CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

02 July 2011

Apa Yang Buat Saya Tersenyum Sorang2 Kat Rumah? :D


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Mungkin ramai kawan2 org yang tau, yang org dah pun selamat menamatkan (macam sedap pulak kombinasi dua perkataan ni hehe) pengajian org pada bulan Mei yang lepas. Lepas keluar result pada 17 Jun yg lalu, alhamdulillah, org lulus semua paper. Maka dengan ini selamatlah org bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Farmasi UiTM pada hari tersebut :)


Eh eh macam dah lari tajuk la pulak. Actuallynya org nak cerita yang lepas menghabiskan study, org stay kat rumah selama 2 bulan sebelum memulakan posting di hospital pada bulan September nanti, InsyaAllah. Dalam tempoh 2 bulan bercuti ni, apa org buat kat rumah ye? Org jadi pemerhati bebas je, hehe. Oh ye org tak dapat nak kerja dalam tempoh 2 bulan ni sebab kat rumah jadi driver menghantar dan mengambik adik dari sekolah, pastu jadi surirumah part time. Kat rumah pun takde kereta extra yg memudahkan org untuk pergi bekerja (Macam keluar tajuk sekali lagi je ni, huhu)


Okeh2 kembali ke topik asal, lepas jadi pemerhati bebas kat rumah, org dapati ada banyak perkara yang berlaku kat rumah yang selalu buat org tersenyum sorg2. So kat sini org nak share apa dia benda yang buat org tersenyum sorg2 tu. Harap ada yang sudi baca la:D



1) Perangai ba yang macam budak2

Org pernah describe dalam post before ni yang ba org ni seorang yang agak tegas dan degil orgnya. Tapi disebalik kekerasannya tu, org dapati ba ni masih ada lagi side budak2nya, hehe. Lepas ba mandi, ba selalu sepah2kan tuala kat bilik. Yang lawaknya, bukan setakat dibiar kat lantai, tapi siap dilipat tuala lembap tu lalu diletak atas katil. Alang2 tu kenapa tak sidai je ba? Haha. Org la kat rumah jadi tukang kutip & tukang sidai tuala ba ni. Lagi satu, ba suka makan snek sambil baca surat khabar kat bilik tidur. Bila ba dah tidur, surat khabar ba selalu lintang pukang berterabur sana sini, dengan snek yang dibiarkan masuk angin. Ibu selalu je bebel2 tapi org selalu jadi tukang gelak je sebab org rasa benda ni sangat amusing, hehe.


2) Bila ibu main dengan kucing

Kadang2 bila org tengok drama sama2 dengan ibu, kucing kitorg, Putih Gemok pun sibuk duduk depan tv. Bila ibu perasan Putih Gemok datang, terus ibu angkat dan kendong2 kucing tu macam baby, siap bercakap dengan suara budak2. Ala2 macam agah baby camtu. Pernah sekali org tengok ibu timang2 kucing tu sampai kucing tu pun penat. Org siap stop tengok drama kat tv tu pastu fokus tengok ’drama’ lain kat depan mata org ni, haha, Ibu org kalau dah main dengan kucing, memangla kalah budak2. Sekarang ni pun org dah terjangkit main macamtu dengan Putih Gemok huhu.


3) Tengok adik main dengan macam2 jenis mainan

Adik org yang bongsu ni nama dia Redha. Walaupun umur dia dah 10 tahun, perangai dia ni kadang2 memang macam budak tadika. Biasalah kan, budak lelaki kan lambat sikit matangnya. Redha ni mainan dia memang banyak, sebab dia dapat mainan2 yang lama kakak2 & abang dia punya. Bila dia dah start main tu, memang dia khayal dengan dunia sendiri la. Ada sekali tu org tengok dia ikat patung dinasor dia kat kerusi dengan getah, pastu ada pulak superhero datang menyelamat. Biasanya time dia main ni adala dialog2 rekaan sendiri yang menggelikan hati. Takpun kereta2 lumba tu dia buatla race sendiri. Yang tak boleh blah, patung barbie kitorg yang entah zaman bila tu pun dia main buat org tebusan. Hahaha suka hati ko lah dik, janji ko bahagia :D


4) Tengok haiwan peliharaan kat belakang rumah

Belakang rumah org ada macam2 jenis haiwan, ada ayam, ayam belanda, itik ngan angsa. Kalau bosan2 org pergi kat tingkap tu duk perhati diorg (pakai diorg la ye walaupun diorg ni haiwan). Ada sekali tu org tengok 2 ekor angsa jantan ni gaduh. Yang angsa2 betina pulak bising jadi tukang sorak. Bila dah habis lawan tu, angsa jantan yang kalah pun pegila main air sorg2 kat besen. Angsa yang menang pulak semua angsa betina duk ikut dia. Yang angsa kecik sikit duk pening nak ikut yang mana satu. Hahaha serius macam scene drama. Satu lagi yg org selalu senyum sebab tengok ayam belanda. Ayam belanda ni kalau korg bising sikit, nanti dia berbunyi sambil goyang2kan kepala ke depan. Org susah nk describe kat sini tapi memang serius lawak okey.


5) Tengok gelagat jiran sebelah rumah

Jiran sebelah kanan org ni berbangsa India, & rumah org ni jenis semi-D. So org boleh tengok rumah jiran sebelah yang rumah diorg tak attach ngan rumah kitorg dengan jelasnya (boleh bayang kan?). Pada satu hari waktu petang, org tengok anak2 jiran sebelah ni duk main kejar2 dengan ayam yang terlepas kat sebelah rumah. Bila nampak ayam belanda, diorang pun acah2 bagi ayam belanda tu bising pastu diorg pun gelak. Ada satu malam tu anak lelaki jiran sebelah ni jemput kawan2 dia melepak kat luar rumah. Diorang siap pasang lagu tamil sebelum berjoget2 kat luar rumah. Mula2 org rasa agak annoying sebab bising sikit, pastu bila org dah start usha diorang joget senyap2 memang lawak kut. Siap miming bagai. Kelakar gila.



Oklah, cukuplah dulu sampai sini. Kadang2 orang rasa nak je rakam saat2 kelakar ni buat kenang2an bila org dah tak duduk rumah lagi. Tapi tulah kan, tak terfikir pulak nak rakam, waktu tu asyik nak tersengih je. Tapi sebenarnya ada je gambar2 yang org amik waktu moment2 diatas tapi wayar usb hilang la pulak, tak boleh nak letak dalam post ni. Mungkin lain kali org tepek gambar diorang pulak. Thanks banyak ye sebab sudi baca :)


Cubaan menepek gambar sendiri :P Mungkin muka org time tengok gelagat2 kat atas ni macam ni kut. Takla bajet macam ni, tapi lebih kurangla kut :D


Jumpa di post yang akan datang. Assalamualaikum wbt :)


p/s : Teringat lagu Malique ngan Najwa – Senyum, tak perlu kata apa2 :)


5 comments:

AMiRU said...

aku rs ko senyum lg lebar n dasat dr gmba tu...pastu trbyg ko gelak sorg2.. hahaha

nadzwareina said...

haha mmg pun amir. tp aku xjumpe gmbar yg aku snyum dhsyat la. gmbar ni pun jadila :D

Anonymous said...

hahahaha lwk la ayh ko

nadzwareina said...

syu : haha tau takpe :D

Unknown said...

hai awak saya nak nombor tepon awk boleh x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...