Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Semalam, kitorg satu rumah yg tinggal seramai 7 org menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) beramai2, stat dari persembahan opening sampaila persembahan penutup by Siti. So kat sini org just nak share ape pendapat org & benda yg org rasa menarik pasal anugerah ni. Kalau ada sape2 x setuju sory la eh.
1) Tak berapa gemar dengan combination mc malam tu especially Raja Azura sebab rasa die syok sendiri. Tapi Zizan still mantain best cuma tenggelam dengan kedua2 watak pengacara perempuan. Tapi time dia mc solo seronok je.
2) Terkejut pulak Fasha menang. Rasa2nya ramai duk anti dengan dia ni. Lisa pun kalah ngan dia. Takpela Fasha, murah rezeki dia malam tu, menang 5 tahun berturut2.
3) Zizan sangat serius & muka dia memang nak nangis time amik award 1st ABP dia. Nampakla dia duk tahan. Pastu bila dia sambung jadi mc muka dia blank. Terkejut lagi agaknya.
4) Bila time Anuar Zain nak nyanyi ramai betul gadis2 duk buat status kat fb & bersorak, termasukla housemate org. Tapi x deny la memang sedap gila dia nyanyi. Sampai Kenchana Dewi bangun kut sebab cair lepas Anuar habis nyanyi.
5) Yuna punya performance memang terbaik. Kitorg duk wonder alat muzik apa dia duk main. Rasa baju time die perform x brapa lawa compare ngan baju dia pakai time receive award.
6) Lawak Zizan - Pan Asia kepada 'Pen-Drive'. Dia kata muka dia bukan Pan Asia tapi pen drive. Gelak gila kitorg time ni hahaha.
7) Tak kenal ramai artis yg nyanyi. Tak kenal yg nyanyi part Suhaimi Meor Hassan tu. Tak kenal gak yg nyanyi ngan Ella & Alyah tu. Taktau pun kewujudan rancangan Bintang Idola tu.
8) Sangat admire dengan Lisa Surihani. Muka comel, baju sopan & cantik, tunduk sopan depan tetamu sebelum naik pentas, ucap thanx kat ibu yg hadir, arwah ayah yg dah meninggal & juga fans2 yg datang support. Betuahnya sapa kawin dengan dia ni.
9) Quote feveret malam itu : By Shaheizy Sam - 'Terima kasih Dato' Siti sebab tarik diri malam ni' hahaha. Banyak kali dia ni cium mak dia, walaupun nampak macam anak mak tapi nampak sangat penyayang.
10) Main attraction malam tu : Johan & Usop Wilcha. Hebat betul penangan Usop ni sampai satu dewan ikut dia hayun2 tangan bila dia kata 'Sila gerak tangan macam saya' . Lawak gila kut dia nih. Banyak status fb duk cakap dia ni yg patut menang Bintang Paling Popular tu. Betul gak sebab dia ni pun ada fenomena sendiri macam mawi dulu hehe.
Ha sape2 yg nak tau sikit info pasal Usop Wilcha ni klik gambar kat bawah :
Kat paper ni kalo baca betul2 (sila zoom) kat situ tulis dia ni Pengurus Komunikasi Korporat sebuah syarikat gergasi yg terlibat dalam industri minyak & gas sejak empat tahun lalu. Ha jangan memain. Nampak je kat filem watak dia ni as lelaki lembut, tapi kat luar kerja pengurus tu. Kira memang betulla mesej yg dia duk cakap dalam filem 'Inilah pentingnya english education', hehe.
Ha ni link facebook terbaru yg diwujudkan sebaik sahaja ABPBH habis. Klik kat Usop Wilcha glamor di pentas Abpbh ni ye. Beribu yg like kut. Gila cepat.
And kat bawah ni video Usop time ABPBH yg buat dia ni jadi satu fenomena malam tu. Ha silela layan.
Oklah cukup sampai sini dulu. Moga bertemu dalam post akan datang. InsyaAllah post akan datang org cite pasal interview SPA org kat Putrajaya ye. Assalamualaikum wbt :)
1 comments:
mtk izin copy link youtube-usop ni ke FB saya yer..TQ in advance..
Post a Comment