CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 January 2012

Karnival Karangkraf 2012 :)

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt..


Pada hari Ahad yang lepas, saat org tengah melayan tv3 waktu tengahari, tiba2 org terasa bosan yang amat sangat. Hari sabtu dah keluar jumpa kawan2 kat kenduri kahwin skoolmate skolah rendah kitorg iaitu zalikha, org rasa hari Ahad ni pun macam nak merayau somewhere. Lantas org teringat tentang Karnival Kompleks Karangkraf yang org terbaca kat fb beberapa hari lepas. Terus org check tarikh dia.


Hari last, hari Ahad tu sampai pukul 9 malam. Sempat lagi nak pegi ni, luah org dalam hati. Lama dah tak pegi karnival buku. Terus org buat keputusan nak pergi lepas zohor. Ajak kawan org nama Sai, dalam pukul 2 org pun amik Sai lalu terus ke seksyen 15 shah alam.


Masuk je simpang ke Kompleks Karangkraf, dah jem sepanjang jalan. Jenuh gak la nak cari parking. Nasib baik dapat parking dekat dengan pintu utama. Masuk2 je memang ramai sangat orang, meriah sangat. Dan booth pertama yang org nampak? Booth Ramlee Awang Murshid (RAM). Terus excited kat situ, tapi encik RAM takde pulak. So org ngan Sai berjalan2 dulu ke booth2 penulis lain. Antara penulis2 yang ada time tu HM Tuah Iskandar, Damya Hanna, Aisya Sofea, dan Anis Ayuni (sape rajin baca novel2 jiwang mesti kenal penulis2 ni)


*pintu masuk*


Kat booth novel memang sangat ramai org yang berpusu2 dan beratur memborong novel2 cinta terbaru. Org yang tak berapa gemar novel cinta, try carik buku genre lain yang lagi best. Dah memborong beberapa buah buku dan majalah untuk ibu, pentas kat depan announce ada ustaz Don kat booth al Hijrah. Terus org pegi situ nak tengok ustaz Don. Selama ni duk layan 30 minit Ustaz Don kat tv je, time tu dapat tengok live depan mata. Senyum sampai telinga la :)


*dapat amik gambar ustaz Don :)*

Time nak balik, org tengok booth RAM dah ramai org beratur. Encik RAM dah ada :) Org yang dah beli buku Fiksyen 302, karya beliau yang terbaru terus beratur nak mintak sign. Kalau org tau awal2 beliau ada, sure org bawak semua novel RAM org ada mintak beliau sign satu2, macam ada sorg kipas susah mati beliau ni buat, huhu.


*encik RAM yang dikagumi*

Agak2 dah puas memborong, org dengan sai pun balik. Harap2 next time ada lagi buat karnival macam ni. Boleh tambah koleksi2 buku & novel lagi :)


*pendeknya saya -__-*

*Antara buku yang dibeli*

*bertambah satu lagi koleksi novel RAM.  Bagaikan Puteri ngan Mikhail misplaced sumwhere, A.D.A.M ngan Mandatori tak beli lagi*


Sampai sini dulu. Jumpa post akan datang ye. Assalamualaikum :)


3 comments:

Simon Malik said...

huaarghh!! huarrghhh!! tidak berkesempatan utk pegi~


aku peminat tegar abg RAM tak dapat sign!!

satu²nya penulis novel melayu yang aku baca. hehe..


jap, kalau aku pegi pun, aku dah abiskan voucher buku 200 tuh. hehe...

nadzwareina said...

adam :

aku pun tak expect beliau ni ada.. sronok kut jumpa :D ko bukan tngah brcuti ke skarang? aku ingatkan ko awal2 dah pegi hehe.

smua org dapat baucer buku. aku tak dapat la pulak kan. salah timing la dorg bagi. tak aci btul huhu.

Anonymous said...

wani kene bc 'satu janji' by RAM, sgt best ok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...