Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Kadangkala, apabila manusia sudah terlalu leka, sudah terlalu
alpa dengan segala jenis nikmat dan urusan dunia yang ada, perlahan2 diri mula berubah menjadi lain daripada biasa tanpa diri sendiri menyedari. Maka akan berlakulah perkara2
seperti di bawah ini :
Habis sahaja solat,
usai sahaja memberi salam laju2, sejadah terus dilipat atau digulung. Tiada
langsung zikir2, bacaan ayat kursi, tasbih, tahmid dan takbir diungkapkan di
bibir. Apatah lagi doa panjang memohon pengampunan dari Allah. Semuanya kerana
mengejar urusan dunia yang dianggap lebih penting.
*
Apabila menerima
berita gembira daripada seseorang, atau mendapat apa yang dihajati selama ini,
laju sahaja diri menjerit2 keriangan. Ataupun lagi hebat melompat2 kegembiraan.
Kerana usaha yang dilakukan selama ini berbaloi. Lantas dikhabarkan kepada
sesiapa yang disayangi. Tiada langsung ungkapan ‘Alhamdulillah’ atau ‘Terima
kasih Ya Allah’ terpacul keluar dari bibir secara spontan.
*
Mata terlihat sesuatu
yang melalaikan. Namun sangat menyeronokkan. Lantas timbul keinginan di dalam
hati untuk mencuba juga, sama seperti insan2 lain yang melakukannya. Hati
berkira2 kerana tahu perkara itu boleh mendatangkan mudarat. Namun tidak berapa
lama selepas itu, terdengar satu suara jauh disudut hati berkata ‘Alah sekali
sekala apa salahnya, bukan selalu’. Lantas hati menurut sahaja kata2 itu kerana
kononnya, hati tak pernah berbohong.
*
Diri terjaga dari
tidur di tengah malam. Cubaan untuk
menyambung kembali tidur gagal pula. Dalam cahaya lampu tidur yang samar2, otak berfikir
apakah yang perlu dilakukan agar mata dapat mengantuk untuk tidur semula. Al Quran di atas
meja dan sejadah di rak pakaian hanya dipandang sepi. Kemudian novel cinta di sisi katil dicapai lalu dibaca. Ataupun kaki melangkah
menuju ke televisyen lalu ia pun dihidupkan.
*
Masuk sahaja mesej di
telefon bimbit, diri tersenyum lebar. Hati berbunga-bunga membaca ayat kiriman
kekasih hati. Di fikiran terbayang wajah si dia tersenyum yang mampu meluruhkan
jantung dan menggugatkan iman. Senyuman semakin melebar apabila si dia mengajak
keluar meluangkan masa bersama pada hujung minggu. Dapatlah melepaskan rasa rindu
yang terpendam selama ini.
*
Namun pernahkah kita
terfikir, setelah melihat setiap detik segala apa yang kita lakukan selama ini,
apa agaknya yang Allah, Tuhan kita itu rasakan? Dan andai kita bisa mendengar
sepatah demi sepatah kalam Allah itu dalam bentuk lisan secara direct, apa
agaknya yang akan Allah bicarakan kepada kita setelah Dia melihat perlakuan kita
seperti di atas?
Mungkin kata Allah :
''Wahai hambaKu,
sesungguhnya Aku sangat rindu untuk mendengar kata2 pujian untukKu terungkap dari
bibirmu. Aku rindu untuk melihat senyuman kesyukuran terpancar diwajahmu apabila Aku menurunkan pelbagai nikmat dan rezeki kepadamu yang kau nanti2kan selama ini. Aku
rindu melihat bagaimana kau berusaha bermati2an menetapkan hatimu untuk menolak
hasutan syaitan yang Kulaknat yang menyuruh kau melakukan maksiat. Aku rindu
untuk melihat kau menangis tersedu-sedan sendirian pada tengah malam mengenangkan
dosamu yang lampau sedangkan kau tahu bahawa Aku ini Tuhan yang Maha Pengampun. Dan Aku amat rindu untuk merasai cinta yang selama ini kau
curahkan padaKu yang Kutahu saban hari semakin berkurangan kerana telah kau berikan kepada hambaKu yang lain.
Oleh itu wahai
hambaKu, Aku mengizinkan kau untuk terus bernafas di atas muka bumiKu setiap
kali kau bangkit dari tidurmu, Aku mengizinkan kau untuk terus menikmati rezeki
yang Aku turunkan padamu pada setiap hari, Aku mengizinkan tubuh badanmu
berfungsi seperti sedia kala tanpa ada kurang walau sedikitpun, Aku mengizinkan
kau untuk terus tersenyum bahagia walaupun senyuman itu bukan kerana rasa
syukurmu padaKu, dan Aku mengizinkan juga rasa cinta tetap ada dalam hatimu,
walaupun cinta itu bukan lagi untukKu.
Kerana Aku tahu, pada
suatu hari nanti, kau akan berhijrah, kembali seperti dahulu, apabila tiba masanya
kelak. Dan Aku takkan berhenti memberikan peluang dan peluang seterusnya kepadamu, kerana seperti
yang kau tahu, tiada lagi Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, melainkan Aku’’
Andainya Allah berbicara seperti ini dan andainya kita
sebagai hambaNya yang serba kurang lagi hina ini mampu mendengarnya, apakah
kita masih lagi tegar untuk melakukan perkara2 di atas?
Hanya kita yang punya jawapannya. Fikir2kanlah.
Sekian untuk kali ini. Jumpa dalam post akan datang. Assalamualaikum WBT :)
0 comments:
Post a Comment