CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

14 September 2011

Membaca Itu Best~


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..



Org teringin nak update blog ni harini, tapi taktau nak update pasal apa. Then org tiba2 teringin nak share pasal buku2 yang org tengah baca sekarang, ada dalam lima buah semuanya. Actually membaca ni menarik, korang boleh khayal dengan benda yang korg baca sampai tak sedar pun masa berlalu. Org kalau dah start baca berjam2 gak la baru stop. So kat bawah ni buku2 yang org akan baca kalau rasa2 dalam haritu tak ada kerja nak dibuat:


1) Novel Stanza Cinta oleh Nurull Halawati


Mungkin ramai yang tau novel ni dah diadaptasi ke drama kat tv3, dibintangi Aaron Aziz, Nur Fathia ngan Fizz Fairuz. Tapi sebab drama ni tayang seminggu sekali je, org rasa lambat sangat so org beli terus novel dia. Org suka novel macamni yang berunsur Islamik, banyak ilmu baru yg org dapat. Dah selamat baca separuh, dan org rasa jalan cerita dalam novel memang berbeza ngan drama. Org rasa novel memang so far better lagi la.. (selalu kalau drama/movie adapt from novel mesti novel jugak yang lagi best kan?)


2) Novel Jaja & Din oleh Noor Suraya


Novel ni asalnya diberi pinjam oleh RA dalam lab org waktu org buat research final year dulu. Nama beliau Abang Aidil. Abang Aidil kata novel ni menarik. Sebab lama pinjam, Abang Aidil pun bagi terus novel ni kat org, beliau kata hadiah (terima kasih Abang Aidil! :')) Buku ni dulu pernah misplaced kejap, sekarang ni baru jumpa & ulang baca balik. Bila org baca awal2 dulu, memang jalan cerita dia menarik. Jaja ni sorg yang agak keras perwatakannya, jatuh hati dengan seorang ustaz bernama Din hanya melalui sekeping gambar. Jaja berusaha bersungguh2 cari ustaz ni, dan akhirnya diorang jumpa dan berkahwin. Novel ni org suka sebab dia sweet & santai, tinggal lagi 2 chapter nak habiskan.


3) Ensiklopedia Solat oleh Datuk Haji Md Hashim Yahaya


So far ni la buku feveret org sekarang, ditulis oleh Datuk Haji Md Hashim yang merupakan Mantan Mufti Wilayah Persekutuan. Ensiklopedia ni sangat best sebab disertakan dengan ilustrasi & foto menarik. Tapi progress org agak lambat sebab buku ni dishare oleh ba dengan ibu sekali. Org suka buku ni sebab selain daripada cerita tentang rukun2 solat wajib, buku ni juga cerita pasal qiamullail, qada solat, solat2 sunat, bersuci dan jenis2 sujud. Banyak perkara baru yang org dapat dari buku ni. Org memang rekemen buku ni dibaca oleh semua org.


4) Pharmacotherapy Handbook 7th Edition oleh Dipiro


Buku ni antara buku paling penting waktu org belajar dulu, sebab segala jenis disease yang basic2 ada dalam buku ni beserta pharmacological therapy dia sekali. Memandangkan org akan start kerja pada bulan Oktober ni, memang wajib untuk org menghabiskan buku ni secepat mungkin sebelum start kerja. Buku ni la yang org paling suka jadikan reference waktu study ngan waktu buat presentation zaman belajar dulu. Dan waktu praktikal kat hospital memang ramai pharmacist yang juga refer kat buku ni.


5) Applied Therapeutics The Clinical Use of Drugs 8th Edition oleh Koda Kimble


Buku ni pulak, buku yang paling slow progress dia org rasa, hehe sebab buku ni agak tebal dan ada 4 volume semuanya. Kitorang satu kelas beli beramai2 dulu sebab senior kata buku ni sangat berguna time kerja nanti. Tapi biasalah kan, time student dulu lagi suka baca yang simplified version, so org prefer buku kat atas daripada yang ni. Tapi still, buku ni semua tentang case study yang memang akan banyak diapply time kerja nanti. Buku ni pun berat gak, so waktu belajar dulu jarang bawak pergi kelas. Just baca kat rumah je la :D


So lima buku ni la yang org sedang berusaha habiskan dalam bulan ni jugak. Korang kalau ada baca apa2 buku atau novel yang menarik, tak kisahla bahasa melayu ke bahasa inggeris ke sila2 la rekemen kat org. Doakanla org habiskan baca semua buku ni sebelum bulan Oktober nanti ye :)

Terima kasih ye sudi baca post ni. Jumpa di post akan datang. InsyaAllah kalau org dah start kerja nanti, org akan share pengalaman org bekerja kat hospital & bercampur dengan golongan doktor2, senior pharmacist, nurse, patient dan ramai lagi. Harap2 lepas kerja nanti rajinla jejari ni nak menari atas keyboard mengupdate blog ni, huhu.

Assalamualaikum wbt :)

4 comments:

Anonymous said...

rajennya membaca! rsa semangat pulak nak membaca dibuatnya =)

Simon Malik said...

hooyeehh!!

membaca tuh adalah cool bergaya!

p/s : aku jenis memilih novel. sampai skrg nih, satu penulis je aku baca. hehehe...

Atiqah Wadiah said...

novel jaja dan din tuh best sgt <3

nadzwareina said...

onie : jom2 kita amalkan budaya membaca~ hehe

adam : ko baca novel sape je ye? ramlee awang murshid eh?

atiqah : kan? baru habis baca harini. sweet sangat~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...