CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

24 January 2011

Ayoub


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt



Bila tengok drama Ayoub di Slot Samarinda TV3, diri ini terasa sangat kerdil...

Sewaktu kecil.. 
Ayoub sanggup ambil jantung pisang subuh2 kerana ibunya teringin nak makan.. 
Ayoub sentiasa menjaga solatnya serta patuh dan taat kepada ibunya...
Ayoub selalu beri bunga dan buat bunga rampai sebagai hadiah agar ibunya gembira..
Ayoub selalu membantu guru kelasnya yg kurang pendengaran ketika di sekolah..
Ayoub memberi makan setiap hari kepada Man Sewel yg tak dihiraukan penduduk kampungnya....
Ayoub sentiasa menjaga kebajikan Nek Wa yg diabaikan oleh keluarganya sendiri..
Ayoub menjaga haiwan yg berada di kebun ibunya, walaupun sekadar seekor siput babi..
Dan Ayoub sentiasa bersyukur walaupun dia anak yatim dan hidup susah bersama ibunya..

Apabila dewasa.. 
Ayoub masih lagi setia menjaga ibunya, Nek Wa dan Man Sewel dengan sabar dan ikhlas..
Ayoub memberi pekerjaan kepada seorang bekas budak sekolah jahat yg dipinggirkan..
Ayoub memberi makanan, minuman & buku2 cerita kepada budak2 kampung..
Ayoub cuba menyelamatkan kucing yg dilanggar dengan lorinya tanpa sengaja..
Ayoub bekerja keras membuka syarikat sendiri walaupun sering diperlekehkan oleh keluarga sepupunya yg kaya..
Ayoub membelikan minuman kepada pekerja2 yg menyapu di tingkat bawah pejabatnya.
Ayoub belanja seorang lelaki yg tak dikenalinya makan sempena ulangtahun perkahwinan lelaki itu.. 
Ayoub memberi hadiah dengan ikhlas kepada pak imam, guru kelas & pakcik yg sering membantunya.. 
Ayoub tolong melunaskan hutang kad kredit pekerjanya yg hampir muflis..
Ayoub menyediakan dana untuk bantuan perniagaan kepada penduduk kampungnya..
Ayoub masuk kedalam longkang untuk mengambil kunci kereta gadis yg tak dikenalinya..
Dan Ayoub sangup membantu membetulkan basikal di masjid sehingga bajunya kotor walaupun dia ingin bertemu bakal bapa mertuanya..

Akhirnya.. 
Ayoub bertemu jodoh dengan seorang penulis terkenal yg baik hati dan merupakan anak seorang jutawan..
Ayoub semakin berjaya dalam perniagaannya dan dia juga bergelar seorang jutawan..
Ayoub menjadi dermawan ternama dan sering muncul di kaca televisyen..
Ayoub menerima anugerah Tokoh Filantropi Asia di luar negara..
Ayoub dikurniakan sepasang cahayamata yg comel dan cergas..
Ayoub hidup bahagia bersama isteri dan anak2 dalam kehidupan yg serba sederhana..
Dan Ayoub masih lagi tidak lupa berbakti kepada mereka yang memerlukan.
Dan sifat baik hati, suka menolong dan rendah dirinya masih lagi sama seperti dulu tidak berubah.. 

Namun ujian Allah datang melanda..
Ayoub kehilangan ibunya dan Nek Wa setelah mereka pergi menghadap Ilahi apabila selesai solat..
Ayoub difitnah mencabul kehormatan anak2 yatim yang dibantunya..  
Ayoub kematian dua org anaknya serta muka isterinya cacat akibat kemalangan yg disengajakan..
Ayoub dianiaya sehingga mendapat penyakit kulit menyebabkan setiap inci kulitnya melepuh dan berbau busuk..
Ayoub dikhianati oleh pekerja dan org kuat syarikatnya sendiri..
 Ayoub kehilangan syarikat yg diusahakan olehnya dan bapa mertuanya kepada org lain..
Ayoub menceraikan isterinya tanpa rela isterinya kerana tidak mahu membebankannya..
Ayoub meminggirkan diri dan tinggal keseorangan di sebuah rumah di dalam hutan..
Dan Ayoub mula menyalahkan Allah dan hampir membuat perjanjian dengan syaitan kerana sudah berputus asa..
Semuanya angkara sepupunya sendiri yg cemburu dan penuh hasad dengki dengan kejayaannya..  

Tapi Allah itu Maha Adil..

Ayoub didatangi oleh insan2 yang pernah dibantunya dulu dan mereka sudi menjaganya…
Ayoub dibantu monyet2 di hutan yang menghantar buah kepadanya setiap hari tanpa diketahuinya..
Ayoub menangis dan bertaubat setelah membaca buku kisah Nabi Ayub AS yg hampir sama dengan dirinya..
Ayoub menurut pesanan ibunya di dalam mimpi dan akhirnya penyakit kulitnya sembuh sepenuhnya..
Ayoub kembali kepada bekas isterinya yang masih lagi setia berada di sisinya..
Dan sepupunya itu mati dalam keadaan terseksa, hina, dan penuh aib sebagai balasan terhadap apa yg telah  dilakukan terhadap Ayoub selama ini..
Dan Ayoub masih sudi memaafkan, berdoa dan mengebumikan jenazah sepupunya itu...


Bila anda terasa diri anda mula leka dengan urusan dunia, anda terasa anda hidup di dunia ini tanpa matlamat yg jelas, dan anda masih lagi terumbang ambing mencari sinar hidayah dalam kehidupan, cubalah tonton drama ini. Sarat dengan pengajaran dan menginsafkan.


Dan semoga lebih ramai lagi insan semulia Ayoub di dunia ini yang boleh kita jadikan contoh dan ikutan.


Sekian post kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Assalamualaikum wbt...



p/s : Terima kasih amir sebab sudi downloadkan drama ini untuk org. I really appreciate it :)


4 comments:

Faznita said...

Assalamualaikum wbt Nazd,

Saya penulis drama Ayoub. Terjumpa blog saudari dan baca tulisan saudari tentang drama tersebut. Apa yang ditulis oleh saudari membuatkan saya pun terharu akan kebaikan Ayoub.

Terimakasih kerana menonton Ayoub dan terimakasih atas ulasan yang tepat tentang perwatakan Ayoub. Semoga kita sama-sama semakin menjadi sebaik Ayoub, insyaAllah.

nadzwareina said...

waalaikumussalam puan faznita...

Bila baca nama puan, sy rasa mcm familiar, knudian baru sy igt sy trbaca kat blog org lain yg puan penulis skrip drama ni.. sy ucapkan terima kasih sbab sudi luangkan masa mmbaca post yg tak seberapa ni..

Terima kasih juga puan kerana turut serta dalam pembikinan drama ayoub. serius ni drama melayu pertama yg betul2 memberi kesan mendalam terhadap diri sy, sy download semua episod & akan sy tengok balik sebagai peringatan apabila saya leka. semoga ramai lagi insan diluar sana yg terkesan dgn drama ni. tahniah di atas drama yg sungguh menginsafkan & memberi pengajaran :)

que farish said...

erm...rase nk tonton drama ayoub lpas ni..terima atas ulasan saudari...semoga hari esok lbih baik dari hari ini...=)

nadzwareina said...

ha, silekan tonton ye.. Bnyak sangat pengajaran yg boleh dijadikan renungan, iktibar dan ikutan.. mudah2an kite same2 dapat brubah menjadi lebih baik, InsyaAllah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...