CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 January 2011

Senyum~ :)


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt..

Post kali ni, org just nk share rasa happy yg org rasa beberapa hari ni. Bila org dh buat post pasal drama Ayoub kat Slot Samarinda TV3 yg baru habis tayangan minggu lepas dalam post before ni, org dpt email tulis 'Nor Faznita Bt Md Nor' comment dekat org punye post. Dalam hati rase macam familiar je nama ni, macam selalu je terbaca kat somewhere. Bila bukak kat comment, selepas beliau memperkenalkan diri, mata terbeliak bila dapat tau beliau ialah penulis skrip drama ni! Patutla macam familiar, selalu tengok nama beliau kat end credit drama ni. Kat bawah ni komen beliau tentang post org :


Then bile org share kat fb, klasmate org yg juga folow drama Ayoub ni iaitu Zarif bagitau yg Puan Faznita ni dah pun acknowledge karya org ni dengan paste org punye post kat blog beliau. Org terkejut jap kemudian singgah blog beliau di link ini. Terharu sekejap org baca beliau punye isi post. Beliau juga share link post kat blog beliau ni di facebook group Ayoub.

Post full org pasal Ayoub pun diletakkan dalam post beliau, beserta beberapa bait lirik lagu trademark dalam drama ni iaitu 'anak ayam' sebagai ending post beliau. Org tak berhenti tersenyum. Kemudian org bagi komen kat post beliau ni. Beliau balas komen dengan sangat mesra :)

Kemudian bila dapat berhubung dengan penulis skrip drama ni dan memberikan penghargaan di ruangan komen blog masing2, org teringin pulak nk berhubung dengan pelakon utama dia pulak, Iqram Dinzly (serius xde keje nih, perlu ke? haha =p) Okeh, org tiba2 terminat pulak ngan beliau ni lepas tengok drama Ayoub, hehe. Normal la tu kan? Org pun folow beliau kat twitter, saje nk tengok komen2 & gambar beliau tentang drama ni. Beliau ni la artis pertama yg org folow kut.

Semalam org saje2 bukak twitter, lalu terbaca tweet Iqram tentang tempoh utk beliau mencari jodoh tinggal 8 bulan sebelum diserahkan kepada parents utk carikan. Org pun saje2 la reply tweet beliau ni tanpa mengharap akan dibalas ape2. Yela artis kan, mana ada masa nk balas sume tweet fans die. Tapi beliau balas, walaupun pendek je. Terkejut seketika sebab tak sangka. Diri ini tersenyum lagi :)

 *#IQ = nama panggilan sendiri Iqram, #UMC = Untuk Mencari Cinta*

Harini pulak org saje bagi tweet kat beliau pakai akaun tweet org yg satu lagi. Kali ni org share rasa happy sebab beliau reply tweet org smlm & org share cerita yg post Ayoub yg org tulis tu Puan Faznita paste kat blog beliau. Pastu kejap je, beliau balas sekali lagi :)

Haha, serius org ni xde keje kan? main twitter ngan artis pulak. Then baru org perasan Iqram ni akan cuba balas dan retweet sume tweet fans yg beliau dapat selagi mampu. Bagus ada artis macam ni. Dan org suka baca tweet2 beliau, ayat sume lembut2 & sopan2 je. Mungkin penangan watak Ayoub agaknya? :D

Ok, sekian untuk kali ini. Mungkin korg terpikir 'Alah setakat benda macam ni pun nak happy sangat. Tak ade ape pun,' hehe. Takpe2, mungkin sebab org tak pernah buat benda2 macam ni so bila dapat balik balasan yg really out of my expectation, org jadi seronok & terhibur sendiri. Tu yg rase nak share kat blog. Terima kasih ye buat kawan2 org & insan2 diluar sana yg sudi share kegembiraan org ni. Mudah2an Allah akan sentiasa kurniakan kita kegembiraan yg akan membuatkan kita lebih terpanggil untuk mengingatiNya, InsyaAllah :)

Terima kasih sebab sudi baca. Assalamualaikum wbt~

 

p/s : Sedang berusaha berubah menjadi Ayoub versi perempuan, walaupun mungkin agak sukar. Doakan org ye ;)


2 comments:

Anonymous said...

rezeki tuhan...u deserve to be happy wawa congrats!!

nadzwareina said...

am i deserved it syu? hehe, thanx ye syu. anyway ko plak not deserve to be sad. be strong ok! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...