CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

10 July 2011

Persoalan Tentang Bersih 2.0 Yang Berlegar di Fikiran

Bismilahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Seperti yang seluruh rakyat Malaysia sedia maklum, pada hari semalam, 9 Julai 2011 terciptalah satu sejarah baru dimana satu perhimpunan yang dikatakan haram telah berlaku secara besar-besaran di Kuala Lumpur.

Org sebagai salah seorg rakyat Malaysia, sekadar ingin meluahkan pendapat tentang peristiwa tersebut. Sebelum tu ingin org bagitau, org tak menyokong mana2 parti politik. Malah org baru je mendaftar sebagai pengundi pada tahun ini, itupun disebabkan paksaan daripada pihak fakulti (Bukan org tak mahu menunaikan kewajipan sebagai seorang rakyat, tapi honestly, org ragu2 untuk memilih siapa pemimpin yang org rasa boleh diundi demi masa depan negara. Semua parti pun sama je. Org taknak tersilap pilih)

Berbalik pada tajuk diatas, bila org baca berita tentang perhimpunan Bersih 2.0, beserta dengan tuntutan2 berkenaan sistem pilihanraya di negara kita yang dikatakan tidak telus, org berpendapat, why not? Negara kita negara demokrasi. Semua orang berhak bersuara. Tapi yang pentingnya mestilah melalui medium yang betul. Kalau buat perhimpunan di jalanan yang mengganggu ketenteraman orang ramai, itu terang2 salah.

*Tuntutan Bersih 2.0*

Dan menurut berita yang org baca di media, permit untuk mengadakan perhimpunan tersebut tidak diluluskan. Pada saat ini, hati telah tertanya2, kenapa? Kemana hilangnya hak bersuara itu? Mungkin disebabkan cara berhimpun itu bukan satu medium yang betul, maka ia tidak diluluskan? Tapi apa salahnya beri permit perhimpunan, dengan syarat buat di satu tempat khas seperti di stadium? Lebih senang dikawal pihak berkuasa. Memudahkan rakyat untuk berhimpun tanpa menyebabkan huru hara dan mengganggu ketenteraman awam. Mungkin disitu boleh dilihat dengan lebih jelas berapa ramai rakyat Malaysia yang sebenarnya menyokong tuntutan tersebut.

Disaat hati masih tertanya2, org terbaca lagi berita mengatakan Yang di-Pertuan Agong telah pun meluluskan perhimpunan tersebut.Tapi still di berita masih disebut perhimpunan haram. Org musykil lagi, apa status perhimpunan ni sebenarnya? Kenapa dikatakan haram lagi? Sebab tak dapat kebenaran untuk dibuat di Stadium Merdeka, tapi mereka berkeras juga untuk mengadakan perhimpunan?

*Antara 50k rakyat yang berhimpun. Ramai rupanya yg menyokong perhimpunan ni. Tapi apasal surat khabar cakap 6k je? Pelik2*

Dan selepas itu apabila bertubi2 berita yang disiarkan di tv menunjukkan pihak polis berusaha bermati2an untuk menentang perhimpunan tersebut, siap mengadakan roadblock bagi menghalang rakyat masuk ke KL, menahan mereka yang mengedarkan Tshirt Bersih (yang mana org lihat kat tv majornya sudah berusia), bekukan perkhidmatan bas, lepaskan gas pemedih mata, org wonder lagi, kenapa mereka perlu buat begitu terhadap org awam yang sekadar ingin berdemonstrasi, bukan merusuh mahupun mencederakan pihak polis? Malah mereka tak merosakkan harta benda awam pun. Bukankah Agong dah luluskan perhimpunan ni? Jadi selama ni berita yg org baca tu salah la?

*Alahai kesian pakcik*

Dan semalam, sejak pagi lagi org mengikuti perkembangan perhimpunan ini di twitter dan laman2 web yang lain. Dan apabila menonton Buletin Utama, org dapati ada berita yang bercanggah dengan apa yg org baca di internet pada waktu siang. Yang mana nak percaya? Org tak tahu. Tapi majoriti respons yang org baca di internet mengatakan pihak media sengaja menokok tambah dan menggempakkan cerita. Malah ada yang mengatakan, rakyat sekarang tidak bodoh untuk percaya bulat2 berita di tv.

Bila banyak pemimpin2 parti politik ditahan, satu persatu persoalan dibangkitkan. Apakah benar perhimpunan yg diadakan pada hari semalam bermotifkan kebersihan sistem pilihanraya? Atau sekadar bermotif politik semata? Betul ke perhimpunan tersebut didalangi parti pembangkang? Org tak ada jawapan untuk soalan2 ni. Dan tentang memorandum tersebut, mengapa tidak diberikan kepada Agong? Jawapan kepada persoalan itu org terbaca di sini.

Ditambah lagi dengan kumpulan Patriot berbaju merah yang turut berhimpun, aduan2 rakyat mengenai kesesakan jalan raya dan kerugian berjuta2 akibat perniagaan ditutup, sampah2 yang ditinggalkan selepas perhimpunan ini, semua ni buat org rasa kecewa. Sebab org rasa sekiranya kerajaan meluluskan penggunaan stadium sebagai tempat perhimpunan, semua ni takkan berlaku. Seperti yang org katakan dalam status FB org sebelum ni, 'selalu sedih tengok negara orang. hari ni sedih tengok negara sendiri'. Dan oh ye, kenapa pihak SPR langsung tak bersuara ye?

Cukupla sampai sini. Sekadar meluahkan rasa hati yang disimpan. Ini adalah perspektif org tentang hak bersuara rakyat Malaysia, tanpa dipengaruhi mana2 parti politik.Tapi apa yg org nampak, kerajaan berusaha sedaya upaya menghentikan perhimpunan ini walaupun telah diberi kelulusan oleh Agong. Peribahasa 'Berani kerana benar, takut kerana salah,' berlegar di fikiran. Kenapa org nampak macam kerajaan seolah2 takut dengan perhimpunan ni dan berusaha gila2 untuk menghentikannya? Bukankah perhimpunan ini sepatutnya boleh berjalan dengan aman jika dikawal, seperti di Mesir baru2 ni? Korang semua ada terfikir benda yang sama tak? Ke org je yang fikir macamtu?

Mungkin org belum layak menulis tentang ni, sebab pengetahuan org tentang kronologi peristiwa perhimpunan Bersih 2.0 ni masih agak cetek. Jika ada info2 tentang perhimpunan ni yg org terlepas, kalau ada antara korg yg baca, nak betulkan pendapat org ni & nak share pendapat korg pulak, silalah. Tapi kesimpulannya org kecewa dengan peristiwa yang terjadi di negara kita semalam kerana disebabkan ini rakyat kita berpecah belah dan menjadi dua puak yang berbeza pendapat. Jadi apa gunanya slogan 1Malaysia tu?

* A.Samad Said - 'Bila demokrasi semakin mangkat'




Cuba tengok video diatas ni. And think. Jika seramai ini yang berdemo di ibu negara, bukankah sudah terang lagi bersuluh memang sistem pilihanraya negara kita mempunyai masalah dan perlu diperbaiki?

Sampai sini dulu. Sekian, assalamualaikum wbt.



p/s : Bila kita menolak ideologi kerajaan, bukan bermakusud kita menyokong pembangkang. Dan begitu juga sebaliknya, bila kita tidak menyokong ideologi pihak pembangkang, tak bermaksud kita di pihak kerajaan. Setiap org berhak mempunyai pendapat masing2.

p/s 2 : Alfatihah buat Allahyarham Baharudin Ahmad, peserta perhimpunan Bersih yang meninggal dunia selepas terjatuh dan pengsan ditembak gas pemedih mata.

p/s 3 : Cuba kira berapa banyak tanda soal (?) ada kat atas ni.


9 comments:

Peeka Syuhada said...

both PATRIOT n BERSIH r damn silly !!! 8 tuntutan tak tercapai . huru-hara yg kita dapat .

Dzuu Haniin said...

demo adalah bagi menunjukkan rasa pada pemerintah. sebab itu tak beri masa jumpa Agong. nak tunjuk pada kerajaan, sekalian ramai rakyat cakna...begitulah..

tapi semua ni kalau kerajaan bagi buat di stadium,jaga betul-betul macam di Mesir (semalam ada demo di Mesir sambungan demo revolusi yang dahulu. askar berjaga dan siap sediakan ambulans jika ada apa2 berlaku.tak ganggu rakyat.) huru hara,roadblock tak berlaku.

demonstrasi halal.provokasi haram-ustaz zaharuddin

Mr. Asada said...

sedih dengan satu lagi sejarah hitam dalam Malaysia semalam..

di sini pun ada perhimpunan bersih, tapi berlaku dalam keadaan aman. tiada langsung kekecohan.

sangat berharap rakyat Malaysia mengekalkan kewarasan dalam menuntut keadilan dan ketelusan dalam pilihanraya agar keamanan negara sentiasa terjaga..

cik bubu said...

haihh entahlaa , Malaysia2 .
tapi sokong entri nii . knp tak bagi peluang utk rakyat bersuara ? byk sgt rasuah benda tak adil . sbb tula lama lama rakyat naik angin . golongan atasan kaya raya . rumah renovate lima kali setahun . kita duk rumah senang lenang , tak tahu, ramai kt luar sana tertindas , tersepit gara gara kerajaan ? harga naik sana sini , diorg makan kais pagi mkn pagi kais ptg mkn ptg je :( sbb tula kita rasa pelik knp rakyat marah sgt,sbb kita yg senang ni tak rasa . kata satu malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan? tapi yg terang skrg ni golongan atasan didahulukan , politik/duit diutamakan? pandai la korg judge sendiri . bg sy take it positive way ish2 . ^^

tajul said...

stuju ngn pe yg cik raden ktekn.ak yg brada di new zealand turut berasa sedih ngn keadaan negara kite.klu di nz,polis siap kawal n escort org yg berdemonstrasi tk pe2 sb pn.xtaula knpe negara kite x mcm 2.^_^.

p/s:ak xdftr pngundi lg.mls nk bwt.hehe..XD

Anonymous said...

erm....banyak persoalan timbul....dan setiap jawapan yg dibagi menimbulkan banyak lagi soalan lain plak...seolah2 ada benda yg disembunyikn....

untuk kerajaan:
knape terlalu berkeras...smpai ade yg dipukul bertalu2 walaupn ahli bersih dh meniarap ats jln.....dh mcm dkt palestine...mcm ni ke kite layanan trhadap sesama islam....bsalah @ tidak biar mhkamah tntukan..bukan polis yg beri hukuman dgn sepak terajang...
dan semalam TV3 ade siar gmbr bahawa tahanan dilayan dgn baik....tp knape siar gmbr?knape bkn video?knape muka mereka ditutup?knape perlu tutup muka? bnyk persoalan timbul....btol ke gmbr 2 drpd tmpt tahanan....
Ade jgk ustaz2 yg pndai brckap tntng hukum BERSIH ni HARAM... xjg pergaulan, xde SALAM, xde AMAR MARUF NAHI MUGKAR....kalo begitu...KONSERT JOM HEBOH dan SEANGKATAN dgnyer sepatutnye HARAM...knape USTAZ2 yg pndai ckp ni x MUNCUL bgtau PEMIMPIN n PENGNJUR terlibat KONSERT 2 HARAM..

UTK PIHAK BERSIH

sy meragui tujuan AMBIGA...sbb dia terlibat dgn kes MURTAD dulu 2....sy takut jika berjaya mnjatuhkn kerajaan semalam....dia nk tukar perlembagaan....nk kluar ISLAM dr agama rasmi....org ISLAM boleh tukar AGAMA LAIN...itu yg saya bimbang

Hamba Allah said...

setuju dgn statement diatas . .ade gax terbaca satu quote yg ditulis oleh seorang malaysian yg tggl di oversea . ." menyokong govern dikatanye pro govern, x sokong govern dikatanye pembangkang n the most interesting is pihak yg tidak menyokong mane2 side dikatenye GILA". . .haha. . . ape yg saya pasti . .main stream media malaysia are all bullshit. . .they do not tell the truth on what's going on when the police confront the protestor. . but we cannot blame the police becoz they just follow the order. . then who should we blame?. . .if we blame the leader. .the said that we do not have the power. . .but the leader need to realize that one day they will fall. . .as a conclusion. . .we need to go back and study the quran. . applying back on what has been written in the Quran. . we need to remember. . "civil laws are made by human and human are often wrong". . .by applying the PURE Islam's law. .insyaAllah. . we can live in peace and harmony. . ; )

nadzwareina said...

terima kasih banyak2 diatas semua komen yg diberi. sy sangat2 hargai. dan sy setuju dengan komen2 korg semua yg sebenarnya dua2 belah pihak pun ada salahnya walaupun besar atau kecil. Sama2 kita berdoa semoga negara kita sentiasa aman sampai bila2, InsyaAllah :)

Unknown said...

nice post..=)
mari kte cri jwpn utk setiap persoalan tu..
dptkn info from many sources..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...