dr Mina sangat khusyuk bersyarah sehinggakan ada student angkat tangan utk mintak repeat pun beliau xperasan. Akhirnya semakin ramai org meletak pen dan bersandar pada kerusi. Maybe dah penat macam org gak. Even ada gak yg tido depan beliau smpai ditegur. Akhirnya kak Ainul mengangkat tangan minta break 5minit. Mujur Dr Mina nmpak. Tapi break yg diberi hanya 3minit. Xpela...Janji ada break...

Kuliah disambung selepas break. Kali ini okla sikit. Boleh fokus balik. Tapi ramai gak yg xleh nk fokus even dah bagi break. Maybe skejap sangat kut. Jam 10.22am, kelas tamat. Sebelum menamatkan kelas, Dr Mina menunjukkan slide yg tertera 'Long Questions' dimana terdapat 7 soalan di atasnya. Beliau meminta kami menyalin dan menjawab di rumah. Alamak, baru simpan pencil case. Xpela.. Lalu org pun salin la soalan2 tersebut..

Beginilah serba serbi cerita org waktu kuliah yang pertama pada hari pertama pada minggu ketiga di Puncak Alam ni. Orang perasan, stiap kali kelas Dr Mina je mesti ada yg tak hadir. Sejak sem lepas lagi. Xpela. Maybe diorang ada reason sendiri.. (Atau maybe melarikan diri kerana takut disoal?) Em, entahla.. no comment..

Sekian sahaja post pada hari ni yg banyak mengarut aje. Org nk qadha tido. Jam baru 11.31am. Lama lg nk zohor. Org puasa pada hari ni. Doakan org terus bertahan ye! Wassalam..:-)

8 comments:

johanna said...

ala..long questions tu ade jer dlm slide amk kt i-learn tu..tp aku wat2 salin gak..haha

nadzwareina said...

Tu la pasal, xsalin pun xpe sbab slide tu nnt sume pun dpat gak..
tp tkut gak kut2 before kuar beliau suruh jawab mane2 soalan pastu submit ke, hehe.. parah tu..

AMiRU said...

haha..xtau pape..
:P

nadzwareina said...

Amir, tau la xdtg sbab sakit mata (btul ke ni..hmmm)
nape sakit mata? bnyak nangis baca novel yg org bg pinjam tu ke? =p

AMiRU said...

haha...tr'over' cuci mata kot...
tp still gatal2 lg bila mlm...
nk kne ltk eye drop sblum tdo...

~BeInIsNeIn~ said...

ho ho ho~! mmg rajin~ taniah~! :P

nadzwareina said...

amir : ptutnya kat cni bnyk hutan hijau, mata lg ok, ni trbalik la plak..

affan : tq~ i will work hard! =)

ayu baik said...

i luv dr mina..:D,,,hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...