Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
Lebih kurang 3 minggu org x update blog, habis bersawang blog org ni. Quick update utk 3 minggu lepas :
1) Ditahan di wad G3 HTAR selama 4 hari, 6/1-9/1/2011 sedangkan sepatutnye stat kelas 3/1. Suspected denggi & bilangan platelet yg sepatutnya normal 150-400 menjadi serendah 70+ sahaja. Thanx kawan2 yg sudi melawat seramai 11 org di HTAR. Dan yg lagi terkejutnya pada hari ke13 selepas demam dan pada hari nak pulang ke puncak alam, doctor kat klinik call kate antibody positif denggi. WHATTT??? ah balik je la, dah xdemam pun...
Dengan esoh :)
2) Pulang je puncak alam di'greet' ala artis di kelas memandangkan ramai yg tahu diri ni ditahan di wad dan lambat masuk kelas seminggu 3 hari. Rasa dihargai sangat. Tak henti2 senyum. Dan tambah tak berhenti senyum bila melihat whiteboard di rumah sewa, penuh dengan plan outing ngan member2 sebab sem ni sangat2la free. Kelas seminggu 2-3 hari saje. Walaupun dah terlepas nak gi mandi air terjun ngan housemates, pasni plan nk gi Broga Hill, makan Seoul Garden, gi Singapore dan banyak lagi tempat ngan diorg pulak. Harap2 menjadi :)
*Allah, i'm sure gonna miss these moments with them. Sem akhir ni menjadi agak emosional skit apabila mengenangkan kawan2 segeng yg dikenali hampir 5 tahun bakal membawa haluan masing2 nanti :(*
3) Malam2 sangat free. Sepatutnya digunakan untuk merepair thesis utk diprint dan dibind, tapi mlm2 pi tengok muvie plak yg sangat banyak dan best2 dalam hardisk. Thanx banyak2 kepada afiq sebab menjadi supplier muvie2 dan series2 tersebut. Dan hardisk ni dah dicirculate hampir satu rumah kepada housemate2 sebab muvie2 yg ada agak menarik. Thanx diucapkan kepada afiq daripada diorg & org sendiri :D
4) Sedang mengarang surat. Sambil mendengar lagu. Dua helai 4 muka penuh. Serius tak de kerja ni. Untuk sape? Biarlah rahsia =p
Oklah. Takat sini dulu update kali ni. Moga bertemu di lain waktu ye. :D
Assalamualaikum wbt.
p/s : Saya bukan seorang blogwalker. Selalu jadi silent reader je. Time kasih buat insan2 yg rajin meninggalkan jejak di shoutbox. I'm still reading all ur blogs walaupun tak kerap. Terima kasih ye :)
2 comments:
salam..wawa ditahan wad sebab denggi? hoho..sory xtaw..jge kesihatan n tcare ea ;)
hee xpe paah... kjap je kat wad... time kasih ye.. :D
Post a Comment