CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

09 September 2011

Umat Islam Zaman Kini...

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..




Salam Jumaat pembaca2 semua. Apa khabar harini? Ada tak diantara korg yang dah start puasa enam? Kalau ada alhamdulillah, sejuk perut ibu mengandung :)

Berbalik kepada tajuk di atas, ramai diantara umat Islam zaman kini yang merasakan mereka sudah cukup faham tentang hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun berapa ramai? Cuba renungkan situasi2 di bawah...


***

Bila Islam menyatakan arak tu haram, ramai org menjauhi air syaitan tu. Tak nak masuk bar sebab kat situ hidang arak. Bila nampak air kuning berbuih terus rasa suspicious tu air arak ke bukan. Seboleh2nya nak mengelakkan kerja yang bersangkutan dengan arak, termasukla menjual, menghantar dan menghidang. Tapi bila keluar fatwa tentang rokok pun haram, ramai buat2 tak tahu, buat2 tak sedar. Tanpa rasa bersalah teruskan aktiviti membeli dan menghisap rokok. Sedangkan rokok pun sama je macam arak, membawa pelbagai kemudaratan kepada diri. Ada beza ke?


***

Bila anjing dan khinzir masuk kategori najis mughallazah, semua org pantang betul kalau tersentuh kedua2 haiwan tersebut. Kalau terpegang je cepat2 cari tanah dan air untuk sertu. Kalau ternampak kat tepi jalan laju je kaki cepat2 blah meninggalkan haiwan2 tersebut. Tapi kalau pegang2 tangan bf/gf takpe pulak. Kalau pegang dua2 haiwan diatas, boleh jugak disucikan. Tapi kalau pegang insan bukan muhrim saja2 dan suka2 sebab seronok camne pulak? Kalau yang bukan takat pegang lagi, tapi dah siap peluk dan raba semua, nak sucikan macam mana ye?


***

Bila kejahatan2 seperti mencuri, berzina, merompak, membunuh dan macam2 lagi dilakukan insan2 tertentu, insan2 tersebut akan dikecam oleh masyarakat. Tak diakui keluarga. Lebih2 lagi kalau dah masuk penjara dan terima hukuman yang setimpal. Mesti jadi buah mulut org walaupun si pelaku dah insaf dan bertaubat. Tapi si tukang bawak mulut yang tak habis2 mengumpat tu, yang kadang2 menokok tambah cerita biar bunyi dia lagi sedap dan best di telinga org sampai jadi fitnah, apa cerita? Yang tukang dengarnya sekali? Yang tukang sebarnya sekali?

Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah SAW bersabda :

'Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. Sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat. Maka diterima Allah SWT akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat, tak akan diampunkan dosa sebelum diampuni org yang diumpatnya itu,'


'Dan memfitnah itu lebih buruk daripada membunuh - Al Baqarah 2 :191

***

Ada sesetengah muslimah yang pakai tudung, tak suka langsung dekat gadis2 muslimah yang tak bertudung. Bila jumpa gadis tak bertudung, gadis tu kena label seksi, sosial, tak reti jaga maruah, tak reti hormat agama dan macam2 lagi penghinaan yang lain. Rasa diri dah bagus sangat sebab dah tutup aurat dengan pakai tudung. Tapi ada diantara golongan muslimah ni tak sedar. Baju diorang ketat, nampak bentuk tubuh. Tudung diorang singkat, nampak bentuk dada. Kaki diorang tak tutup, sedangkan kaki tu aurat wanita jugak. Dan tambahan lagi, diorang ni menghina dan merendah2kan org lain, tak pernah berusaha untuk berdakwah atau mendoakan mereka yang lain. Dan ada jugak yang melenting bila ditegur, sedangkan benda yang ditegur tu benar. Macam mana tu?


***

Tanya diri kita kembali, sudah cukupkah pengetahuan kita tentang hukum agama Allah ni? Kalau sudah benar2 faham, apakah kita sudah mempraktikkannya dengan betul dan sempurna?


Kadang2 pada mata kita, kita sudah cukup arif, sudah cukup serba tahu tentang hukum2 dalam Islam. Sedangkan banyak lagi khilaf yang pernah kita lakukan tanpa kita sedari atau sengaja. Hanya Allah yang maha Mengetahui. Sama2lah kita berusaha memperbaiki diri sendiri sebelum berusaha memperbaiki org lain. Mudah2an niat kita untuk memperbaiki diri akan sentiasa mendapat pertolongan dan keberkatan oleh Allah, InsyaAllah.


Terima kasih sudi membaca. Jumpa di post akan datang ye. Assalamualaikum wbt :)

4 comments:

ila said...

nice n3.
smge dapat sme2 mlihat kekurangan diri msg2.

salam jumaat

Simon Malik said...

fuuwaahh!!

antara post yang best dan terkena sedas dua kat diri sendri

nadzwareina said...

ila & adam : time kasih :) jom sama2 berusaha memperbaiki diri :)

Anonymous said...

terbaik wawa entry neh...no one perfect kan klu nk hrpkan org perfect je bru leh dkwah maka xde spe yg lyak berdakwah..sama2 kita berdakwah n perbaiki dr sndri =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...