CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

10 September 2011

Perangai2 Tetamu yang Menjengkelkan Ketika Datang Beraya


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..



Apa khabar semua pembaca? Ada tak diantara korg yang pergi beraya rumah sedara atau pegi open house harini? Kalau ada, makan kena bajet2 sikit. Jangan pegi rumah pertama dah makan kenyang2. Nanti kalau tak lalu nak makan kat rumah kedua dan seterus2nya, kecik hati tuan rumah korg tak jamah langsung hidangan diorg kan?

Rumah org pun, of coursela ada tetamu yang datang beraya, terdiri daripada sedara mara dekat, atau kawan2 mak ayah dan kawan2 org gak. Seronok bila rumah meriah dengan tetamu yang datang. Seronok bersembang dan bertukar2 cerita, bila dah lama tak jumpa diorang. Tapi tak dinafikan, ada jugak sesetengah tetamu yang berperangai agak menjengkelkan ketika datang beraya. So kat sini org nak share perangai2 tetamu yang org tak berapa nak berkenan time bertandang ke rumah org. Dan org rasa korg pun mesti tak berapa suka gak kalau tetamu korg buat macam ni.



1) Masuk2 terus duduk dan makan tanpa dipelawa
Pada org, terus duduk dan makan tanpa dijemput oleh tuan rumah adalah sangat tak sopan okeh. Pernah terjadi, ada tetamu yang datang masuk2 rumah je terus duduk kat meja makan. Pastu diorang amik pinggan sendiri, makan apa yang ada atas meja walaupun air tak buat pun lagi. Kira buat macam rumah sendiri la. Masa tu org ngan ibu sebagai tuan rumah tengah sibuk salam2 tetamu yang lain, belum sempat pun nak mempelawa tetamu2 yang dah disalam untuk duduk dan makan. Habis je salam semua, tengok2 tetamu yg dah duduk tu dah habis makan separuh. Diorg siap mintak air lagi. Org ngan ibu hanya mampu pandang satu sama lain tanpa mampu cakap apa2. Lapar sangat agaknya diorang ni.


2) Masuk bilik tidur tuan rumah sesuka hati
Kat rumah ni bilik tidur parents org kat bawah, bilik org kat atas. Tapi org pantang betul kalau ada budak2 yang suka2 hati masuk dalam bilik parents kat bawah walaupun pintu dah ditutup. Kalau setakat masuk jenguk takpe, ni siap melompat2 atas katil tu buat macam trampolin. Mentang2 katil dalam tu king size kan. Yang lagi bengangnya, parents budak2 ni siap selamba gelak2 lagi tengok diorg, takde pun nak suruh anak2 tu keluar bilik. Ada sekali tu org masuk bilik org kat atas, buku2 dah berterabur, laptop dah terbukak, budak2 ni dengan selamba buat kecah atas katil. Apa lagi, org terus mintak budak2 tu kuar bilik. Try jugak la cover marah. Nanti diorg ngadu kat parents susah pulak. Wonder jugak, parents diorg ni tak ajar behave kat rumah org ke? Kalau budak2 tadika paham gak, ni budak2 sekolah rendah kut. Dah patut boleh diajar.

*Pantang betul kalau katil jadi macamni (ni bukan katil org ye)*



3) Control tv macam diorang punya tv
Kadang2 time kita tunggu org datang nak beraya, rajin la gak kan melayan drama2 atau movie kat tv tu. Nak2 time raya ni banyak cite best kat tv. Tapi bengang gak la kan bila tetamu yang datang tu, duduk je depan tv terus je amik remote tv tuka ikut channel yang diorang suka. Kalau budak2 tu org tak kisah sangat, beralah je la kan. Lagipun budak2 kejap je control tv tu, pastu diorang main benda lain. Ni kalau dah abang2 atau kakak2 budak pun sama amik remote control tu tuka channel suka hati, pastu 5 minit sekali nak tuka channel memang agak sakit hati jugakla. Pastu dah tukar bukannya nak tengok, tapi remote control dia sorang pegang sampaila time dia bangun nak balik. Takpelah. Sabar jelah. 


4) Komen rasa masakan/minuman tuan rumah
Kadang2 tak salah kalau nak berlaku jujur dengan menegur masakan tuan rumah. Tapi biarla menegur dengan cara yang betul. Kadang2 tuan rumah tak perasan sebab kena buat air  banyak2 kali, so air tu kadang2 terlebih manis atau tawar. Janganla pulak minum2 je terus cakap 'Uisssh manisnyeeeeee' atau 'Hish tawarnyeeeeee' sambil kerut2kan muka. Kecik hati tuan rumah tau. Takpun masa makan tu cakap terlebih masin la, terlebih pedas la. Cakap kuat2 pulak tu bagi tetamu satu rumah dengar. Jatuh air muka tuan rumah. Kadang2 dia sorang je yang makan rasa lain, org lain makan rasa ok je. Kalau nak bagitau kat tuan rumah sangat, jumpala tuan rumah tu cakap elok2, tak perlula nak announce sampai semua tetamu kat situ dengar.

*'Tak sedaplah masakan ko ni,' Tolongla jangan cakap camni kat tuan rumah*


5) Duduk bertandang lama2 padahal tetamu lain nak datang/tuan rumah nak keluar
Ni satu lagi yang org tak suka. Nak kata lama sangat tak jumpa, rasa macam selalu gak datang rumah. Tapi bila dah datang tu, lepas habis makan semua, suka sangat melepak lagi  lama2 walaupun ada je tetamu lain nak datang pulak. Bukanlah kita ni nak menghalau atau tidak mengalu2kan kedatangan diorang ni kan, tapi faham2 sendiri la kalau dah ada tetamu lain nak datang beraya, bagila ruang kat diorg ni pulak. Ni ada yang siap lepak lagi mintak tuan rumah buat air lagi, ambikkan makanan lain pulak. Rumah pun jadi sendat sebab ramai org sangat. Kadang2 rasa melampau pun ada gak. Takpun kita tuan rumah kadang2 ada hal nak beraya, pergi open house rumah org lain pulak. Yang diorang ni pulak taknak balik2, kita pun tak boleh keluar rumah. Nak kena layan diorang ni lagi. Pastu bila diorg ni datang lain kali dah paham sangat dah. Terpaksala masak banyak2 sikit.



So setakat ni tu jelah antara perangai tetamu2 yang org tak berapa nak gemar. Mungkin pada korang tak ada apa sangat, tapi pada org dan family, benda2 macamni sangat2 tak patut dibuat ketika beraya kat rumah org. Walaupun agama kita menuntut supaya menghormati dan memuliakan tetamu, tapi kadang2 kita pun tak boleh tahan kan kalau diorg buat perangai. Bukan apa, bila sekali tuan rumah tak suka kita datang beraya, sampai bila2 dia akan ingat bila kita datang lagi rumah diorang. Tak bestla kan bila kedatangan kita ke rumah org lain dianggap menyusahkan oleh tuan rumah. Sepatutnya biarla tuan rumah rasa happy atau excited bila kita bagitau nak datang raya rumah diorg, tak gitu?


Oklah cukup untuk kali ini. Sory kalau agak panjang. Jumpa dalam post akan datang ye. Thanx banyak sebab sudi baca. Assalamualaikum wbt :)

4 comments:

cik violet said...

betol2..memang ad tetamu macam tuh..huhu..kene saba je la kan..

tajul said...

erk,knala krgkn g open house psni.hehe..=P

asnizaziz said...

macam2 kan,huhu, lain org lain ragamnya.

nadzwareina said...

tula kan.. sabo ajelah huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...