Kita tidak pernah keseorangan, meskipun kita tiada sesiapa di dunia ini. Allah sentiasa ada di sisi kita. Kadangkala Allah membuatkan kita rasa keseorangan kerana Dia ingin berdua2an bersama kita. Dia mendengar setiap rintihan yang kita sampaikan padaNya dalam setiap doa tanpa ada yang terlepas dari pendengaranNya walau sedikit pun. Berdoalah dan bermonologlah dengan Allah dalam setiap doa tanpa rasa jemu..
Muhasabahlah diri, mungkin kerana kita sudah terlalu lama mengabaikanNya apabila terlalu hanyut dan leka dengan urusan dunia. Mungkin Allah rindu pada kita, Allah rindu pada amalan2 yang biasa kita lakukan, Allah rindu pada zikir2 yang biasa kita ungkapkan padaNya satu ketika dahulu. Kembalikanlah rasa cinta kita kepada pencipta cinta itu sendiri yang lebih berhak menerimanya iaitu Allah SWT..
Allah itu sebaik2 perancang.
Allah itu Maha Adil, Dia membebani hambaNya sesuai dengan kemampuannya. Apabila ujian melanda, kita belajar sendiri untuk menjadi insan yang lebih kuat dan tabah. Dan seandainya dugaan yang lebih berat melanda, kita mampu menjadi hambaNya yang tenang, masih mampu tersenyum dah tidak perlu berkeluh kesah apabila menghadapi dugaan tersebut. Malah dugaan itu menjadikan kita lebih hampir disisi Allah SWT..
Ujian itu sebagai petunjuk bahawa Allah mengasihi dan mengingati kita. Dalam berjuta2 umat manusia di muka bumi ini, kita insan bertuah dipilih oleh Allah untuk diuji berbanding berjuta lagi manusia lain yang terus hanyut dengan hawa nafsu dan kemewahan dunia. Bertuahlah kita apabila dipilih oleh Allah kerana kita masih berpeluang untuk memperbaiki segala kesilapan sebelum terlambat..
Mungkin ada rezeki atau kegembiraan yang bakal Allah hadiahkan kepada kita sebagai pengubat kepada kekecewaan tersebut. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dengan memberikan ujian terlebih dahulu, kita sebagai hambaNya akan lebih menghargai dan bersyukur di atas setiap pemberian Allah, meskipun sekecil2 pemberian. Dan kita akan terus menggunakan nikmat tersebut untuk memperoleh rahmat dan keredhaan Allah dalam amalan kita yang seterusnya..
Ujian Allah tu sebagai bukti, Allah itu Maha Kuasa lagi Maha Besar. Tiada sesiapa yang lebih berkuasa selain dariNya. Dia berkuasa dan berhak menentukan apa jua takdir kita dan kita sebagai hambaNya yang lemah perlu menerimanya dengan redha. Dia juga berhak menarik balik segala pinjaman yang dipinjamkan sementara kepada kita. Ujian Allah juga sebagai peringatan kepada kita bahawa ada kesilapan yang sudah kita lakukan yang perlu diperbaiki dengan segera..
Dan banyak lagi hikmah2 lain yang boleh kita fikir dengan sendirinya tanpa perlu kita mengeluh dan mempertikai segala keputusan Allah. Hidup kita di dunia ini singkat. Terlalu singkat. Kenapa perlu kita habiskan masa bersedih dengan ujian Allah yang tidaklah seberapa? Sedangkan Nabi Allah Ayub AS yang diuji Allah bertahun2 dengan dugaan yang maha hebat, setelah segala nikmat diperolehnya ditarik perlahan2, tidak pernah mengeluh dan menerima takdirnya dengan redha. Kenapa perlu kita bersedih seolah2 kita sudah pasti tempat kita di akhirat kelak adalah di neraka? Sedangkan pelbagai lagi nikmat dan rahmat Allah yang lain untuk mengubati kekecewaan kita sudah terbentang di depan mata?
Tiada salahnya apabila kita bersedih, kerana sememangnya manusia diciptakan dengan fitrah dan naluri yang mempunyai pelbagai jenis perasaan. Hati manusia juga rapuh, sekaligus menjadikan iman kita juga kadangkala rapuh. Namun apabila kita terlalu bersedih dengan sesuatu perkara, itu tandanya kita tidak redha dengan ketentuan Allah. Allah telah memilih kita, seorang manusia, seorang khalifah di atas muka bumi ini diantara makhluk2 ciptaannya yang lain untuk dianugerahkan dengan sebuah akal. Gunalah akal yang satu itu dengan sebaik2nya. Mudah2an kita sentiasa berada di dalam lingkungan rahmat Allah dan sentiasa ditempatkan oleh Allah diatas jalanNya yang lurus. InsyaAllah.
Terima kasih kerana membaca. Semoga post ini mampu mengembalikan kegembiraan dan mengubati kesedihan buat anda yg berkenaan. Assalamualaikum wbt.
4 comments:
tq utk post ni...buat sy rasa kembali semangat utk hidup :-p
terima kasih alawiah sebab sudi membaca :)
minta izin share entry ni kat blog kte erk...
boleh je miss J, no prob.. thnx ye sudi baca :)
Post a Comment