Waktu org tengah menaip entry ni, kepala org tengah serabut, seserabut meja org kerana terpaksa study balik buku clinical pharmacokinetic yang dah lama terbiar kat rumah & menyelak semula nota2 untuk subjek tersebut yang org dah belaja waktu sem tujuh 3rd year dulu. Bukan mudah nak recall balik benda yang kita dah tinggalkan lama, nak2 untuk subjek yang tough macam ni.
Org ingat lagi, result exam subjek ni org dapat memang cukup2 makan (syukur gila tak payah repeat subjek ni), dan ada ramai gak classmate org yang fail. Org pun penah buat entry masa malam exam subjek ni kat sini, waktu tu kepala dah takleh fokus nak study.
Clinical Pharmacokinetic, adalah subjek dimana banyak calculation yang perlu dibuat, pelbagai formula yang berbeza untuk setiap drugs perlu diketahui (atau dihafal kalau boleh), banyak graf yang perlu difahami, berkenaan dengan level drugs dalam serum patient yang diambil. Melalui calculation inilah, seorang pharmacist dapat menilai samada jumlah drugs yang diberikan kepada patient sebenarnya berada dalam therapeutic range (julat yang boleh mendatangkan effect yang diingini) atau berada di luar range, samada tinggi atau rendah.
Kalau rendah, dos atau frequency drugs diambil perlu ditingkatkan, dan kalau level tinggi yang boleh mendatangkan toxicity, sebaliknya. Dan kat hospital, department TDM (Therapeutic Drug Monitoring) yang akan melakukan tugas2 monitor serum patient ni. Org akan attch kat department ni selama 4 minggu, sebelum berpindah ke department lain kat HTAR dalam tempoh 4 bulan lebih ni.
But hey, no pain no gain. Sebagai seorang positive thinker yang tegar (ehem sila muntah), org percaya kat sinilah tempatnya org boleh menimba ilmu dengan sangat banyak melalui kes2 patient yang agak rare, dan belajar drugs2 kat sini yang berkali ganda banyaknya daripada kat HKKB. Kena marah dengan pharmacist atau doktor2 itu sudah tentu, itu perkara biasa bagi houseman2 kat hospital. Tapi kalau setakat kena marah pun kita tak tahan, macam mana kita nak face the real challenges waktu bekerja kat luar sana tu kan? (kes penah kena marah ngan cikgu time jadi BWP kat MRSM dan almost kena marah ngan doktor kat hosp kajang)
Oh ye, kenapa kat tajuk kat atas tu org tulis 'We Meet Again?' Sebab kat hospital ni la macam2 memori org penah simpan, sejak kecik sampaila la ni dah beso panjang. Dah tak terkira banyaknya berapa kali org datang hospital ni, so kat sini org coret sikit memori2 yang org still simpan sampai sekarang :
***
Masa tu org umur 4 tahun, adik bawah org, Ana umur setahun lebih, baru nak pandai jalan. Dan kitorang berdua datang ke hospital ni, ditemani oleh ba untuk melawat ibu yang baru bersalinkan adik org yg kedua. Malangnya, org dan Ana ditegah untuk masuk wad, dan nak tak nak ba terpaksa mintak sorg pakgad kat situ tolong jaga org dengan Ana. Maka duduklah org dan Ana di sisi pakgad tu selama hampir 1 jam, jadi pakgad tambahan num 2 ngan 3, hehe.
***
Waktu sekolah rendah, org tak ingat darjah berapa, org diserang asma time tengah2 malam waktu semua family tengah sedap tido (yup dulu org selalu kena asthma attack waktu tengah malam). Org yang dah takleh tahan pergilah bilik ibu ngan ba, bagitau tak leh nak tido. Ibu yang nampak org tercungap-cungap tu dengan paniknya mintak ba hantar gi HTAR time tu jugak. Maka pergilah org ke sana pada pukul 2 pagi, ke unit kecemasan untuk menyedut gas. Yang lawaknya, bila dah sampai sana, ok la pulak. Tapi sedut jugakla gas tu, takut kena attack balik, huhu.
***
Tingkatan satu, waktu yang paling banyak org berulang alik pegi kat wad hospital ni disebabkan kes yang menimpa ibu orang waktu tu (org ada cerita kat sini). Hari2 mai sini sampai suma nurse kat situ dah kenal org. Hari2 makan kat cafe hospital ni sampai makcik2 situ bagi murah je, kesian agaknya tengok org makan sorg2. Lepas sebulan lebih kat sini, ibu akhirnya kena pindah HKL.
***
Januari 2011, org kena masuk wad buat pertama kali dalam hidup setelah org disyaki menghidap denggi. Diserang demam tahap kronik selama 2 hari (dimana dalam 2 hari tu org langsung tak makan dan duk kelubung dalam selimut), akhirnya doktor kat klinik suruh org masuk HTAR cepat, bila level platelet org jatuh dengan mendadaknya. 4 hari terpaksa duk dalam wad, disaat kawan2 lain dah start kelas sem baru. Tapi yang bestnya, 11 org kawan sudi datang melawat org kat HTAR ni bila dorg tau org masuk wad, org ada cerita kat sini. Time ni jugak org pernah kena marah ngan sorg doktor (HO rasenya) sebab pergi belek file patient sendiri punya yang dia tulis kat meja org lepas dia examine diri org. Eh, takkan nak baca file sendiri pun takleh kut? nak tengok platelet level je pun. Dear doktor, saya dah belajar interpret note2 doktor & lab value time kat kelas dulu, doktor ingat saya taktau baca? bebel org sorg2 dalam hati. Kut ye pun tak bagi cakapla elok2, ye dok?
***
Tahun 2011, banyak kali gak org pegi unit kecemasan sebab menghantar ibu yang tiba-tiba diserang gastrik melampau sampai takleh tidur di tengah malam. Dan juga menghantar arwah atuk yang tiba2 diserang batuk teruk sampai lemah tak berdaya waktu arwah menetap kat rumah org. Sampai org dah ingat apa prosedur kalau nak masuk unit kecemasan tu dari mula sebab asyik pergi situ je.
***
Oklah, cukup sampai sini dulu. Ingat nak taip pendek je sekali terpanjang la pulak kan. Kawan2 yang duk Klang, kalau ada pergi HTAR lawat member atau family ke, roger2 la org ye. Boleh kita jumpa kejap, minum2 ke, hehe.
Ok org out dulu ye. Jumpa post akan datang. Thanx banyak sudi baca. Assalamualaikum :)
Ok org out dulu ye. Jumpa post akan datang. Thanx banyak sudi baca. Assalamualaikum :)
p/s : duk busy2 pun sempat gak buat cerpen baru kat atas tu, hehe. Jemput baca ye kalau sudi :)
1 comments:
gudluck kat HTAR! :)
Post a Comment