CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

01 September 2011

Soalan-Cepumas-Wajib-Dapat di Hari Raya Beserta Jawapannya :)


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..


Memandangkan hari raya ketiga ni agak kurang bilangan tetamu yang datang, maka org mengambil peluang ni untuk mengupdate blog dengan cerita tentang soalan2 yang tak habis2 menerjah diri org sejak raya pertama lagi. Dan org yakin gadis2 lain sebaya org yang belum kahwin pun asyik dapat soalan yang sama.


-Scene satu-

Tatkala diri ini sedang leka menghadap lemang dan rendang bersama ibu dan kumpulan makcik2 di ruang makan, tiba2 salah sorg makcik bersuara :

'Wani, tak raya rumah bakal mak mertua ke tahun ni?"

Terhenti terus suapan lemang ke dalam mulut. Kepala yang tunduk menghadap pinggan tadi terus diangkat. Belum sempat buka mulut untuk menjawab, ibu dah mencelah dulu.

'Bakal mak mertua? Siapa? Hahahaha'

Makcik pun angkat kening. 'Lah.. Wani ni takde 'kawan' lagi ke?'

Org sekadar senyum kambing (sila imagine muka org senyum kambing ye hehe) sambil menggeleng kepala sebelum meneruskan aktiviti makan lemang yang terhenti sebentar tadi.



-Scene dua-

Di rumah jiran sekampung. Tatkala bersalam dengan seorang saudara jauh yang tak berapa dikenali, makcik berkenaan tiba2 bersuara :

'Eh ni anak Amat (nama panggilan ba) kan? Anak nombor berapa ni'?


'Oh anak sulung... Umurnya dah berapa?' tanya makcik tu lagi.

'Umur dah 23,' org jawab ringkas. Nak je try jawab 17. Agak2 makcik tu nak percaya tak? Hehe.

'Umur 23? Boleh kahwin dah ni. Dah ada boyfren ke belum?' tanya makcik itu lagi (Dalam hati duk cakap, esh soalan ni lagi). Ibu pulak tak tau pergi mana. Kalau tak boleh gak tolong jawabkan. Lalu laju je kepala ni digeleng sambil buat expression muka senyum kambing yang biasa dibuat kalau dapat soalan ni.

'Takde lagi? Eh kawan wak kan ada sorg tengah carikan jodoh untuk anak dia. Nak wak kenenkan tak?'

(Ah alamak makin parah ni) 'Eh takpe2 wak. Er wak saya nak tumpang tandas boleh? Tandas kat mana ye?' (Sambil laju mengubah topik dan terus blah)



-Scene Tiga-

Sedang melepak beramai2 depan tv dengan sepupu sepapat. Tiba2 seorang sepupu org lelaki besuara :

'Wani, ko ni dah ada boyfren ke belum? Mesti belum lagi kan?'

'Dah tau tanya lagi. Ish,' Org jawab sambil mata tak lekang dari tv.

'Dari dulu sampai sekarang status tak pernah tukar. Tak teringin nak ada boyfren ke?' tanya sepupu org tu lagi sambil tersengih2. Org pun toleh pandang muka dia.

'Haha tu lain kali la org pikir. Ni janganla kacau org tengok tv. Cite best ni,' lalu topik tu terhenti di situ.

****

Buat makcik2, sepupu2 atau siapa2 sahaja yang tanya soalan pasal boyfren2 ni kat org, sorry sebab org sekadar mampu menjawab soalan ni dengan satu gelengan beserta senyuman kambing. Takpun kaki ni laju je melangkah pergi ke tempat lain.

Sebagai seorang gadis biasa yang normal, tipu kalau org cakap org tak teringin langsung nak bercinta2 ni macam kawan2 org yang lain. Of cos rasa nak mencintai dan dicintai tu ada. Lebih2 lagi bila ada makcik2 yang mula mendesak untuk cari teman hidup sekarang, takut terlambat kemudian hari. Tapi org ada sebab kenapa org refuse untuk terlibat dalam hal2 macamni buat masa sekarang. Org bukan saje2 taknak cari teman hidup macam gadis2 sebaya org yang lain.



Org belum pernah bercouple walau sekali, dan org ni jenis yang cepat bosan. Bila dah bertahun2 hidup single, tiba2 bercouple sekarang dan org kena buat benda2 yang macam couple lain buat, contohnya call/message tetiap hari, bagitau buat apa, pergi mana, org akan jadi rimas. Dan org boleh jamin yang hubungan yang samar2 tu takkan kekal, belum sempat sampai ke jinjang perkahwinan.

Untuk usia 23 tahun ni, org pulak tak bersedia lagi nak kahwin. Dan org yakin ramai je kawan2 rapat yang sebaya ngan org pun belum lagi bersedia. Dan org dah target yang org akan kahwin pun nanti umur 25. Tu pun paling awal la kalau ada jodoh. Dalam tempoh 2 tahun ni org perlu mempersiapkan diri sebagai seorang bakal isteri. Org akui banyak lagi ciri2 org yang belum memadai untuk menjadi seorang isteri yang mampu melengkapi hidup seorang lelaki. Disamping tu org perlu mengukuhkan kewangan & karier org gak. Sebab org anak sulung dalam family, tanggungjawab org besar dan org rasa benda2 ni sangat penting.

Cuba imagine ye, kalau org dah ada couple sekarang, sementara nak menanti usia 25 tahun tu, berapa banyak dosa yang org akan buat dengan couple org tu?

Maybe untuk berpegangan tangan dan berkepit pegang pinggang macam couple2 zaman sekarang tu org tak mungkin buat (InsyaAllah.. tolong doakan iman org kuat). Tapi bila kita dah bercouple, kita akan buat macam2 zina kecil. Zina mata, hati, telinga, macam2 lagi la. Korg semua mesti pernah baca kan? Iman org pun tak la kuat sangat. Org pun jenis yang senang terpengaruh, nak2 kalau benda tu melekakan.

Jadi org ambil langkah selamat, apabila usia org hampir 25 nanti, baru org akan serius fikirkan pasal benda ni. Kalau still org takde sape2 pada usia hampir 25 nanti, org akan mintak ibu ngan ba carikan. Kalau perlu tunggu, org akan tunggu lagi. Bukan org taknak berusaha untuk mencari jodoh sendiri, cuma org yakin yang Allah dah tentukan awal2 lagi jodoh org tu siapa, dan kalau kami terpisah beribu batu pun bila tiba masanya kami akan jumpa jugak. Biarlah org pelihara hati ni dulu hanya untuk bakal suami org tu.

*Kalau ada semua ciri memang bonus la, hehe*

Tapi andai Allah tetapkan yang org akan jumpa jodoh org lebih awal, dan lelaki itu tanpa ragu2 melamar org sebagai pelengkap tulang rusuknya dan teman sehidup semati, InsyaAllah org akan berkahwin lebih awal, sebelum 25 tahun. Kalau kita dah jumpa seseorang yang tepat untuk kita, buat apa nak ditangguh2 lagi kan? Tak ada benda yang diinginkan oleh seorang gadis melainkan bertemu seorang lelaki yang betul2 setia berjanji akan menjadi teman hidup didunia dan diakhirat, dan sudi menerima dan melengkapi segala kekurangan si gadis. Mungkin org boleh shortkan tempoh persediaan dua tahun tu menjadi lebih singkat kalau bakal suami org tu sudi terima ilmu2 org yang serba kurang tu, hehe. Lepas kahwin boleh sambung belajar lagi kan? :)

Jadi buat masa sekarang, org tak jumpa lagi siapa insan tu so org fikirkan dulu benda2 yang lebih penting. Contohnya karier org yang akan bermula selepas cuti raya ni. Ni pun antara soalan2 yang org banyak dapat waktu raya ni. InsyaAllah tahun depan org akan start bagi duit raya ye hehe.


Oklah, cukup dulu takat sini. Soalan2 cepumas tu pendek2 je tapi jawapan dia panjang berjela. Sebab tu org tak mampu nak explain bila ada org lain tanya, tu yang mampu senyum je, hehe. Semoga bertemu di post yang akan datang. Terima kasih sebab sudi baca walaupun masih dalam mood raya lagi. Assalamualaikum wbt :)

10 comments:

ila said...

setuuu degn akk.
mungkin lepas kawin lagi rasa kemanisan tu kan..

smge bertemu dgn org yg soleh2 hendaknya

nadzwareina said...

to ila :
terima kasih banyak ila sebab sudi baca & komen. aminnnnn akak pun doakan macamtu utk diri sndiri & ila gak :)

Mardhiyah said...

samala kite wawa :)

nadzwareina said...

to mar :
hehe.. mar mesti kena lagi teruk kan? :D

tajul said...

haha..trgelak ak bce n imagine scene no 2.nsb baikla ak beraya kt oversea.slmt sket.hehe..=P
p/s:ko record je jwpn tk soaln cm2.sng,xyh nk jwp.hehe...^_^

Anonymous said...

haha ak pn kn truk gak kot..siap dh wt plan ak kn kwen kt mn bila..pdhal xda calon pn adoyai lceh btul bila dh hbs stdy neh

nadzwareina said...

tajul : ko tggu la bile habis blaja nanti.. memang ko akan jadi sasaran makcik2 la nanti, hehe

syu : tau xpe. aku pun mcm pelik. dorg lagi terlebih riso dari aku hehe

Simon Malik said...

oh, luahan perasaan di situ. ^^


laki dia kurang sket jadi sasaran mak cik² sebab selalu lepak selain area makcik² melepak.

tapi bila once keluar beraya dengan bonda, siap lah ko..

nadzwareina said...

to adam:
Aku rasa since 2 tahun yg lpas aku dh dpt soalan yg sama. Dan aku rasa next year mayb kena ulang jwpn & reaksi yg sama. Huahua.

tajul said...

haha..klu jd cm2,ak trima jela proposal mkcik2 2.sng sket keje ak.hehe..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...