Semalam negara kita digemparkan dengan kisah tanah runtuh yang menimbus khemah di Madrasah At Taqwa di Hulu Langat. Tanah runtuh ini telah mengorbankan 16 orang termasuk anak2 yatim dan penjaga2 mereka. Dan semestinya pada hari ini berita ini dipaparkan di muka depan seluruh akhbar dan menjadi tajuk2 utama berita di tv.
*Kredit kepada Bharian*
Secara jujurnya org mengaku yg org agak sensitif apabila membaca berita tentang insan2 yang terkorban akibat kemalangan, bencana alam, peperangan atau dibunuh, lebih2 lagi apabila melibatkan anak2 kecil yang baru beberapa tahun mengenal dunia. Dan buat pertama kalinya, air mata org bergenang dan sekali sekala mengalir apabila membaca artikel tentang kisah ini di akhbar, berita online dan ketika menonton berita.
Sedih apabila mengenangkan anak2 yang sebahagian daripada mereka yatim, atau yang mungkin beribu berbapa tapi terpisah kerana tuntutan agama dan ilmu, meninggal dunia tertimbus hidup2. Bertambah sedih apabila melihat 7 daripada mereka dikebumikan dalam satu liang lahad, melihat ibu bapa, guru dan rakan2 yang terselamat menangis kesedihan, dan mendengar suara syahdu bacaan Al fatihah buat mangsa2 yang terkorban.
Ada antara mangsa yang terkorban lebih muda daripada adik org sendiri yang berumur 10 tahun. Mereka masih terlalu muda, masih terlalu mentah untuk mengharungi hidup bersendirian dan ternyata Allah teramat menyayangi mereka. Allah mengambil nyawa mereka tatkala mungkin buku amalan mereka masih lagi belum dicemari dengan dosa2. Tatkala mereka masih belum mengerti untuk melakukan dosa2 yang menimbulkan kemurkaan Allah. Tatkala hati mereka masih suci dan terpelihara dari kerosakan2 yang timbul akibat godaan dunia dan hawa nafsu.
Berbahagialah anak2 yang terkorban ini diakhirat kelak kerana rata2 mereka masih belum baligh, dan sudah semestinya syurga dijanjikan untuk mereka. Berbahagialah ibu bapa kepada anak2 ini kerana anak2 ini berpeluang memberi syafaat dan membantu menarik mereka kesyurga di akhirat nanti. Berbahagialah anak2 ini kerana mereka bakal menjadi pelayan2 di syurga kelak.
Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)
“Anak-anak kecilmu (menjadi) kunang-kunang di dalam surga, seorang diantara mereka menemui ayahnya, memegangi bajunya tidak berhenti sampai Allah memasukkan dia dan ayahnya ke dalam surga.” Perawi: Imam Ahmad, Bukhari di dalam Al Adabul Mufrad, Imam Muslim di dalam Shahihnya dari Abu Hurairah
Al-Imam Muslim dengan sanadnya, meriwayatkan hadis daripada Abi Hassan katanya: "Saya bertanya Abu Hurairah berkenaan dua orang anak saya yang meninggal dunia sebelum baligh, apakah kamu (Abu Hurairah) pernah mendengar berbicara tentang anak-anak itu?
"Kata Abu Hurairah, Ya, ada saya mendengar, bahawa yang meninggal kecil daripada kalangan anak-anak orang Islam, mereka adalah di dalam syurga bersama ibu bapa mereka."
Kita yang sudah berpuluh tahun hidup di atas muka bumi ini, tak mungkin diberi peluang seperti anak2 ini yang bertuah memasuki syurga secara begitu mudah. Selagi kita masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas, sama2lah kita berusaha membersihkan kembali buku amalan kita yang selama ini kita cemari dengan dosa2 yang kadangkala sengaja kita lakukan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang, lagi Maha Pengampun. Dan Dia menerima taubat hambaNya yang benar2 ikhlas.
*Wajah anak2 sebelum tragedi setelah selesai persembahan nasyid. Kredit kepada facebook Amin Idris*
Salam takziah buat keluarga mangsa2 yang terkorban. Sama2 kita mendoakan agar roh mangsa2 yang terkorban sentiasa dicucuri rahmat. Alfatihah buat 16 mangsa yang terkorban.
Assalamualaikum wbt.
2 comments:
betul kak, air mata ni mudah sangat mengalir tiap kali tengok berita baca paper semua.. takziah buat keluarga mereka..
samalah kita liyana. kdg2 terfikir Allah ambil nyawa mrk cepat sblum diorg smpat buat dos2 besar, nywa kita Allah belum lagi ambil mgkin pluang utk kita btaubat.. smoga Allah rahmati roh2 mrk..
Post a Comment