CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

09 July 2011

Contest Lagi. Kali Ni Pantun Pulak :D


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..



Tadi ketika berblogwalking, org terbaca dekat blog saudara ASaDa tentang contest pantun yang beliau sertai. 1st time org jumpa contest berbalas pantun dekat blog, so org tertarik nak join. Jika dua contest yang org join sebelum ni melibatkan gambar (yang mana org rasa senang, just tepek gambar), tapi contest yang ni mengasah skill org untuk mencipta pantun yang menarik. So kat bawah ni ialah banner tuan empunya blog yang menganjurkan contest, Tuan Haji Al-Lavendari.

Kalau ada yang berminat nak join gak, boleh klik kat link ini (sory org tak reti linkkan ke banner tersebut huhu). Hadiah dia agak menarik, wang tunai RM100. Korang yang pandai mengarang ayat puitis2 tu, tryla join. Kut2 ada rezeki boleh menang ke kan? :)

So kat bawah ni tiga rangkap pantun yang dijual dan tiga rangkap pantun yang dibeli oleh org. Org tak la berapa kreatif nak mengarang pantun, so kalau korang baca macam pelik ke, tak sedap ke, mintak maaf awal2 la ye hehe.

Pantun pertama yang dijual :

Anak sepat di dalam sawah
Elok dimasak dengan pegaga
Bila dah dapat gading bertuah
Tanduk hendak letak kat mana ?

Pantun pertama yang org beli :

Si anak duduk bermain kucing
Naik ke bahu bergesel di kaki
Jadikanlah tanduk sebertuah gading

Manakan tahu, ia pembawa rezeki?

Pantun kedua yang dijual :

Pisang emas masak se sikat
Masak pulut janganlah hangus
Sudah kemas perahu ku ikat
Kenapa hanyut di bawa arus ?

Pantun kedua yang org beli :

Pergi ke taman kemudian ke kebun
Datang ribut, terus pucat lesi
Sekali Allah berfirman,’Kun fayakun

Pasti jua hanyut, walau diikat besi.

Pantun ketiga yang dijual :

Anak senangin anak tenggiri
Masuk ke kelong mengelak pukat
Jika tak ingin dibuat isteri
Kenapa diusung merata tempat?

Pantun ketiga yang org beli :

Menaiki kereta ke Kubang Pasu
Singgah berhenti membeli keropok
Bila cinta buta dicemari nafsu
Dosa tolak tepi, yang penting seronok.



Oklah. Banyak pulak la contest yang org join lately ni ye. Kalau dulu nampak contest je terus buat tak tau. Tapi contest ni memang seronok sebab dah lama tak mengarang pantun sendiri. Tak harap pun menang, sebab pemenang dipilih hanya seorang je. Lagipun org dah baca pantun contestant lain semua pun best2 belaka. Tapi macam yang org cakap dalam contest sebelum ni, kalau menang, memang rezeki dari Allah, alhamdulillah :)

Sekian, takat sini dulu. Assalamualaikum wbt.


p/s : Sejak rajin join contest ni mencanak2 naik bilangan follower huhu. Terima kasih.. terima kasih :)


8 comments:

Mr. Asada said...

hehe.. gud luck! ;)

mohdhazlan Dreadlock said...

wah ...blh tahan berpantun ..:) ..gudluck ...follow blog neh ...:)

tajul said...

wah..xsngka cik raden pndai brpantun.ak ne bab2 pntun,cnfrm fail.haha..:D.gudluck then ^_^

nadzwareina said...

korang, terima kasih banyak.. org rasa mcm tak bape nk sedap.. tp try ajela.. hehe.

~teratai nailofar~ said...

wawa..sedap2!!

al-lavendari said...

terima kasih 'orang' kerana sudi memeriah pertandingan yg uncle anjurkan.

sekarang dah tak ramai anak muda yang minat kat pantun. uncle rasa senang sekali bila orang muda seperti awak meminati pantun warisan melayu zaman berzaman.

uncle tertarik bila awak membahasakan diri awak orang .. kenapa ? baca sini kenapa ..

http://al-lavendari.blogspot.com/2011/05/bagaimana-kita-membahasakan-diri-kita.html

nadzwareina said...

ayu : mekasih ayu :)

uncle al lavendari : sama2 uncle.. mmg saya minat mengarang sambil cuba memperbaiki BM sy.. sy dah baca artikel uncle, 'org' tu manja & eksotik? hehe ^_^

Zil-el-Saif @ The Encik Saif said...

fuiyoo.. pantun... (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...