CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

09 November 2009

Rahsia Hati si Gadis Yang Ingin Single...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alkisah sebuah cerita...

Si jejaka mengeluh. Surat yang dikirim kepada si gadis dipulang kembali. Beserta jawapan yang sangat ringkas kepada isi surat yang panjang berjela. 'Maaf. Tidak berminat.' Hajat si jejaka untuk menyunting si gadis sebagai teman istimewanya musnah sama sekali. Si jejaka mula mengenangkan si gadis. Ayu wajahnya. Bijak pula. Lemah lembut, sopan santun malah kuat agamanya. Siapa yang tidak mahu?

Si jejaka lalu menilai dirinya. Rupa rasanya sudah sedap dipandang. Berjawatan tinggi malah boleh dikategorikan sebagai pelajar terbaik di dalam kelas. Beragama, berbudi bahasa dan berperibadi baik bak kata orang. Kenapa si gadis menolak dirinya?

Ketahuilah si jejaka di luar sana, apabila si gadis menolak untuk menjalinkan sebarang hubungan cinta, mungkin bukan disebabkan si gadis tersebut jual mahal atau terlalu memilih. Akan tetapi, mungkin juga disebabkan perkara-perkara di bawah ini:

1) Si gadis ingin menyimpan sekeping hatinya, hanya untuk milik jodohnya, atau dengan erti kata lain, bakal suaminya satu hari nanti. Si gadis inginkan hati yang diberikan kepada bakal suaminya nanti suci tanpa pernah dimiliki oleh mana-mana lelaki yang tidak berhak...

2) Si gadis tahu bahawa hukum bercouple itu adalah HARAM. Walaupun mungkin hanya sekadar ikatan hati tanpa melibatkan sebarang sentuhan antara lelaki dan perempuan, si gadis tahu bahawa jika sekadar merindui sahaja sudah melakukan zina hati. Dan hukum menghampiri zina adalah haram..

3) Si gadis tidak mahu rasa cintanya kepada Allah SWT, para Rasul, ibu bapa, keluarga dan rakan-rakannya menjadi tidak adil disebabkan rasa cintanya terhadap seorang lelaki yang belum pasti menjadi miliknya satu hari nanti..

4) Si gadis mungkin juga memendam perasaan terhadap si jejaka. Jika bukan jejaka tadi, mungkin terhadap jejaka lain. Bohong jika dikatakan si gadis tidak mempunyai sebarang perasaan terhadap mana-mana lelaki. Setiap wanita dilahirkan dengan perasaan untuk menyayangi dengan sangat mendalam. Namun perasaan malu dan ketinggian maruahnya menyebabkan si gadis memendam sahaja perasaannya dan berserah kepada Allah tentang jodohnya..

5) Si gadis mungkin merasakan si jejaka bukanlah insan yang tepat untuk dirinya. Baik dari semua segi. Naluri seorang perempuan selalunya tepat. Lantas jodohnya juga diserahkan kepada Allah untuk ditentukan..

Ketahuilah juga wahai si jejaka, pada seorang gadis, apabila si jejaka :

1) Sentiasa mendoakan kesejahteraan, keselamatan dan kebahagiaan si gadis di dalam solatnya..
2) Memberikan kata-kata semangat apabila si gadis hampir berputus asa..
3) Sentiasa berkata-kata yang menyenangkan dan menggembirakan hati si gadis tatkala dirinya sedang sedih dan gelisah..
4) Begitu mengambil berat tatkala si gadis sedang sakit..
5) Sentiasa meminjamkan telinga, memberikan nasihat dan pandangan apabila si gadis sangat memerlukannya..
6) Mengingati tarikh lahir si gadis dan mendoakan yang terbaik pada hari jadinya..
7) Membantu si gadis seikhlas hati tanpa mengharap apa2 balasan apabila diperlukan..
8) Dan akhirnya si jejaka memberitahu si gadis akan keinginannya untuk melamar si gadis pada masa yang sesuai..

Tiada apa lagi yang diperlukan oleh si gadis daripada si jejaka tersebut. Semua perkara di atas sudah lebih daripada cukup. Tiada kata2 sayang, manja, rindu dan ayat2 romantik diperlukan. Hanya sekadar perbuatan yang membuatkan si gadis tahu bahawa si jejaka menyayangi dirinya seikhlas mungkin tanpa mengharapkan sebarang balasan...

Selalunya si gadis senang tertarik kepada si jejaka yang tidak sewenang-wenangnya mengungkapkan perkataan sayang, kerana sesungguhnya ungkapan sayang daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan, baik sebagai kawan atau lebih daripada itu, amat tinggi nilainya. Dan biarlah hanya insan yang benar-benar berhak sahaja yang menerima ungkapan sayang daripada kita. Jangan biarkan ungkapan sayang daripada kita langsung tidak membawa sebarang makna kepada insan yang berhak mendapatnya kelak..

Sekian. Wassalam...

p/s : Si gadis dan si jejaka di atas tiada kena mengena dengan sesiapa yg masih hidup ataupun yg sudah meninggal dunia. Jika ada hanya kebetulan sahaja. Harap maklum.

7 comments:

~BeInIsNeIn~ said...

nice article... =)

deeb said...

saya mewakili gadis single merasakan artikel ini ada kena mengena. :P
jadinya akan terus kekal single sehingga sekeping hati untuk jodoh yg soleh. mudah-mudahan. doa same2 ye wa.

mierabear said...

haha...
nice post...
hopefuuly sy la antara gadis single tersebut=)
tp sy x ayu wajahnya. xbijak pula. Lemah lembut, sopan santun apetah lagi~hahaha

nadzwareina said...

deeb : jom same2 kita doakan yg terbaik buat diri kita.. =)

mira : mira, sila jgn merendah diri.. saya tau diri anda itu seorang rebutan jejaka di luar sana... mybe anda je yg xperasan, haha

ayu said...

i likee..:D

mierabear said...

itu hanye fantasi jer wawa...
hakikatnyer bukan=)

skywalkerz_evo119 said...

assalamualaikum saudari..
ttg statement saudari yg no 2..hurmm sy ade bce artikel ttg rindu..

".. rindu yang disertai dengan menjaga diri padanya dan menyembunyikannya daripada orang-orang, maka padanya pahala, bahkan Ath-Thohawi menukil dalam kitab Haasyi'ah Marakil Falah dari Imam Suyuthi yang mengatakan bahawa termasuk dari golongan syuhada di akhirat ialah orang-orang yang mati dalam kerinduan dengan tetap menjaga kehormatan diri dan disembunyikan daripada orang ramai meskipun kerinduan itu timbul daripada perkara yang haram.."

sy hanya nk berkonsi ilmu disini ye..n sy pon x thu kesahihan statement di atas..:)))..x salah klu saudari sudi jgak beri pndapat n kongsi ilmu ngn sy..

tq..~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...